Rabu, Februari 29

TEKADkan hati..

Salam 1 Malaysia..

bermula esok.. dengan ini, aku bersiap sedia untuk menempuh jem di kala petang hari.. waktu sesak!! setelah ditekadkan hati ini.. aku ubah waktu masuk keje.. 8.00pg-5.00ptg.. wallahweiii!! bersiap sedialah kamu, kene menempuh waktu kemuncak di petang hari.. setelah kelewatan sejak bulan Januari.. tak sanggup lagi untuk menyatakan kelewatan.. adoyaiiiiiii... bila adik bongsu dah mula kerja, pasti kalut je pagi-pagi.. semua nak awal.. tak pe la.. aku mengalah.. elok juga.. boleh siap jemur kain baju, siap boleh wat sarapan.. bonda pun senyum je..

nampak tak?? WP2.. dulu WP1..
tapi bulan Ramadhan nanti mau tuka WP1.. mana sempat nak bersilat kat dapur lau balik kul 5.00ptg.. memang gamaknya beli je juadah lau balik kul 5.00ptg.. moga hati tenang menempuh kesesakan jalan raya di pagi dan petang hari.. Peace yaw!!



Wordless Wednesday : kinder bueno

Salam 1 Malaysia..


kejap je dah rabu.. sejujurnya.. 1st time makan KINDER BUENO.. ni pun orang bagi.. Alhamdulillah.. rezeki.. pagi ni nak bawa bonda pegi checkup.. harap semuanya OK.. maka dengan ini aku mencutikan diri.. malas nak pegi opis di tengahari.. ahakss!! SELAMAT BEKERJA SEMUA KAWAN-KAWAN!!


Selasa, Februari 28

FUNNY fruity stick??

Salam 1 Malaysia..

kejap betul masa berlalu.. tik! tok! dah masuk tengahari kan.. ari ni baru dapat bernafas dalam lumpur.. nak clear apa yang patut.. kalau tak semak betul meja dengan kertas-kertas yang berlonggok..

korang penah makan tak gula-gula Funny Fruity Stick?? masa sekolah rendah dulu rajin makan la.. mula-mula jual 1 harganya 10sen.. pas tu naik 20 sen.. ni la rupenya..

biasanya ada 2 rasa.. coklat dan strawberi atau oren..

dapat gula-gula ni sebagai ole-ole dari majlis perkahwinan seorang anak kontraktor.. SELAMAT PENGANTIN BARU SHADATUL AKHMA & MOHD ADZLI.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. aku seperti biasa.. tak dapat menghadirkan diri.. ate nak wat cam ne.. kuda ku tak kuat berlari.. nak naik kura-kura, tuan punya kura-kura ada majlis kenduri kawin plak kat KL.. maka ku kirim je la kat kakak kat opis ni.. cantik tau kad undangan perkahwinan dia orang.. dengan beg goodies tu same.. mesti pekej yang mewah.. meh aku zoom in..

same kan?? kan?? kan??
dalam beg goodies tu ada cawan comel ngan 1 peket gula-gula.. tu yang ada gula-gula funny fruity stick tu.. lame tak makan.. ahakss!! cam budak kecik!!

taraaaaaaaa...
mesti mahal kan kad ni..
cantik tak?? sila abaikan pemandangan di belakang.. ahakss!!

[ nota : terasa rindu pada seseorang yang nun jauh di sana.. :( ]

GOOD LUCK!!

Salam 1 Malaysia..

hari ini dalam sejarah.. adik bongsu a.k.a ayu hari ini mula bekerja dengan kata lain mula mencari rezeki.. Alhamdulillah.. hari ni mula melaporkan diri di panasonic seksyen 15.. harap semuanya ok.. kakakmu sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan dirimu.. bekerja rajin-rajin jangan sesekali curi tulang seperti kakakmu ini.. ahakss!! opsss!! terlebey sudaaaaaa... GOOD LUCK!!

time konvo sijil di PSA..
bulan 5 ni InsyaAllah akan menghadiri konvo diploma di PSIS Sabak Bernam.. semoga sukses dalam segala apa juga bidang yang dirimu ceburi.. kata-kata dari kakakmu ini.. ikhlas dari hati.. tetibe sayu plak.. amanah yang telah diberikan kepadaku.. telah ku tunaikan sebaik mungkin.. moga dirimu menjadi insan yang cemerlang dan berguna di masa hadapan..


