Khamis, Mei 31

Bagan Nakhoda Omar PUNYA..

Salam 1 Malaysia..

hari ni dah 10 Rejab.. bermaksud tak sampai 2 bulan lagi Ramadhan menjelma.. ramai orang berpuasa bulan Rejab.. Alhamdulillah.. moga peroleh keberkatan di bulan Rejab.. bila dekat bulan Ramadhan.. tekak ni mula la nak makan macam-macam.. kunun sebelum bulan puasa.. haishhh!! makin membolat la badan ni.. memang sedia bolat pun.. ahaksss!!

mee udang sinonim dengan kuala sepetang.. tapi nak ke taiping semata-mata nak makan mee udang.. idak le teman buat.. kat sini pun dah banyak kedai jual mee udang.. sedap dengan tak je.. sedap beno ke mee udang kuala sepetang erk?? power sangat erk udangnya?? beso-beso?? bape ekor dalam satu bekas?? wahhhh!! banyak betol soalan aku.. macam ada yang sudi menjawab.. kalau ada yang sudi.. dipersilakan di ruangan pencetus kehangatanku orait!!

ni la kedainya..

kalau pergi ke rumah embah (nenek) di sabak bernam kompom family aku akan menerjah BNO.. Bagan Nakhoda Omar.. kat situ ada kedai mee udang.. bagi aku sedap je.. lain orang lain cita rasa kan.. udang dia pun boleh tahan besonya.. dan kate adik.. pasti ada 7 ekor udang dalam pinggan yang kita makan.. aik!! nampak tak kamu dulu rajin beno makan mee udang masa duduk poli sabak kan?? kan?? siap dah tau bape ekor udang ada dalam 1 pinggan.. harganya 1 pinggan aku tak pasti bape hengget.. sebab.. selalunya kalau makan kat situ macam-macam yang di order.. nasi goreng udang la.. nasi ayam la.. macam-macam la.. jadi tak tau harga 1 pinggan bape hengget.. siap bungkus lagi kalau nak balik.. dan pastinya kuah di asingkan.. kang basi ke apa.. langsung tak boleh makan.. meh zoom in!!

menyelerakan tak??
tengok udang dia.. udang laut punya.. bukan bela..

lepas makan biasanya kami akan melepak di tepi tebing laut.. ada pondok.. bonda duduk kat pondok la.. bagi lega-lega perut tu.. baru boleh meneruskan perjalanan pulang ke klang.. 

berangin je.. sonok!

Rabu, Mei 30

Wordless Wednesday : Bersyukur..

Salam 1 Malaysia..


semoga ianya sentiasa memberi kekuatan dan peringatan kepadaku..



Selasa, Mei 29

from SABAH..

Salam 1 Malaysia..

dari minggu lepas jiran sebelah partition tak de.. cuti.. anak demam.. mula-mula demam ketegur benda.. lepas tu demam campak keladi pulak.. sampai buat status kat FB.. cuti dah abis.. alahai.. kesian jiran sebelah.. tak pe la.. asal dak akid bam-bam sihat seperti biasa.. demam-demam pun semalam ikut ibu datang opis isi borang cuti masih tersengih je dak akid.. masih ceria dak tecik tu.. senyum memanjang.. sempat la geletek-geletek dak akid.. gelak sakan dengan aku.. moga cepat sembuh ya dak akid.. acik sunyi tak de sape nak borak dengan acik kat opis.. ibu cuti panjang..

kalau orang pergi sabah mesti beli ole-ole mutiara.. murah ke mutiara dekat sane erk?? asli ke palsu.. aku pun tak pasti.. bulan lepas angah pergi sabah 1 minggu.. ada buah tangan untuk kami di rumah.. untuk aku.. ayu dan bonda.. angah belikan kerongsang.. untuk abangchik.. angah belikan t-shirt.. dan untuk anak dara dua orang tu.. ayah belikan gelang dengan t-shirt.. terima kasih angah.. angah ni jarang belikan ole-ole kalau dia pergi bercuti.. tapi kali ni agaknya pergi naik belon.. maka dia belikan kami sedikit ole-ole.. boleh kami melaram time hari raya nanti.. ahakss!!

ini bonda punya.. anggur kata bonda..
yang ni pulak untuk ayu..
dan yang ini opkos untuk aku..
ntah sesuai ntah idak dengan warna baju dan tudung kami di pagi hari raya nanti.. baju dah beli tapi belum tempah.. harap makcik tu masih sudi terima tempahan.. kalau tidak.. adoyaiiii.. merayu gak la dengan makcik tu.. tu la.. suh belaja menjahit tak mau.. kalau pandai menjahit kan best.. jimat duit upah menjahit.. dan boleh ambik tempahan sikit-sikit.. ahaksss!! 

ni untuk 2 orang anak dara ayah..
t-shirt untuk kakak & adik.. kuning lagi!!

