Jumaat, April 27

FUYOOO.. syoknya..

Salam 1 Malaysia..

salam pagi Jumaat.. penghulu segala hari.. 2 hari tak jengok blog.. BW pun tidak.. minggu ni terasa seperti pendek je masanya.. isnin kursus.. selasa ada kat opis.. rabu cuti.. khamis kursus lagi.. dan hari ni.. ada di opis.. pagi ni ada meting 5S.. adoyaiii.. gamaknya memang fail meja kene bikin di rumah la weekend ni..


malam tadi terpandang 1 status di FB.. dari ASTRO.. ~Sebagai tanda penghargaan, semua pelanggan Astro dijemput untuk menikmati lebih 130 saluran bermula dari 27 April-6 Mei! Terima kasih di atas sokongan anda!~ WOW!! FUYOOOOOOOO.. SYOKNYAAAAAA.. free kan.. belasah je la tengok HBO.. bintang dan yang lain-lain..

tengok sampai tertidur ok!! nanti aku BW blog-blog kawan-kawan.. tadaaaaaaaa!!

sumber : astro FB

Rabu, April 25

Wordless Wednesday : Terjah!!

Salam 1 Malaysia..

mau menerjah Proton Showroom!!

nota blog : autopublish!

Selasa, April 24

RATU hatiku..

Salam 1 Malaysia..

entry hari ni simple je.. untuk diri ini.. BONDA.. kasihmu.. sayangmu.. pengorbananmu.. tiada bandingan.. 
BONDA RATU HATIKU..




Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me


Sami Yusuf adalah salah sorang penyanyi yang aku gemar mendengar lagu-lagunya.. sama seperti Maher Zain.. Opick.. Hafiz Hamidun.. dan lain-lain.. menenangkan jiwa.. 

Isnin, April 23

2 IN 1.. mencari jalan penyelesaian..

Salam 1 Malaysia..

MORNING everyone!! (betul ke cam ni ejanya??) wah tak menahan.. nak speaking pulak pagi ni.. hari ni mood ok ka? minggu ni agak serabut dengan tugas hakiki dan tugas sampingan.. bile dua kerja harus diselesaikan dalam 1 masa yang singkat.. maka mood pun agak berubah-rubah.. jangan sampai tension tahap gaban dah la.. kang haru pulak jiran tetangga aku nanti.. baik-baik saja ya mood..

2 in 1.. fail meja tak siap lagi.. aku siap dah langgar due date.. fuhhhh!! harap sesangat big bos tak panggil untuk semakan.. tang tugas utama ok.. bile bab anak cucu.. adehhh aku tewas tang tu.. nak ceritakan detail tu.. lemas!! sangat.. sangat.. aku tewas.. 


sekali 5S pulak muncul.. wahhh!!! aku benar-benar rasa seperti nak angkat tangan mengaku kalah.. di tambah dengan due date hujung bulan 5.. adoyaiiiiiiiii.. bertambah serabut kepala.. daerah lain nak buat 5S bertahun.. di opis aku nak siapkan dalam 1 bulan.. perghhh.. gile gaban.. mau kene datang je ari sabtu ni.. hari yang aku tak suka datang kerja.. stay back hari biasa tak pe lagi.. tapi bile hari sabtu suruh datang opis.. huwaarrrrrrrrrr menangis tak berlagu aku.. dari dulu memang tak suka datang opis hari sabtu.. penyakit betul la aku ni..

untuk menjayakan 5S ni.. aku harap la sangat team work yang sepakat.. InsyaAllah boleh cepat selesai.. bab sisih tu.. cam ok.. bab nak susun.. sapu.. seragam dan setiasa amal tu.. akan serabut.. lepas fasa tu.. untuk kekalkan 1 bab juga.. fuhhhh.. banyak keje remeh temeh ini..

dalam nak buat 5S tu.. kebaikkannya banyak.. senang nak cari fail.. barang.. kemas dan teratur.. nak mulakan tu yang agak payah.. walau apa pun terjadi.. InsyaAllah.. aku akan cube sedaya upaya.. APA YANG PENTING.. KERJASAMA!!!

nota blog : hari ni datang awal.. ada kursus kat dewan jubli SUK.. kursus TEKNIK ALBAGHDADI.. 1 hari.. kursus tahun ni tinggal 2 hari je lagi untuk melengkapkan 7 hari.. 

