Khamis, April 25

tanya sama HATI..

Salam 1 Malaysia..

Khamis datang lagi.. malam Jumaat ya malam ni.. cepat masa berlalu.. 2 hari cuti.. opss!! cuti 1 hari je.. semalam MC.. sakit urat.. sakit otot.. lebuh pun ya.. nak kate kerja berat sangat.. tak juga.. setakat stapler kerja yang banyak tu je.. kat rumah.. tak di sangkal la.. kerja berat di lakukan.. al maklum.. nak buat kenduri kawin.. ada je yang nak di buat.. tak boleh duduk diam-diam..

dah petang-petang.. malas nak berentry panjang.. sekadar berkongsi gamba sekeping..

ha! nak yang mane? atas? tengah? bawah? tanya sama hati.. 

bukan nak berpolitik.. cuma ianya mencuit hati kami sebagai penduduk kampung.. setahu aku.. nama JALAN UMNO di Malaysia ni ada 2 je.. 1 di kampungku.. 1 lagi di pontian.. try buka map Malaysia.. ada lagi ke nama yang sama ni selain 2 tempat ni..

beginilah keadaan bila nak PRU.. agak sengit rasanya PRU13 ni.. sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.. gamba di atas hanyalah sebagai coretan di petang hari.. SAYA PILIH MENGUNDI!! 05052013!!

Isnin, April 22

bersamamu..

Salam 1 Malaysia..

agak lama tak jenguk blog.. entry pun tak de gamaknya bile tak jenguk.. agak kalut minggu lepas.. abaikan kisah minggu lepas.. hari ini dalam sejarah.. padaku.. yang lepas.. biarlah berlalu.. usah dikenang-kenang..



22042013 genap setahun si kura-kura.. cepatnya la hai.. dah setahun bersama.. so far.. semuanya ok.. tapi aku mencederakan dia.. oh!! kesian.. mula-mula.. tak sampai 2 bulan.. dah tercedera di cermin depan.. gara-gara lori bawa batu memotongku.. baru 2 bulan pegang stereng kan.. sure la slow and steady.. ahakkss!! sekarang?? rasa-rasa?? boleh la.. jeling jeling kete sebelah..

bulan 12 hari tu.. sekali lagi aku mencederakan si kura-kura.. abis bermisai dibahagian depan.. tersagat penutup longkang.. tak perasan depan tu tinggi.. ingat sekata sama.. bermisai kamu si kura-kura.. nanti ada duit lebih.. kasi polish ya.. sekarang tak boleh lagi.. ada benda yang kene selesaikan misi dulu..lepas tu.. aku bagi manja-manja kamu ya si kura-kura..

walau cam ne pun.. aku tetap sayang kamu si kura-kura.. suka duka bersama.. moga jodoh kita berpanjangan.. 8 tahun seterusnya.. chayok! chayok!!




nota blog : Takziah buat jiran ku.. atas kembalinya anakanda tersayang ke rahmatullah semalam.. kemalangan di federal highway melibatkan 5 orang maut.. moga keluarga terus tabah mengharungi ujian ini.. semoga rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah..

Jumaat, April 12

apa kata anda.. seorang RM450..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang tenang.. Penghulu segala hari.. pagi-pagi jadi rutin harian aku.. baca paper metro.. belek punya belek.. apa yang menarik.. jumpa artikel ni..


MashaAllah.. mahalnya la hai.. bayangkan kalau anta anak 3 orang kat taska.. terkebil-kebil jap mata ni.. 2 orang pun dah RM900 dah dekat sebulan gaji.. tak agak la.. alasan mereka.. gaji minima pekerja RM900.. kos operasi.. bla.. bla.. bla.. cam tu.. sorang kene jaga 2 orang je la.. kalau dah RM450 sorang.. kat kawasan aku sorang baby pun RM300.. cam ni gaya yuran taska.. minima je la bilangan anak 1 keluarga.. ke.. aku yang salah paham dengan arkitel ni?? toing! toing!

jadi.. apa pendapat anda dengan yuran taska begini?? seorang RM450..

nota blog : perang bendera makin meriah!! petang ni bawa bonda ronda kampung la.. bulan ada.. dacing ada.. roket ada.. bintang ada.. macam-macam ada..

