Khamis, Februari 23

PATAH SERIBU hatiku..

Salam 1 Malaysia..

malam ni jam 9.00malam di Astro Ria.. telemovie PATAH SERIBU.. lakonan Sharnaaz Ahmad..Shila Amzah.. Jihan Raja Lawak.. Reza Mohd dan ramai lagi..tapi patah seribu hatiku dengan percintaan Sharnaaz & Shila Amzah.. ahaksss!! moga berkekalan la ye.. Sharnaaz & Shila.. dah ramai orang suka kat Sharnaaz ni, sebab dah banyak lakonan dia ditayangkan buat masa ni.. mau taknya.. TV9 - Ariana Mikail.. Astro Prima - Bicara Hati.. ada je tiap-tiap minggu.. layannnn...

pegang tangan Sharnaaz tak lepas tu.. ahakss!!
Drama Patah Seribu mengisahkan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil yang mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.
Dia berkenalan dengan Azu (Shaarnaz Ahmad) yang merupakan seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.
Kasihan dengan Azu, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.

kalau tak dapat tengok malam ni, mesti ada ulangan dia.. lau tak de gak, gamaknya youtube la.. 

[nota : ari ni mood nak menaip entry tak de.. tergamam.. sedih.. dengan berita kematian adik Faris Nur Daniel.. moga tenang dirimu di sana.. Al-Fatihah.. masih mengikuti dari masa ke semasa untuk hari ini dari blog Mazidul..] 




8 ulasan:

Saya Disini berkata...

hehe..

Aine Ainun berkata...

Tunggu gak cerita ni....

X heran kan kalo xdpt tgk, astro super power keje mengulang je...
Tu modal dia..hehe

puan nadia berkata...

wahhhhh..mau tgk citer ini..sgt sweet tgk sharnaaz&sheila....:D

cheqna berkata...

nak tgk citer ni..=)

LYAfrina berkata...

hot couple blakon sama.. teruja nk tgk shila berlakon..

AdaM Hawa berkata...

jom tgk ramai-ramai..

Cho Zila berkata...

tak sempat tengok... dah tak larat nak kejar semua ceritani... tapi sekarangni best2 yerk..

AdaM Hawa berkata...

@Cho Zila tu la kak... dh x tau nk tgk yg mane 1.. huhuhuhu