Isnin, Mei 28

sedikit TIPS..

Salam 1 Malaysia..

minggu terakhir bulan Mei.. pantas betul masa berlalu..dah nak masuk pertengahan tahun.. macam-macam berlaku dalam tempoh masa 5 bulan.. pahit.. manis.. masham.. masin.. ahakss!! tu la namanya kehidupan.. mana ada kehidupan tu sentiasa indah.. kan?? kan?? entry hari ni nak share TIPS menjaga buah pinggang.. info dari FB kawan aku.. sama-sama belaja di POLIMAS.. 1 rumah.. 1 bilik.. dia nak share tips ni sebab abang dia meninggal dunia menghidap sakit buah pinggang.. jadi aku nak share info ni untuk kita bersama..





Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Ahad, Mei 27

ketentuanNYA..

Salam 1 Malaysia..

di petang ahad dengan cuaca yang redup.. berangin.. maka bersantai-santai depan laptop.. mendegar lagu di youtube.. berBW rakan-rakan blogger.. lama betul tak berBW.. blog pun dah mula ada labah-labah.. haishhh!! minggu ni agak meletihkan.. stamina dah berkurangan ke dah makin tua.. cepat beno rasa letih dan lesu.. maka dengan itu.. ala-ala tersedar diri dah makin berusia.. macamana la agaknya nak bekerja hingga umur 60 tahun.. haipp!!! mampukah??


khamis malam jumaat.. tengah aku dan yang lain tido di depan tv.. sayup-sayup kedengaran orang memberi salam.. bermimpikah aku?? rupanya memang betul ada orang bagi salam.. pakcik aku rupanya.. memberi perkhabaran kepadaku.. abang sepupu meninggal.. aku punyalah terkejut.. sebab tak dengar sakit ke.. demam ke apa ajelah mengenai dirinya.. janji Allah pasti.. ajal akan tiba.. tidak akan awal sesaat.. tisak akan lewat sesaat.. hanya terjadi hanyalah penyebab.. kita.. masih tidak tahu bila masanya.. sentiasalah memperbaiki diri.. perbanyakkan amalan.. sentiasa berbuat baik.. 

arwah bagi aku sangat baik.. suka bergurau dengan sesiapa saja.. terakhir aku berborak dengan arwah hujung tahun lepas.. masa kami buat BBQ.. selalunya arwah jarang datang walaupun kami jemput.. arwah meninggal lepas main badminton.. lepas minum bersama adik lelakinya.. arwah muntah dan terus rebah.. terpaksa di bawa ke hospital untuk bedah siasat memandang usia arwah baru 48 tahun.. dan doktor mengesahkan serangan jantung menjadi punca arwah meninggal dunia.. tapi bagiku ianya hanya penyebab.. masanya telah tiba.. begitu senang arwah meninggal dunia.. bahagian arwah.. meninggal dunia di malam jumaat.. di bulan Rejab.. dalam tak sedar.. banyak juga petanda arwah akan pergi untuk selama-lamanya.. lepas arwah tiada baru adik beradik.. isteri dan anak-anak arwah perasan.. Allah s.w.t lebih menyayangimu.. buat ahli keluarga arwah.. moga tabah mengharungi kehidupan selepas ini.. tak sanggup melihat wajah anak perempuan arwah.. situasi sama yang aku hadapi semasa arwah abah meninggal dunia.. mujur saat ini masih cuti semester.. semoga arwah tenang di sana.. Al-Fatihah..

Khamis, Mei 24

buat KALI ke 6..

Salam 1 Malaysia..

tanggal 20 Mei 2012.. untuk kali ke 6 anakanda bonda naik ke pentas untuk mengambil sekeping sijil.. tak tau ada atau tidak untuk kali ke 7.. dari sijil.. diploma.. dan ijazah.. alhamdulillah.. aku bersyukur.. bonda dapat melihat anakanda naik ke pentas di majlis konvokesyen.. namun ada sedikit rasa ralat di hati kecil ni.. jauh di dasar hati.. ayahanda tidak dapat menyaksikan.. arwah abah sempat melihat along naik ke pentas untuk mengambil sijil perguruan.. saat aku mengambil sijil di POLIMAS.. arwah abah baru beberapa bulan meninggal dunia.. di atas pentas juga air mata mengalir.. betapa sayu hati ini hajat di hati tidak dapat tertunai untuk menghadiahkan sekeping sijil kepada arwah abah.. moga tenang dirimu di sana.. adik sentiasa mendoakan agar arwah abah sentiasa dalam golongan insan-insan yang dikasihi Allah s.w.t.

