Selasa, Januari 31

bicaralah hati tentang kita..

Salam 1 Malaysia..

sape suka tengok cite BICARA HATI @ Astro Prima setiap hari selasa jam 9.00 malam angkat tangan?? aku sangat suka novel Bicara Hati.. drama ni aku tengok sekejap-sekejap sebab cite ni sama waktu siaran dengan Vanila Coklat.. dan mula la berebut ngan adik & bonda.. 3 channel ok.. tv3.. tv9.. astro prima.. Vanila Coklat.. Ariana Mikhail.. Bicara Hati.. nasib Ariana Mikhail tu pukul 8.30 malam mulanya.. OST Bicara Hati bagiku cukup sedap di dengar.. lembut je suara Lena AF9.. hayati lagu ini.. cam ala-ala terkena je pada diriku.. ahaks!!


BICARA HATI


Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata padaku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

thumbprint OH! thumbprint..

Salam 1 Malaysia..

hujan rahmat di pagi hari.. sinomin dengan keadaan di Malaysia.. asal hujan je.. kompom jalan JEM!! aku yang naik moto pegi keje pun terlibat.. dah tak boleh nak cilok-cilok gara-gara pemandu-pemandu kete yang menggeramkan.. menjengkelkan hati.. dari 1 link, upgred jadi 2 link.. tang bile hujan je.. kompom jadi 3 link.. adoyai!! tak kesian betul dengan insan yang naik moto.. dah le hampa ada bumbung.. kami ni ada helmet sajo.. basah..basah..basah..

gamba di cilok dari cik google..


thumbprint OH! thumbprint.. bulan ni banyak betui aku terlajak thumbprint.. mau tak.. thumbprint scanner tu asik failed je.. kadang-kadang nak thumbprint sampai 7..8..kali.. nak ambik masa dah.. kadang-kadang sampai 2 minit.. kalau dulu guna punch card senang je.. sory bos!! aku lewat bukan salah aku.. THUMBPRINT yang salah!! banyaknya aku rasa.. 7.35am.. sedey woo.. rosak rekod keje aku.. tak suka! tak suka! tak suka! next month harap aku dapat perbaiki rekod kedatangan aku.. atau?? aku kene tuka jadual masuk keje ke pukul 8.00am.. oh!! tidak!! nanti balik lewat.. nak bersilat lagi kat dapur.. adoyaiiiiii..

Isnin, Januari 30

jalan-jalan beli KERANG!

Salam 1 Malaysia..

ada sesiapa tak makan KERANG? hari ni nak cerita kerang.. korang penanh tengok KERANG BULU tak? saiz kerang ni lebih besar dari kerang biasa.. warnanya agak gelap sikit.. ada bulu-bulu.. 1st time tengok.. meremang bulu roma.. sebab ada bulu kat cengkerang kerang tu.. orang kate sedap di masak lemak cili padi.. moh kita tengok pict kerang bulu..

ni la dia.. KERANG BULU.. besar kan??
ni la gerai yang jual kerang bulu.. di sini ada juga jual :
kerang biasa.. lala.. anak dara.. sipot sedut dan ikan masin..
aku tak beli kerang bulu tu.. besar sangat.. aku beli kerang saiz sederhana je.. sekilo RM3.. cantik-cantik dan bersih.. agaknya kerang bela kot.. tapi asal isi dia padat dah ok bagiku.. aku beli 4 kilo.. 2 kilo masak lemak pedas dan 2 kilo masak sambal.. pas tu beli pucuk paku.. minggu yang bermenukan kerang.. tapi kalau orang ada gout tak boleh kot makan kerang banyak-banyak.. aku yang agak muda (pasan lebey..) kene kawal sikit, kang tak pasal plak kan.. untuk orang yang darah rendah, sesuai la makan.. nak beli kerang bulu.. meh le datang ke Pantai Remis, Jeram..

ni la rupe kerang yang aku beli..
sekilo RM3.. mari!mari!

