Khamis, Jun 27

indahnya CIPTAANMU..

Salam 1 Malaysia..

Syukur.. Alhamdulillah.. hri ni baru nampak matahari menyinar.. cantik sangat.. terasa rindu dengan cahaya matahari.. Subhanallah.. cantiknya ciptaanMU Ya Allah..

aktiviti hujung minggu ku.. agak dinantikan kemunculannya.. tapi agak kuatir dengan cuaca yang berJEREBU.. tapi bila mengenangkan telah berjanji dengan baby.. tunaikan juga la.. atas keizinan ayah baby.. mak baby tak de.. rombongan cik kiah ke Kelantan & Terengganu.. memandangkan baby kene tinggal.. so.. hiburkan hati dia sikit setelah bermacam-macam status kuar kat FB dia.. sunyi kot.. mak tak de.. kalau tak, hari-hari bercakaran dengan mak.. bukan la bercakaran bergaduh.. biasa la budak-budak sekarang.. mak kate sepatah.. anak mula la buat perangai.. merajuk la.. menangis la.. ada je ragamnya.. lagi-lagi part angkat kain jemuran.. memang tidak pada baby..

kemana lokasi kami?? zoom innnnnnnnnnnnnn


kami disini.. setahun sekali.. tapi cuaca agak berjerebu.. kami pergi awal pagi.. untuk mudah parking.. tak yah jauh berjalan sangat.. 


bertemakan ORKID tahun ni.. sampai-sampai je.. dah teruja tengok bunga pelbagai warna.. hah! membuntang mata tu.. warna warni.. dari bunga pernah tengok.. sampai tengok bunga yang tak pernah tengok..


apa nama benda ni ea?? tapi yang pasti.. kalau malam sure lagi cantik.. ada lampu di dalamnya.. wah!! ceria betul la.. tapi siang hari mane nampak kan.. tapi aku suka.. benda alah ni.. cam nak buat kat rumah.. sesuai ke?? ahakss!!


taraaaa... cantik tak?? cantik tak?? aku suka betul la bunga orkid ni.. tapi tak reti jaga.. besar-besar pulak tu bunganya.. sangat terpegun dan terkesima.. bunga yang aku upload ni kebanyakkannya aku snap kat TAMAN DIRAJA.. cantik betul taman tu.. walaupun bunga-bunga tu baru letak bape hari.. siap si baby tanya.. "bunga plastik ea.." cam tak caya tu bunga hidup..


kasi can si baby layan perasaan posing manja.. pusing-pusing kat situ sejam.. dah mula penat katanya.. ni la ragam dia.. tak boleh jalan lama-lama.. mula buat perangai.. sakit kaki la.. haus la.. lapar la.. ada je.. tu signal-signal awal dia untuk balik.. penat la tu..


ramai juga budak-budak tadika.. rombongan sekolah rasanya.. ada ustazah yang guide.. snap curi budak-budak ni.. comel-comel.. sekolah PASTI kot.. semua berkopiah.. sopan je.. board yang ni sesuai untuk budak-budak ya.. orang dewasa dah tak sesuai.. lubang muka tu rendah je.. tapi teringin gak nak buat.. "anda tak layak" kata adik aku.. HAMPEH!

layan gamba jap ea..


balik rumah tengok balik kamera.. ya.. MINAH sorang ni punya gamba punya la banyak.. suka beno dia dengan bunga-bunga.. terkesima!


gadis sopan di abad ini.. ayu-ayu gitu semua gamba dia kat sini.. suka!


CAK!! tuan tanah perasan comel.. ahakss!! jangan muntah hijau!! tolong!! jangan muntah hijau!! 


nak juga layan gamba kat benda ni.. tengok si baby.. mendongak tengok atas.. kalau kamera DSLR kompom cun kan?? ni hanya kamera biasa.. zoom pun tak banyak.. boleh la dari tak de kan?? kan??


tu dia.. lambang negeri Selangor.. cantik juga taman MPK ni.. Majlis Perbandaran Klang.. kebanyakkannya hasil daripada barangan terbuang.. cantik!! kerusi daripada tayar.. tong minyak.. yang pasti.. CANTIK!