Isnin, Februari 27

BETUL ke??

Salam 1 Malaysia..

korang pasan tak iklan TV3 tu.. cite BFF yang di siarkan hari ahad dah bertukar ke hari selasa jam 10.30 malam.. ke aku silap tengok?? cite BFF ni nak gantikan cite PELANGI KASIH ke?? dah nak abis erk?? alahai.. nape dah nak abis.. cite yang aku adalanya skip.. terpaksa tengok kat blog.. minggu ni cube nak tengok.. tapi mata ni kadang-kadang layu awal, cam ne.. huwaaa!!!!


Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?

Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah. 

Bakal bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00malam mulai 15 Januari 2012, BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin. 

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup. 

Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota. 

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. 

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga.  Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia. 

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. 

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’

SEDAP TAK?? kek secret recepi..
hari ni makan kek secret resepi.. sangat sedap.. i like!! sempena besday big bos.. happy belated birthday to you BOS!!

terUKIR di BINTANG

Salam 1 Malaysia..

pagi yang tenang setelah hujan dari petang semalam hingga ke tengah malam.. suasana yang dingin masih terasa hingga ke pagi ini.. cahaya mentari masih tidak kelihatan.. awan kelihatan masih mendung.. pagi-pagi dok layan lagu TERUKIR DI BINTANG.. perghh!! mabeles la lagu ni.. mantop!! walaupun pendek je liriknya tapi best!! meh layan di pagi hari.. 




Yuna & Qi nampak secocok je kan.. sempoi je cara Yuna tu.. sweet couple cam ala-ala Lisa & Yusry.. lagu ni pun jadi tema dokumentari perkahwinan Lisa & Yusry.. makin popular lagu ni.. zoom in!!

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Ahad, Februari 26

APA ni??

Salam 1 Malaysia..

APA ni??
korang tau tak apa nama serangga ni?? 1 hari, lepas solat asar aku terperasan.. serangga ni menemankan aku.. ahakss!! elok je dia benti kat tepi meja.. menggulungkan dirinya.. lepas aku lipat sejadah, baru dia bergerak.. elok je.. korang panggil ape serangga ni?? aku panggil ulat gonggok.. 



VERSI 2012..

Salam 1 Malaysia..

malam tadi aku tengok AZURA 2012.. ntah cam ne terasa nak tengok cite.. asalnya nak tengok cite lain.. nak tengok PELANGI KASIH yang bersiri tu.. dah banyak betul skip cite tu.. nak tengok beto yang ada niat jahat.. nak tengok johan dan abil yang jadi sweet couple.. tapi alih-alih aku tengok azura.. tak hiraukan pun iklan cite tu sebelum ni.. dah terlayan..

ambik dr cik google..

Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran.
Dalam versi ini, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura

aku bagi 3 1/2 bintang.. teruk ke aku bagi jumlah cam tu.. ahakss!! sebab aku suka filem aksi.. cinta-cinta ni cam kureng.. jangan marah pembaca yang suka filem cinta-cinta..  sape yang belum tengok.. cari je kat tenet ni.. ado punya..




Sabtu, Februari 25

SANGAM.. hujan.. PELARIAN..

Salam 1 Malaysia..

tajuk entry apakah ini?? ambik sini sikit.. sane sikit.. situ sikit.. sedang entry ditaip, hujan turun membasahi bumiMU YA ALLAH.. Syukur Alhamdulillah.. atas kurniaanMU.. sekarang ni kat tv3 tengah ditayangkan cite SANGAM.. pasti bonda-bonda korang tengah tengok kan?? mesti ada yang tengah layan perasaan.. cite ni terhangat di waktu dulu.. sampai ke la ni orang tak jemu tengok.. percintaan yang dahsat sekali.. haishhh!!! aku pun tengok juga.. sambil taip entry.. ahakss!! aktiviti petang tak banyak agenda.. cadang nak pegi tesco tadi, nak bayar bil dan cuci-cuci mata.. kot ada yang menarik.. sekali HUJAN turun.. sudahnya bergolek depan tv sambil tengok sangam plus BW kejap.. pagi tadi BW sebelum memasak.. menu ari ni, sangat simple.. KARI IKAN SENANGIN dengan tomato, nasi putih.. cukup!!

cerita terhangat zaman dolu-dolu..
malam ni korang jangan lupa plak tonton PELARIAN slot cerekarama di TV3 jam 10.00malam.. tengok iklan macam sedey je cite tu.. adehhh... tajuk pun dah nampak pahit getir kan.. pelarian.. sebelum tu kita baca sinopsis dia dulu..

para pelakon yang MANTOP!!
PELARIAN
Mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.
Para pelakon, Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.

aksi si kecik yang ku nantikan..

