Khamis, Jun 21

percutian yang DITAJA..

Salam 1 Malaysia..

morning!! lama tak berblog rasanya.. mood tergugat dek kerana faktor luaran.. apa pun tak boleh!! awatlah sekarang cepat beno sentap!! dah tua la tu kan.. tapi tetap kate awak tak tua.. ahaksss!! sedar diri sikit erk.. setiap hari usia akan meningkat tanpa disedari.. yeahhhhaaaa!!! pergilah perasaan negatif.. kemarilah perasaan positif!! selsema menyerang sejak semalam.. moga terhapus sedikit dosa-dosaku..

kejap masa berlalu.. minggu lepas 3 hari tiada di opis.. seronok!! santai bersama rakan-rakan daerah lain di 1 daerah yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya.. bangun pagi dengan suasana yang tenang.. hanya kedengaran bunyi air sungai mengalir.. sejuk tak usah nak kata.. asal masuk jam 9 malam dah terasa sejuk hingga ke tulang.. walaupun jadual di sana tersusun dengan aktiviti.. tapi tak rasa tertekan.. memang betul-betul seronok!!



buat kali pertama aku sampai ke IMPIAN RIMBA RESORT.. walaupun jauh ke dalam, tapi terasa suasana kampung.. sepanjang jalan mata melilau tengok pokok durian.. pokok dokong.. pokok manggis.. tu la.. kisah insan tiada dusun.. ada pun nun di kampung atok.. di tapah.. ala-ala jakun.. ahaksss!! dengan deruan air sungai.. perghhh.. bestnya!!! rasa cam nak pegi lagi.. senang cakap best!!

suasana yang tenang betul-betul menenangkan fikiranku.. bile-bile ada masa terluang.. nak datang lagi bersama family.. jalan pun rasa dah ingat.. berpiknik di hujung minggu la gamaknya.. sorang masuk RM3 je.. kira ok la.. dengan tandas dan surau yang dekat.. wakaf pun boleh sewa.. 1 wakaf 30 hengget.. kira berbaloi la.. besa gak wakaf dia.. sesuai untuk beriadah.. nak buat family day pun ok.. rasanya drum BBQ pun boleh sewa.. sebab aku tengok ada banyak.. bilik dia pun ok.. 2 katil bujang.. 1 katil kelamin.. bilik air 1.. ada tv.. siaran astro pun ada.. ahakss!! harga bilik?? jangan di tanya padaku.. sebab ditaja kan.. wakakakaka.. berkursus sebenarnya.. nak menyedapkan hati.. percutian yang ditaja.. layan gambo lokasi IMPIAN RIMBA RESORT..

bilik kami!! berempat di sini..
nampak tak durian tu??
abaikan hilux itu..
sejuk!!
next entry akan aku ceritakan aktiviti di sana.. dan yang best.. makan durian dan manggis sampai tak terlarat.. yang penting FREE!! ahakss!! nak tau lebih lanjut mengenai IMPIAN RIMBA RESORT.. klik saja di sini..

Ahad, Jun 17

HARI ini..

Salam 1 Malaysia..

17 Jun 2012 ~ Selamat Hari Bapa Kepada Semua Insan Yang Bergelar Ayah.. Abah.. Papa.. Daddy.. Walid.. Baba.. Abi.. dan apa juga gelaran yang diberikan.. buat diriku.. walaupun abah tiada disisiku.. tapi bagi diriku.. abah tetap heroku.. walau jasad tiada.. dalam hatiku abah tetap ada untuk semangat meneruskan kehidupan yang tidak ku ketahui.. apa rintangan.. ujian akan berlaku untuk hari-hari mendatang.. semoga tenang dirimu disana.. semoga sentiasa dalam golongan orang yang dikasihi Allah s.w.t.