GIYOMI?? tak menahan aksi ni.. layankan je la mereka ini.. buat aksi tanpa segan silu dengan orang lain.. giyomi la sangat kan..

last pict bunga yang seperti plastik.. walaupun realitinya.. BUNGA HIDUP.. yang warna kuning tu bunga apa ya?? selalu nampak yang plastik.. tapi yang ni.. betul punya ya.. hidup..


panjang umur.. ada rezeki.. kalau tahun depan ada lagi.. boleh la pergi lagi.. bukan selalu kan.. lagipun FREE.. tengok keindahan flora.. mulut tak lekang dari perkataan.. "WAHHHHH CANTIKNYA.." itulah anugerah dariNYA.. ciptaanNYA.. SUBHANALLAH..

InsyaAllah.. jumpa lagi FLORIA 2014..


Rabu, Jun 26

Wordless Wednesday : Ombak RINDU

Salam 1 Malaysia..

seperti biasa.. RABU tanpa kata.. eh!! kurangkan berkata-kata di blog.. dah lama teringin makan.. haishhh!! makanan lagi yang di publish.. tak kisah la.. nak publish gak!!

OMBAK RINDU

suka hati nak buh nama kek kukus ni ea.. sebab?? ada ombak-ombak.. suka!! dah tanya dengan tuan buat kek ni.. sonang jo rupenya.. so.. raya ni boleh buat.. tak muak.. kukus² tak pe.. den suko.. boleh tinggal-tingal di atas dapur.. rasanya.. YUMMYYYYY!!

Selasa, Jun 25

DIA lebih mengetahui..

Salam 1 Malaysia..

Syukur.. Alhamdulillah.. atas nikmat dan rahmat yang telah diberikan.. akhirnya hujan turun petang tadi.. harap jerebu makin berkurangan.. IPU di Pelabuhan Klang masih tinggi.. 400 lebih..

tekak mula terasa perit.. harus minum air masak banyak-banyak.. khuatir anyibodi tidak kuat.. kurangkan aktiviti luar rumah.. mata menjadi pedih.. kulit menjadi gatal..

semoga hari esok bacaan IPU berkurangan.. malam ni diumumkan lagi, sekolah ditutup.. maka 3 hari berturut-turut sekolah cuti.. adik-adik jangan main kat luar tau! INGAT!!!!

Isnin, Jun 24

kembali kepada PENCIPTANYA..

Salam 1 Malaysia..

dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. masih kah kawan-kawan ingat kisah ANGAH yang aku ceritakan di sini.. anak kecil yang menghidapi penyakit kanser? entry ini.. baru sebentar tadi.. lebih kurang 3.45pm ANGAH telah pergi menemui penciptanya.. sebak di hati hanya Allah yang tahu.. Allah lebih menyayanginya.. semoga tenang dirimu di sana ANGAH.. Al-Fatihah.. link papa ANGAH.. klik sini..


tak CUKUP pula..

Salam 1 Malaysia..

semalam terasa seperti di Genting Highland.. pagi ni.. ermmm.. terasa seperti di Cameron Highland pulak.. selalu dari jauh dah kelihatan bangunan Setia City Mall.. hari ni.. ermmm.. hanya pandangan kabur yang aku lihat.. betapa teruknya cuaca hari ni.. JEREBU.. 

budak sekolah semua cuti hari ni.. pekerja bagaimana?? hah! temanya nak cuti juga.. sila la bagi cuti.. nafas ku agak sempit hari ni.. di tambah sakit pinggang sejak semalam petang.. ni la akibatnya.. suka sangat semalam baring kat atas tikar lantai simen.. menyanyi bersama adik.. sampai menyakat dia bermain wechat.. sebelum ke pesta bunga..

PEMBENIHAN AWAN.. tak boleh buat pulak.. AWAN TAK CUKUP katenya.. alahaiii... cam ni lama lagi la nak hilang jerebu ni.. asik sedut asap je ni.. pakai mask?? oh!! aku yang tak betah memakainya.. sesaknya.. AWAN TAK CUKUP..  HUJAN TAK TURUN.. Ya Allah.. turunkanlah hujan.. datangkanlah awan.. bantulah hambaMU ini Ya Allah..

pemandangan di parking kereta.. barisan burung yang setia bersama.. walaupun jerebu..

pesanan untuk kawan-kawan..

nota blog : harap tahap antibodi diri ini kuat untuk melawan jerebu ini.. risau.. risau.. risau kesihatan bonda.. dan adik-adik.. harap semuanya OK!