Khamis, April 11

SEMAK

Salam 1 Malaysia..

semalam dah umum dah.. tarikh penamaan bila.. tarikh undi bila.. nasib baik la.. 5 Mei 2013.. kalau 12 Mei 2013.. mau bonda pening kepala.. sama tarikh dengan majlis kenduri kawin angah.. mau kelam kabut tukang masak.. walaupun tukang masak tu sepupu-sepupu ku.. Syukur.. Alhamdulillah.. dipermudahkan..

entry yang agak simple je hari ni.. memandangkan kepala agak ting tong.. membuka sampul surat yang terlalu banyak.. ada 2 peti lagi yang harus aku buka.. dah nak penuh kotak putih dengan sampul terpakai.. penuh je.. jual kat india yang beli kertas lama tu.. leh tampung-tampung duit tu nanti untuk 5S.. banyak lagi tak selesai.. huh! mau pening kepala lagi fikir 5S yang belum-belum berkesudahan.. haiishhhh!! dah berjela membebel ni..

marilah sama-sama.. kita semak.. dimana lokasi kita mengundi.. saluran berapa kita mengundi.. berapa nombor siri kita.. untuk memudahkan kita di hari mengundi.. meh nak bagi link pada sapa yang belum semak..






Rabu, April 10

Wordless Wednesday : G.I. Joe Retaliation

Salam 1 Malaysia..

Sapa dah tengok?? best kan?? kan??
akhirnya.. dapat gak tengok!!
G.I JOE RETALIATION
aku bagi 4 bintang!!
kenapa tak bagi 5 bintang?? 
sebab nanti dah tak tengok cite lain..
mengambil kesempatan cuti semalam.. layan cite ni..

Isnin, April 8

MUSIM yang ni pula..

Salam 1 Malaysia..

ISNIN.. datang lagi.. aku yang sangat lemau.. agaknya keletihan di  kenduri orang kawin.. di majlis kenduri kawin anak buah lelaki.. dapat orang dekat je.. belakang rumah.. family kakak sepupu aku ni.. anak-anak dia semua dapat orang dekat-dekat.. ni nombor dua bongsu.. InsyaAllah.. anak bongsu pun dapat orang dekat.. orang depan rumah.. jodoh mereka.. dapat orang dekat.. 

pengantin berarak naik basikal.. sweet sangat-sangat.. dengan baju berwarna biru laut.. tapi sayang.. aku tak sempat snap gamba walau sekeping pun.. dah awak tolong di dapur.. jadi orang belakang.. tak sempat la snap.. pengantin sama kecik.. sangat sweet.. muda belia mereka berdua.. sangat padan.. moga berkekalan hingga ke akhir hayat ya izan & erin..

teknologi ni.. ada masanya cam bermusim kan?? gajet pun same.. bermusim juga.. tapi gajet.. kalau nak di ikutkan memang kopak dan rabak la.. kalau macam aku ni.. bukan orang kaya.. ahakss!! tapi kalau benda tak perlu berbayar.. aku layankan juga kadang-kadang.. pas tu kang.. bersawang.. 


apa yang aku nak cite sekarang ni.. musim KEEK.. korang pasan tak kalau kat twitter ramai retis ada KEEK ni.. aku pun ada buat.. bukan apa.. suka tengok ragam anak TOMOK.. ARRIAN.. alahai.. comel sesangat.. macam anak mat salleh pun ya.. melepak!! lagi-lagi suka bila tomok marah dia.. marah-marah manja.. "biasa dia.." mimik muka.. mak aiii.. cerdik betul la Arrian.. geram!! layan mane buat happy.. tapi jangan berlebihan.. itu saja..

Jumaat, April 5

meNANGIS lah..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang barakah.. penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga peroleh keberkatan.. entry yang tak seberapa hari ni.. memandangkan hari Jumaat.. kita share benda yang elok dan yang tak tau je la.. tak nak merepek hari ni.. keja waktu.. agak sibuk bape hari ni.. kerja!! kerja!! Jumaat waktu yang pendek.. 

tahukah anda menangis punya kebaikan?? meh nak share..