Ahad, April 22

CELARU!!

Salam 1 Malaysia..

mungkin aku yang terlewat perasan.. dah 2 hari tak buka blog.. nak BW pun tak sempat.. lagi 1 puncanya laptop tak de kat rumah.. adik lelaki dah angkut bawa pegi rumah sewa.. makanya terpaksa tunggu dia balik rumah bonda.. malam ni kunun nak berBW.. sekali tengok.. ayoooooooooooo!!!

bagi warna warni la sikit.. huhuhu

hambik kaw!! terpana sekejap mata ni.. kodek-kodek.. aduhai.. terasa cam mood nak berBW melayang kejap.. tapi akan di usahakan.. aku akan berBW juga le blog kawan-kawan mayaku.. tapi cam tak best la tuka benda ni.. kelabu je tengoknya.. cube la buat kaler lain.. meriah sikit kot.. ni ala-ala jadi mengantuk mataku.. apa kelebihannya yang baru ni erk??

Jumaat, April 20

TERIKUT sudah!

Salam 1 Malaysia..

semenjak.. dua menjak ni.. terikut sudah dengan bonda.. TERMINAT dengan Fizo Omar.. ahakss!! agak termeroyan gak la.. (ada ke perkataan termeroyan?? belasah je la..) sejak cite SOFFIYA la terjebak ngan bonda suka tengok lakonan fizo omar ni.. sekali pandang.. biasa je la.. dua kali pandang.. terpaut sudah!! ahaksss!! ampun bonda.. anakmu dah termeroyan fizo omar!!!

bile ditambah lagi cerita CINTA BUAT EMELDA.. adehhh.. memang payah nak lepas la.. tapi part tengah-tengah cite tu mestilah tak tengok.. solat.. dalam cite tu.. mak aiii.. mia tu sangat manja dengan fizo.. sweet la.. cam betul-betul ayah dan anak.. bahagia je tengok.. (mula lah berangan-angan..)

smart jerk!

cite cinta buat emelda ni cam ramai peminat dia.. maybe sebab drama.. kalau filem mungkin tak best.. tapi bagi aku cite ni setiap episod ada je detik buat kita tertanya-tanya.. dengan keletah Mia Sara Nasuha.. comel banget!! geram je tengok dia.. pandai dan bijak berkata-kata.. bonda siap cakap, macamana budak kecik tu boleh hafal dialog.. terang hatinya.. cerdik.. 

alahai comelnya kamu mia..
bile babak Emeriz dengan Azida.. perghh.. adakalanya geram je ngan Emeriz.. ada masanya geram dengan Azida.. ego campur jual mahal.. berjaya lakonan mereka.. watak mereka menjadi.. aku tak pernah baca pun novel KASIH ANTARA KITA.. bile cite cinta buat emelda ni best.. aku rasa tak perlu kot aku baca.. nanti macam filem ombak rindu.. asik nak bezakan je.. ni pun dah ada terbaca pasal drama bicara hati banyak tak sama dengan novel.. baik tak yah baca novel tu.. ahakss!!

lakonan yang mantap CINTA BUAT EMELDA..
tinggal bape episod je dah nak abis cite tu.. youtube dah blok.. maka kene tengok kat online blog je la.. kot ada.. payah betul kalau dah suka tengok sesebuah drama ni.. nak kene follow je.. haishhh!!!

sumber gambar : MiG Online

Khamis, April 19

SELAMAT tinggal..

