Khamis, Oktober 10

adakah akan berAKHIR di sini?

Salam 1 Malaysia..

lap-lap sikit sawang yang dah mula banyak dalam blog.. bukan tak de cerita nak di ceritakan.. tapi ada beberapa faktor.. dengan kerja yang tetibe melambak.. ini bukan nak kate aku banyak keje.. keje aku ni ikut angin moonsun.. kadang banyak.. kadang sikit.. kadang.. tak de.. kerja bermusim.. tu yang kadang-kadang orang kata.. tak de keje ke.. dok saje.. tapi bila tengah banyak kerja.. tak de plak orang nak cakap.. tengah banyak kerja ke.. hahahaha.. manusia.. sememangnya tak pernah mengerti.. tak pe la.. apa orang nak cakap.. yang penting nawaitu kita keluar rumah.. mencari rezeki untuk diri dan keluarga.. InsyaAllah.. Allah permudahkan segala urusan.. biarlah DIA yang mengetahui apa yang ada dalam hati..

amboi!! petang-petang dok membebel.. tak menahan.. lepas gian ke apa.. tidak juga.. jari ni lancar menaip pulak di petang hari.. naik tangga.. turun tangga tadi.. ada stamina lebih ke jari kot.. ;)

1 lagi sebab.. kenapa bersawang.. sekarang ni banyak gambar share dekat IG.. dengan kata lain.. Instagram.. fuhhh!! sangat penangan.. dan mungkin juga.. aku tak reti nak berblog sangat.. kadang rasa berblog hanya syok sendiri.. kadang rasa macam lucu sangat.. dengan bahasa yang kadang jahanam.. ohh!!! teruknya aku..

mungkin IG tak berapa nak boleh cerita panjang lebar tapi aku sangat suka.. hahaha.. (jangan muntah hijau pada yang membaca..) aku gile di IG bila melayan gamba photograpfer yang profesional.. melihat shoot gamba yang di ambil.. sangat-sangat buat aku bercita-cita merembat S4 zoom.. ahaksss!! dan mereka-mereka tidak sombong bile di tinggalkan komen.. tu yang aku terlebih jebak kat sane.. 

bukan niat di hati nak lupakan blog.. mungkin tak seaktif dulu.. maaf pada kawan-kawan yang lama ku tak jejak rumah korang.. harap semua kerja setel hujung bulan 11.. bulan 12 boleh honeymoon.. ahaksss!! my IG HananiAwaluddin.. cehhh!! promo IG nampak ya.. ishhh!! kasi tutup muka sikit.. maluuuu..