Jumaat, Jun 21

sesekali MASUK klinik..

Salam 1 Malaysia..

sedar tak sedar dah hari JUMAAT.. last day bekerja untuk minggu ni.. 12 Syaaban hari ni.. hanya tinggal bape hari je lagi.. RAMADHAN menjelma.. Ya Allah.. moga kesihatan tubuh badan ini dalam keadaan baik.. risau gastrik datang.. ubat dah lama aku tinggalkan.. terasa bosan bila makan.. macam tu la agaknya bonda rasa bile hari-hari kene makan ubat.. sekarang bonda dah mula minum pati delima GULSAN.. tengok 3 bulan ni macamana perkembangannya.. harap sangat ada perubahan positif..

tu dia.. tinggi kamu ya.. sesekali si kura-kura masuk klinik.. bukan untuk apa.. dalaman ok je.. Alhamdulillah.. tak de masalah.. ni ha.. buat Alignment Tayar ngan Balancing Tayar.. betul ke eja cam tu.. hah! belasah je la.. harap paham ye.. suh belaja dulu.. pandai-pandai tak moo.. bila bab cakap omputih.. hah! kalut.. tengok cite omputih pun asik dok setting yang ada subtittle.. hambik!!

dah selamat buka semua tayar si kura-kura.. kesian kamu si kura-kura.. bile tengok cam ni.. hahaha.. tuan punya kura-kura nampaknya beremosi bila si kura-kura begini rupa.. sedangkan ini semua untuk kebaikan bersama..

tayar dalam proses balancing ok.. buh timah apa ke benda ntah.. ni la bile gadis bawa kereta.. bukan reti nama-nama yang berkaitan dengan kereta pun.. tapi haruslah rajin bertanya dengan orang yang arif.. TQ En. Kumbang.. kasi tolong tunjuk ajar selama aku bersama si kura-kura.. pam tayar dulu pun tak tau.. nasib la En. Kumbang rajin melayan kerenah aku.. ahakss!! MALU!!

ni la mesin balancing tayar.. selama ni lalu kedai ni wat derk je.. sekarang dah tau ea.. apa namanya..

tayar mula di pasang semula.. untuk step seterusnya.. Alignment.. ya.. apakah itu.. untuk kebaikan stereng kot.. jangan menjajar ke kanan atau ke kiri.. perkataan dalam automotif.. sungguh aku tewas.. 

ni proses alignment.. cam ni gaya.. mekanik bawa jalan dua tiga kali pusing nak tau dah ok ke tak.. semua ni mengambil masa lebih kurang tak sampai 1 jam.. Alhamdulillah.. si kura-kura dah sihat sepenuhnya.. semua aku buat setelah bertanya pada mekanik proton yang selalu aku anta servis si kura-kura.. cuma depa tak sempat nak buat semua ni.. di nasihatkan buat di kedai luar.. untuk si kura-kura.. aku buat.. untuk kebaikan bersama kan si kura-kura.. to En. Kumbang.. TQ semuanya.. tanpa kamu.. aku tak tau semua ni.. ^_^

nota blog : dari kosong mengenai kereta.. sekarang dah tau sikit-sikit mengenai kereta.. kene ambik tau.. nanti kalau tak ambik tau.. apa jadi pada si kura-kura aku tak tau.. sayang kamu si kura-kura walaupun sekarang banyak sangat calar di badan kamu gara-gara gegirl yang suka panjat badan kamu.. cukup time aku polish kamu..






Khamis, Jun 20

RAJA buah..

Salam 1 Malaysia..

yeahhh!! dah hari Khamis.. esok Jumaat.. last day bekerja esok.. pas tu cuti 2 hari.. cuti 2 hari yang penuh dengan agenda.. kenduri sane sini.. mana yang boleh aku pergi.. aku pergi.. yang tak boleh.. minta maaf banyak-banyak.. baru tadi jumpa ayah pengantin.. maaf.. tak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak beliau.. 2 orang lagi.. sepasang.. buat kat tempat grand juga.. Klang Executive Club.. nak buat cam ne.. tak boleh nak datang.. ada jemputan lain.. 