Salam 1 Malaysia..

ape macam mood ari ni?? ada ok ka?? mood minggu ni boleh dikatakan asik ke laut je.. mood tak de.. rasa cam nak cuti panjang dan cucuk di rumah bersantai-santai dengan bonda.. nak cuti lagi?? haishhh!! cuti pun bukan ada banyak mane pun.. program siap cantik tersusun.. dan takut pulak ada kecemasan ape-ape.. harus simpan cuti ok!!

len kali jangan nak terima.. ahaks!

minggu lepas dengan dekat hati ini membuat keputusan "terminate" card credit.. penyakit benonya bile ada benda alah ni.. suka suki je nak slide card credit.. (betul ke eja cam ni.. belasah je la..) bahananya.. hujung bulan dapat surat cinta ok.. akan menjadi seperti beban ni nak bayar tiap-tiap bulan.. adoyaiii.. tu yang berat tu.. bil yang sedia ada pun agak perit.. ni tambah dengan card credit.. dah guna.. kene la bayar kan.. dari melarat.. baik terminate.. nasib la senang urusannya.. buat bayaran akhir.. conformation kat HQ.. selesai..

dah berlubang..

kesimpulannya.. pas ni jangan nak terima offer card credit ya.. ada 1 cukup la.. jangan banyak-banyak.. menyiksa diri dihujung bulan nanti.. jangan cari penyakit!! peringatan untuk diri sendiri.. tiada kene mengena dengan orang lain.. SELAMAT TINGGAL!!


Rabu, April 18

Wordless Wednesday : JOM Sarapan!!

Salam 1 Malaysia..

menggoda tak??
korang sarapan ape pagi ni??

nota blog : InsyaAllah pagi ni nak ke Kuala Selangor ada lawatan 5S.. haishhh!! nak kene tengok betul-betul cara orang sana buat 5S..

Selasa, April 17

CERITA 11 April..

Salam 1 Malaysia..

begitu pantas masa berlalu.. hari ni dah 17 April 2012.. dah nak ke penghujung suku tahun pertama.. ape perkembangan hidup dalam suku tahun pertama? dah tercapai? kadang apa yang kita rancang, belum tentu dapat menjadi kenyataan.. itulah kehidupan.. kita hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah s.w.t. yang menentukan.. 

cerita rabu minggu lepas.. sempena cuti Pertabalan Agong yang baru dan juga kebetulan tarikh 11 April 2012 ialah tarikh ulang tahun kelahiran buat angah, maka bonda decide nak buat sedikit bubur merah dan nasi kerabu orang jawa.. bonda ada berniat, lepas angah sihat.. ayu dah dapat keje.. bonda nak buat bubur merah sedekah kepada jiran-jiran.. dengan niat dan harapan moga anak-anak dan seisi keluarga sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t hendaknya.. SELAMAT ULANG TAHUN ANGAH.. YANG KE 35.. SEMOGA PANJANG UMUR.. MURAH REZEKI.. DILINDUNGI ALLAH S.W.T DAN DILIMPAHI KASIH SAYANG ANAK-ANAK DAN INSAN-INSAN TERSAYANG..

angah & ayu sewaktu ayu konvo..
bulan depan ayu konvo lagi..

menu pada hari itu seperti yang di nyatakan.. ahakss!! bubur merah dan nasi kerabu jawa.. hari rabu tu dari pukul 7.00 pagi hingga ke 10++ pagi hujan lebat membasahi bumi.. bagi diriku itu hujan rahmat yang Allah beri.. Alhamdulillah.. persiapan tetap berjalan walaupun hujan.. dengan bantuan makcik-makcik dan pakcik serta adik beradik.. semua siap dalam pukul 12.30 tengahari.. waktu yang sedang elok untuk berikan bungkusan makanan kepada jiran-jiran.. boleh dia orang makan tengahari dengan nasi kerabu tu.. bubur merah tu bahan utamanya beras.. menjadi nasi.. campur santan.. letak gula merah.. maka jadilah bubur merah.. aku suka!! dan bile buat bubur merah secara automatik aku akan teringat pada nenek.. nenek suka buat bubur ni.. moh le kite tengok bahan-bahan nasi kerabu jawa ok!! zoomm innnnnn

