Sabtu, Mac 31

AKHIRNYA.. keluar juga..

Salam 1 Malaysia..


YES!! Alhamdulillah.. Syukur padaMU Ya Allah.. akhirnya yang di nantikan telah keluar.. JPA dah keluarkan Pekelilingan Perkhidmatan Bil. 1/2012.. apa dia?? ahakss!! ape lagi kalau bukan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.. siap ada perkiraan lagi.. senang la nak kira kan.. JOM KIRA!! berbunga hati sekejap.. Syukur.. Alhamdulillah..

nota blog : jangan lupa daftar E-FILING ya.. dah kene bayar income tax pula.. jangan buat-buat lupa.. 

60+ EARTH HOUR..

Salam 1 Malaysia..

marilah kita sama-sama menyokong EARTH HOUR.. 
hanya 1 jam sahaja.. 
8.30malam hingga 9.30malam pada hari ini.. 
31 Mac 2012..


 
BERJUANG UNTUK KEHIJAUAN BUMI
SOKONGLAH EARTH HOUR!!




Jumaat, Mac 30

PULANG berteman..

Salam 1 Malaysia..

bagiku hari ini masa berlalu begitu pantas.. sekejap je dah pukul 1.30 petang.. baru nak bernafas dalam lumpur.. sibuk minggu ni dengan keje yang melambak, kursus 2 hari.. siap skip setengah hari.. nasib la urusetia tak marah.. bersebab.. bukan saje-saje tak nak masuk kursus sebelah petang hari pertama.. hari ni bertungkus lumus.. ececece.. menyiapkan keje yang jemu sungguh untuk minggu ini.. bertapa di mesin fotostat.. 2 hari kursus, asal pukul 5 je bertapa di situ.. jadi kawan baik la lepas ni ya.. jangan meragam sudah.. 

dalam bulan ni, memang kerap lah balik lewat.. paling lewat pun 6.40 petang cam tu.. sebelum pukul 7.00 petang kene balik.. kalau tak aku panas punggung.. ahakss!! mane boleh lama-lama kat opis.. orang dah tak de sangat time tu.. kalau lepas 5.30 petang memang orang dah tak ramai.. sayu je rasa bile tengok orang balik.. haishhh!! cam kanak-kanak riang!! tapi itulah aku.. dan yang penting, bonda.. kesian bonda tunggu kat beranda rumah.. menunggu anak daranya pulang.. bile nampak dari jauh, tersenyum bonda.. mungkin hatinya akan tidak keruan bile anak daranya tak pulang lagi dari keje walaupun telah diberitahu akan pulang lewat.. orang tua, kerisauan.. dengan cerita zaman sekarang yang macam-macam..

semalam dalam 6.20 petang baru pulang.. perjalanan dari opis agak lancar.. walaupun aku merempit, tapi kalau jalan sesak dengan kereta yang pemandunya yang sesetengahnya mementingkan diri sendiri akan menjejaskan aktiviti merempit aku.. mau taknya.. dari 2 link menjadi 3 link.. haishhh!! abislah laluan motor.. kene blok!! tak boleh mencelah.. aku bukanlah merempit.. aku hanyalah pemandu motorsikal yang berhemah.. ahakss!!


masa berhenti di traffic light, tetibe ada seekor ladybird hinggap di lengan baju.. mula-mula ingat habuk.. nasib tak kuis buang.. 2 kali pandang baru perasan itu ladybird kecik.. dari batu 2 ladybird menemaniku hingga ke batu 5.. lama kan ladybird hinggap kat lengan baju.. aku bawa moto dalam 60km/j je semalam.. tapi elok je dia melekat kat lengan baju.. aku ada berenti di 1 traffic light, aku tengok ladybird dah kuarkan sayap.. dia terbang.. ke peha aku.. sekali aku masukkan gear, dia naik balik hinggap di lengan.. bile di traffic light di batu 5, dia terbang terus.. pulang ke rumah semalam bertemankan LADYBIRD.. aku siap berdialog dengan ladybird supaya jangan terbang.. jangan terkejut, dengan kucing pun aku berdialog.. rasa-rasa korang haiwan paham ke apa yang kita cakap erk??

sampai di rumah lebih kurang 6.50 petang.. letak beg dan terus anta adinda pergi klinik.. cuci kaki.. MC dah habis.. hari ni baru start keje.. kaki yang bengkak dah mengecut.. bengkak tu bengkak air.. harap hari ni makin ok.. gamaknya 1 minggu rutin balik keje anta adinda pergi klinik.. selagi kakinya tak sembuh dan sehingga doktor mengatakan tidak perlu cuci lagi..

nota blog : hari ini Klang dilanda banjir kilat.. banyak kawasan yang terjejas dengan banjir kilat.. harap cepat surut.. risau hujan akan turun lagi sebelah petang..

bunga-bunga SYURGA..

