Ahad, April 15

MINGGU ini..

Salam 1 Malaysia..

apa khabar semua?? ada baik ka.. hujung minggu ni aku tak kemana-mana pun.. pagi-pagi cam biasa la.. aktiviti kaum hawa kalau berada di rumah.. paham-paham sendiri je la.. siap awal pagi ni, maka sempat la layan 1 movie online.. JIDIN SENGAL.. cadangnya semalam nak tengok.. tapi loading yang sangat slow.. so, batalkan niat dihati.. maka menerjah cite cinta buat emelda.. ahaks!! hati sudah tertawan dengan fizo omar.. ah! sudah!! berjangkit dengan bonda.. zoom in JIDIN SENGAL..

TQ cik google!!
SINOPSIS FILEM JIDIN SENGAL | JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib. 
Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. 
Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? 
PELAKON FILEM JIDIN SENGAL | Along Cham – Jidin (Pelakon Utama), Angah Raja Lawak – Bob Dobot (Pelakon Utama), Jue Aziz – Amy (Pelakon Utama), Faezah – Ella Sunti (Pelakon Utama), Zack – Iskandar (Pelakon Utama), Azrul Zaidi – Jay-Z (Pelakon Utama), Ernie Chen – Pengarah Ernie (Pelakon Pembantu), Natalie – Farah (Pelakon Pembantu), Amyza Aznan – Direktor telemovie (Artis Jemputan), Norman Hakim – Cameo Pelakon Lelaki (Artis Jemputan)
sumber : ammboi

nota blog : hari ni sangat terasa malas nak memasak.. tapi harus memasak.. kang sape plak nak masak.. menu hari ini.. SUP AYAM.. NASI PUTIH.. SAMBAL KICAP CILI PADI.. 

3 ulasan:

Unknown berkata...

p/s: seb bek harini incik hubby masakkan.. keh3(^___^)

cheqna berkata...

best tak citer ni??
nak tengok gak tapi ntah bila dapat tengok ni =)

AdaM Hawa berkata...

@cheqna ok la cite ni.. sbb free.. hehehe