kacang panjang.. taugeh.. pucuk ubi.. yang telah di celur dengan air panas..
cekur yang di tumbuk..
serunding kelapa untuk kerabu..
cili padi.. cili kering.. bawang merah dan bawang putih.. ikan bilis dan sedikit belacan.. blander.. dan tumis..
kelapa di masukkan bile bahan yang di tumis telah masak.. masak sehingga kering..
letak atas sayur yang telah di celur.. gaul sehingga rata..
taraaaaa... jadilah kerabu orang jawa..
lauk sampingan kerabu ni.. ayam goreng berempah.. telur rebus.. ikan masin bulu ayam.. kacang tanah goreng.. tempe dan tauhu goreng dan jangan lupa.. nasi putih.. (terlupa nak snap pict nasi putih.. ahakss!)

ayam goreng berempah.. mabeles!!

ikan masin bulu ayam.. eh! betul ke namanya ni??
kacang tanah yang di goreng.. blur je gamba ni.. ampun!!
telur rebus..
tempe & tauhu goreng.. ada yang tak suka tempe??
dan 1 lagi menu.. febret aku ni.. BUBUR MERAH..

bubur nasi merah berdot putih.. nyummi!!
doakan kami sekeluarga sihat-sihat semuanya ya.. bulan 6 InsyaAllah cadangnya nak buat kenduri doa selamat dan tahlil arwah abah.. moga tercapai hajat di hati bonda dan aku..

nota blog : lega.. e-filing dah setel!!

Isnin, April 16

WORLD juga?

Salam 1 Malaysia..

MONDAY BLUES?? oh!! katakan TIDAK!! niat di hati hari ni nak bikin FAIL MEJA atau dengan kata lain.. FM.. asik tertangguh je.. sampai big bos dah bagi due date.. aku masih tak dapat menyiapkan.. cube mencuri masa.. tapi tidak berjaya.. aduhhh!! di saat keadaan yang sibuk baru banyak benda nak update.. hari ni akan ku cuba walaupun tak boleh sampai siap sepenuhnya..

bahan entry ala-ala dah basi.. sebab dah hadam dalam perut pun.. yang mengusik hati dan jari untuk letak di entry ialah.. WORLD.. kompom world ke?? ahakss!! cerita apa ni?? MD PUTU BAMBU WORLD.. kawan opis yang beli.. bagi kat department aku 2 bekas.. rasa dia biasa lah bagi aku sebab aku tak bape gemar dengan putu bambu.. aku lagi suka putu piring.. lagi 1, warna putu bambu ni warna hijau.. tak asli bagiku.. aik!! orang bagi.. makan je la.. banyak komen lak erk!! ahakss!! ape-ape pun.. TQ la kepada yang memberi.. zoommmmm innnnn!!!

bungkusan yang cantik!! tak guna kertas surat khabar..
rupe isi dalamnya.. siap ada sudu sama warna lagi dengan warna putu bambu tu..
menarik!! santapan di petang hari..
kedai putu piring kat tempat biasa beli tu tengah renovate.. ayakk!! dah lame tak beli.. bile nak siap ni?? dah teringin ni..:p

nota blog : korang dah isi e-filling??

Ahad, April 15

MINGGU ini..

Salam 1 Malaysia..

apa khabar semua?? ada baik ka.. hujung minggu ni aku tak kemana-mana pun.. pagi-pagi cam biasa la.. aktiviti kaum hawa kalau berada di rumah.. paham-paham sendiri je la.. siap awal pagi ni, maka sempat la layan 1 movie online.. JIDIN SENGAL.. cadangnya semalam nak tengok.. tapi loading yang sangat slow.. so, batalkan niat dihati.. maka menerjah cite cinta buat emelda.. ahaks!! hati sudah tertawan dengan fizo omar.. ah! sudah!! berjangkit dengan bonda.. zoom in JIDIN SENGAL..