Salam 1 Malaysia..

mula bersiaran 9 Mac 2012.. episod pertama aku tak tengok sangat sebab masa tu di landa sakit kepala penangan minum IPOH WHITE COFFEE.. aku kalah betul bile minum air nescafe 3 in 1.. kalau bancuh sendiri tak pe.. masih stabil.. tapi 3 in 1, memang kalah.. mula la kepala berdenyut-denyut..

episod kedua.. tengok sambil melayan diq icha.. merengek sebab mulutnya sakit.. bengkak di gusi sebab luka.. sambil tu dok sebut nak belon.. malam-malam mane ada belon sayang.. nak pegi kedai malam-malam memang la ummi tak nak.. mata ni kalau memandu malam, silau.. seronok cite BUNGA-BUNGA SYURGA ni.. ada kisah sedih.. lucu.. tapi pengorbanan insan yang bergelar "abah" sangat mulia..

episod ketiga tak dapat tengok.. aku terpingsan awal.. letih sangat kot.. balik keje pun dah lewat.. 6.30 petang dari opis.. nasib jalan tak jem.. memang hanyut la lepas isyak.. time drama mula, masih boleh tengok.. bile dah iklan part 1, aku dah mula hanyut.. sedar tak sedar kul 10.30 malam.. meh layan sinopsis cite bunga-bunga syurga..



Bunga–Bunga Syurga mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.
Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar?

Para PelakonBunga-Bunga Syurga dibintangi oleh Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusuf, Bea Ramesan, Eira Hazali, Amirul Danial dan Lazizah. 

sumber : sedut.org 

Khamis, Mac 29

mungkin telah LAMA..

Salam 1 Malaysia..

hari kedua berkursus.. hari ini sudah 4 hari berkursus untuk tahun ini.. ada 3 hari hari untuk menjadikan 7 hari.. hope 3 hari tu di luar kawasan pejabat.. ala-ala nak mencuci mata la.. asik kursus kat pejabat je kan.. sesekali mau tengok pemandangan luar.. dan sangat berharap nama cheq tersenarai dalam kursus TEAM BUILDING yang dirancang hujung bulan April.. kalau tersenarai, maka cukup la 7 hari.. pekeliling yang sentiasa berubah-ubah.. maka saya yang menurut perintah harus mengikut arahan dari semasa ke semasa.. target aku.. sebelum bulan 6 dah cukup kursus 7 hari.. bukan ape, bile dah masuk bulan 7, banyak keje urgent.. kang tak dapat nak pergi kursus.. tu yang tak syok tu..

ahad lepas aku pegi MAXIS CENTRE.. atas urusan sim card aku tu.. dan seperti yang aku jangka.. sim card yang bermasalah.. bukan HP aku.. sebab aku dah test, tukar sim card lain boleh buat call & mesej.. ding dong ding dong.. adalah dalam 20 minit berurusan di maxis centre.. bagi kad pengenalan.. isi borang.. bayar RM10.. dapatlah sim card baru..

sudah hampir 7 tahun rasanya..
aku siap tanya dengan orang kat maxis centre tu.. nape tetibe sim card aku rosak.. orang tu tak boleh jawap.. senyum je.. maka aku pun buat kesimpulan.. dah lama sangat kot sim card ni.. suka ati je buat jawapan..

berwajah baru.. cantik la plak..
maka dengan ini, tiada masalah lagi HP dan talian.. kunun hari tu merajuk hati la dengan maxis.. nak tuka nombor.. tapi bile memikirkan urusan kerja.. cancel.. pakai je la nombor yang ado ni.. abis cite..

nota blog : last day kursus S.P.I.E.S. 
BW agak lewat sikit untuk hari ni.. InsyaAllah..

Rabu, Mac 28

MELARIKAN diri??

Salam 1 Malaysia..

selamat petang kawan-kawan.. saat ini sebenarnya aku masih berkursus.. tapi di sebabkan beberapa faktor.. aku terpaksa MELARIKAN DIRI.. ahaks!! bukan disengajakan.. tapi terpaksa.. tak aman rasanya nak duduk di dewan bile kepala memikirkan kerja di opis.. kerana akhirnya aku juga kene buat.. so.. slow talk dengan bos kecik.. dan ada green light, maka aku skip 1 sesi.. sesi petang ni je.. esok 1 hari aku bertapa lagi dalam dewan.. dan aku curik sikit masa berBW dan publish 1 entry.. ayoooo pencurik!!

apa itu S.P.I.E.S??
S : Spiritual
P : Physical
I : Intellectual
E : Emotional
S : Social

hanya untuk penjawat awam kerajaan negeri selangor.. special kan??