AWAN NANO!! nano..nano.. nano..

Salam 1 Malaysia..

seperti yang telah diketahui.. betapa meriah malam ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 pada malam tadi.. memang MANTOP suara mereka.. itulah anugerah dari Allah s.w.t. pada hambaNYA.. persembahan permulaan dari Jamal Abdillah.. Awie & Sheila Majid.. 

Anugerah Juara Lagu memulakan pertandingan dari persembahan Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia.. Jaclyn Victor - Sedetik Lebih & Yuna dengan lagu Gadis Semasa.. seterusnya Kekanda Adinda.. Kalau Berpacaran.. Cinta Muka Buku.. dan Karma.. Kisah Hati.. Sungai Lui.. Yuna dengan lagu Penakut.. Hafiz dengan lagu Awan Nano dan gabungan 3 suara Shila Amzah.. Ning Baizura & Jaclyn Vistor dengan lagu Seribu Sesalan..

dan keputusannya.. Persembahan Terbaik jatuh kepada ALYAH dengan lagu KISAH HATI.. Vokal Terbaik dengan gaya yang sempoi.. HAFIZ.. tempat ketiga di anugerahkan kepada lagu KARMA nyanyian FAIZAL TAHIR.. Naib Juara Anugerah Juara Lagu jatuh kepada lagu SERIBU SESALAN dan Juara Anugerah Juara Lagu jatuh kepada AWAN NANO nyanyian HAFIZ!!

Juara Anugerah Lagu Ke 26..
Karya Ciptaan M.Nasir Lirik Budi Hikayat..
Nyanyian Hafiz dengan lagu AWAN NANO..

sebelum keputusan di umumkan.. persembahan dari Black.. Hazama & Azlan Typewriter dengan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua), Balik Kampung & Chow Kit Road.. memang menarik persembahan dari finalis Anugerah Juara Lagu dan juga dari artis jemputan pada malam tadi.. pakaian Hafiz sangat sempoi.. suar track dan tshirt je.. berkaki ayam.. TERBAIK dari Hafiz & Alyah!!

Ahad, Januari 29

debaran AJL26..

Salam 1 Malaysia..

selamat pagi ahad kawan-kawan blogger.. ape aktiviti anda hari ini?? aku seperti biasa.. mengemas rumah.. mencuci pakaian.. dan memasak.. jalan-jalan?? petang sikit kot.. malam ni jangan lupa tau tengok Anugerah Juara Lagu Ke 26 yang akan bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.. korang dah tau sape yang masuk kan?? meh aku pamer sape yang masuk ke final..



  • Gadis Semasa : Yuna
  • Seribu Sesalan : Ning Baizura, Sheila Hamzah & Jacquline Victor
  • Karma : Faizal Tahir
  • Sungai Lui : Aizat
  • Wanita Seluruh Dunia : Projek Pistol
  • Kisah Hati : Alyah
  • Penakut : Yuna
  • Kekanda Adinda : Atilia & Monoloque
  • Kalau Berpacaran : Ana Raffali, Shohaimi Mior Hassan & Altimet
  • Awan Nano : Hafiz
  • Cinta Muka Buku : Najwa Latif
  • Sedetik Lebih : Jacquline Victor



siapakah bakal menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke 26?? jangan lupe menonton!!

Sabtu, Januari 28

makanan ARAB pula..

Salam 1 Malaysia..

Ya Habibi.. Ya Maulana.. cakap arab pulak?? dengan bermurah hati.. kami.. (aku..bonda & ayu) dibelanja makan tengahari oleh apek (bakal adik ipar.. InsyaAllah..) makan tengahari ditaja sempena ulang tahun kelahiran bonda.. sonok kan.. banyak majlis kesyukuran untuk ulang tahun bonda.. kemana destinasi makan tengahari kami?? jom! TERJAH!!