Le Tour De LANGKAWi 2012

Salam 1 Malaysia..

24 Februari 2012 : LTDL 2012 telah bermula.. kali ni ada 10 stage.. lokasi pada tahun ke dari Putrajaya turun ke selatan dan seterusnya ke pantai timur.. setiap tahun agak berbeza lokasi stage.. 

LTDL 2012..
hari ni dah stage ke 2.. Putrajaya ke Melaka.. ape lagi.. zoom in!!

panjang kan.. 151.0km..
StageDate
Start and Finish
Distance

Stage 1Friday, 24 February 2012
Putrajaya Individual Time Trial
20.3 km

Stage 2Saturday, 25 February 2012
Putrajaya - Melaka
151.0 km

Stage 3Sunday, 26 February 2012
Melaka - Parit Sulong
187.6 km

Stage 4Monday, 27 February 2012
Batu Pahat - Muar
169.4 km

Stage 5Tuesday, 28 February 2012
Ayer Keroh - Pandan Indah, Ampang
190.0 km

Stage 6Wednesday, 29 February 2012
Proton, Shah Alam - Genting Highlands
108.0 km

Stage 7Thursday, 1 March 2012
Bentong - Kuantan
205.8 km

Stage 8Friday, 2 March 2012Pekan - Cukai100.8 km

Stage 9Saturday, 3 March 2012Kemasik - Kuala Terengganu165.7 km

Stage 10Sunday, 4 March 2012Tasik Kenyir - Kuala Terengganu Loop116.9 km


TOTAL DISTANCE : 1415.5 km
jadi.. sape-sape yang terkena lokasi tu.. ape lagi.. jangan lepaskan peluang menonton di tepi jalan.. bagi sokongan kepada pelumba-pelumba basikal pasukan Malaysia dan juga antarabangsa.. setahun sekali beb.. nak tau lebih lanjut.. KLIK JE SINI.. 






PERTAMA kalinya..

Salam 1 Malaysia..

untuk pertama kalinya.. perghhh.. semalam balik lewat dari opis sekitar 6.30petang.. mak aiiiiii... sangat letih saat itu.. semua nak urgent.. sabo la wahai hati.. bukan selalu pun kan.. bertambah hangin bile aku thumbprint tak boleh.. adoyaiiiiiiiiiiiii... lebih 20 kali.. dan akhirnya aku balik cam tu je.. kang Isnin kene jumpa orang yang uruskan thumbprint tu.. bagi tau.. lau tak caya, cctv kan ado.. ahaksss!!!

malam tadi sangat daku tak larat.. pas isyak, ku pengsan.. muahahahaha.. nampak tak awok tak cukup tenaga.. ni kene makan suplemen untuk kecergasan.. ape yang sesuai erk dengan usiaku?? ce cube bagi tau.. kawan-kawan ada makan suplemen?? ce cite apa brand korang makan untuk kecergasan dan tenaga.. kot aku boleh try..

ala tomey-tomey.. relaks sikit tengok kucing ni..
ada sape-sape sudi share suplemen yang korang makan untuk kecergasan & tenaga?? sudi-sudikan lah.. 



Jumaat, Februari 24

masam.. manis.. LEMAK..