ini adalah siri ke 2.. siri pertama dulu aku pergi di Hulu Selangor.. 2 hari 1 malam.. kali ni tak bermalam.. sebab buat kat dewan opis ni je.. bagi ibu-ibu, pastinya tidak melepaskan peluang.. payah nak tinggalkan anak-anak walau 1 malam.. mau haru biru ayah kan.. ahaks!! jangan marah kaum adam.. zoom in sikit aksi kawan-kawan dalam dewan..

cik yati yang comel.. ceria memanjang minah ni..
puan nadia a.k.a jiran partition dah mula mengantuk.. lepas snap pict ni..
aktiviti 1 sesi asik gelak sokmo.. segar je mata tu kan..
penceramah dalam kursus ni sangatlah friendly.. best tau! rugi benonya.. tapi keadaan memaksa.. esok 1 hari lagi.. chayok! chayok! siapkan keje.. ada masa aku BW ok.. peace yaw!!


Wordless Wednesday : Magnum Chocolate Truffle

Salam 1 Malaysia..


makan ketika cuaca panas.. LUAR coklat.. DALAM coklat.. nikmatnya!!


nota blog : berkursus S.P.I.E.S. 2 hari.. BW akan bersiaran lewat InsyaAllah..

Selasa, Mac 27

BILA tanda-tanda sudah ada..

Salam 1 Malaysia..

korang semua dah makan belum?? tengahari ni tak makan sebab pagi tadi dah makan nasi ayam.. 1 bungkus RM4.. penuh 1 polistren.. kenyang sampai ke petang kot.. rasa pun boleh tahan.. mantop! ayam dia yang sedap.. sambal cili ngan kicap biasa-biasa je la.. asal kenyang, sudah.. 

sejak hari ahad, kepala pening-pening lalat.. pas tu bersin-bersin je.. sekali pagi isnin.. selsema la pulak.. pakej sekali tekak ni cam nak batuk.. nasib la selsema tak bape nak teruk.. tapi biasa la.. kalau aku selsema memang lama gak la.. mau 1 minggu.. tadi keluar temankan member pegi MY MYDIN.. aku beli aiskrim sundae nestle, susu HL dan ada la barang-barang lain.. batuk-batuk kecil mula ada pulak.. tu yang beli aiskrim tu.. asal vanilla.. belasah je la.. orang kata kalau baru nak batuk, makan aiskrim vanilla.. betul ke petua ni?? ada sapa-sapa yang setuju dengan petua ni??

ada sape-sape tergoda dengan AISKRIM NESTLE SUNDAE??
sekiranya kawan-kawan ada petua nak halang batuk yang baru nak jadi tu.. meh la share dengan aku.. batuk kadangkala sampai sakit perut.. ada yang sampai ter ******* pun ada.. batuk kan ada pelbagai jenis.. meh la share kalau ada petua.. boleh di amalkan bersama-sama..


RIUH di pagi SABTU..

Salam 1 Malaysia..

hari sabtu kalau di rumah aku memang sunyi.. bangchik & angah keje.. yang tinggal hanya aku.. ayu (adindaku) dan bonda saje yang ada di rumah.. tapi sabtu lepas agak riuh dengan adanya anak-anak kecil yang dijaga oleh makcik aku.. makcik aku ada menjaga 3 orang anak kecil.. nak kata kecil tak juga.. mereka 3 beradik.. adik beradik dia orang ada 4.. tapi makcik aku jaga 3 orang je.. yang sulung dah sekolah darjah 2, time hari sabtu duduk kat rumah dengan nenek.. yang 3 orang ni makcik aku yang jaga dan kesemuanya perempuan.. yang darjah 2 tu je yang lelaki..


sabtu lepas makcik aku pagi-pagi dah datang rumah aku.. sebab nak tunggu lori tanah.. makcik aku nak buat rumah kat sebelah rumah aku.. sonok la aku.. makin meriah dan riuh la rumah aku.. bukan selama ni tak de jiran, ada.. tapi tak riuh sangat.. anak-anak makcik aku semua masih bersekolah.. jadi adalah penghibur lara di petang hari.. makcik aku datang rumah aku bawa 2 orang anak jagaannya.. yang kecik tinggal di rumahnya dengan anak sulungnya.. 2 orang yang datang ni berusia 6 tahun dan 3 tahun.. riuhnya YA RABBI.. mulut sangat becok.. semua dia nak tau..

si kakak : Nur Alina Nadia..

dari satu cite ke satu cite.. budak berdua ni berborak.. siap main "mak-mak" kat buaian depan rumah.. dapat main anak patung anak abang aku, makin riuh suara dia orang.. bile tanya dah sarapan ke belum, jawapannya belum.. padahal makcik aku cakap dah makan mehun.. aku bakar roti letak tuna.. sorang abis 2 keping siap minum teh o..

