Khamis, Jun 21

percutian yang DITAJA..

Salam 1 Malaysia..

morning!! lama tak berblog rasanya.. mood tergugat dek kerana faktor luaran.. apa pun tak boleh!! awatlah sekarang cepat beno sentap!! dah tua la tu kan.. tapi tetap kate awak tak tua.. ahaksss!! sedar diri sikit erk.. setiap hari usia akan meningkat tanpa disedari.. yeahhhhaaaa!!! pergilah perasaan negatif.. kemarilah perasaan positif!! selsema menyerang sejak semalam.. moga terhapus sedikit dosa-dosaku..

kejap masa berlalu.. minggu lepas 3 hari tiada di opis.. seronok!! santai bersama rakan-rakan daerah lain di 1 daerah yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya.. bangun pagi dengan suasana yang tenang.. hanya kedengaran bunyi air sungai mengalir.. sejuk tak usah nak kata.. asal masuk jam 9 malam dah terasa sejuk hingga ke tulang.. walaupun jadual di sana tersusun dengan aktiviti.. tapi tak rasa tertekan.. memang betul-betul seronok!!



buat kali pertama aku sampai ke IMPIAN RIMBA RESORT.. walaupun jauh ke dalam, tapi terasa suasana kampung.. sepanjang jalan mata melilau tengok pokok durian.. pokok dokong.. pokok manggis.. tu la.. kisah insan tiada dusun.. ada pun nun di kampung atok.. di tapah.. ala-ala jakun.. ahaksss!! dengan deruan air sungai.. perghhh.. bestnya!!! rasa cam nak pegi lagi.. senang cakap best!!

suasana yang tenang betul-betul menenangkan fikiranku.. bile-bile ada masa terluang.. nak datang lagi bersama family.. jalan pun rasa dah ingat.. berpiknik di hujung minggu la gamaknya.. sorang masuk RM3 je.. kira ok la.. dengan tandas dan surau yang dekat.. wakaf pun boleh sewa.. 1 wakaf 30 hengget.. kira berbaloi la.. besa gak wakaf dia.. sesuai untuk beriadah.. nak buat family day pun ok.. rasanya drum BBQ pun boleh sewa.. sebab aku tengok ada banyak.. bilik dia pun ok.. 2 katil bujang.. 1 katil kelamin.. bilik air 1.. ada tv.. siaran astro pun ada.. ahakss!! harga bilik?? jangan di tanya padaku.. sebab ditaja kan.. wakakakaka.. berkursus sebenarnya.. nak menyedapkan hati.. percutian yang ditaja.. layan gambo lokasi IMPIAN RIMBA RESORT..

bilik kami!! berempat di sini..
nampak tak durian tu??
abaikan hilux itu..
sejuk!!
next entry akan aku ceritakan aktiviti di sana.. dan yang best.. makan durian dan manggis sampai tak terlarat.. yang penting FREE!! ahakss!! nak tau lebih lanjut mengenai IMPIAN RIMBA RESORT.. klik saja di sini..

4 ulasan:

Saya Disini berkata...

bestnye..tngok air je pon dh sejuk

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Bestnya air sungaiiii....LOve it!suka sangat berkubang dalam air sungai taw, ekekeke.Rindunya ngan kampung laman...

rieda_ffya berkata...

sejuk je tgk air sungai tuh..teringin nak bercuti jugak...

Nurul Akmal berkata...

Damainya.. sejuk mata memandang tgk kehijauan.. :)

www.siezuka.com