mengalir air mata saat melihat adinda bongsu naik ke pentas.. pabila nama di sebut.. menyentuh dasar hati kecil.. tertunai amanah yang aku galas selama ini.. Ya Allah.. sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah s.w.t. apa yang aku beri.. kepada adik-adik.. aku tidak mengharap balasan.. cukup bagiku untuk melihat mereka gembira.. berjaya.. hanya ini yang mampu aku berikan.. ilmu.. menitik air mata di saat entry di taip..

andai ada rezeki.. sambung la pelajaran wahai adik-adik ku.. untuk kesenangan dirimu di masa yang mendatang.. susuri kehidupan dengan tenang.. InsyaAllah.. segalanya dipermudahkan dengan niat dan hati yang ikhlas.. sekalung tahniah untuk adindaku.. HASMIDAYU BINTI AWALUDDIN.. semoga maju jaya di masa akan datang.. keje rajin-rajin.. nanti boleh pergi Jepun.. tengok negara orang.. moh la layan gamba adinda konvo.. tak boleh nak menaip lagi.. air mata dah bercucuran.. badan je beso.. hati kecik cam semut.. mudah sangat menangis bile melibatkan keluarga.. insan yang tersayang.. zassss!!

untuk kali ke 2 dengan bunga-bunga..

bersama bonda dan angah..
abangchik & along tak ikut..

bersama bonda..
bersama mak teh & family.. yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan..
bersama tetttttt.. ahaksss!!




tersengih dengan bunga!!
bersama rakan-rakan seperjuangan..

rasa satu kepuasan melihat adinda gembira.. semua orang gembira.. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami.. Amin.. kenangan terindah sebagai seorang anak dan kakak..

Rabu, Mei 23

Wordless Wednesday : SEMERBAK!!

Salam 1 Malaysia..

RM10 tahan 60 hari..
next time beli bauan lain pula..
 semerbak bau LEMON TREE di department aku.. suka!! suka!! suka!! SEGAR je.. 

nota blog : hari ni cuti.. anta bonda check up KK Meru.. pas tu pegi bawa si kura-kura servis untuk pertama kali.. lepas tu.. cuci mata!! dah gaji kan.. ahakss!!

Selasa, Mei 22

PANTAS masa berlalu..

Salam 1 Malaysia..

22052012 bersamaan 1 Rejab 1433H.. pantas masa berlalu.. lepas Rejab, masuk bulan Syaaban.. lepas tu Ramadhan.. bulan kita berpuasa.. 2 bulan je lagi.. puasa ganti pun belum abis.. haishhh!!! next week marathon la gamaknya.. 4 hari lagi.. chayok!! chayok!! 


banyak kelebihan bulan Rejab ni.. dan bulan Rejab juga ramai orang mula berpuasa.. tak dapat puasa berterusan pun, puasa isnin khamis pun ok kan?? berlatih untuk persediaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.. harap aku dapat bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak..  sekadar mahu berkongsi kelebihan bulan Rejab.. 

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Isnin, Mei 21

TAK terkata..

Salam 1 Malaysia..

fuhhh!! hari ni benar-benar MONDAY BLUES.. blog pun sudah mula bersawang.. adehhh.. kawan-kawan.. tolong buangkan sawang blog aku ni.. banyak beno keje urgent.. terabai sudah blog ni.. pagi ni curi-curi menconteng blog.. ramai kawan-kawan opis tak de.. semua ke majlis ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG.. TAHNIAH!! aku?? haishhh.. masih tak nampak bayang untuk menjadi pekerja cemerlang kot.. ate.. nak cemerlang bagaimana.. adakalanya TERmelawan bos.. ahaksss!! tak pe.. niat kene betul.. bekerja kerana Allah s.w.t. kan?? kan?? demi mencari rezeki yang halal.. InsyaAllah..

today.. aku sangat le lemau.. letih.. lesu.. banyak la perkataan yang sesuai digunakan.. mengantuk pun ado.. mane taknya.. minggu ni 2 kali ke Sabak Bernam.. dah tu.. aku ni mane penah drive jauh-jauh.. opkos la penat.. letih.. tapi mencabar gak pada aku.. nak biasakan diri dengan si kura kura.. kesian kura kura.. dah terlebih berjalan-jalan minggu ni.. 

dengan keadaan opis yang sunyi ni.. kalau dapat tido.. bestnya la.. aik!! nak curi tulang pulak?? jangan!! jangan!! ish.. ish.. ape daaa... betul-betul letih.. semalam adinda konvo.. di PSIS.. next entry la pulak.. gamba pun tak transfer lagi kat pc.. tapi ada drama di sebalik konvo adinda.. air mata mengalir tanpa disedari.. betapa kecilnya hati aku ini.. syukur.. amanah yang aku galas sedikit telah aku tunaikan.. moga dirimu terus maju jaya adik ku..