D'Arab Cafe
Seksyen 7 Shah Alam..
1st time makan nasi arab.. sedap!! tiada pedas.. tapi yang penting nasi dia sangat lembut.. panjanggg (cam iklan beras..) macam-macam pilihan ada kat sini.. ada yang set 3 orang.. ada set 5 orang.. ada juga set 1 orang.. harga pun berpatutan.. nak tau lebih lanjut.. D'Arab Cafe.. kami memilih set 3 orang makan dan set 1 orang makan.. set 3 orang makan kami ambik Lamb + Roasted Chicken dan Kabsah Chicken Roasted untuk set 1 orang makan.. air pula sirap.. sesuai la.. berselera bonda makan.. sampai bertambah.. Alhamdulillah.. moga murah rezeki kamu ya Nafis a.k.a apek..

sajian kami.. tapi tak minum air botol tu..
licin!! kami makan..

bile KLIK! KLIK! demam..

Salam 1 Malaysia..

hairan.. pelik.. nape baru snap pict 1 dah off sendiri.. tak sempat pun zoom tu masuk dia dah off.. tekeluar benda tu.. aku cas balik, cam ok.. klik! klik! jadi balik.. fuhhh!! mula la seriau.. nape plak ni.. buka bateri.. buka memori kad.. cam ok je.. (bukan tau sangat pun sebenarnya..) kepala dah fikir.. rosak ke?? aduhhh.. time-time nak berjalan sakan plak si klik! ni nak wat hal.. tak puas nak klik! pakai hp..

terkeluar zoom tu.. terus berhenti.. nape la.. hati risau betul..
sabtu pegi tesco.. teringat kedai kamera kat bawah tu.. kedai aku beli si klik.. tak le mahal mane si klik ni.. RM500 je.. tu pun beli sebab si klik lame tu rosak.. skrin nya bergaris-garis.. beli si klik ni pun sebab along nak konvo.. terpaksa la beli si klik.. nak beli DSLR cam tak mampu lagi.. mahal betui!! ada sape-sape nak hadiah kan?? kih!kih!kih!.. jawapannya.. sila kumpul duit dan beli sendiri..

setelah di telek-telek oleh doktor kamera.. rupanya si klik demam.. bateri dia dah rosak.. nasib tak merebak sampai kat kamera tu.. kalau tak.. hurmm.. si klik tak dapat di selamatkan.. ding! dong! ding! dong! ngan tokei kedai.. dapat la RM80 hengget.. harga asal dia RM100.. tak pasal-pasal melayan ganti bateri.. setakat ni dah 8 hari cam ok je si klik.. harap ok la.. kang tak berbaloi aku tuka bateri..

dah boleh tertutup cam biasa..
bateri tu yang kat sebelah yang lame..

Jumaat, Januari 27

PANTAI REMIS macam-macam ada!!

Salam 1 Malaysia..

entry di petang hari untuk hari ini bersamaku di Pantai Remis.. bukan Pantai Remis Perak ok.. ni Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.. cerita ari isnin lepas.. cume tak sempat update.. cuti 4 hari, 3 hari berjalan sakan.. last day je yang duduk kat rumah.. letih tapi seronok.. sebab dapat berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara & kawan-kawan..

Pantai Remis ni biasa je.. tak de la menarik sangat.. pantai ni tak boleh mandi la bagiku.. airnya kelabu.. Pantai Morib boleh la wat mandi.. tapi ada gak kanak-kanak mandi kat sini.. kali ni datang Pantai Remis, air pasang plak.. kami siap berpicnic lagi tau.. siap bawa nasi.. mehun.. air 1 tong.. eskem pun ada.. siapa lagi yang buat, kalau bukan makcik kesayanganku.. jom tengok gamba aksi kami..