belum musim betul-betul agaknya RAJA BUAH ni.. tapi ada 1 tempat ni.. walaupun kat tempat lain tak bape nak ada.. tapi tempat ni selalunya ada.. on the way balik rumah.. hari-hari lalu.. bila dah ada, apa lagi.. menyinggah la.. tapi kompom agak mahal.. aku beli yang 2 biji RM10.. beli RM40.. makan 4 orang.. hambikkk!! ala.. buah tak besar mana pun.. besar saiz kepala kita je.. tapi isinya.. ermmm.. MABELES!! sedapp lemak berkrim di sukai ramai..

ku sangka "kucing tidur".. tapi bukan.. eh! korang panggil apa kalau yg seketul cantik cam gambar kat atas tu?? family aku panggil "kucing tidur".. korang??

tengok warna tak la kuning betul-betul kuning kan.. tapi rasanya.. perghhh.. sangat puas hati la.. sampai tak abis.. akhirnya.. 3 biji yang terakhir.. kupas.. ambik simpan dalam bekas.. masuk dalam peti ais.. esok pulak sambung makan.. walaupun buahnya kecil.. tapi berkualiti dengan harganya.. aku bukan reti sangat jenis-jenis durian ni.. tau makan je.. asal sedap.. ^_^

tengok la.. 4 orang makan.. huh! tak hagak banyaknya.. yang betul-betul makan.. aku ngan adik-adik je.. bonda makan takat bape ulas je.. tak berani makan banyak-banyak katanya.. teringat time arwah abah ada.. beli tak hingat.. bukan ada kereta waktu tu.. naik moto je.. yang menjadi mangsa opkos la aku.. pembonceng moto.. angah pemandu.. abis lubang peha aku dek kerana duri durian.. itu semua kenangan.. tipu la aku kalau makan durian tak teringat arwah abah.. kesukaan arwah buah ni.. Al-Fatihah untuk abah..





Rabu, Jun 19

Wordless Wednesday : tempah KHAS..

Salam 1 Malaysia..

RABU tanpa kata.. tapi tetap berkata-kata.. hari ni hari yang unik.. semua staf opis pakai baju korporat.. korporat la sangat.. dalam erti kata lain.. KETERPAKSAAN.. sebab?? ada sesi fotografi.. oh!! layankan je la pihak atasan.. agar tak dapat surat tunjuk sebab..

ummi tempah khas untuk kamu berdua.. taraaaaaaa...


mesti adik ngan kakak suka kan.. tapi ummi kene tahan rindu la.. tunggu adik ngan kakak datang rumah bonda.. 


zoom in sikit bantal adik..


ini pulak bantal kakak..

dah dapat kat budak dua orang ni.. kompom.. tak lepas punya.. sebab ada hello kitty.. suka betul dia orang ni.. sampai payung pun nak hello kitty.. nanti ummi nak tempah pula untuk Dania ngan Damia.. baru best kan.. sorang 1.. yang girl je la.. abang Amirul ngan abang Aiman tak yah.. nanti ummi fikir.. nak belikan dia orang apa..

sape-sape nak order pun boleh.. layari FB Eu Craft macam-macam ada..

nota blog : mood rindu sangat dekat gegirl ummi semua.. kakak.. adik.. Dania.. Damia.. jawapannya tunggu Hari Raya AidilFitri.. masing-masing sibuk..


Selasa, Jun 18

HASIL bersabar..

Salam 1 Malaysia..

9 Syaaban dah hari ni.. tak sampai sebulan akan tiba bulan yang mulia.. RAMADHAN.. siapkan diri dengan kesihatan yang baik.. agar dapat menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA..

korang suka makan buah DURIAN BELANDA?? dulu kat rumah aku ada 2 pokok buah durian belanda.. besar-besar buahnya.. masam manis rasanya.. lagi-lagi kalau letak dalam peti ais.. fuhhh!! mabeles sangat.. tapi akhirnya 2 batang pokok durian belanda itu mati.. bila di buat kajian.. kenapa mati.. baru teringat.. orang kata.. kalau orang mintak buah atau daun untuk berubat.. pokok tak akan tahan lama.. betul ke??


lama juga menanti hasil dari pokok baru yang angah tanam.. adalah 3 tahun juga.. rasanya la.. ke lebih.. beli kat pasar borong kat klang.. beli 2 pokok.. yang hidup sepokok je.. risau juga time kenduri kawin angah ada budak-budak petik.. sebab buahnya rendah je.. ada rezeki kami untuk merasa BUAH SULONG pokok durian belanda ni.. Ya Allah.. sedap betul la.. lama tak makan..


walaupun rupanya tak cantik mane.. tapi yang penting isi di dalamnya.. rupa tu sebab ada semut.. buah manis.. semut suka.. kata bonda.. sedang menanti buah nombor dua yang ada di pokok.. harap menjadi la.. sebab ari tu tengok banyak semut juga.. kalau ada rezeki.. tak kemana kan??


nota blog : kenapa setiap hari harus menatap wajahnya?? oh!! gila bayang..