Rabu, Mei 16

setiap tahun ADA!! GURU.. PENDIDIK..

Salam 1 Malaysia..

16 Mei 2012 
SELAMAT HARI GURU
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"






ada juga kawan-kawan blogger juga seorang guru.. Selamat Hari Guru!! ucapan ini juga untuk along.. semoga tak jemu menjadi seorang pendidik walaupun pada mulanya dirimu tak mahu menjadi seorang pendidik.. ahakss!! harap lepas ni along dapat sambung belaja lagi hingga ke master.. bonda berbangga dengan kejayaanmu.. adik mu mengucapkan SELAMAT HARI GURU!!

saat menggenggam segulung ijazah..
sejujurnya aku tak pernah bagi hadiah masa hari guru secara peribadi.. kalau bagi pun kutipan semua pelajar 1 kelas.. ntah kenapa masa zaman aku sekolah tak rasa nak bagi hadiah secara peribadi.. tapi tak bermaksud aku tak menghargai jasa guru.. TERIMA KASIH kepada semua guru-guru yang tak pernah mengenal erti jemu mengajar dan mendidik aku menjadi insan yang berguna.. kenangan yang tak boleh di lupakan masa zaman sekolah rendah, kene denda tulis SAYA TIDAK AKAN BISING LAGI DALAM KELAS sebanyak 1000 kali.. sampai bengkak jari.. masa tu darjah 3 biru.. bile sekolah menengah pula tak boleh lupa kene bebel dengan cikgu kelas sebab kelas tak di hias.. sekali kami buat transformasi.. stay back 1 hari.. terkejut cikgu kelas bile masuk kelas esok pagi.. warna warni kami hias.. dan terus menang berterusan kelas ceria.. ahaksss!! tu antara kenangan yang tak boleh aku lupakan di saat belaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.. korang mesti ada kan?? share la dengan aku pada ruangan komen ni.. boleh??

 

Ahad, Mei 13

AKU rela HIDUP denganmu..

Salam 1 Malaysia..

13 MEI 2012 adalah hari ibu di Malaysia.. SELAMAT HARI IBU!! hari yang bermakna untuk semua insan yang bergelar BONDA.. IBU.. MAMA.. UMMI.. MUMMY.. dan apa jua gelaran untuk wanita yang yang mempunyai anak.. sungguh bertuah insan-insan ini.. untuk aku?? belum tiba masanya.. tapi panggilan UMMI dari kakak chia & adik icha cukup bermakna bagi ku.. ummi sayang kamu berdua!! tetibe mood berubah menjadi sedih la pulak sebab rindu sangat dengan dia orang..


SELAMAT HARI IBU.. BONDA.. tiada apa yang mampu aku berikan untukmu melainkan kasih sayang.. perhatian.. akan ku jaga dirimu selagi hayat dikandung badan.. setiap nafasmu.. adalah kekuatanku.. tiada apa yang ku punya di dunia ini melain dirimu setelah arwah abah menghadap Ilahi.. kau segalanya bagiku.. kasih sayangmu.. tiada bandingan.. (tidak mampu untuk menaip dengan lebih banyak.. air mata bergenang.. teringat arwah abah..)


KASIHNYA IBU

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

 bonda.. terima kasih kerana sudi bersahabat denganku.. sesungguhnya ku terharu kerana merasakan rahmat Allah melalui kasih sayangmu.. ADIK SAYANG BONDA!!
nota blog : hadiah ape yang nak aku berikan?? bawa bonda pegi shopping la petang ni.. 

Sabtu, Mei 12

I'M lovin' IT!

Salam 1 Malaysia..

sabtu menjelma lagi.. indah terasa bile tak perlu pergi kerja.. bukan malas bekerja ok!! tapi suka sebab tak perlu merempit di pagi hari.. tu sebenarnya.. aktiviti pagi sabtu.. cam biasa la.. mengemas.. membasuh.. memasak.. biasalah kan.. kaum hawa bile di rumah..

entry terlewat kot! ahakss!! saje nak publish yang aku dah makan CHICKEN FOLDOVER.. jakun sekejap erk.. sebab ape?? bermusim.. haishhh!! mesti nyampah orang nak tengok..eh!! tak pe.. tak nak baca pun tak pe.. kan?? kan??

I'M LOVIN' IT!
nyum!! perghh.. menggoda tak?? mabeles!!
Horlicks Crunch Mcflurry..
erkkkk!!! stop di sini.. kene memasak pula untuk lunch.. selamat bercuti kawan-kawan..

Jumaat, Mei 11

berbungkus DAUN PISANG..