Kelebihan Selepas Menangis..



Membantu Penglihatan
# air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan manusia kabur.

Meningkatkan Mood
# seseorang yang menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yang lebih baik.

Mengeluarkan Racun
# ahli biokimis Willian Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. tetapi keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.

Mengurangkan Tekanan Perasaan
# air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.

Mengeratkan Hubungan Silaturahim
# selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yang menjadi pendengar setia.

Melegakan Perasaan
# Semua orang akan berasa lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.



Khamis, April 4

apa yang PENTING..

Salam 1 Malaysia..

semalam parlimen telah dibubarkan.. menjelang PRU 13 ni.. bendera.. jangan cakap lah.. sebelum dibubarkan pun dah macam nak pilihanraya.. bendera kanan kiri.. yang biru tua.. yang hijau.. yang putih.. yang biru muda.. haishh!! paham-paham sendiri la.. bendera parti mana ea.. tapi aku suka dengan keadaan bendera cam tu.. ala-ala teruja kot.. PRU kali ni.. PRU ke 3 untuk diriku.. "SAYA PILIH MENGUNDI" 

dalam situasi begini.. macam-macam pendapat individu.. parti ni ok.. parti tak ok.. tepuk dada.. tanya diri sendiri.. nak parti mane memerintah negara.. Malaysia negara demokrasi.. tak mau cakap banyak-banyak pasal politik.. cuma nak share 1 gamba yang ada benarnya.. tertarik aku dengan ayat-ayatnya.. 



Rabu, April 3

Wordless Wednesday : 3 .H.E.R.O.

Salam 1 Malaysia..

3 .H.E.R.O. mama dan papa.. 
sentiasa meriuhkan suasana bila bertemu..
tidak sunyi dengan kehadiran kalian..
kalian permata hati mama dan papa..
3 .H.E.R.O. buah hati Shahrul Azizi & Norliana
Mak Yang sayang kamu semua.. 3 .H.E.R.O.

Abang Long 
Muhammad Iqbal Danial

Abang Chik
Muhammad Iqram Danish

dan yang terkini HERO mama dan papa


Muhammad Qayyum Darwisy


nota blog : 03042013 Parlimen telah dibubarkan.. tunggu dan lihat.. bile undi.. bile umum calon.. follow SPR je pas ni.. :D

Selasa, April 2

dah lama TERINGIN..

Salam 1 Malaysia..

cuaca semenjak dua menjak ni sangat lah panas.. tapi tu semua rezeki Allah s.w.t. beri pada kita.. kita sebagai hambaNYA kene terima dengan hati yang terbuka.. tapi ada masanya.. MENGELUH juga.. haishh!! panas sungguh hari ini.. kan?? kan?? di beri hujan.. mengeluh.. di beri panas.. mengeluh.. di beri mendung.. pun mengeluh.. ada benarnya orang selalu kata.. "tak reti bersyukur betul.." moga kita ni.. kurang-kurangkanlah mengeluh.. untuk diri sendiri yang kerap mengeluh ada masanya..

dengan cuaca yang panas.. pasti la air yang sedap terbayang-bayang di mata.. hah!! macam orang bercinta pulak.. terbayang-bayang di mata.. ahakss!! ni bukan entry bercinta.. dah lama sebenarnya nak mencuba, tapi asal lalu je.. time dah kenyang.. nak cepat.. ada je yang tak kene.. tapi kali ni.. memang ala-ala nekad la.. nak berenti gak!!

kenduri kawin punya banyak cuti sekolah hari tu.. sampai ke Banting.. balik dari Banting.. singgah Sijangkang.. tengok baby boy Adam.. baru 4 bulan.. tapi.. punya la bam-bam.. on the way balik singgah pulak ke Rantau Panjang, Klang.. tengok baby boy gak.. Qayyum.. mama dah abis idea nak bagi nama.. abang-abang Qayyum nama Iqbal & Iqram.. mama tak de idea nak buh nama Iq gak.. last-last buh nama Qayyum Darwisy.. asal ada Q jadilah kan.. balik dari tgk Qayyum.. destinasi terakhir.. mane lagi.. taraaaaa...