TQ cik google!!
SINOPSIS FILEM JIDIN SENGAL | JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. 
Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. 
Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? 
PELAKON FILEM JIDIN SENGAL | Along Cham – Jidin (Pelakon Utama), Angah Raja Lawak – Bob Dobot (Pelakon Utama), Jue Aziz – Amy (Pelakon Utama), Faezah – Ella Sunti (Pelakon Utama), Zack – Iskandar (Pelakon Utama), Azrul Zaidi – Jay-Z (Pelakon Utama), Ernie Chen – Pengarah Ernie (Pelakon Pembantu), Natalie – Farah (Pelakon Pembantu), Amyza Aznan – Direktor telemovie (Artis Jemputan), Norman Hakim – Cameo Pelakon Lelaki (Artis Jemputan)
sumber : ammboi

nota blog : hari ni sangat terasa malas nak memasak.. tapi harus memasak.. kang sape plak nak masak.. menu hari ini.. SUP AYAM.. NASI PUTIH.. SAMBAL KICAP CILI PADI.. 

Sabtu, April 14

LEGA rasanya..

Salam 1 Malaysia..

rindu banget dengan kawan-kawan blogger.. rindu nak BW.. ada ke yang rindu dengan entry aku?? pasan pulak aku ni.. rindu nak berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan maya.. rumah ke?? apa ye namanya.. pergi dari 1 blog ke 1 blog.. haishh!!! 4 hari tak berBW.. dan 4 hari juga tak ber entry blog aku.. dan nampaknya ada sikit ciri-ciri nak bersawang.. huh! nak buat cam ne.. sekarang lappy dah tak de kat rumah.. bangchik dah angkut ini lappy ke rumah sewa.. boring katanya.. tv tak de.. kesian la pulak.. bagi je la.. kat opis.. tak sempat nak bikin entry.. nak berBW pun tak sempat.. rushing nak siapkan kerja.. banyak sangat nak urgent.. so.. kerja diutamakan.. blog dikemudiankan la nampaknya.. jadual kerja harus diubah!! WORK SMART DON'T WORK HARD!!

TQ cik google!!
minggu yang amat letih.. penat.. dan hari-hari balik lewat.. Alhamdulillah.. semua kerja selesai dalam masa yang dirancang.. coming soon walau ada pun, tak banyak macam minggu ni.. mata pun naik juling tengok nombor.. Alhamdulillah bonda paham anaknya hari-hari balik lewat.. malam.. masa untuk melayan bonda sambil tengok tv.. 

mulai minggu depan.. setiap minggu ada saje jemputan majlis perkahwinan.. Alhamdulillah.. moga kalian semua berkekalan hingga ke akhir hayat.. dah menjadi kebiasaan aku sejak 2 tahun kebelakangan ini.. bile ada jemputan majlis perkahwinan, aku tak beli hadiah.. bagi duit je.. bukan apa, ianya memudahkan aku.. ahakss!! tak payah nak pikir.. nak beli apa.. kang aku beli, tapi ianya agak kurang berguna bagi pasangan itu.. maka the best aku bagi duit je la.. boleh gak guna lepas majlis tu.. 

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KAWAN-KAWAN BLOG! menu hari ni.. ikan gelama masak tauchu.. sayur kangkung goreng dan nasi putih.. hati membuak nak tengok BATTLESHIP.. mungkin esok atau minggu depan baru nak pegi tengok.. badan terasa sangat letih! time to BW.. zassssssssssss

Selasa, April 10

PELANGI menemani..