17 Jun 2012 ~ Israk Mikraj.. setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab Umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah  Rasullah SAW dari Mekkah ke Madinah..


tiada aktiviti memasak makanan untuk lunch.. cuti la kiranya.. sebab?? sedara jauh ada buat majlis kenduri kahwin.. bonda dibekalkan makanan tadi.. maka aku pun bermalas-malasan la gamaknya hari ni.. ish.. jangan ikut dan amalkan selalu hokay!! bonda kata, tak perlu masak.. banyak lauk yang dibekalkan tadi.. untuk elak pembaziran.. maka tak perlu memasak.. senyum meleret la aku.. ahaksss!!

today!! marathon menonton wayang online..


wayang pertama.. ni tak tengok onlie sebab melanggan di astro first sejak hari jumaat malam sabtu.. tapi tak jemu pulak menonton walaupun dah tengok berulang-ulang.. sampai anak makcik pun tak nak balik.. nak tengok cite HOORE! HOORE!.. tengok la baby.. sampai muntah.. haishhh!!

GERIMIS MENGUNDANG.. ya.. nak tengok hari tu.. tapi adik sibuk nak tengok piranha 3dd.. bukan best mane pun.. sekejap lak tu.. hampeh! ahaks!! sekali layan jiwang plak hari ni.. dengan cuaca yang mendung.. santai je la citenya.. layan je la kan.. online.. 



hah! cite ni cube dah tengok bape kali.. asik ada gangguan je.. hari ni abiskan tengok.. kamal adli lagi.. hehehe.. suka!! suka!! abang ketak-ketak.. haishhh!!! lagu dia tu syok.. sam ngan yana.. mula-mula dengar macam kelaka.. tapi banyak kali dengar.. ok la!! AKU ADA, KAU ADA?? 

seharian duduk di rumah.. petang aktiviti lain pulak.. si kura-kura pun dah 3 minggu tak mandi.. tengok cuaca hari ni agak mendung.. kesian cik kura-kura.. dah tompok-tompok debu.. esok koje.. hope hati ni kuat la nak melihat wajah "orang bikin panas hati tu.." tak suka!! payah sangat nak ucap terima kasih.. mentang-mentang pangkat beso.. nak ucap terima kasih pun payah ke?? EGO kamu ya.. langit tak selalu cerah.. TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR.. TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA.. renung-renungkan.. selamat beramal.. chow!!

Rabu, Jun 13

Wordless Wednesday : Tiada Di Opis..

Salam 1 Malaysia..

mesti sejuk kan??
bermula hari ini hingga jumaat.. tiada di opis.. percutian yang ditaja.. taja lah sangat!! 
entry akan datang akan menyusul.. next week!! 3 hari 2 malam..

nota blog : auto publish!

Selasa, Jun 12

ANGIN petang..

Salam 1 Malaysia..

dah petang baru nak publish entry.. minggu yang TIADA MOOD BEKERJA.. terasa nak bercuti.. dan mungkin juga terkesan rentetan daripada tak jadi terbang ke langkawi hujung tahun ni.. sob!! sob!! sedey tu ada gak.. tapi apakan daya.. kita hanya mampu merancang.. segalanya ketentuanNYA.. ini waktu dia dalam kesempitan.. tak kan kita nak paksa kan?? kan?? kan kita masih berperikemanusiaan.. bertolak ansur.. ada rezeki.. kita pergi tempat lain pula ya.. tapi yang penting nak gak bercuti hujung tahun ni!! tak kira.. jauh ke dekat.. asal dapat bercuti hujung tahun..

layang-layang terbang melayang..

hujung minggu yang agak kebosanan bile bekalan air terputus.. mula jam lebih kurang 10 pagi.. sampai ke petang masih tiada air.. dengan kerenah anak-anak yang bosan duduk rumah.. akhirnya bonda ajak pergi pantai remis.. ambik angin petang katanya.. siap-siap.. pas asar gerak pegi pantai remis.. gerak awal supaya senang dapat parking.. pantainya tak la cantik mane.. tapi ramai je pengunjungnya.. bukan ape.. saje ambik angin petang.. main layang-layang.. gerai makanan pun banyak je kat sini.. sediakan duit saje.. ahakss!! layan gamba je la erk.. aksi dua beradik plus adik sepupu.. nasib la adik sepupu ikut.. kalau tak memang haru nak layan dua beradik ni.. macam-macam ragam..

udah le panas.. ayah pakaikan baju tak berlengan plak..
sengih gatal.. ahakss!!
kalau bergamba mesti nak buat tangan macam tu..
TQ acik iqa.. layan kami..
air surut..dapat lah bermain air sikit.. kutip kulit kerang..
sebelum susah nak kuar dari parking.. lebih kurang pukul 6.20 petang kami bergerak pulang.. Alhamdulillah..  sebelum maghrib selamat tiba di teratak bonda..