Rabu, Jun 12

Wordless Wednesday : CACAT??

Salam 1 Malaysia..

entry yang menarik bagi diriku.. terkena pada diri ini juga sebenarnya.. selalu juga adik pempuan aku cakap.. aku tau juga la cerita ni.. ni detail sikit kot.. dari yang biasa aku dengar.. apakah bendanya?? meh nak share..

rasanya tak jelas artikel di atas.. aku taip semula la.. jadi WORDLESS WEDNESDAY ke?? arghh!! nak taip gak!! ^_^

Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi boleh menambah kecantikan atau ketampanan seseorang. Tetapi tidak semua orang bertuah punya lesung pipit.

Dalam kalangan masyarakat lama, ada yang percayakan mitos lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menekan hujung cili ke pipi bayi.

Namun ternyata motis itu tidak benar kerana lebsung pipit terjadi akibat kelainan otot pipi. Lesung pipit muncul di kedua-dua pipi atau hanya di salan satu pipi saja dan biasanya dilihat jelas ketika seseorang itu tersenyum, berbicara atau ketawa.

Ahli bedah plastik di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas, Dr Joel Pessa berkata, lesung pipit disebabkan oleh kecacatan pada otot zygomaticus utama.

Ia muncul pada wajah akibat otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua lalu menyebabkan sedikit lakukan pada pipi.

Ketika seseorang tersenyum atau berbicara, ada daya tarik pada kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat kesan penarikan kulit. Hal ini diketahui selepas beberapa pemerhati dan doktor pakar membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.

nota blog : maknanya pipi kanan aku ada kecacatan la.. otot zygomaticus utama lebih pendek.. mewarisi bonda.. pipi yang sama.. dalam adik beradik.. aku ngan adik lelaki je yang ada lesung pipit ni.. tapi adik lelaki lesung pipit kecik tu.. kanan kiri.. cacat pun cacat la.. manis tetap ada kot.. hah! perasan la tu.. ^_^

Selasa, Jun 11

tak LAMA lagi dah..

Salam 1 Malaysia..

2 Syaaban 1434H.. tak sampai sebulan lagi Ramadhan menjelma.. Ya Allah.. moga aku dipertemukan dengan bulan yang mulia itu.. tahun ni tahun yang agak tak berapa cun untuk rekod puasa aku.. puasa wajib tu.. Alhamdulillah.. cuma tak tau berapa markah yang di perolehi.. puasa sunat.. ermmm.. rekod tak cantik tahun ni.. entah kenapa diri ini.. semangat yang hilang bersama kemalasan terlampau.. Ya Allah.. bantulah hambaMU ini.. sedarkan diri ini dari lena yang agak panjang ini..


Alhamdulillah.. tak lama lagi ada jiran sebelah rumah.. bukan sebelum ni tak de jiran.. ada.. tapi jiran ni lain sikit.. makcik kesayangan senang cakap.. adik bonda.. tenang je tengok rumah ni.. hasil pilihan warna anak sulung makcik aku.. hambik!! hijau lemon ke apa namanya.. terkujat gak mula-mula tengok tukang tu cat.. hijaunya.. bile dah siap semuanya.. cantik pulak.. hati ku mula tertawan..


dari luar rumah ni nampak besar.. tapi sebenarnya tak la besar mana.. 4 buah bilik.. 1 bahagian ruangan solat.. 1 bahagian ruang tamu dan dapur yang agak luas.. orang jawa kene dapur yang luas.. kalau kenduri kendara mudah.. lagi-lagi kami yang berkeluarga besar.. progress dalam 80%.. sekarang tengah pasang tile kat bilik air.. rasanya hujung bulan ni.. sebelum puasa dah boleh pindah.. tak sabar rasanya.. tak la aku risau.. bila hari bekerja.. bonda ada kawan untuk berborak.. boleh tengok-tengok kan bonda.. kadang risau gak nak tinggalkan bonda time kita orang adik beradik pergi kerja..

raya tahun ni bertambah meriah.. ada jiran baru.. laman rumah pun jadi besar bila digabungkan.. terbayang-bayang suasana raya nanti.. haishhh!! sabar.. moga-moga dipermudahkan apa yang di hajati dan di impikan..

nota blog : memasang impian untuk membina teratak bonda 5 tahun akan datang.. moga murah rezeki kami adik beradik.. Amin..