Salam 1 Malaysia..

dingin terasa diri ini.. sejuk! hujan dari semalam petang hingga ke pagi ni.. pagi ni cuaca mendung beserta gerimis.. alhamdulillah.. syukur.. masih bernafas di bumiMU ini YA ALLAH.. minggu ni mungkin setiap hari akan pulang lewat.. kecuali ESOK.. esok kan cuti 1 Malaysia.. Hari Pertabalan Agong baru kita..

TQ cik google!!

semalam balik dari opis sekitar 6.30 petang.. cuaca saat itu gerimis halus.. sejuk terasa.. dengan badan yang terasa letih.. sepanjang perjalanan pulang ke rumah dengan hati yang tenang.. asal traffic light kaler merah, aku tengok jam.. alamak!! dah dekat kul 7.00 petang la.. kejap lagi cinta buat emelda mula.. ahakss!! sekali sampai area setia alam terpandang langit sebelah kanan.. SUBHANALLAH.. indahnya ciptaanMU.. pelangi petang.. pelangi selepas hujan.. PELANGI MENEMANI diriku pulang ke rumah.. dan terus teringat lagu..

Pelangi pelangi
Alangkah indahmu
Merah, kuning, hijau
Di langit yang biru

Pelukismu Agung
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi
Ciptaan Tuhan!

malam tadi aku pun tido awal.. sejuk kan.. tengok tv.. lastly.. tv tengok aku.. tersedar pukul 11 lebih tengok bonda ngan adik pun dah tertido.. tv terpasang.. tak de sape pun tengok.. memang nyenyak la tido bile cuaca sejuk di luar.. harap petang ni tak hujan.. nak pegi pasar malam.. esok nak buat makan-makan sedekah kat jiran-jiran..
nota blog : maaf kawan-kawan jika aku tak dapat menziarah rumah kamu.. InsyaAllah akan menziarah jika ada kelapangan.. agak sibuk minggu ini.. selamat menjalankan tugas!!

Isnin, April 9

2011 : AARON AZIZ

Salam 1 Malaysia..

pagi ni mesti banyak entry pasal HERO filem 2011.. tak lain tak bukan.. AARON AZIZ.. Bintang Paling Popular ABPBH 2011.. penampilan yang sangat simple tapi tetap kacak.. layan artikel je la.. pagi ni rasa MONDAY BLUES la.. ahakss!!

sumber : gua.com TQ!

Giliran Aaron Aziz

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
 
HABUAN...Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium).
 GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.

Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press, Mohammad Azlan Abdullah yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Keseluruhannya ABPBH2011 mempertandingkan 16 anugerah kepada artis tanah air.

Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.

Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.




SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Khas:

Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

PENGHORMATAN...Siti raih Anugerah Seri Perak.
 sumber : myMetro



nota blog : tertidur di tengah siaran.. terjaga waktu AARON AZIZ dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Ahad, April 8

masanya telah TIBA..

Salam 1 Malaysia..

ape program anda hari ini?? ada kemana-mana.. bersoping ke.. tengok wayang ke.. biasalah.. masih awal bulan.. poket masih tebal.. opsss!! beg duit.. tapi bagi orang gomen dah agak suam-suam kuku.. ke.. aku je yang rasa cam tu?? ahakss!! jemputan kenduri banyak ke? minggu ni tak de jemputan.. akan datang pun tiada.. hari ni rehat.. duduk di rumah diam-diam.. tak de mood nak keluar cuci mata.. bergolek-golek depan tv je la gamaknya..
malam ni ada sape-sape nak tengok ABPBH?? pejam celik.. malam ni ABPBH YANG KE 25.. tak pasan pun.. pencalonan kali ni pun boleh tahan.. tak kira lelaki atau perempuan.. MELETOP!! jangan lupa tau.. MENONTON.. siaran langsung.. malam ni jam 9 malam di TV3.. dan juga di radio HOTFM..