si adik : Nur Aina Nabihah..

bile dah dekat pukul 11.00 pagi, yang kecik dah bising nak balik.. dah bosan dan nak minum susu botol.. makcik aku lupa nak bawa susu botol dia.. jenuh aku nak layan biar jangan menangis.. hari sabtu tu aku malas nak masak.. beli lauk je.. beli lauk ayam gulai kuning, paru sambal & kerabu pucuk ubi.. kat rumah masak nasi dan rebus telur.. pukul 12.30 tengahari kita orang makan ramai-ramai.. seronok dan riuh bile ramai-ramai berkumpul di rumah.. elok je lepas makan, hujan turun dengan lebatnya.. dan elok sangat masa untuk bersantai..

mereka berdua.. bikin RIUH rumahku..

Isnin, Mac 26

CINTA buat EMELDA..

Salam 1 Malaysia..

hari ni.. petang ni.. episod 1 buat CINTA BUAT EMELDA.. tapi 1 je aku cam tak bape nak tengok.. time cite tu.. 7.00malam hingga 8.00malam.. gamaknya memang tengok ulangan online la.. jarang tengok dari mula sampai habis.. para pelakon best gak la.. pelakon bonda aku suka.. FIZO.. ahaks!! moh la layan sinopsis cite ni sikit.. kot ada sape-sape berminat nak menonton..


Saksikan “Cinta Buat Emelda” menerusi slot Akasia, yang akan menayangkan pelakon hebat, Almy Nadia, Fizo Omar, adik Mia Sara Nasuha, Erry Putra, Rabecca Nur Al-Islam, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Diana Amir, Rykal Iskandar dan ramai, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Diadaptasi dari novel ‘Kasih Antara Kita’, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di benak fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, ‘Papa’. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril Fatah menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril Fatah mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

nasib SI KUDA MERAH..

Salam 1 Malaysia..

today is MONDAY.. katakan TIDAK kepada MONDAY BLUES.. ahaks!! biasalah.. hari Isnin.. adakalanya badan seperti lemau.. yang mana ada kenduri kawin atau aktiviti yang agak padat pada hari semalam.. memang badan menjadi lemau.. lesu.. dan mengantuk di pejabat.. LETIH.. dan akan menjadikan mood melayang-layang ke angkasa.. aku pun kadang-kadang macam tu.. aik! cam nak salahkan hari pulak.. diri sendiri yang takde stamina yang kuat.. adehhh.. adakah kerana faktor usia?? haishhh!! udah melalut.. kembali kepada tajuk entry..

nasib SI KUDA MERAH.. rentetan dari kisah adindaku kemalangan..  kesian betul aku tengok kuda merah adindaku.. senget benget depannya.. Jumaat malam Sabtu adik lelaki aku pegi ambik kuda merah adindaku di Shah Alam Seksyen 18.. hari tu lepas kemalangan, kawan adik lelaki aku suruh letak kat rumah dia.. sebab adindaku dah tak boleh bawa moto.. memandangkan hari dah malam, maka ditinggalkan kuda merah di Shah Alam..

pagi Sabtu aku tengok.. robek hatiku.. dan juga.. robek poketku.. ahaks!! opkos cheq yang kene bayo kan.. memandangkan adindaku belum gaji.. tak kisahlah.. asal adindaku selamat.. bahagian depan la teruk.. sebab hampir menjunam ke dalam longkang.. aku sebenarnya masih tak dapat bayangkan.. apa gaya adindaku tu jatuh motor.. dia kate moto hampir menjunam ke longkang.. dan dia masuk dalam longkang.. kuasa Allah.. kalau nak jadi, sekelip mata je boleh jadi.. moh layan gamba SI KUDA MERAH..

habis rebeh cup moto ni.. (eja betul ke.. belasah je la..)
terkeluar dari kedudukannya..
kene tukar.. ganti yang baru..
habis idung si kuda merah..
pecah di sini juga..
atas pun pecah juga..

moga lepas ni adindaku lebih berhati-hati semasa memandu.. semua ini adalah pengalaman hidup.. dengan pengalaman kita makin matang dalam kehidupan..

nota blog : pagi ni kene anta adinda pegi klinik kesihatan untuk rawatan lanjut luka dia.. masuk lewat sikit..

Ahad, Mac 25

menunggu dengan SABAR..