Isnin, Jun 11

SETAHUN telah berlalu..

Salam 1 Malaysia..

pejam celik.. pejam celik.. harus pejam celik ya.. kalau pejam je tak celik-celik.. ayoooo.. tu bahaya.. bahaya ke?? opsss!! hari ni hari yang sangat MALAS untuk aku.. rasa cam nak balik rumah je.. bangun pagi tadi pun agak malas.. letih ke ape ni?? cam tak de tenaga pun iye.. ke mood dah ke arah percutian yang ditaja.. 3 hari 2 malam?? nasib le tak de keje urgent.. kamu selamba je wat keje dengan secara bermalas-malasan ya..

bulan JUN.. maka dengan itu.. genaplah SETAHUN istana takeshi disewakan.. wahh!! tak hagak.. ISTANA TAKESHI tu.. macam beso amat rumah kamu ya.. padahal.. rumah orang lain lagi beso dari kamu punya tau!! tapi ianya berharga dan bermakna padaku.. kan?? kan?? dengan tu.. makan genap juga la usia perkahwinan penyewa rumahku setahun.. ahakss!! sebab dia masuk rumah tu.. bulan jun seminggu selepas mereka melangsungkan perkahwinan.. senang depa kira.. ahakss!! tuan rumah pun tolong kirakan.. 

snap pict time ambik kunci rumah dulu.. berzaman..
dulu nak sewakan rumah tu rasa cam sedey je.. itulah rete yang ado.. tu pun masih milik bank.. tapi setelah mendengar hujah-hujah bonda tersayang.. aku buat keputusan.. sewakan.. harap sesangat.. penyewa tu jaga baik-baik rumah aku tu.. kalau tak.. siap!! ahakss!! ada habuan untuk anda.. kalau ada rezeki.. nak beli rumah teres.. tapi buat masa ni.. masih belum berkemampuan.. maka terimalah rezeki yang Allah beri ni.. Alhamdulillah.. Syukur.. target buat masa ni masih ikut plan asal.. hope next target tercapai dengan waktunya.. chayok!!

fuhhh!! istana takeshi.. ahakss!!

Jumaat, Jun 8

DEMAM telah KEMBALI!!

Salam 1 Malaysia..

Salam pagi Jumaat.. Penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kita semua.. InsyaAllah.. cuaca yang redup.. sejuk.. berangin.. tenang je.. kalau kat kampung ni lagi best.. terasa sejuk ke tulang rasanya.. kat bandar ni.. dah kurang sikit nikmatnya.. 


yeahhh!!! malam ni dah bermula demam ok.. demam telah kembali.. apa lagi kalau bukan EURO 2012.. sangat di nanti-nantikan bagi peminat bola sepak.. aku?? boleh layan la.. tidak fanatik.. nasib la kat rumah ada 2 orang je kaum adam.. kalau ramai.. mau riuh rumah tu.. zoom in jadual jom!!

 
kalau nak tengok lagi jadual sempoi.. zoom in!! SELAMAT MENONTON!!

Khamis, Jun 7

i'm 2 YEARS old!!

Salam 1 Malaysia..

last day puasa ganti hari ini.. moga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan.. menarik nafas lega sedikit bile keje dah makin berkurangan.. boleh la beri perhatian ke keje-keje yang merepek ni.. nak kasi setel sebelum pergi bercuti yang di taja.. ahaksss!! ayat nak menyedapkan hati.. lama tu nak tinggalkan bonda.. 3 hari 2 malam.. 

