Jumaat, Mei 31

sebak.. sayu.. DOAKU..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang indah.. pagi-pagi buka facebook.. terpandang 1 status kawan dalam FB.. walaupun tidak mengenalinya secara realiti.. hanya mengenalinya di alam maya.. aku berkawan dengannya di FB kerana ingin mengikut perkembangan anak keduanya.. dengan panggilan manja ANGAH.. anak yang comel.. anugerah Allah padanya.. menghidap penyakit kanser.. hati ini sayu.. bila papa angah update status pagi ini.. Ya Allah.. KAU ringankanlah penderitaan angah Ya Allah.. kurangkanlah sakitnya Ya Allah.. aku yang bukan ahli keluarganya juga rasa sedih dah sayu.. bagaimana pula situasi ahli keluarganya.. kalau kawan-kawan nak tau perkembangan angah ni.. klik sini.. aku hanya bagi link update status angah pagi ni dari papa angah.. sebak hati ini.. moga angah terus kuat.. tabah.. untuk harungi penyakitnya..

Doa ku..


Khamis, Mei 30

senang.. TAPI..

Salam 1 Malaysia..

hari ni dah Khamis.. yeahhh!! tak sabar menanti Jumaat.. Ya Allah.. entah kenapa badan aku minggu ni sangatlah lemau.. dengan kepala asik berdenyut.. tak pernah-pernah aku makan pain killer sampai 2 biji.. tak tahan sangat.. makan pas maghrib.. pingsan tak sampai setengah jam lepas tu.. nasib la pukul 11pm lebih sedar.. kalau tak.. mau bonda siram ngan air kot.. ahakss!!.. cuaca panas sangat kot ya.. tak tahan betul la.. tekak dah baik.. tapi suara ada sikit rock.. 

berbalik tajuk.. tu mukadimah yang di luar tajuk.. sorryyy.. tekak ni dah lama nak makan PUDING ROTI + SOS KASTARD.. padahal.. bukan la susah mana nak buat.. tapi memandangkan yang suka makan kat rumah tu tak bape ramai.. tu yang menjadi penyebab.. MALAS nak buat.. alasan bukan?? ye.. aku akui.. semanjak lepas raya.. aku sangat malas buat kek.. biskut.. dan sebagainya.. sampai bonda dah perli banyak kali.. kenapa oven tak berasap dan kenapa aku sangat malas masak benda-benda tu.. sedangkan.. haaa.. tekak ni nak makan macam-macam.. padahal.. boleh buat.. tapi.. ya.. MALAS.. tiada ubatnya..

taraaaaaaa... beli dengan anak buah.. RM12 untuk 1 set ni.. cukuplah untuk aku.. ayu.. ngan bonda.. yang adik lelaki tu.. ermmm.. kuih lembik-lembik cam ni.. dia kureng sikit.. paling-paling dia tanya.. "sedap ke??" kalau makan pun.. sepotong je la..

puas hati dapat makan.. tapi agak kecewa MALAS diri sendiri tak abis-abis.. semangat RAJIN.. datanglah kamu!! ni dah dekat nak puasa ni.. tengok apa pun kata sedap.. kene cakap dengan diri sendiri kot.. RAJIN!! RAJIN!! RAJIN!! barulah ada semangat kot.. jumpa lagi!!


Rabu, Mei 29

Wordless Wednesday : TERBAIK!!

Salam 1 Malaysia..

sesekali menonton wayang bersama adik beradik.. memang seronok.. makan popcorn bersama.. gelak sama-sama.. teruja sama-sama.. semua sama-sama.. walaupun perangai kami berbeza.. abis tengok wayang.. angah belanja pizza pula.. memang dapur tak berasap ahad lepas.. siang tu.. ke jemputan kenduri kawin.. malam makan pizza..

TERBAIK!!
FAST & FURIOUS 6



tapi percayalah.. pasti ada Fast & Furious 7.. dah ada dah bayang-bayang dia dalam Fast & Furious 6.. tungguuuuuuu.. sape yang belum tengok.. yang suka filem aksi.. tak rugi rasanya tengok cerita ni.. TERBAIK!!

Selasa, Mei 28

TANPA dirancang

Salam 1 Malaysia..

sarapan apa pagi ni?? aku makan twiggies je.. minum air masak.. tengahari nanti makan ape ea yang sedap?? bila nak dekat puasa kan.. tekak aku ni selalu meragam.. teringin makan itu.. teringin makan ini.. tekak korang cam tu tak?? haishhh!! makan je aku ni.. makin la bam-bam tak terkata.. ahaksss!!

cuti 3 hari hujung minggu lepas.. banyak betul agenda aku.. setelah bertahun-tahun tak ke pasar Jumaat kat pekan aku.. Jumaat lepas aku pegi ngan adik aku.. udah lah pagi tu hujan selebatnya.. ke pasar pun lewat.. saje jalan-jalan tengok tudung.. mak aiii.. macam-macam jenis tudung yang ado.. rambang mata di buatnya.. alih-alih belikan tudung bonda ja.. tudung aku tak beli pun.. dah tak tau nak memilih bile bersesak-sesak..