Salam 1 Malaysia..

apa khabar kawan-kawan semua?? ada baik ka? ape program hari ni.. aku pagi ni nak anta adindaku pegi klinik panel dia.. luka dah kering.. tapi still bengkak.. kesian plak minah tu.. dengkot-dengkot berjalan.. nasib le cik abe dia nak anta.. aku hanya peneman la kiranya.. pas tu nak pegi MAXIS.. (kalau sempat..) ayooo.. kompom la sim card rosak.. simcard lain masuk HP tu ok je.. boleh call & mesej.. huh! ni yang rasa nak tuka line.. ahakss!! mau tukar KU BERSAMAMU.. tapi caj mahal la pulak.. marah kang jiran sebelah partition opis.. 

semalam ada baca 1 kenyataan dalam surat khabar berita harian.. mengenai CUEPACS GESA JPA KELUAR PEKELILING.. hal ni menjadi tanda tanya juga kat opis aku.. nape masih tak de pekeliling.. terutama bahagian perkhidmatan la.. sebab dia orang nak buat "kew8" bagai.. kang bahagian kewangan pulak sambung part bayaran.. tapi sampai ke sekarang ni memang tiada pekeliling lagi.. dah ramai gak yang bertanya, nak tahu jadual baru gaji.. tapi nak buat macamane.. menang tak de lagi.. nampak gaya JPA kene kuarkan cepat la.. kalau tak bulan April ni tak dapat la gaji baru.. ahakss!! tunggakkan lagi dari bulan Januari.. mane yang gaji pokok banyak, sonok la hampa.. apa-apa pun.. semua telah diberi adil dan saksama.. InsyaAllah.. bersyukur dengan apa yang ada.. ALHAMDULILLAH.. Allah dah bagi rezeki.. SYUKUR.. lepas ni jangan nak mengeluh sangat ya.. (pesanan untuk diri ini yang adakalanya mengeluh..) moga sentiasa diberkati apa yang telah diberikan padaku.. Amin..


maaf lah.. kalau tak boleh baca.. try cari kenyataan ini kat berita harian online.. tak boleh pulak.. server slow kot.. ke talian sibuk.. maka ini je yang boleh aku pamerkan.. 

Sabtu, Mac 24

KESIAN diq icha..

Salam 1 Malaysia..

kisah Jumaat 16 Mac 2012.. seminggu telah berlalu.. hari ni baru nak publish.. terlewat sudaaaaaa.. tapi tak pe la.. untuk simpanan ummi.. kejadian berlaku selepas asar.. adik icha bile dengan ayah, mula la dia nak tunjuk hebat.. melompat-lompat tak ingat.. naik turun sofa.. ke hulu ke hilir dengan beg baru hadiah ayah.. terjadinya kejadian yang tidak di ingini bile adik icha melompat dari meja sofa ke bawah.. dah melompat mestilah ke bawah, mane de melompat ke atas.. ape la ummi ni.. sekali ayah terdengar dia melalak semahu hati.. masa kejadian ayah tengok tv.. lokasi masih 1 kawasan.. di ruang tamu.. sekali ayah pandang.. darah dah penuh kat mulut.. kat lantai pun ada.. cuak ayah!! masa tu adik icha isap puting di mulut.. ayah pun ape lagi.. buka puting dia.. sekali lagi ayah cuak.. 1 batang gigi jongang adik icha ke belakang.. bonda masa tu kat dapur lintang pukang lari tengok ape yang berlaku.. bonda tak terkata apa-apa.. lap mulut adik icha dengan tisu.. menangis semahu hati.. SAKIT.. menangis sedu sedan sampai tertidur.. susu tak nak.. minum tak nak.. darah tetap mengalir ke bantal.. abis penuh 1 bantal dengan darah.. 

adik icha & puting piringnya..
masih kelihatan bengkak di mulutnya..
kakak cakap mulut adik cam mulut burung.. ke depan.. ada je anak dara ni..

petang time aku balik keje, tak sempat aku buka helmet.. bonda dah buka cerita adik icha.. terus pegi tengok dia kat ruang tamu.. time tu dia masih tidur.. ternganga mulut dia.. tapi peliknya, puting dalam mulut.. sure mata pejam tangan mencari puting.. dan mesti dia lupe mulut dia sakit.. dalam pukul 6.30petang dia bangun.. tak menangis.. masa tu kakak chia.. aku.. dan adik aku tengah makan aiskrim.. dia pun nak.. aku risau je dia menangis masa makan aiskrim.. sekali tengok.. relaks je.. reti pulak gigit aiskrim guna gigi tepi.. tak guna gigi depan.. habis juga 1 batang aiskrim.. dan dalam pemikiran aku memikir mesti lepas ni dia tak nak isap puting & minum susu botol.. rupenya sangkaanku silap belaka.. selamba je dia isap puting & minum susu.. tapi ada masanya darah kuar dari mulut dia.. cume dia tak berani nak gigit makanan guna gigi depan dia.. sakit lagi.. gusi bengkak.. dan 1 hal mengenai adik icha ni.. kalau dia demam or selsema.. mesti bawah mata dia nampak lebam or merah.. dari baby cam tu.. harap adik icha makin sihat.. aktif dan bijak.. ummi sayang kamu!!

asik nak melaram dengan beg baru dia tu..
gaya peace tak lepas dari jari..