bekalan kami..
aksi kami..
kat pantai ni ramai orang main layang-layang.. ada juga yang memancing.. leh la dapat ikan gelama.. ikan sembilang.. bab deruan ombak tu yang aku suka.. beri ketenangan jiwa.. siap rakam wat movie lagi.. tetibe teringat time kat Terengganu.. bile lah agaknya dapat melepak di waktu malam di tepi pantai.. rindu saat itu!

aktiviti di Pantai Remis..
kalau datang sini.. tak beli kopok leko memang tak sah.. siap ada pesanan lagi dari rumah suh belikan kopok leko.. jalan-jalan lagi.. banyak gerai kat pantai ni.. macam-macam makanan dan minuman ada jual.. siap ada jual bantal tau! nanti cite di entry lain.. apa yang aku beli.. kerang.. lala..sipot sedut..kerang bulu.. pelik tak dengar kerang bulu?? kang telek gamba.. ada tak aku snap.. lau ada akan diceritakan di entry lain.. 

kopok leko.. putu bambu kuning.. air kelapa laut..
sesekali melayan deruan ombak.. terasa lapang di dada.. langit tak selalunya cerah.. kami pulang awal.. hujan rahmat membasahi bumi.. Alhamdulillah.. Syukur padaMU Ya Allah.. aku punya masa untuk beriadah bersama keluarga..

NEXT.. lafazkan kalimah cintamu..

Salam 1 Malaysia..

tak ambik masa yang lama untuk aku menghabiskan novel LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU.. jalan cerita yang menarik.. pelbagai emosi dalam masa pembacaanku.. 4 bintang aku berikan untuk novel ini.. permulaan yang agak slow, tapi keinginan untuk membaca makin meningkat bile Tengku Aqilah mula terikat pada janji.. nak tau ape yang jadi?? sila dapatkan novel ini dipasaran.. moh kite baca sinopsis..

LARIS!!
Lafazkan Kalimah Cintamu..

sinopsis : 
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api  kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Khamis, Januari 26

sepetang di TANJUNG HARAPAN

Salam 1 Malaysia..

destinasi di petang hari tanpa di rancang.. TANJUNG HARAPAN.. apa aktiviti di sana?? melihat kapal yang membawa kontena.. burung yang bebas berterbangan.. kanak-kanak bermain di gigi air.. aktiviti memancing.. kami?? bersantai dengan tiupan angin laut dan menyaksikan matahari terbenam..

pelbagai aktiviti di Tanjung Harapan..
sambil menanti matahari terbenam.. perut terasa lapar.. tak sah dalam aktiviti berjimba kami tidak dipenuhi dengan acara MAKAN!! apa pun tak boleh!! kami order.. tauhu bakar.. (kangkung plus sotong) dan air buah-buahan.. laici.. tembikai laici.. 3 orang makan tauhu bakar.. 3 gelas air buah.. RM23 ya kawan-kawan.. leh tahan gak erk.. 3 1/2 bintang sajo.. JOM!!

Menu & aksi kami..
dan tidak dilupakan.. saat yang indah di waktu itu.. matahari terbenam.. tapi kami tak tengok hingga matahari melabuhkan cahaya.. jam 7.00 malam kami bergerak pulang..

Matahari mula berlabuh.. bersama burung yang bebas berterbangan..

Rabu, Januari 25

BUMI Berdepan Ribut Solar Terkuat

Salam 1 Malaysia..

membaca tajuk surat khabar kosmo ari ni dengan perasaan takut.. RIBUT SOLAR TERKUAT.. bagaimana keadaannya nanti.. mari kongsi membaca info ini..

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu
menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi

sumber : Kosmo

khas untukmu..

Salam 1 Malaysia..

mata dah layu.. time begini sememangnya mata mengantuk.. lepas lunch hour.. lepas solat.. mata pun kuyu je.. nak salahkan sape.. makan sampai kenyang atau memang normal begini?? 

entry petang ni nak share apakah yang telah aku hadiahkan kepada bonda sempena ulang tahun kelahirannya.. mungkin bagi kawan-kawan tidak seberapa.. tapi bagiku ianya bermakna.. terharu bila bonda menyatakan ucapan terima kasih.. tanda ingatanku padanya.. taraa..

terimalah.. Khas Untumu.. Bonda..

meraikan BONDA..