Salam 1 Malaysia..

dah tengahari.. kejap betul masa berlalu.. seperti tidak berkesempatan nak mencoret sepatah dua kata di entry.. pagi yang sibuk.. berlonggok-longgok sampul surat nak di buka.. bukan peminat bagi.. tapi kontraktor bagi.. jenuh betul nak buka.. tapi paling kesian, bos kecik den la.. setengah hari mengadap dokumen.. tapi apakan daya, aku tak boleh tolong part dia.. sabo je la kan.. ni pun tak setel lagi.. part aku plak.. adoyaii.. cam ada bayang-bayang balik lewat ari ni..

malas nak kuar tengahari ni walaupun sebenarnya ada agenda.. nak curi masa rehat buat keje sikit sambil BW.. BW pun lewat banget ari ni.. rindu teman-teman blogger.. pelan-pelan curik masa BW.. sambil BW aku layankan tekak dan perut dengan BLISS.. 1st time minum BLISS KIWI.. sedap gak.. MASAM.. MANIS.. LEMAK.. selalu minum strawberi je.. tadi dah makan nasi goreng ayam.. so harap tahan la perut ni sampai ke petang.. jangan meragam dah la.. asid pun dah terasa-rasa je banyak dalam perut ni.. jemu dah nak telan ubat.. haishhh!! kene cari alternatif tradisional nak merawat gastrik.. asik makan ubat klinik je.. JEMU!!

pas ni.. kene wat keje.. sebelum tu.. mari kita BW... zassssss

[nota : jenuh nak upload pict.. ntah ape kene.. tak boleh.. adoyaiii.. cam tuan dia plak pc ni.. ding dong!]

Khamis, Februari 23

PATAH SERIBU hatiku..

Salam 1 Malaysia..

malam ni jam 9.00malam di Astro Ria.. telemovie PATAH SERIBU.. lakonan Sharnaaz Ahmad..Shila Amzah.. Jihan Raja Lawak.. Reza Mohd dan ramai lagi..tapi patah seribu hatiku dengan percintaan Sharnaaz & Shila Amzah.. ahaksss!! moga berkekalan la ye.. Sharnaaz & Shila.. dah ramai orang suka kat Sharnaaz ni, sebab dah banyak lakonan dia ditayangkan buat masa ni.. mau taknya.. TV9 - Ariana Mikail.. Astro Prima - Bicara Hati.. ada je tiap-tiap minggu.. layannnn...

pegang tangan Sharnaaz tak lepas tu.. ahakss!!
Drama Patah Seribu mengisahkan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil yang mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.
Dia berkenalan dengan Azu (Shaarnaz Ahmad) yang merupakan seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.
Kasihan dengan Azu, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.

kalau tak dapat tengok malam ni, mesti ada ulangan dia.. lau tak de gak, gamaknya youtube la.. 

[nota : ari ni mood nak menaip entry tak de.. tergamam.. sedih.. dengan berita kematian adik Faris Nur Daniel.. moga tenang dirimu di sana.. Al-Fatihah.. masih mengikuti dari masa ke semasa untuk hari ini dari blog Mazidul..] 




Al-Fatihah.. Adik Faris Nur Daniel..

Salam 1 Malaysia..

setiap yang hidup pasti akan mati.. itulah hakikat yang harus kita terima ianya sebagai kenyataan.. pagi ni 1 perkhabaran telah ku terima.. adik Faris Nur Daniel telah pergi buat selama-lamanya.. semoga arwah dalam golongan orang yang beriman & dikasihi Allah s.w.t. Syurga tempatmu Faris.. hanya iringan Al-Fatihah yang mampu aku berikan untukmu anak kecil yang suci.. moga abah dan ibu tabah menghadapi ujian ini.. janji Allah pasti.. kita yang hidup pasti akan mati.. Al-Fatihah.. 

tiada lagi senyuman.. keletahmu.. moga aman dirimu di sana wahai anak kecil
FARIS NUR DANIEL

klik di sini untuk info lagi..


[nota : tak boleh nak teruskan menaip.. air mata dah bergenang.. sebak di dada ni.. hanya iringan Al-Fatihah yang mampu achik sedekahkan untuk Faris.. tenanglah dirimu di sana.. FARIS NUR DANIEL..]



Rabu, Februari 22

MALAYSIA vs JEPUN

Salam 1 Malaysia..

malam ni korang jangan lupa tau.. MALAYSIA vs JEPUN.. TV1 jam 8.45 malam.. marilah kita sokong MALAYSIA.. semoga pasukan kita menang.. chayok!! chayok!! haishhh!! silap.. MALAYSIA BOLEH!!

MALAYSIA
VS

JEPUN




rasa-rasa korang, pasukan mane yang menang??


terapi DIRI..