Jumaat, Mac 23

CERIA betul dia..

Salam 1 Malaysia..

bagi merealisasikan permintaan NURUL AIN INSYIRAH.. maka ayah dengan berusaha.. cewah.. membelikan sebiji kek dan ayam KFC sebagai meraikan ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 5.. dah besar dah anak dara ummi.. dah banyak pengetahuan juga.. mulut yang ada kalanya sepeti orang tua.. siap nasihat adik lagi.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. makan elok-elok.. macam-macam la keletah dia yang ada kalanya buat bonda pening kepala melayan ragam dia.. dan yang tak pernah berubah.. bile merajuk.. jelingan yang sangat tajam.. sampai bonda akan cakap.. 'jelingan la macam tu.. nanti keluar biji mata..'.. kakak.. kakak.. keletahmu buat ummi rindu!

bukan main HAPPY dia bile ayah kata "malam ni ayah nak beli kek dan KFC".. siap cakap.. "cepatlah ayah mandi.. nanti nenek siti dah datang.." ishh budak bertuah.. kalau dah berkehendak.. semua nak cepat.. sabo je la.. si adik pun menyibuk gak.. cam besday dia lak.. nasib la tak cakap nak kek sebiji gak.. moh layan gambo anak dara yang sangat becok bercakap ini..

SELAMAT ULANG TAHUN..
NURUL AIN INSYIRAH YANG KE 5..
bersiap sedia nak meniup lilin.. adik melopong je mulut tu erk..
1..2..3.. tiup.. bersungguh anak dara berdua ni..
potong kek bersama.. LOVE U!!
tak sah kalau tak buat tangan cam tu erk.. sama je ragamnya..
aksesori atas kek..
icha cakap : mon (doremon) icha nye.. chan (sinchan) kak nye.. moto ummi nye..
ummi sayang kamu berdua!! ragam dan keletah kamu berdua sentiasa ummi rindu.. walaupun baru minggu lepas jumpa.. ummi terasa rindu sangat.. ada kisah sebelum majlis ni.. entry esok aku akan cerita.. kesian adik.. harap saat ini adik dah sembuh.. SAYANG & RINDU  ..chia & icha..


nota blog : ape perkhabaran icha.. dah baik ke belum mulutnya tu..

Khamis, Mac 22

SUNYI tanpa deringan..

Salam 1 Malaysia..

hari ni memang tak de mood.. bukan pasal kursus.. tapi HANDPHONE tiada COVERAGE.. aduhaiiiiii.. amat sunyi tanpa bunyi call & mesej.. tidak kedengaran ringtone terukir di bintang & penerang hati.. sunyi je bertapa depan pc ni.. adoyaiii.. apesal dulu-dulu boleh je erk.. dah sebati barangkali dengan bunyi-bunyian call & mesej..


aku terperasan masa maghrib.. tetibe tengok kat HP kosong di atasnya.. tiada tulisan MY MAXIS.. aik! pelik.. off HP.. biar dalam 5 minit.. on HP.. aik! same gak.. tanya pada adik.. sebab talian sama.. dia punya ada coverage.. aik! pelik lagi sekali.. apesal plak ni.. buka sim card.. tuka masuk dalam HP lain.. same.. siap tulis OFFLINE.. adoyaii.. apesal plak.. mungkin ada masalah kot.. dan biarkan sampai ke pagi ni..
sekali bangun pagi ni pun same.. dan aku masih berfikiran positif.. mungkin kat rumah ni ada masalah kot HP ni.. dan seperti biasa.. menuju ke opis.. sampai di opis dengan perasaan mengharap HP ok.. tapi masih lagi sedih.. tiada coverage lagi.. huwaaaa... apesal pulak ni.. dan langkah seterusnya.. call hotlink.. dia suh buka sim card la.. itu la.. ini la.. dan akhirnya.. masih tiada coverage.. dan aku sudah tawar hati.. sekiranya sehingga esok masih tiada.. kene pegi maxis centre.. ni yang tak kuasa ni.. mencik betul la.. SUNYI TANPA DERINGAN HANDPHONE hari ini..

malang tidak BERBAU..

Salam 1 Malaysia..

malang tidak berbau.. musibah datang tanpa dipinta.. datang untuk menguji.. redha dengan ujianNYA.. tapi mungkin juga kejadian berlaku disebabkan oleh kecuaian.. hal terjadi sewaktu adindaku pulang dari kerja.. di laluan motor federal highway di shah alam.. 20/03/2012 jam 5.40petang.. 