Salam 1 Malaysia..

selamat tengahari kawan-kawan blogger.. sekejap je dah di penghujung minggu.. dah hari Jumaat yang mulia.. pantas masa berlalu.. dah masuk pertengahan bulan 5.. kalau tak silap lagi 70 hari ke bulan Ramadhan Al-Mubaraq.. cepat sungguh.. puasa ganti masih berbaki.. Ya Allah! cuai sungguh aku.. selalu lepas puasa 6, terus sambung dengan puasa ganti.. tahun ni aku slow sangat.. kisahnya hari tu sebab di serang gastrik.. lepas tu, penyakit "M" pun datang.. haisshhhh!!! kene ganti.. kene ganti.. bile nak start ni??

hari ni masa solat subuh.. tibe-tibe pinggang sebelah kiri sakit.. aduhhh!! ujian Allah beri.. tetibe teringat tajuk Al-Kuliyah petang ni.. SAKIT TAPI REDA.. mungkin sebab semalam angkat kotak yang penuh dengan kertas untuk dijual.. gara-gara 5s.. uhhh!! masih menyalahkan benda lain.. sebenarnya, aku yang cuai.. masa mengangkat kotak-kotak tu tak ingat pinggang ada masalah.. jadi.. hambikkkk!!! kan dah kene makan ubat tahan sakit.. cam ne rupe ubatnya.. kalau rajin next entry la gamaknya.. tu pun kalau rajin la.. sekarang sawang mula bercambah pada blog aku.. ahaksss!! cam bizi beno.. mood yang terbang.. tu yang bersawang.. haishhhhh!!! berusaha!!!

memori daun pisang!!
korang pernah dengar kuih TEPUNG TORAK?? LEMPER?? aku baru pertama kali jumpa tepung torak tu.. kalau lemper tu. aku tau sebab tu kuih orang jawa.. tapi sekarang pun semakin di lupakan.. kalau jumpa pun di kenduri perkahwinan.. tapi sekarang pun dah makin pupus.. ayat tak menahan.. PUPUS.. 

lontong ke yang di atas??
berbungkus daun pisang 2 jenis kuih ni..
sekali pandang kuih TEPUNG TORAK ni seperti lontong.. tapi kecik je.. comel.. ikat hujung dan pangkal yang sangat kemas.. haishhh!! kalau aku yang bungkus, memang hancur la gamaknya.. awak tangan tak berseni.. nak disuruh bungkus benda yang kecik molek ni.. hancus..

ni la kuih TEPUNG TORAK.. cam lontong kan.. kemas je ikatannya..

zoom in dalam kuih ni.. tepung torak.. rasanya lemak manis.. bahannya.. tepung beras.. gula.. garam.. santan kelapa.. air daun pandan.. sedap la kuih ni.. lagi sedap masuk dalam peti ais.. nyum!! nyum!!

sebijik cam lontong kan??
kuih LEMPER pulak kegemaran adinda bongsu.. bahan utama beras pulut.. yang lecehnya buat inti dia.. orang dulu-dulu reti la.. orang moden, tak bape reti.. maka kami beli je di pasar malam.. 5 biji RM2.. sama harga macam kuih tepung torak.. 5 biji RM2.. bonda kate, baik kamu beli dari nak suruh bonda buat.. ahaksss!! senyum je la kami.. zoom in kuih lemper..

ni la kuih lemper.. intinya ada sedikit rasa pedas.. tapi SEDAP!!
orang tua-tua kata.. walaupun ada pelbagai jenis kuih moden.. kuih lama usah dilupakan.. maka.. cintailah kuih tradisional.. ahaksss!!

Rabu, Mei 9

MERAJUKKAH dia??

Salam 1 Malaysia..

selamat pagi semua!! mood hari ni ada baik ka?? aku?? tatau la mood bagaimana pagi ni.. serabut kepalaku dengan 5s ni.. selagi tak selesai.. selagi tu ianya bikin kepala ku serabut.. bile ada yang membangkang apa yang kita nak buat, tu yang jadi huru hara.. lagi-lagi dengan orang lama.. asik dok cakap cam budak tadika.. adehhh.. bukan kehendak ku.. dah gitu yang di arahkan.. haishhhh!! poning kepala mokcik ni deh!!

petang semalam balik keje kunun nak balik awal coz nak pergi pasar malam.. al kisah terasa malas nak memasak petang tu.. dah berjanji dengan adik nak pergi pasar malam.. tengahari tu dah call bonda kate hari ni beli makanan kat pasar malam je.. bile time thumb print kawan ajak borak pulak pasal 5s.. maka lewat lah aku balik keje.. 

