Isnin, Februari 27

BETUL ke??

Salam 1 Malaysia..

korang pasan tak iklan TV3 tu.. cite BFF yang di siarkan hari ahad dah bertukar ke hari selasa jam 10.30 malam.. ke aku silap tengok?? cite BFF ni nak gantikan cite PELANGI KASIH ke?? dah nak abis erk?? alahai.. nape dah nak abis.. cite yang aku adalanya skip.. terpaksa tengok kat blog.. minggu ni cube nak tengok.. tapi mata ni kadang-kadang layu awal, cam ne.. huwaaa!!!!


Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?

Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah. 

Bakal bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00malam mulai 15 Januari 2012, BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin. 

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup. 

Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota. 

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. 

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga.  Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia. 

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. 

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’

SEDAP TAK?? kek secret recepi..
hari ni makan kek secret resepi.. sangat sedap.. i like!! sempena besday big bos.. happy belated birthday to you BOS!!

14 ulasan:

Saya Disini berkata...

sdpnye

cheqna berkata...

cheqna tak layan sangat bff ni

Kayna berkata...

sedapppppp... nak nakkkkk... chocolate indulgence eh??? nak nak.. haa, byk kali mintak ni. ekekeke

Masya berkata...

iyer ker.. dah bertukar.. x perasan lah pulak...

AdaM Hawa berkata...

@Saya Disini ermm.. shedap²..

AdaM Hawa berkata...

@cheqna kul 9 mlm leh layan lagi cheqna.. lau dah kul 10.30.. mate x larat dah..

AdaM Hawa berkata...

@kayna ya betul kayna!! tepat sekali.. 10 markah.. hehehe.. dah abis.. ;)

AdaM Hawa berkata...

@Masya lau mata ni x silap la.. hehehe

puan nadia berkata...

ini kek saje mau kasi air liur saye meleh wooooo....mau lagi tp skrg tgh sesi turun laks..huhu

AdaM Hawa berkata...

@puan nadia ahakss!! katekan tidak pada nasi.. katakan ya pada KEK.. SR tau nadia.. hik!hik!

LiNda berkata...

linda memang suke tengok cite BFF ni..memang layannn je..:)

AdaM Hawa berkata...

@LiNda cite tu 1 hari je ke erk.. ari selasa je ke?

nana nera berkata...

sedap2...

Ayu berkata...

tgk gak citer ni, oklah jugak, huhu...