ABPBH 2011 berkonsepkan bandar atas air dengan tema Larger Than Life. wah!! mesti syok.. harap le mata ni larat nak celik.. nak tengok ABPBH.. nak tengok Aaron Aziz.. ahaks!! kalau nak tau lebih lanjut.. KLIK SINI.. & SINI..

 

Sabtu, April 7

FREE lagi!!

Salam 1 Malaysia..

1 benda yang aku suka angah keje kat tempat keje barunya.. bile ada benda dekat expired.. memang kene reject.. maka.. ape lagi.. adalah habuan untuk kami.. hari tu coklat.. lepas tu gula-gula.. ni DENTYNE SPLASH plak.. memang nyummi la.. coklat tu bukan coklat biasa.. ahakss!! bagiku coklat ni dah mahal dan sedap.. COKLAT CADBURY.. memang puas makan la.. DENTYNE SPLASH ni berperisa citrus with blackberry.. benda free.. belasah selagi boleh la..

kali ni angah bawa balik 1 kotak je.. tapi isinya pun dah banyak kan.. ape lagi anak makcik la sonok.. sakan la dia orang makan.. benda ni kan macam chewing gum.. kunyah-kunyah.. lastly buang.. aku kalau nak namanya beli benda alah ni memang idak le.. dek kerana free.. belasah je la.. aku rembat 3 kotak kecik.. ahakss!!


nak kate dah dekat expired sangat tu bagi aku tak juga.. tapi kalau nak antar kat kedai atau shopping complex memang la dah dekat.. sebab expired dia bulan 7.. 

nampak tak.. tarikh expired dia.. bulan 7 2012
dan rupe dalamnya.. ala-ala exclusive la kunun.. taraa...


nota blog : selamat berhujung minggu!!

Jumaat, April 6

KACAK.. segak.. tampan..

Salam 1 Malaysia..

sejak kebelakangan ni aku rasa la.. ni pendapat aku.. penonton akan menonton drama.. filem.. teater.. telemovie.. berdasarkan raut wajah.. terutama haruslah HERO kan.. heronya harus KACAK.. SEGAK.. TAMPAN.. ini adalah satu pekara yang penting untuk menghasilkan satu drama/filem/teater/telemovie.. kalau jalan ceritanya menarik sekali pun, kalau heronya tak menarik perhatian penonton.. mesti rating nya ala-ala suam-suam kuku.. wahh!! pandailah aku buat analisis.. (sebab aku pun adakalanya cam tu.. ahakss!!) HEROIN pun sama gak.. ni cite hero sebab kebanyakkan drama/filem/teater/telemovie ni di tonton oleh kaum HAWA.. kebanyakkan tau.. bukan memang.. ye la.. ibu-ibu di rumah yang suri rumah sepenuh masa.. bile waktu petang kebanyakkannya masa mereka di depan tv.. kebanyakkan tau.. bukan semua.. ampun kalau silap taip dan pemikiran..

dan ianya akan seperti menjadi musim.. kalau hero tu yang sedap meletop.. hero tu je.. pasan tak?? haishh!! ke aku je yang pasan.. waktu tu memang laku habislah hero tu.. meletop la senang cakap..

hero TENTANG DHIA
HERO drama/filem/teater/telemovie
 
HERO cinta buat emelda

HERO cinta elysa
APA CELOP!!
NUR KASIH..
tengah HOT.. BICARA HATI..
tidak di sangkal lakonannya.. SHAHEIZY SAM..
dan mereka semua KACAK.. SEGAK.. & TAMPAN.. bakat dan raut wajah kene seiring jika mahu ke dunia lakonan.. tapi yang penting BAKAT.. raut wajah adalah bonus.. ramai lagi pelakon yang kacak.. segak.. tampan.. kang jemu lak orang tengok entry aku ni.. MANA SATU PILIHAN HERO ANDA?? ADA TAK DALAM ENTRY NI?? peace yaw!!


Khamis, April 5

TIDAK disangka..