di bawah pokok ceri.. kami bersantai.. membasahkan tekak..

mari-mari.. 1 biji RM3 je.. siap ada ais lagi.. 1 orang 1 kole.. hah! ambik!!! memang menyantak la perut tu.. kenyang abis dengan air kelapa muda ni.. di sediakan kole + sudu + straw + air kelapa muda yang telah dituang dalam kole + ais.. isi kelapa muda tu.. sila korek sendiri.. wah!! terasa suasana time kecik-kecik dengan arwah nenek.. dengan muka berlengas-lengas.. panas.. berpeluh.. arwah nenek kopekkan buah kelapa muda ni.. suh minum.. ohh!! rindunya pada arwah nenek.. penuh 1 kole tau air kelapa muda + isi buah kelapa muda.. sungguh nikmat..

tengok lah makcik & pakcik ku.. bersungguh korek isi kepala muda.. 

bonda.. amboi.. menyedut air tak pandang kiri kanan.. sedap sangat la tu..

sesekali bersantai bawah pokok ceri minum air kelapa muda.. sungguh nikmat.. dengan cuaca yang panas.. nama je duduk kampung.. buah kepala muda punya payah nak dapat.. kelapa tua pun beli kat kedai.. oh!! kampung ku.. makin pupus pokok kelapa.. lama-lama.. semua masakan guna susu cair.. tapi elok juga.. kurangkan makan masakan berlemak.. hujung minggu ni kene sumbang tenaga.. majlis perkahwinan anak buah lelaki.. makin tua diri ini.. kawin tak lagi.. ahakss!! janjiNYA pasti.. InsyaAllah..

Isnin, April 1

5th .F.I.E.S.T.A. 2013

Salam 1 Malaysia..

Isnin datang lagi.. Syukur.. Alhamdulillah.. hajat membawa anak-anak dara ke Hot Balloon Putrajaya tercapai juga.. seawal pagi keluar rumah.. menyiapkan anak-anak dara ummi di pagi hari.. dah bersiap.. si kecik melepaskan hajat besar la pulak.. gerak seawal 7.30 pagi.. terus menuju ke Putrajaya.. ada yang lena dalam kereta.. ada yang mengelamun.. bile tiba di depan Hospital Putrajaya.. masing-masing riuh bila nampak belon panas monyet.. sim kad.. dan 1 lagi aku tak tau namanya apa.. binatang ape ntah warna hijau.. adik paling teruja.. mulut tak berenti bercakap.. "adik nak naik ya ummi.." semangat dia.. memang tak dapat naik la dik.. ramai betul orang beratur nak naik.. kita tengok je la ye adik.. aksi kami di 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

padang sini ada 3 biji belon panas.. sempat snap bape pict untuk kenang-kenangan..

zoom in dekat sikit.. cantik.. warna warni..

beralih ke padang sebelah.. adik dan kakak sangat teruja bila nampak belon panas gamba kucing.. 

wajah-wajah kesayangan hamba.. ceria sungguh mereka.. walaupun panas terik.. tak meragam kakak dan adik.. bersemangat berjalan.. teruja tengok belon panas.. walaupun tak dapat naik.. sekali naik RM20.. tapi beratur punyalah panjang.. oh!! ummi tak sanggup la dik oii.. kita jalan-jalan cuci mata je..

salah 1 belon panas dalam sesi mengisi angin.. nak bagi tegak.. lama kami tunggu.. 
tak kembong-kembong pun.. akhirnya.. bergerak ke lokasi lain..

spontan! sekali ada pulak gamba dinasour ni.. mula-mula tak de orang.. 
sekali anak-anak dara ni berposing.. ramai pulak orang datang.. 
adik sangat excited bercerita pada ayah bila balik ke rumah..

kunun-kunun naik belon panas la ni.. ahakss!! tipah tertipu.. layannn!!! 

banyak lokasi kami berjalan di Putrajaya.. next entry kalau berkesempatan.. nanti sambung cerita di adik yang makin cerdik.. cakap pun dah tak pelat.. Syukur.. Alhamdulillah.. kami happy di 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013!!