Syukur Alhamdulillah.. adinda hanya cedera di kaki.. motor rosak sikit kat bahagian kiri.. berlaku sedikit pergeselan diantara motor adinda dengan sebuah motor pemandu motor yang lain.. orang yang terlibat telah meletakkan motor di tepi bahu jalan tanpa sebab.. mencari sesuatu di bawah pokok.. ntah apa yang dicari, adinda tak pasti.. mungkin juga adinda yang memandu tanpa berhati-hati.. kejadian spontan.. dan pastinya lepas kejadian menjadi BLUR..

nasib la bangchik & angah keje kat shah alam.. terus call dia orang minta tolong.. risau gak coz adindaku itu pempuan.. kang jadi ape-ape aku menyesal tak sudah.. dah la dah petang masa tu.. doa banyak-banyak tiada apa-apa yang teruk berlaku.. bonda jangan cakap la.. riak wajahnya dah menunjukkan kerisauan.. aku cuba tenangkan bonda.. "jangan risau.. ayu ok.." tu je la yang mampu aku katakan..

semuanya selesai dalam pukul 8.30 malam.. aku dan bonda tertunggu-tunggu pesakit di rumah.. tak juga sampai.. nasib la ramai yang sudi menolong.. jasa baik kalian amat dihargai.. motor tu aku tak tengok lagi sebab masih kat shah alam.. harap tak teruk mane.. pas ni adindaku.. berhati-hati memandu ya.. kali ni dah 3 kali kamu kemalangan.. harap lepas ni lebih berhati-hati.. MC 3 hari.. next week baru keje.. baru je sebulan keje.. dah MC 3 hari.. harap tiada apa-apa tindakan.. zoom in!! ( sape-sape yang tak nak tengok.. sila klik X.. ngeri..)


pedihnya.. hanya dia yang tau..

kesian adindaku.. tak sampai hati semalam nak tengok luka dia.. berkerut-kerut muka dia menahan sakit.. nasib la doktor ke nurse semalam dah suntik bahu dia.. pagi semalam risau dia demam je.. nasib tak demam.. moga cepat sembuh adindaku.. postpone lagi la gamaknya nak tengok cite 7 PETALA CINTA..


nota blog : hari ni dan esok kursus Fail Meja.. maaf lau tak sempat melawat rumah kawan-kawan.. ada masa, akan menziarah ke rumah anda..

Rabu, Mac 21

berkuntum-kuntum BUNGA ROSE!!

Salam 1 Malaysia..

bertemakan VINTAGE (betul ke eja cam ni.. taram je la..) dalam perkahwinan FAIEZAH & AZRI sama cantik sama padan.. maaf.. tak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kalian berdua.. SELAMAT PENGANTIN BARU.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Faiezah ni adik kepada Puan Masya.. dan seperti biasa.. aku hanya mengirim bile tak dapat hadir ke undangan majlis perkahwinan.. Alhamdulillah.. Yana a.k.a Masya telah memberi ole-ole kepadaku.. banyak betul ole-ole dari majlis perkahwinan adinda Yana.. zoom in!!

goodies bag
ya.. BUNGA TELUR.. telur masin tau tu..

air kotak dan popcorn lagi.. buat kudapan di opis la gamaknya..
kotak pink : bahulu
kotak kelabu : tisu muka..

S.E.L.A.M.A.T. P.E.N.G.A.N.T.I. B.A.R.U.
F.A.I.E.Z.A.H. & A.Z.R.I.
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Wordless Wednesday : Muzic Gigabite

Salam 1 Malaysia..


kudapan.. sambil buat kerja, sambil makan.. tak habis.. lekat balik.. tak lemau.. tak manis sangat.. sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.. warga emas biasanya tak suka makanan seperti ini..



Selasa, Mac 20

bile nak CUBA??

Salam 1 Malaysia..

sejak di keluarkan.. mula berangan-angan nak beli.. tapi persoalan adik aku.. bile nak cuba?? ahaksss!! yang ni lemah.. maka aku dan adik menerjah kedai buku mencarinya.. HAMPA.. tiada.. sekali ada pesta jualan buku kat ALAF 21.. niat hati nak pegi.. tapi bile memikirkan parking.. jalan jauh.. adehhhh.. CANCEL!! 

bile hari cuti.. melayan FB di kala lepas zohor.. sekali terpandang status kawan lama.. nak pegi Alaf 21.. ape lagi.. terus tepek komen.. tolong belikan buku AIR TANGAN FIZO.. aku ingat dia tak baca komen tu.. tup!tup! dia bagi tau dah belikan.. 

hari berganti hari.. masing-masing sibuk dengan aktiviti seharian.. tak sempat berjumpa.. akhirnya.. dia poskan.. padahal bukan jauh mane pun.. Shah Alam - Klang.. ni la akibat kekangan masa.. hujung minggu sibuk dengan aktiviti kenduri kawin dan macam-macam lagi.. hari biasa, bekerja.. tu yang dia pos.. mekasih!!