Alhamdulillah Muhammad Iqbal Daniel berusia 2 tahun.. abangchik yang banyak ragam dan banyak akal.. pantang jumpa bedak.. pasti nak tabur atas lantai.. adoyaiii.. asal balik kampung je.. cepat-cepat simpan bedak.. kalau tak.. memang licin la lantai.. 

yang belakang tu besday boy..
yang depan ni iqram!! comel sangat dak iqram ni.. geram mak yang!!
ahad lepas celebrate birthday iqbal yang ke 2.. macam-macam makanan nenek ngan mama buat.. menu utama nasi impit.. rendang ayam tua.. sayur lodeh.. menu sampingan.. opkos karipap.. puding jagung.. kuih wadey.. ayam goreng kfc.. (penat mak yang goreng tau iqbal).. tembikai.. air pulak.. cendol dan sirap.. sangat sedap!! lagi-lagi cendol.. perghhh!! meletop.. papa iqbal bikin sendiri.. mesin ais sendiri.. sibuk betul papa time tu kan.. zoom in aksi IQBAL di majlis ulang tahun kelahirannya..

kek pun upin & ipin..
Selamat Ulang Tahun Iqbal & Nenek..
bersungguh meniup.. risau air liur kat kek.. ahakss!!
cepat je nak cabut lilin abgchik ni.. rosak dah kek tu..
bergamba dengan mama.. adik iqram dah tido..
papa pulak sibuk mesin ais untuk cendol..
dan 1 gamba yang aku suka.. opkos budak kecik IQRAM.. suka betul mata dia.. bulat!!

comel kan?? kan?? buah hati baru mak yang!!
sentiasa tersenyum..


nota blog : Alhamdulillah.. Syukur.. BFF dah selamat bersalin pagi tadi.. baby girl.. TAHNIAH GEE & RAMAZAN..

Selasa, Jun 5

spontan.. PIRANHA 3DD..

Salam 1 Malaysia..

15 Rejab 1433H.. maksudnya sebulan setengah lagi nak ke bulan Ramadhan.. ada 1 hari lagi untuk puasa ganti.. lepas tu InsyaAllah nak terus puasa isnin khamis andai diberikan kesihatan tubuh badan oleh Allah s.w.t. bulan ni dan bulan lepas.. dah setel beli kain untuk tempah baju raya.. khas untuk bonda dan adik-adik.. juga diriku.. sedar tak sedar.. 1K juga habis.. mak aiii.. mahal dah kain sekarang ya.. tudung semua dah beli minggu lepas kat jalan TAR.. setel.. sekarang simpan duit nak buat bayar upah tempah baju kurung je.. hambikkkk!! tu la.. tak reti jahit baju.. kalau tak dah jimat dah..

sabtu lepas menerjah jalan TAR beli tudung di sana.. murah sikit.. dapat la sehelai 18 hengget tudung bawal.. aku ni masih suka tudung bawal dibanding tudung yang zaman sekarang ni.. senang pakai pada aku.. kat sini payah nak cari tudung bawal.. makanya menerjah ke KL.. alhamdulillah.. perjalanan pergi dan balik berjalan lancar.. buat kali pertama memandu ke KL.. ahaksss!! berdebar dibuatnya.. dengan co-pilot yang bagus bagiku.. maka berjaya selamat pergi dan pulang.. teruja gak la.. memandu ke KL.. sesak kot biasanya.. ahaksss!!


sampai klang lebih kurang pukul 1.. adik ajak pergi jaya jusco bukit raja.. nak beli hadiah si kecik Iqbal.. lepas solat semua.. masih awal.. maka adik ajak tengok wayang.. PIRANHA 3DD.. bagiku.. tak menarik mana pun citer ni.. sekejap plak tu.. cam rugi je bayo tiket 17 hengget.. adehhh.. baik tengok gerimis mengundang ke.. man sewel datang kl ke.. plan asal nak tengok hore hore.. sekali yang ado midnight la plak.. adoyaiii.. tu yang tengok piranha tu.. alih-alih tak best la plak.. dah le 18 ke atas.. banyak sence tettttttttttttttt ahakss!! pejam mata sat.. ahad plak ada jemputan besday party Muhammad Iqbal Daniel.. next entry la aku cite.. kang tengahari sikit baru berBW umah kawan-kawan.. zassssssssssss!!!!!!!!