dalam perjalanan balik tu.. hati ni cam tak sedap je.. cam ada benda yang nak berlaku.. suku perjalanan.. sampai di traffic light, lampu hijau dan terus berjalan.. sekali bunyi sesuatu.. maksudnya aku telah melanggar sesuatu.. jalan ke depan sikit.. dan berenti.. adoyaiii.. tayar motor pancit daaa... dalam hati terasa seperti kene ganti kot tayar ni.. dan aku bernasib baik.. tak sampai 1 km ada kedai motor.. berenti tukar tiub motor.. sekali mekanik tu kate tayar dah koyak.. apakah benda yang aku langgar tadi?? sampai sekarang aku tak tau apa yang aku langgar tu.. terbang RM80.. nasib la kat purse ada duit dalam seratus lebih.. kalau tidak.. ishh.. tak tau la ape yang aku fikirkan..

alololo.. mencebik bibir baby ni..
TQ! google!!


lepas siap semua, aku pun gerak balik.. dalam fikiran.. MERAJUKKAH dia padaku?? si kuda.. aku tetap sayang kamu.. kamu la yang aku ada satu ketika dulu.. dengan kamu la aku meronda ceruk kampung di jitra.. dengan kamu la aku berulang dari jitra ke sungai petani.. dengan kamu la aku pergi mencari rezeki.. jangan sebab aku ada si kura-kura kamu merajuk si kuda ku.. aku tetap sayang kamu!!

membawa hati ke??
TQ! cik google!!

jangan merajuk lagi ya si kuda ku.. sampai bila-bila aku tetap jaga kamu si kudaku.. itulah pemberian arwah abah padaku.. 11 tahun kita bersama si kuda ku.. walau apa-apa pun.. kamu tetap kesayanganku.. si kuda ku.. kamu adalah sentimental value padaku.. terbaik BFV ----!!

nota blog : si kura kura berusia 2 minggu..

Selasa, Mei 8

TELAH tertulis sejak..

Salam 1 Malaysia..

08052012 : dari tarikh ke tarikh lain.. hari silih berganti.. sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan.. sentiasa memohon padaMU YA RABB moga perjalanan hidupku diberkati dan dilindungi olehMU.. perjalanan hidupku semuanya telah tertulis di luh mahfuz.. aku hanya mampu merancang.. namun perancangan yang terbaik adalah dariMU..

ingin berkongsi sedikit renungan untuk diri  ku yang adakalanya mengalah.. ada masanya mengeluh.. namun bile diri ini berdiri diatas faktor kewarasan.. mengingati Allah s.w.t. aku bersyukur.. dan mula berfikir.. hikmah yang aku dapat bile ianya lambat untuk ku.. Ya Allah.. ampuni hambaMU ini yang adakalanya tak reti bersyukur atas nikmat yang telah KAU berikan..

pelamin yang indah!
sekadar berkongsi info.. hasil dari FB.. terjah sane.. terjah sini.. ada juga faedahnya.. dalam dok like status orang.. komen status orang.. like page.. ilmu sedikit sebanyak dapat aku kutip.. sehari sepotong ayat.. InsyaAllah beri manfaat dan ianya mungkin boleh menjadi penyejuk hati.. kan??

nampak?? segalanya tertulis sewaktu kita berumur 4 bulan dalam kandungan ibu..
marilah sama-sama berdoa.. pada yang single je tau!! yang dah berkahwin.. tak boleh.. ahakss!!
ajal.. maut.. jodoh.. pertemuan.. perjalanan kehidupan.. semua ditangan Allah s.w.t. laluilah kehidupan sebaik mungkin.. bila Allah s.w.t. menguji kita.. kita harus ingat.. Allah s.w.t. sebenarnya sayang dengan kita.. Allah s.w.t. menguji seseorang itu kerana Allah s.w.t. mempunyai rahsianya tersendiri.. Allah s.w.t. tidak akan sesekali menguji hambaNYA diluar kemampuan hambaNYA.. pasti ada jalan penyelesaian.. kita sebagai hambaNYA harus berusaha mencari jalan penyelesaian.. jangan mudah mengalah.. InsyaAllah.. setiap ujian ada penyelesaian.. kehidupan pada masa kini sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran.. moga diri ku mampu mengharunginya.. YA ALLAH.. berikanlah hambaMU ini kekuatan diri dalam menempuh dugaan dan cabaran untuk meneruskan kehidupan..

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya.. kemana menghilangnya sinar.. Rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi untuk kita..


Isnin, Mei 7

tangan TAK SAMPAI..