Isnin, Jun 10

sangat RAKUS!

Salam 1 Malaysia..

dah petang baru nak ber entry.. ada ke perkataan ber entry?? hah! belasah je la asal boleh di fahami.. kompom rosak bahasa.. kene cop di dahi dengan blogger lain.. merosakkan bahasa.. maaf!!

tengok tajuk entry ni.. hah!! terkujat tak?? aku sangat rakus 3 hari ni.. kenapa?? ya.. aku rakus nak tau ending cerita SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA.. sebab?? cerita tu buat 1 ruangan dapur rumah ku setiap hari Jumaat jam 9.00pm menjadi riuh.. dengan gelak tawa aku dan adik ku.. nakal si Firash.. manja di Firash.. oh!! sweet.. dengan memek muka yang.. ishhh.. tak tau nak cakap.. "mula la tu.. ha.. mula la tu.. berangan tak sudah.." sibuk menyakat je adik aku ni.. tak boleh tengok aku over sikit! "hai.. tak kan dah beralih arah kot.. Aaron Aziz nak letak mane.. Ady Putra nak letak mane.. " gelak tawa 2 beradik ni.. gamat ruang dapur rumah.. kalau malam kami 2 beradik memang suka tengok tv kat dapur.. sambil lipat kain.. sambil basuh kain dalam mesin basuh.. buat apa yang patut.. 

berbalik tajuk.. punyalah payah nak dapat novel ni.. pegi pesta buku kat SACC MALL tak dapat.. pegi MPH Setia Alam tak dapat.. akhirnya.. beli ONLINE.. puas hati.. tapi kene sabar la.. 1 minggu menunggu.. dah dapat.. hah! terus belek bab.. last cite ni kat mane.. pas tu sambung baca.. RAKUS kan?? ha.. tu la kerakusan aku dengan novel ni.. hahahaha.. buruk betul la perangai ni..

harga RM30 dapat diskaun RM3 percuma penghantaran.. jimat sikit.. dapat RM27..

bile sambung bab yang belum di tayangkan.. maka.. cepatlah proses menghabiskan pembacaan novel ni.. sengih jangan cakap la.. adik aku siap warning.. "jangan cite yang belum ditayangkan.." baik bos kecik!! dengki la tu.. baca TEDUHAN KASIH tak abis-abis lagi.. hujung minggu ari tu.. selamat sudah.. tapi harus repeat bab depan-depan.. ada sedikit pengolahan.. tapi tetap BEST!! jiwa mula remaja?? ahakss!! makin berusia diri ni.. tapi novel tetap diminati..


sesuai la watak Firash Arshad & Syafa Aqira tu dengan Izzue Islam & Tiz Zaqiah.. nakalnya.. manjanya.. tinggal bape episod je lagi.. tak silap dalam 4 episod lagi kot.. semuanya ada 13 episod.. tengah berkira-kira nak baca novel mane coz ada 3 lagi yang belum baca.. ^_^

nota blog : semakin hari semakin suka pulak dengar lagu KITA Forteen ni.. layan la hero muda ni.. walaupun dah kawin.. nakal kamu! jangan muntah hijau ye kawan-kawan.. sekadar suka-suka je.. hiburkan hati tapi tak la keterlaluan.. ;)

Jumaat, Jun 7

untuk IBU mengandung

Salam 1 Malaysia..

entry khas untuk ibu-ibu.. bakal ibu.. untuk wanita.. entry yang simple.. cuma nak share saje..


AYAT-AYAT AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

# Surah Al-Fatihah
Merupakan penawar mujarab bagi segala penyakit dan terpelihara dari keguguran. Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan bayi yang dilahirkan serta memudahkan perjalanan kehidupannya sentiasa dirahmati Allah SWT.

# Surah Al-Baqarah
Mendapat yang terbaik serta menghindari bala, terutama di saat-saat melahirkan. Bayi yang dilahirkan akan mempunyai hati yang terang, berkeyakinan tinggi dan patuh kepada Allah SWT.