Salam 1 Malaysia..

masa berlalu begitu pantas.. sekejap je dah masuk suku tahun pertama.. tugas hakiki di pejabat pun dah melambak-lambak.. tak berhenti-henti.. silih berganti.. dengan program yang banyak.. dengan fail meja yang tak terusik.. macam tak cukup masa je 8 jam 1 hari di opis.. wahhh!! ayat tak boleh blah erk.. kunun sangat sibuk.. padahal sempat lagi menaip entry.. berBW ke rumah kawan-kawan.. haishhh!! BW seperti aktiviti rutin la pulak ya.. 

rabu lepas sempat menghadirkan diri ke mesyuarat 5S.. secara paksa rela terjebak menjadi kumpulan 5S.. ohhh!! sungguh aku tak rela.. kunun jadi ketua zon.. gamaknya memang habis kalah la zon aku.. dengan kertas yang melambak-lambak tersadai ni.. sape nak SISIH.. SUSUN.. SAPU.. SERAGAM & SENTIASA AMAL?? harap ahli zon sama-sama bantu membantu ya.. melalut sudahhh!!

TQ cik google..

 tajuk cam ape.. blank!! kisahnya ada insan bermurah hati memberi kad prabayar.. Ya Allah.. syukur.. macam tau-tau je kredit nak abis.. ahakss!! terima kasih la banyak-banyak.. bukan RM30.. malah RM60.. tapi teringat pepatah.. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.. pokok pangkalnya KEIKHLASAN.. moga kamu sentiasa dimurahkan rezeki.. 

jutaan terima kasih.. kepada yang memberi..
nota blog : minggu ni aku jarang berBW ke rumah kawan-kawan.. 1 hari sekali je.. sesi petang untuk berBW tidak punya waktu.. aik! cam gaya cakap orang indonesia pulak..

Rabu, April 4

Wordless Wednesday : Pokok Apa?

Salam 1 Malaysia..


korang panggil pokok tu pokok apa? aku panggil pokok tanduk rusa..



Selasa, April 3

DAK AKID masuk opis..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat lepas Akid Nafiz a.k.a dak akid anak kepada Puan Nadia masuk opis.. keje half day ok.. dak akid ni.. dari pukul 7 lebih dia dah ada kat opis.. ibu akid bawa akid sebab nenek akid ada checkup kat hospital.. aku datang pun agak lewat dari kebiasaan.. tapi masih belum pukul 8.00 pagi.. sebab subuh tu hujan yang lebat.. sampai KLANG DILANDA BANJIR KILAT.. masuk opis elok je dak akid ni duduk atas meja.. dengan tak mandi lagi.. ahaks!! masham la dia.. senyum je dak akid ni.. shomel!!

habis 2 department menyakat dia.. dari department aku ke admin deparment.. aku ingat dengan semua orang dia nak.. rupanya ada gak dengan orang dia tak nak.. oh!! masih selamat kamu nadia.. dia menangis semahu hati bile di dokong dengan orang yang dia tak nak.. selamat!! dak akid sempat lagi tido 1 round kat opis.. lame gak dia tido.. sejam lebih.. siap bawa tilam lagi kamu dak akid.. nyaman tido bilik ber aircond.. bangun tido je dia meragam.. lapo.. aku sempat snap bape pict dak akid yang shomel ini.. zoom in!!

meraung bile kene tinggal.. time ni akid baru bangun tido..
dalam dakapan ibu.. sesi memujuk..
abaikan pemandangan dibelakang itu..
wajah nampak tenang.. 
sengih bile letak di sofa..
mulut yang cute!! nak cakap ape la tu..
tengok apa tu sayang??
ish!! tak moo geget burung tu..
burung tu la permainan akid bila datang opis ibu..

walaupun seketika akid bersama aku.. sonok layan keletah dia.. tak reti duduk diam.. nak explore je keje dia.. sampai ibu geram tutup pintu.. abis dia menangis.. nanti dak akid datang opis ibu lagi ya!!