Salam 1 Malaysia..

minggu ape kehenya aku ni.. malas betul nak taip entry.. bukan tak de cite.. ada gak la yang boleh wat kenangan, tapi mood tu cam lemau.. dah tu kene plak kesibukan kerja.. adehhh.. macam ni la gamaknya, awok la nak kene buat salinan, awok la nak kene buat report, awok juga la yang nak simpan data.. dah awok sorang je yang buat kerja ni.. nak buat cam ne.. ada penolong pun, asal pandai wat keje, udah kene tarik oleh CC.. padan le muka awok.. sabo je la ye..

korang ada beli ZIKIR TERAPI DIRI oleh Hafiz Hamidun?? aku masih belum miliki.. dan cube miliki.. orang kate tak dapat miliki dirinya, dapat miliki CD nya pun jadilahkan.. ahakss!! ape daa pasan awok.. Hafiz tu tak memandang kamu pun.. dah lame cube miliki CD tu, tapi asal pegi je kedai jual CD, jurujual akan cakap.. maaf kak, dah abis.. adehh.. ni yang nak geram ni.. ingat minggu ni or minggu depan nak gak cari sampai dapat.. 

tenang jiwa dengan zikir terapi diri..
malam tadi sebelum tido dengar zikir dari zikir terapi diri.. sangat tenang.. dengan alunan suaranya.. Ya Allah.. anugerahMU.. tanpa aku sedari, aku dah tertido.. abis bateri handphone macam tu.. tu pun sedar akibat kesejukan, baru pasan handphone dah abis bateri.. harap bertambah tenang jiwa ku dengan zikir terapi diri ini.. Ya Allah.. moga hatiku ini sentiasa tenang..

[mood : mari kemari wahai mood.. asik kelaut je mood ni.. SEMANGAT!!]



Wordless Wednesday : Coklat!

Salam 1 Malaysia..

cam dah cair.. akibat terletak di dalam kereta..

rezeki di pagi hari selepas thumbprint.. Alhamdulillah..


Selasa, Februari 21

MR. FUSSY??

Salam 1 Malaysia..

hujan di luar seakan mengerti perasaan hatiku.. mata pun mula mengecil.. haishhh!! bile lepas solat zohor je, mula la mata tu erk.. cepat je mengecil.. aktiviti kerja pun mula la slow.. tapi bile jarum jam ke angka 4.. wahhh!! terus segar bugar mata ni.. sebab setengah jam lagi mau pulang.. yes!! tapi kepala tengah memikir, samada nak tuka waktu masuk keje atau tidak.. sekarang ni cam tak sempat je nak masuk keje 7.30pagi.. asik lewat je 2..3..minit.. lau hari-hari cam ni.. mau dapat memo.. paling kokak pun, kene panggil dengan itu CC.. ayoooo.. tamau!!! harus fikir dengan hati yang tenang.. 

MR. F.. Noorul..
petang ni nak cite pasal novel kat atas tu la.. .M.A.I.D. cite dia santai je.. tak yang pening memikir-mikir.. baca je.. pas tu gelak bile part kelaka.. bape bintang erk nak bagi.. 3 1/2 bintang ok x?? kalau sape-sape dah baca.. sila bagi ulasan ok.. moh layan sinopsis..

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

terbaik la cite ni.. banyak gelak dari yang serius.. memang santai.. thumb up!!

ZOMBA ke ZOMBI??

Salam 1 Malaysia..

kisah lebih kurang 2 minggu lepas.. hari ni baru nak publish.. dek kerana semalam mood melayang-layang dan ke laut.. maka hari ni baru nak publish.. ragam si kanak-kanak a.k.a anak dara.. kadang-kadang di luar jangkaan.. akibat menonton cerita ZOMBI KAMPUNG PISANG vs HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH maka terkeluarlah dialong anak & ayah..


VS


kakak : ayah.. boleh tak kakak nak beli torchlight??
ayah : (muka kompius..) nak wat ape??
kakak : nanti kakak boleh selamatkan adik..
ayah : (masih kompius..) nape plak??
kakak : ye la.. cam dalam cite zomba..(dia selalu kate cite zombi tu cite zomba)
ayah : mengekek gelak.. cite zomba?? (menyakat si kakak..)
kakak : ala ayah.. cam cite mak limah tu.. kan dia orang pegang torchlight.. kakak mane ada torchlight.. nanti cam ne nak selamatkan adik..
ayah : gelak dan angguk..

tersengih la kakak sebab dapat beli torchlight hello kitty.. siap pilih sendiri tak menahan tu.. haishhh!! la anak-anak.. cepat betul kamu terpengaruh.. kalau zaman ummi dulu, jangan la di harap nak dapat erk.. untung kamu..

kakak & adik..
ummi sayang kamu!!