Salam 1 Malaysia..

morning kawan-kawan!! hujan rahmat pagi ni.. tersedar dari tidur pukul 5 pagi.. terdengar titisan hujan di zink rumah.. al maklum.. rumah tak bersiling.. pastilah dengar titisan hujan kan.. mula menarik bantal.. adehhh.. malas betul mau bangun.. mula berfikir.. alangkah indah jika hari ni hari ahad.. oit! bangun!! hari isnin hari ni.. aduhhh.. dengan bermalasan bangun juga..

bersiap seperti biasa.. dan hari ini buat pertama kalinya memandu bersendirian bawa si kura-kura comel ke opis.. ayakkk!! berdebar.. al kisahnya.. aku selalu fail bile di tol.. tangan tak sampai.. udah le kamu gatal memakai touch n go.. bikin malu sajo.. ada masanya siap buka tali pinggang lagi.. wakakakaka.. malu betul!! dan mula la bercita-cita mau merembat Smart TAG bile ada rezeki lebih nanti..

TQ cik google..

pagi ni berjaya ok.. di tol.. selamat!! dah la ramai orang bawa kete pagi ni.. sebab hujan.. nasib badan hari ni semuanya berjalan lancar.. walau ada kesesakan lalu lintas sikit di jambatan roller coaster.. syukur.. selamat sampai di opis sebelum pukul 8 pagi.. walau ada sikit rasa gabra.. harap perjalanan pulang petang nanti juga berjalan lancar..

Jumaat, Mei 4

indahnya JUMAAT..

Salam 1 Malaysia..

JUMAAT penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan.. diampunkan dosa-dosaku.. dosa kedua ibu bapaku.. dosa adik beradik ku.. serta dosa muslimin dan muslimat.. lindungilah kami semua Ya Allah.. entry hari ni nak share dengan kawan-kawan keberkatan dan kelebihan hari Jumaat.. moga ianya dapat memberi manafaat kepada diri ku serta kawan-kawan semua.. maaf sekiranya ada kekurangan dari entry ini..

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011

lama dah tak pegi taman metropolitan..
tetibe teringin pegi bile tengok cite Cinta Buat Emelda.. ahaks!!


Khamis, Mei 3

LAST episod CBE..

Salam 1 Malaysia..

pantas! cepat! ala.. dah abis.. tu la perkataan yang keluar dari mulut ku bile tengok cerita yang seronok dah nak abis.. oh! drama melayu.. terpengaruh sangat ada masanya.. kalau cite best dan menarik, memang akan sedaya upaya tak nak terlepas peluang.. kalau terlepas peluang sangguh cari kat youtube atau vplay.. asal yang online la senang cite.. fuhhhh!!! dahsat kan??

khusyuk!!
ummi rindu kamu berdua!!

malam ni.. last episod CINTA BUAT EMELDA.. dahsat la pengaruh cite ni pada aku.. memang jarang la terlepas episod.. eh! tak pernah rasanya.. terlepas babak pertama tu adalah.. time tu biasanya nak simpan moto dalam garaj.. weekend mesti aku repeat dalam youtube atau mediaprimatv.blogspot. emosi sungguh menonton cite ni.. kadang tu khusyuk pun ia.. ahaksss!! siap bonda lempar bantal kat aku la sebab khusyuk beno.. haishhh!! dahsat betul..


apa yang akan terjadi pada Emelda?? adakah kebahagiaan menjadi milik Aril Fatah & Emelda?? wahhh!! banyak persoalan ni.. hope happy ending la.. tak mau macam cite Tentang Dhia.. tak puas hati betul ending cam tu.. terlebey sudah!! lepas cite ni.. next week cite SEINDAH SAKURA la pulak.. Fahrin Ahmad & Fasha Sandha..


nota blog : sukar menjaga hati orang dan memuaskan hati orang.. adakalanya hati dan diri sendiri terabai.. moga Allah s.w.t. sentiasa memberikan aku petunjuk dan melindungi diri ini..

Rabu, Mei 2

tercapai IMPIAN..

Salam 1 Malaysia..

selalunya entry hari rabu aku.. pasti WORDLESS WEDNESDAY.. tapi hari ni aku tak buat entry tu.. sesekali skip.. sementara ada cite yang nak aku simpan buat kenangan di masa akan datang.. blog bagi aku seperti diary kehidupan ku.. tapi ianya public.. terpulang pada orang yang membaca nak komen apa.. aku rasa mesti ada gak yang akan bile baca entry aku ni rasa entry agak merapu.. merapu.. tak bermotif.. biarlah apa yang di fikirkan.. tak banyak sikit mesti ada sesuatu yang berharga setiap entry..

syukur alhamdulillah.. saat yang indah bagi aku bile dapat menunaikan permintaan bonda.. nak kate permintaan, aku rasa lebih kepada impian.. setiap insan yang bergelar bonda pasti mahu melihat anak-anak bahagia.. gembira.. dan ada kehidupan yang baik.. begitu juga bondaku.. mahu melihat anak-anak hidup dengan baik.. ada kerjaya.. ada kehidupan yang bahagia.. asal jangan lupa suruhanNYA..