Sabtu.. tanpa di rancang awal.. lepas zohor.. bawak si minah sorang tu ke PESTA BUKU SELANGOR 2013.. memandangkan adik aku kerja.. petang tu rasa cam tak de program.. lepas masak.. call si minah ni.. set!! pergi pesta buku.. time ada pesta buku kat pwtc tak pegi memandangkan banyak hal majlis angah tak setel lagi.. ni dah dekat.. bawak je la.. 

nasib la parking senang dapat.. kalau tak.. ermm.. kompom balik la.. awal-awal lagi dah bg tau kat minah tu.. tak de parking kita balik.. rezeki dia.. ada parking.. masuk basement.. terus ada parking.. bayar je la.. RM5 untuk 2 jam.. lokasi.. SACC MALL.. 1st time parking basement.. 2nd time sampai ke situ.. ahakss!!

banyak juga both yang ada.. jenuh gak mencari both Karya Seni.. Kaki Novel.. Karangkraf.. SR Publication.. upin ipin punya both pun ada.. buku agama pun ada banyak.. macam-macam ada la.. senang kata.. sediakan RM je la.. 

ha.. ni la dia.. budak yang nak sangat pergi pesta buku ni.. rezeki dia.. dapat bergamba dengan penulis novel ni.. SITI ROSMIZAH.. dia suka sangat dengan karya Siti Rosmizah ni.. novel penulis ni.. semua dia ada.. Takdir Itu Milik Aku.. 7 Hari Mencintaiku.. Lafazkan Kalimah Cintamu.. yang terbaru dia beli kat sana.. CURI_CURI CINTA.. siap dapat autograf lagi.. semuanya tebal-tebal belaka novel dia..


bergamba sudah.. dapat autograf sudah.. dalam 4.30petang kami gerak balik.. cukup la perabis duit sorang hampir RM100.. lain kali kalau ada lagi.. berkesempatan.. kita pergi lagi.. 

hasil dari Pesta Buku Selangor 2013.. kecuali yang atas.. agak kecewa tak dapat beli Sebenarnya Saya Isteri Dia.. dah abis stok.. maka.. beli online saje.. dan Teduhan Kasih yang sangat sweet gitu.. ahakss!! penangan drama la ni.. apa-apa pun.. kene abiskan baca ni semua.. baru boleh beli yang lain.. kalau tak.. kang Bonda bersuara.. asik-asik novel.. sebab.. nanti tak de sape layan Bonda.. walau cam ne sekalipun.. Bonda tetap di hatiku.. peace yaw!!

Khamis, Mei 23

SUSU IBU..

Salam 1 Malaysia..

yeahhhhhhhh!!! last day bekerja minggu ni.. esok cuti!! esok hari Jumaat.. boleh la ke pasar pagi kat pekan.. lama betul la tak ke sana.. saje jalan-jalan cuci mata.. beli lauk dan sayur.. stok pun dah tak berapa nak ada.. esok buat bubur nasi berlauk pun sedap ni.. lama juga tak makan.. time sakit tekak ari tu.. badan sangat letih.. memang tak masak bubur nasi la.. lepas kenduri ari tu ada juga bonda menyuarakan teringin makan bubur nasi.. esok boleh la buat..

entry hari ni nak share khasiat susu ibu.. agak panjang artikelnya.. aku copy dari Harian Metro hari ni.. sangat berguna.. patutlah aku suka menyusu bonda.. kalau nak tau.. aku menyusu bonda sampai umo 4 tahun tau!! lepas 4 tahun.. jenuh bonda usaha tak moo bagi aku menyusu badan.. ahakss!! maybe sebab jarak aku ngan adik lelaki aku jauh kot.. sebab tu sedap je menyusu bonda selagi ada.. jarak kami 6 tahun.. tapi walaupun jarak tu jauh.. aku ngan adik-adik bawah aku agak rapat keakraban kami di banding dengan aku dan angah dan along..



KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN

Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin

Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.

Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.

Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu ibu di samping beberapa unsur zat lain.

Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.

Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.

Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.

Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.

Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.

Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang gejala penyakit obesiti.

Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.

Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).

Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.

Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.

Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".

Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan. Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua tahun ataupun lebih".

Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri. Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan moden.

Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.


InsyaAllah.. sekiranya Allah berikan aku peluang berkahwin dan mempunyai anak.. ingin ku berikan susu ibu secara berterusan selama 2 tahun dan lebih.. semoga Allah makbulkan doaku.. Amin..

Isnin, Mei 20

sudah CUKUP sudah..

Salam 1 Malaysia..

ISNIN datang lagi.. minggu ni 4 hari bekerja di opis.. tapi setiap hari bekerja di rumah.. tidak boleh di sangkal.. itulah kaum hawa.. suri rumah sepenuh masa ataupun bekerjaya.. di rumah tetap bekerja.. minggu depan dah mula cuti sekolah.. maka banyaklah jemputan majlis perkahwinan.. bila di undang, InsyaAllah.. aku cuba untuk menghadirkan diri.. tapi kalau ada hal lain yang lebih penting, maka mengirimlah gamaknya..