Isnin, Februari 20

menyentuh HATI KECIL KU..

Salam 1 Malaysia..

dari pagi tadi.. mood aku agak tak stabil.. cam ada je yang tak kene.. senang kate, serba tak kene la.. pagi tadi cam biasa aktiviti ku.. buka pc.. buka fb.. buka blog.. menjengah ape yang patut.. haishhh!! bile la nak berubah erk.. patutnya lepas thumbprint tu.. tengok jadual kerja.. ni idak.. ish.. ish.. ish..

terpandang aku 1 post kat FB dari teman.. mengenai adik FARIS NUR DANIEL.. sangat-sangat sedih dan sayu hati kecik ku.. tanpa aku sedari, air mata mengalir dengan sendirinya.. Ya Allah.. kuatkanlah semangat adik Faris Nur Daniel ini.. berikanlah kekuatan dan ketabahan hidup untuk adik Faris Nur Daniel & keluarganya Ya Allah.. adik Faris sekarang sedang dirawat di SJMC.. adik Faris sakit barah darah.. nak tau lebih lanjut.. klik sini tak terkata dengan kata-kata membaca dan melihat gamba adik Faris..

Faris Nur Daniel ketika sihat.. sangat comel..
marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan adik Faris Nur Daniel.. semoga cepat sembuh dan kuat melawan penyakitnya.. untuk keluarga adik Faris Nur Daniel semoga sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian ini.. 

aku juga penah di uji situasi kritikal.. tapi tidak sehebat keluarga ini.. hanya padaMU YA ALLAH aku menadah tangan memohon dimakbulkan doaku.. "YA ALLAH.. KAU BERIKANLAH KEKUATAN DAN KETABAHAN HATI UNTUK FARIS NUR DANIEL DAN KELUARGANYA.. BERIKANLAH KESIHATAN TUBUH BADAN KEPADA FARIS NUR DANIEL SEPERTI SEDIA KALA YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH YA ALLAH.."

kawan-kawan boleh menderma untuk meringan keluarga adik Faris Nur Daniel.. info klik sini..

[mood :  sedih dan sayu hati.. mengalir air mata..]

apa CELOP!!

Salam 1 Malaysia..

lewat lagi pagi ni.. haishhh!!! pukul 8 lebih baru masuk opis.. nasib la keje tak banyak pagi ni sebab dah setelkan hari jumaat lepas.. minggu lepas boleh dikatakan tiap-tiap hari balik lewat.. OT?? oh!! tidak.. sepanjang aku bekerja tak penah claim ot.. topup mane yang tak cukup waktu sudaaaa...

wow!! cite SLOT AKSI malam ni cam menarik je.. jujur.. cite slot aksi yang lepas memang 1 episod pun aku tak penah tengok.. tau tau dah abis last week.. ahakss!! kali ni barulah aksi.. MEREMPIT!! muahaha.. bukan menggalakkan ok.. tapi baru la best!! tapi tatau la jalan cite dia cam ne kan.. malam ni baru leh tau.. HANGAT ke TAK HANGAT.. 


tajuk cite tak menahan.. siap bonda tanya lagi.. hah!! APA CELOP?? ape maksudnya?? selambe je bangchik jawap.."bahasa orang muda.." tergelak aku.. boleh la aku tengok cite cam ni.. kalau yang drama mengisi slot aksi lepas tu ala-ala zaman dulu, cam ne hati aku nak tengok.. ahaksss!! sedikit info cite APA CELOP.. lakonan Kamal Adli.. Taiyuddin Bakar.. Amanda Misbun.. Ika Nabella.. Azad Jasmin.. Wan Sharmila.. dan ramai lagi..
Terbitan Excellent Pictures, drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertindak sebagai pengarah dan digarap oleh Meor Shariman sebagai penulis skrip. APA CELOP memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Ahad, Februari 19

LOVE at first bite

Salam 1 Malaysia..