memang ekspres
ceria je buku ni..
masih berbalut tu.. ntah bile nak buka..
untuk pengetahuan korang.. bonda suka sangat dengan FIZO ni.. lagi-lagi rancangan NASI LEMAK KOPI O.. setia betul tengok dari pukul 8pagi hingga 10pagi setiap ahad.. ntah bile aku nak cube masakan air tangan fizo ni.. harap ada mood la.. sekarang nak mencube masakan baru memang kelaut mood aku.. terbang melayang-layang.. ahakssss!!!


Isnin, Mac 19

LIFE begins..

Salam 1 Malaysia..

dalam entry PERTAMA kalinya aku penah nyatakan.. diriku ini mudah letih.. cepat mengantuk.. ada kalanya lesu.. dengan gastrik aku yang makin lama makin menjadi.. tanpa aku sedari.. dah masuk tahun ke 6 penyakit gastrik aku ni.. ada kalanya aku makan ubat.. ada kalanya aku jemu makan ubat.. bile sakit dah tak menahan.. barulah nak makan ubat atau pegi jumpa doktor.. bosan makan ubat.. bukan sebiji.. kadang-kadang sampai 3 biji.. bulan puasa jangan cakap la.. orang sahur minum air makan nasi, aku.... minum air makan ubat.. bile time buka lagi la.. orang buka makan kurma.. aku... buka makan ubat.. haishhh!!! Allah dah tarik 1 nikmat tanpa aku sedari..

2 minggu lepas aku telah menjumpai 1 suplemen dalam blog sebenarnya.. lepas tu aku terjah pula FB.. dalam mencari info.. dalam mencari khasiat.. sekali dengan harga.. akhirnya aku nekad.. nak mencuba.. HAYAT ACAI BERRY.. hah! penah dengar tak?? aku pada mulanya.. baru pertama kalinya mendengar HAYAT ACAI BERRY.. ape ke benda?? nak tau lebih lanjut.. KLIK DI SINI..

aku beli secara online.. ini adalah kali pertama aku membeli barangan secara online.. tawakal saje.. 2 hari dah sampai.. fuhh!! aku mencube dengan niat yang tulus.. mengurangkan penyakit yang aku alami.. orang kate nawaitu yang penting dalam ape jua yang kita lakukan.. maka aku nekad mencuba..

baru sampai.. berbalut lagi..
ni la dia.. HAYAT ACAI BERRY
isi dalam kotak HAYAT ACAI BERRY.. ada 10 botol.. siap straw lagi..
setiap 1 botol isi kandungannya 10ml..
rasa air Hayat Acai Berry ni cam jus kurma.. masam manis sikit.. sekali sedut dah abis.. bile nak minum, selawat 3 kali dan niat kita nak ape.. aku berusaha tanpa jemu mencari  rawatan penyakit gastrik ni.. moga aku tak menggalah.. 10 hari pertama ni nampaknya perut tak meragam.. moga ada keserasian bersama.. selain tu nak tambahkan tenaga.. nak betulkan hormon-hormon dalaman.. akan aku berusaha tanpa jemu!!




Ahad, Mac 18

AKHIRNYA..

Salam 1 Malaysia..

bulan lepas tak ingat entry yang mane.. aku ada publish nak beli CD HAFIZ HAMIDUN.. akhirnya.. berjaya aku miliki dengan harga RM19.90.. tak la mahal mane.. berbaloi dengan apa yang kita dapat.. memang TERAPI DIRI.. tenang je bile mendengar suaranya mengalunkan kalimah Allah.. Subhanallah.. aku yang ada kalanya jiwa kacau bak kate orang sekarang.. ada kalanya tahap emosi kemarahan melampau.. memang sesuai la dengar untuk mengembalikan jiwa yang ada kalanya tak keruan.. manusia.. emosi sentiasa berubah-ubah.. 

Subhanallah.. lunak suaranya..
  1. Astaghfirullah
  2. La Ilaha Illallah
  3. Subhanallah
  4. Taubatan Nasuha
  5. Hasbi Rabbi
  6. La Hawla Wa La
  7. Alhamdulillah
  8. Ya Zaljala
  9. Ya Latif
  10. Allah
  11. Lawkana Bainana
rasanya cam sesuai juga untuk bakal-bakal ibu.. ibu-ibu yang punya anak kecil.. pasang ketika mereka nak tidur.. di dalam kereta.. memang betul TERAPI DIRI.. tak percaya.. dengarlah.. selalu dengar ALHAMDULILLAH dalam rancangan BISMILLAH di TV3 pukul 6pagi..