25 April 2012.. hari yang aku tak dapat lupakan bila bonda beri 1 senyuman yang cukup bermakna dan indah buatku.. hasrat hati bonda nak tengok aku punya sebuah kereta.. satu masa dahulu semasa aku beli rumah, aku mendapat tentangan dari bonda.. sebab.. bonda nak aku beli kereta dulu.. tapi tidak bagi aku.. perancangan aku sejak aku bekerja memang nak beli rumah dulu baru beli kereta.. dan sekarang Alhamdulillah.. ianya menjadi kenyataan walaupun sebenarnya ianya masih milik bank.. pastilah berhutang.. bak kate orang, "tak hutang mane nak ada rete.." InsyaAllah.. aku akan cube buat perancangan kewangan yang terbaik 2012 dan seterusnya..

si kura-kura yang cute! ahaksss!!

hari ini genap seminggu..

lepas ni senang la bonda nak kemana.. dah ada kete kat rumah, boleh la bawa bonda jalan-jalan.. at least sebulan sekali pun jadilah kan.. Alhamdulillah.. dengan usia begini aku dah mula ada aset walaupun masih berutang.. ada rumah.. ada kete.. cukup buat masa ini untuk diriku.. cube yang terbaik dalam hidup.. kehidupan harus diperbaiki dari hari ke hari.. lepas ni harus ada kewangan yang stabil.. baru boleh merancang sesuatu yang indah.. ada 1 lagi impian bonda untuk aku.. ada insan yang sudi menjaga ku hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.. yang itu aku berserah pada Allah s.w.t. walaupun tiada istilah jemu untuk berusaha.. berdoa.. mencari pasangan hidup.. perancangan Allah s.w.t. yang lebih indah dari perancangan hambaNYA.. DIA yang lebih mengetahui.. pasti ada hikmah sebaliknya.. bersabar wahai hati.. menggembirakan hati seorang bonda adalah satu nikmat bagi aku.. kalau arwah abah ada pasti arwah abah juga gembira.. moga tenang dirimu di sana abah.. tunggu adik ya..

nota blog : jiwa sekarang agak sensitip.. kenapa erk?? rindu sangat pada arwah abah..

Selasa, Mei 1

BULAN yang ke 5..

Salam 1 Malaysia..

SELAMAT HARI PEKERJA 2012

KEPADA:

SEMUA INSAN-INSAN YANG BEKERJAYA
SEMOGA SUKSES DALAM BIDANG YANG DICEBURI

dah petang baru nak buat ucapan ke? opppsss!! maafkan aku kawan-kawan maya.. dah bape hari tak menjengok blog.. dah mula bersawang gamaknya blog aku ni.. kekangan masa.. adakalanya macam tak cukup masa sewaktu di pejabat.. kalau dah balik rumah.. opkos la tak bertenet.. melainkan weekend.. mungkin time table aku dah banyak berubah.. dengan tugas yang ntah ape-ape ada masanya.. ada sampai 1 tahap hari tu.. tetibe cam nak tuka gred dari J ke N.. ahakss!! merajuk hati la pulak erk.. alamak!! terbabas dari landasan nampaknya aku membebel..

masa berlalu begitu pantas.. kejap je dah masuk bulan 5.. MEI.. bulan ni banyak kenduri kawin.. mana yang sempat, boleh lah aku pergi.. kalau tidak.. alamatnya aku mengirim je la.. bulan 5 gak adik bongsu aku konvo.. saat yang aku nantikan bile adik-adik sambung belaja.. Alhamdulillah.. amanah yang aku pikul telah aku tunaikan.. amanah yang 1 masa dahulu sentiasa bermain-main dalam fikiran, takut tak dapat tunaikan.. syukur padaMU YA ALLAH.. walau pahit.. getir membesarkan adik-adik yang adakalanya menguji kesabaran aku.. dengan bantuan dan sokongan dari bonda, akhirnya adik-adik dapat menghabiskan pengajian mereka walaupun hanya menggenggam sekeping sijil dan diploma.. aku tetap berbangga..

di saat entry ni aku taip.. rumahku sedang diselubungi asap.. aktiviti pembakaran dahan-dahan kayu pokok getah.. hujung minggu lepas abis pokok getah belakang rumah ditebang.. terasa panas bile tengahari.. tebang pokok sebab makcik nak buat rumah.. lagipun pokok getah dah tua.. dari nanti hempap rumah baru, baik tebang dulu.. bergolek-golek la batang pokok getah yang besar-besar tu.. susun elok-elok kat tepi.. kalau ada kenduri, boleh la digunakan.. masak guna kayu api.. moh le layan pict.. 

rimbunan dahan pokok getah..


tak berusik lagi dahan pokok getah..

kayu yang boleh digunakan untuk kenduri..

nota blog : terlalu rindu sikecik..