selamat petang.. apa aktiviti kawan-kawan blogger aku hari ini?? pegi shoping? pegi dating? ke berehat-rehat je kat rumah.. hari ni rasa cam tak nak kemana-mana.. masak sudah, kemas sudah.. sekarang masa untuk merehatkan badan.. ahakss!! ape lagi.. di depan tv la.. laptop ni kejap je.. kang ada yang nak layan movie la plak.. sambil mengadap tv kita mengunyah CRISPY.. coklat ni yang aku suka sebab ada rice cereal.. tapi agak manis tau! makanya tak boleh makan banyak-banyak.. kang kene kencing manis plak.. opppss!! mintak di jauhkan..

LOVE at First Bite!!
korang suka makan coklat ape?? share la ngan aku.. mungkin lagi sedap dari coklat ni.. boleh?? boleh la.. selamat berhujung minggu..

[mood : esok koje.. uhuk! uhuk!]

Sabtu, Februari 18

berANGAN?? SEDAP!!

Salam 1 Malaysia..

pagi ni ada yang dah berangan-angan nak kemana-mana ke?? kan ari ni ari sabtu.. tapi ada gak yang masih keje kan.. aku keje 5 hari seminggu.. sabtu ahad yang pasti aktiviti adalah mengemas, memasak, mencuci pakaian.. haisshhhh!! melalut plak pagi-pagi ni.. entry kali ni nak cite pasal BUAH BERANGAN.. tau tak cam ne rupe buah berangan?? ni aku pamerkan..

ni gambo dari pakcik google..
Buah Berangan
cite ni dah lame dah.. tapi tak berkesempatan nak share kat sini.. (eh! ada ke nak baca blog & entry aku ni?? pasan!!) tak pe la kalau tak de.. sekarang untuk memori aku.. 1st time makan buah berangan masa pegi pantai remis.. rasa dia lemak-lemak manis.. sape yang penah makan biji cempedak atau nangka, haaa.. cam tu la rasanya.. lemak-lemak manis.. sedap!! tak boleh makan banyak-banyak sangat, takut nanti tettttttttttt kan nangka & cempedak angin.. sape yang ada gastrik dan banyak angin, tak boleh la makan banyak-banyak.. bahaya!!

1st time aku makan buah ni.. NYUM! NYUM!
buah ni mahal tau kalau dah siap masak.. ari tu pakcik beli kalau tak silap 3/4 beg kertas goreng pisang yang coklat tu 10 hengget.. tak banyak mane pun buahnya.. tak pe la.. dapat merasa sikit jadi lah kan.. nak banyak-banyak, beli sendiri.. sape-sape yang belum makan, try la cari buah ni.. kadang-kadang sesetengah pasar malam ada jual.. ok! nak siap-siap pegi umah sepupu.. ada majlis cukur jambul.. selamat bersantai bersama keluarga!!

Jumaat, Februari 17

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Salam 1 Malaysia..

petang ni aku nak join Segmen : "Tambah Follower Sampai Pengsan" dari Lezza De Blog.. saje nak menambah kenalan di alam maya.. kawan-kawan blogger.. tak gitu?? JOM!! ramai-ramai kita join!!

LEZZA DE BLOG
klik! jangan tak klik! tarikh tutup : 3/3/2012

keIMANan CINTA

Salam 1 Malaysia..

salam pagi Jumaat.. penghulu hari.. semoga hari ini peroleh keberkatan dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. pagi ni cam lemau je badan ni.. minggu ni terasa begitu pantas.. agaknya sebab kerja yang non stop.. sentiasa ada je.. makanya, nak berblog pun slow je.. BW pun dah tak menentu.. ahakss!! padan muka.. dah selamat tamat tempoh nak bersantai a.k.a honeymoon hokeyyy!! tak sabar nak tunggu 4.30 petang.. 2 hari cuti.. nak merehatkan badan.. dapat rehat ke?? opkos kerja di rumah menanti.. dah nama perempuan kan, weekend la hari nak buat kerja rumah yang agak heavy.. sabo je la.. Alhamdulillah.. masih diberikan kudrat.. Syukur..