#Surah Al-Buruj
Terhindar dari kebimbangan dan was-was, serta untuk ketenangan ibu semasa melahirkan anak.

#Surah Al Raaf
Memudahkan ketika bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, serta patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

#Surat Taubah
Untuk membersihkan jiwa anak yang dilahirkan dan terpelihara daripada maksiat, serta dilindungi daripada menghadapi bala.

#Surah Yunus
Mujarab untuk selusuh supaya senang melahirkan anak, menghilangkan darah gemuruh dan menghindari sihir ketika hamil,. Anak yang bakal dilahirkan juga akan menjadi penyabar, bersopan santun dan cerdik pemikirannya.

#Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin dan memudahkan bersalin dengan selamat.

#Surah Al-Israa
Supaya memperolehi anak yang soleh, terpelihara dari gangguan jin, rajin beribadat serta sentiada di dalam kegembiraan.

#Surah As-Syu'ara
Menghilangkan ketakutan dan keletihan serta menjadi penawar bisa.

#Surah Fusilat
Anak dan ibu sentiasa terpelihara keimanannya dan takwa kepada Allah SWT.

#Surah Ankabut
Penawar demam, malas serta boleh mengubati sihir.

#Asma Ul-Husna
Untuk mendapat anak yang soleh/solehah serta sentiasa mentaati kedua ibu bapa.


yang baik datangnya dari Allah SWT.. yang buruk datangnya dari diri ini..

Khamis, Jun 6

BERBUDI pada tanah

Salam 1 Malaysia..

ye.. minggu ni baru ni 1st entry.. huh! kenapa aku malas sangat nak update blog di kala waktu terluang sekarang.. padahal kerja tak la banyak mane.. kalau dulu.. fuhh!! laju je.. design rumah klik! klik! ceritaku! pun bertahun tak bertukar.. Ya Allah.. nampak tak.. MALAS menguasai diri ini.. BANGKITTTT!!!!

orang kata.. berbudi pada tanah.. banyak untungnya.. tapi kenelah merajinkan diri.. kan.. berkorban tenaga.. untuk mendapatkan hasil.. tanam lah apa saja yang sesuai dengan tanah.. InsyaAllah.. akan berhasil.. tapi jangan lupa letak baja ya.. kalau tidak.. hasilnya tak seberapa..


sila abaikan rumput yang mula panjang.. gara-gara tuan pokok pisang kawin.. kebun agak tidak terurus.. lepas ni.. kene bekerja keras kasi bersih kebun balik.. dah plan dengan makcik.. nak tanam pisang dengan serai.. pokok buah-buahan kene tunggu ke pasar tani untuk beli benih.. ni banyak pokok pisang tanduk je..



sape tau nama pisang ni.. sila angkat tangan sekarang?? aku paling suka pisang ni.. sangat sedap.. seikat pisang berangan pun boleh abis tau!! buruk lantak betul aku ni.. suka makan buah banyak mewarisi arwah abah.. arwah abah memang suka dengan buah-buahan.. dalam adik beradik aku.. cuma adik yang lelaki je yang kurang dengan buah.. tapi kalau buah durian.. laju je dia.. yang mewarisi.. anak buah sulong.. bagi la buah apa.. tengok je.. pas tu boleh tanya.. macamane nak makan.. adoyaiiiiii.. amirul..






buah pisang tanduk pada kali ni agak tak berapa elok.. musim panas barangkali.. tak pe la.. yang mane elok.. boleh la di makan.. yang mane tak elok.. memang habuan burung la.. rezeki burung.. ni bukan untuk kami 1 keluarga.. bagi-bagi kat jiran.. orang kata.. sikit sama rasa.. bonda kata.. kalau kita bagi kat orang.. nanti orang doakan pokok kita subur.. kuar buah banyak.. murah rezeki.. Amin.. mudah-mudahan begitu.. bukan meminta.. tapi itu kata-kata bonda..


taraaaaaa.. nampak tak kuning dia tu menggoda.. bagi aku penggemar pisang.. tapi sape-sape ada kencing manis.. makan beringat ya.. nanti tinggi pula bacaannya.. sila abaikan jari yang comel itu.. lemak manis rasa pisang berangan ini.. sekali makan.. pasti nak lagi.. (^_^)