Syukur.. Alhamdulillah.. kesihatan diri makin pulih dari keletihan.. Ya Allah.. bile buat kenduri perkahwinan ni.. letihnya tak tau nak cakap.. mau 2 minggu untuk pulihkan tenaga.. haishhh!! pengantin tak penat macam orang yang bekerja keras kan.. walaupun belum bergelar pengantin.. tapi cam tau je.. pengantin tak sepenat orang yang bekerja keras menjayakan majlis.. ye ke??

bile tekak dah baik.. maka.. tekak mula mengada-ngada.. nak makan tu.. nak minum tu.. macam-macam!! tak pe.. memandangkan Ramadhan dah makin hampir.. layankan dulu tekak yang mengada-ngada ni.. apa yang nak di makan?? ntah kenapa.. tekak teringin betul makan SNOW CHEESE CAKE.. ni la akibat tengok gamba kat FB.. bukan pernah makan pun.. tapi terngok gamba dan terliur.. nak buat?? M yang sangat besar.. maka ku cari di Secret Recipe yang katanya ada jual.. oh!! kuciwa.. tiada.. yang ada dan ku beli hanyalah..

Durian Cake & New York Cheese Cake
 
boleh la dari tiada.. tengah berunding ngan anak buah.. minta tolong buatkan snow cheese cake sebelum dia bersalin.. harap-harap dipertimbangkan.. sudah-sudahlah anak tekak.. jangan meragam nak makan macam-macam ya.. 

mekasih bonda.. belanja makan nasi arab semalam.. telangkup lagi periuk di hari ahad.. mabeles!! nasi arab..

Jumaat, Mei 17

Corat Coret 12052013

Salam 1 Malaysia..

JUMAAT yang indah.. hujan di pagi hari.. elok berdoa.. moga Allah makbulkan doa yang di pohon..

Syukur Alhamdulillah.. Majlis Persandingan Abangku telah selamat berlangsung di teratak bonda ahad lepas.. 12.05.2013 Selamat Pengantin Baru Angah.. Semoga Berkekalan Hingga Ke Syurga.. suka duka di hari persandingan angah.. sentiasa tersemat di hati ini.. tanpa di sedari air mata mengalir di saat angah duduk di atas pelamin.. bukan aku seorang yang menangis rupanya.. bonda.. pakcik.. makcik.. adik sepupu.. adik beradik juga merasainya.. sebak.. syahdu.. hanya padaMU Ya Allah.. ku berserah..

 pelamin mempelai..

bertemakan merah putih.. majlis kenduri nampak ceria.. dalam kesederhanaan kami meraikan majlis perkahwinan angah.. ala kadar kata orang.. tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan juga saudara mara.. terima kasih atas kesudian mereka yang hadir..

bersiap sedia untuk bergerak.. secara kebetulan pengapit warna baju lebih kurang.. 
kalau tak.. mesti nampak janggal..

apalah yang makcik aku buat tu ea.. tabur bunga rampai ke apa ea?? lupa sudah..

pilihan warna daripada pengantin.. merah putih.. nampak berseri.. kedua mempelai..

beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan di hari bersejarah ini.. bersama family sabah dan family ku..
 bersama kedua ibu bapa pengantin perempuan..

bersama rombongan pengantin perempuan.. ada yang dari sabah ada yang dari sini.. 

inilah family ku.. abang ipar ngan 2 orang anak buah lelaki ntah kemana.. ini je yang sempat di snap time angah bersanding.. yang lain ada pada kamera abang ipar.. tak sempat nak colek.. gamaknya kene pegi Melaka la ambik.. 

doa kami untuk angah.. semoga dapat membimbing isteri dan berkekalan hingga ke Syurga.. Amin.. berbahagia bersama anak-anak tersayang..

terasa rindu sangat-sangat pada adik dan kakak.. harap mama bagi kakak ngan adik time cuti sekolah nanti.. ummi nak bawak adik ngan kakak jalan-jalan..





Khamis, Mei 16

si COMEL di hari perkahwinan..

Salam 1 Malaysia..

agak lama tak ber entry.. baru nak tarik nafas lega.. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. tapi rumah masih berkecah.. weekend ni harus kemas.. tak lalu dah mata memandang.. lantai jangan cakap la.. melekit semacam bile memijak..

1st time mata bertemu mata.. sangat peramah baby girl ni.. tak senyum sambil lidah terkeluar sedikit.. alahai.. comel sangat kamu Zaira Rizqah.. mekasih la sudi datang ke teratak ummi ya sayang.. semua ni kenangan terindah.. nanti ada masa.. ummi datang Kuala Pilah ya.. tapi sayang.. sempat snap gamba 2 keping je.. ummi tak sempat nak snap gamba dengan mama ngan papa Zaira.. bateri abis la pulak.. aduh!! rugi!! zoom in la gamba si comel Zaira Rizqah..


walaupun usianya baru 7 bulan.. tapi sonok bermain dengan dia.. mama ngan papa makan, dia steady je dengan ummi walaupun 1st berjumpa.. good girl la Zaira.. panjang umur.. murah rezeki kita jumpa lagi!!