Isnin, Mac 26

nasib SI KUDA MERAH..

Salam 1 Malaysia..

today is MONDAY.. katakan TIDAK kepada MONDAY BLUES.. ahaks!! biasalah.. hari Isnin.. adakalanya badan seperti lemau.. yang mana ada kenduri kawin atau aktiviti yang agak padat pada hari semalam.. memang badan menjadi lemau.. lesu.. dan mengantuk di pejabat.. LETIH.. dan akan menjadikan mood melayang-layang ke angkasa.. aku pun kadang-kadang macam tu.. aik! cam nak salahkan hari pulak.. diri sendiri yang takde stamina yang kuat.. adehhh.. adakah kerana faktor usia?? haishhh!! udah melalut.. kembali kepada tajuk entry..

nasib SI KUDA MERAH.. rentetan dari kisah adindaku kemalangan..  kesian betul aku tengok kuda merah adindaku.. senget benget depannya.. Jumaat malam Sabtu adik lelaki aku pegi ambik kuda merah adindaku di Shah Alam Seksyen 18.. hari tu lepas kemalangan, kawan adik lelaki aku suruh letak kat rumah dia.. sebab adindaku dah tak boleh bawa moto.. memandangkan hari dah malam, maka ditinggalkan kuda merah di Shah Alam..

pagi Sabtu aku tengok.. robek hatiku.. dan juga.. robek poketku.. ahaks!! opkos cheq yang kene bayo kan.. memandangkan adindaku belum gaji.. tak kisahlah.. asal adindaku selamat.. bahagian depan la teruk.. sebab hampir menjunam ke dalam longkang.. aku sebenarnya masih tak dapat bayangkan.. apa gaya adindaku tu jatuh motor.. dia kate moto hampir menjunam ke longkang.. dan dia masuk dalam longkang.. kuasa Allah.. kalau nak jadi, sekelip mata je boleh jadi.. moh layan gamba SI KUDA MERAH..

habis rebeh cup moto ni.. (eja betul ke.. belasah je la..)
terkeluar dari kedudukannya..
kene tukar.. ganti yang baru..
habis idung si kuda merah..
pecah di sini juga..
atas pun pecah juga..

moga lepas ni adindaku lebih berhati-hati semasa memandu.. semua ini adalah pengalaman hidup.. dengan pengalaman kita makin matang dalam kehidupan..

nota blog : pagi ni kene anta adinda pegi klinik kesihatan untuk rawatan lanjut luka dia.. masuk lewat sikit..

14 ulasan:

cheqna berkata...

mintak jauh la xcident miden ni
pepun moga adinda cepat sembuh =)

LiNda berkata...

Nasib baik adik takde pape ye..takpe, moto rosak boleh repair kan..awk org perak ke?

AdaM Hawa berkata...

@cheqna tu la cheqna.. mintak di jauhkan.. tapi kalau benda nak jadi kan.. redha je la..

nampak macam ok pagi ni.. dah jumpa dokor td kat KK..

AdaM Hawa berkata...

@LiNda arwah abah sy org perak.. nape erk cik linda..?

Saya Disini berkata...

la..dah xhensem motor tu..kene hati2 ni

Masya berkata...

semoga ayu cepat sembuh.. biar motor calar balar.. jgn tuan huhuhu.. seriauuu

AdaM Hawa berkata...

@Saya Disini motor ni gamaknya lambat la jadi hensem.. coz sparepart dia mahal.. betul kan mana yang boleh dulu.. asal boleh bergerak.. hehehe

AdaM Hawa berkata...

@Masya mc lagi 2 hari.. bengkak masih ada.. luka dah kering..

kasutblinkblink berkata...

la..napa ni..sayangnye moto

yana halim berkata...

nanti luka dah baik, pergi berurut pulak. Check2 urat kot ada yg tersimpul ke...tersalah ke...

AdaM Hawa berkata...

@kasutblinkblink si kuda merah mengalami kecederaan.. hehehe

AdaM Hawa berkata...

@yana halim a'a.. pas ni nak kene berurut bile luka dah elok dan baik.. coz takut tersalah urat..

shahrazali berkata...

nasib baik adik xde pape sgt.....motor rosak/calar,,bleh ganti kn....

excident kt shah alam??kt mana tu??

AdaM Hawa berkata...

@shahrazali kemalangan kat laluan moto menghala ke padang jawa.. sebelum shell selepas exit panasonic..