korang penah tengok cite KEIMANAN CINTA tak kat tv9 satu masa dulu.. dalam bulan 9 hingga bulan 10 kalau tak silap.. setiap isnin dan selasa dari jam 8.30 malam hingga 9.30.. slot ape ntah, tak ingat.. aku suka tengok cite tu.. dan tangan ni cam gatal je nak tekan LIKE kat page keimanan cinta di FB Keimanan Cinta.. biasa la.. nak tau cite tu nak jadi ape episod akan datang.. tak finatik kot, cume tak sabo nak mengikut episod akan datang.. sekali page owner buat kuiz daaa... aku pun saje try la nak join.. kalau korang nak tau.. ini 1st TIME aku join peraduan dalam FB.. blog pun aku cube.. 2 hari lepas tu.. aku diumumkan menang.. gumbiranya rasa hati.. ahakss!! hanya menekan keyboard je dapat, walaupun terpaksa tengok cite tu.. rela ya.. bukan terpaksa.. sebab suka cite tu.. dan inilah hadiahnya..

kemas je dia orang balut..
 dan bila aku buka.. taraaaaaa..

KEIMANAN CINTA
Munie Asra
Alhamdulillah.. jom baca sinopsis buku ni..
“Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.”
Mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada Allah. Alan beristighfar, moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-Nya.

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati.
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama, menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya? "

Khamis, Februari 16

KOREA pun boleh!!

Salam 1 Malaysia..

cerita yang dah berminggu.. tapi tak tertaip di entry.. basi pun basi la.. nak gak wat entry.. (",) petang Maulidur Rasul, ayu a.k.a adik bongsu ku pelawa nak ikut dia keluar ngan pakwe dia ke tak.. terasa letih plak.. jawapan yang diberikan.. tak nak.. bile dia nak pegi, dia tanya nak pesan ape-ape tak.. tetibe teringat buah strawbery.. bonda plak nak air peel fresh oren..

nampak tak?? strawberry KOREA..
dia belikan gak rupenya strawbery yang aku nak tu... tapi bukan dari cameron highland tapi dari KOREA.. ahakss!! tengok warnanya pucat je.. dapat kepala pikir, kompom masham ni.. aduhh.. mahal lak tu.. RM12.88sen.. cian la plak duit dia.. sekali aku menggeget sikit.. aik! sedap plak.. manis.. tak masham pun.. masham-masham buah la sikit.. biasa la tu kan..

warna tak bape menarik kan??
ada dua lapis buah strawbery ni.. dalam 24 biji lau tak silap.. rege dekat 13 hengget.. mahal la kan.. tapi manis.. icha makan relaks je.. 2 kali geget abis.. sebab manis.. lau tak, mau dia buang buah tu.. laju je dia makan.. adalah 5 biji kot dia makan.. bonda tengok dia pelik je.. sebab nak plak dia makan buah cam tu.. sekali aku ngan icha hadap.. abis 1 lapis..

pucat je buah tu.. tapi manis.. tinggal 1 layer je.. ahakss!!
mekasih ayu, belikan buah setobeli.. len kali belikan lagi.. ^__^

Rabu, Februari 15

ni SAPA??

Salam 1 Malaysia..

satu petang dengan cuaca yang panas.. adakalanya berangin.. maka aku.. bonda dan budak yang ummi sayang, sape lagi kalau tak si manis kecik.. icha.. berdialog la aku bersama icha sambil diperhatikan bonda.. 

mane la kamu tak GANG diq.. puting tu tak lepas..

aku : ni sapa.. (sambil tepuk dada dia)
dia : diq.. (sambil tepuk dada sendiri)
aku : nama sapa..
dia : yul.. ma.. cha.. (Nurul Aqmar Khalishah)
dia senyum..
aku : diq sapa..
dia : diq gang..
aku dan bonda gelak.. 
aku : pasal pe diq gang??
dia : sambil sengih dan tunjukkan gigi.. (jogang)

berusaha nak tunjukkan gigi gang dia.. love u diq gang!!

alhamdulillah.. dia dah tau serba sikit mengenai badan dia.. dan sekarang sangat pantang orang pegang hand phone dan kamera.. nak beraksi saje.. pas tu.. "nak ngok.." nak tengok semanjang.. bile malam je.. dah tak de aktiviti.. upin ipin la kat hand phone ummi.. nasib la ummi kamu ni tak berkisah.. ahakss!! pasan!! rindu kamu DIQ GANG!!