Selasa, Februari 14

segalanya telah TERTULIS..

Salam 1 Malaysia..

12022012 : majlis perkahwinan jiran sebelah rumah merangkap anak sepupu bonda berlangsung dengan meriahnya.. anak ke 7 dari 10 orang adik beradik dan merupakan anak perempuan yang terakhir melangsungkan perkahwinan dalam keluarga itu.. ayat tak boleh blah, cam ayat buku.. ahaks!! pengantin lelaki plak anak nombor 2 dari 5 orang adik beradik.. kalau korang nak tau.. umah 2 mempelai ni dekat je.. kalau jalan kaki tak sampai 5 minit pun.. selang 3 buah rumah je.. tu la orang kata.. KALAU DAH JODOH.. dekat ke.. jauh ke.. akhirnya berkahwin juga..

Majlis Perkahwinan Azman & Zuhaili
kalau orang jawa majlis kenduri perkahwinan 3 hari 2 malam.. hah! jangan pelik plak.. hari Jumaat dah mula tau masak memasak.. biasanya kalau kat kampung aku sekarang hari Jumaat tuan rumah akan buat majlis kenduri kesyukuran mohon majlis perkahwinan berjalan lancar.. umah sepupu bonda pun cam tu gak.. majlis pernikahan pula pada hari sabtu sebelum zohor.. Alhamdulillah.. tema baju nikah kaler ungu lagi.. tema majlis perkahwinan warna biru.. cantik tau pelamin dia orang.. zoom in!!

cantik tak??


Tersenyum pengantin..
SELAMAT PENGANTIN BARU MAN & ELI
anak sepupu bonda pengantin pempuan ya.. tapi pengantin lelaki tu pun ada gak kaitan sedara ngan bonda.. dah nama 1 kampung, 1 jalan kan.. opkos ada berkait-kait walau sikit kan.. tu la penduduk kampung aku.. pengantin lelaki ni sebenarnya sangat pemalu.. dia berkawan dengan angah dari sekolah rendah sampai sekarang.. tapi angah tak dapat nak hadir majlis perkahwinan dia.. kaki angah tak baik lagi.. tapi dah nampak berkurangan.. Alhamdulillah.. yang bestnya majlis kali ni.. ada CEMPULING.. korang tau tak cempuling tu ape?? meh aku tunjuk..

ni la.. kumpulan cempuling.. ada lagu-lagu gak yang di nyanyikan..
mungkin cempuling tu berasal dari bahasa jawa.. selain itu, pengantin di arak dengan paluan kompang.. meriah.. ye la.. pengantin pempuan tu kira yang last dalam family dia.. ada 2 orang abang yang belum kawin.. zoom plak kompang dari kampung ku.. ni team pemuda.. ramai yang masih bersekolah..

pasukan kompang..
dan biasa lah kan.. kalau pegi majlis perkahwinan opkos ada ole-ole kan.. simple je ole-ole dari pengantin.. taraaaa...

bunga telur ada.. roti ada.. gula-gula ada.. & gelas kecik..
TQ pengantin..

13 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

semoga mereka berkekalan sehingga ke akhir nyawa..amin..

Aine Ainun berkata...

Kalo dah jodohkan.....
Chantik pelamin..;)

Semoga rumahtangga mereka berkekalan sehingga ke syurga..
Amin

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

pelamin nye cantik..debar2 pulak adik bongsu nak kawin nanti

cheqna berkata...

semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir nyawa =)

Cho Zila berkata...

mcm cerita bfftujer .. nak kawen ngan sapa orang jauh orang dekat... ha sebelah rumahjer... gituler...
kalau dah jodoh tka kemama ok...
klang kat mana yerk.. sedara husband ramai kat klang...

Masya berkata...

moga jodoh mereka berkekalan amin..

kayna berkata...

cantik2... pelamain tuu cantik. sweet. Semoga mereka berkekalan ke syurga.

AdaM Hawa : klik!klik!ceritaku! berkata...

mekasih semua.. Amin.. pelamin tu simple je.. tapi cantik kan..

LiNda berkata...

meriah kan majlis kawin kat kampung..;)

shahrazali berkata...

meriahnya majlis kahwin ni....best2...

kakak sy dapat jodoh pun org dekat..selang 2 buah rumah jek..hehe..20 saat perjalanan dari rumah ke rumah...

masa hari sanding,,rombongan pengantin lelaki terpaksa amik jarak jauh sket nk berarak sbb nk kompang lama skit..hehe...

AdaM Hawa berkata...

@Cho Zila klang kat area meru kak..

AdaM Hawa berkata...

@LiNda kat kampung memang meriah kan.. sebab masih amalkan bergotong royong..

AdaM Hawa berkata...

@shahrazali tu la yg dikatakan jodoh kan.. ni pun bergerak dari umah arwah nenek pengantin lelaki.. jauh sikit.. hehehe.. berjalan kaki je.. save bajet.. masa bertunang pun sama.. hehehe