Salam 1 Malaysia..

mood pagi ni macamana?? setelah bercuti 4 hari.. 1st day keje untuk minggu ni.. adakah dengan semangat baru?? jeng!jeng!jeng!.. lupakan kisah mood.. nak cite meraikan ulang tahun kelahiran bonda..

entry minggu lepas telah ku ceritakan ulang tahun kelahiran bonda.. entry kali ni nak cite kami meraikan ulang tahun kelahiran bonda.. sedikit bacaan doa selamat dan juga jamuan ringkas untuk bonda.. bacaan doa selamat dibacakan oleh Nafis a.k.a apek (kawan lelaki adik ku..) & selepas itu.. makan!!

SELAMAT ULANG TAHUN BONDA 63..

kali ni bonda request nak kek coklat tapi tak nak beli kat secret recipe.. maka aku dan ayu decide beli kat kedai kek king di tesco.. dalam RM47 hengget je rasanya.. sedap gak kek ni.. tak muak..

Bonda & Iqa..
Baby jual mahal tak moo potong kek..

menu jamuan ringkas kali ni.. KFC.. nugget.. kentang goreng dan pastinya buah limau (mood CNY lagi kan..) meh la layan pict je.. aksi adik dan sepupu-sepupu..

corat coret jamuan ringkas doa selamat..

Selasa, Januari 24

BoBoiBoY!! iPiN & uPiN

Salam 1 Malaysia..

"mi! mi! boboi! yaya!" itulah perkataan adik bile dah petang.. dah tau waktu tayangan cite katon BOBOIBOY.. dah jadi katon febret dia.. lagi 1 ipin upin.. dua katon ni.. kalau ada jangan harap kita dapat tengok cite lain.. ternganga tengok tak berkelip.. 

kalau weekend anak dara dua ada kat rumah.. lappy adalah milik dia orang.. dari 1 episod ke 1 episod.. tapi ummi akan limitkan.. tengok katon kat lappy time petang je lepas bangun tido tengahari.. tak cukup kat lappy, malam dia nak tengok plak kat hp ummi.. sebab lappy malam achik punya.. ;) meh tengok gaya deme..
tayangan pertama.. IPIN & UPIN..
tayangan kedua.. BOBOIBOY..
adik dah mula nak kawal lappy..
ni la dia.. dak comot bangun tido..
adik : "mi.. boboi! yaya!"  sangat cute adik bile cakap cam tu..
anak-anak sekarang.. sangat seiring dengan IT.. tak cukup dengan TV.. lappy.. tambah hp.. sekarang ipad.. ish.. ish.. dulu ummi tengok tv je tau! belajar sungguh-sungguh tau adik dan kakak.. semua kemudahan dah ada.. LOVE U!

Isnin, Januari 23

HAPPY BIRTHDAY : kak kam & yana

Salam 1 Malaysia..

suasana di saat ini bau limau.. mane taknya.. dok depan tv.. makan limau.. lepas makan nasi.. makan limau.. depan lappy pun ngadap limau.. segalanya limau.. aku jugak yang tak boleh makan limau banyak-banyak.. kalau makan.. kompom! petang ni kene pegi klinik.. raya cina & limau memang tak dapay di pisahkan.. ohyeah!!
 
SELAMAT ULANG TAHUN!!

Kak Kam a.k.a mak di opis untuk aku..



Yana a.k.a Masya..
dak tecik tu Amir.. masa ni amir baru bape bulan ntah.. cute!
selamat ulang tahun kak kam & yana.. semoga panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t. di limpahi dengan kasih sayang.. di kurniakan kesihatan tubuh badan.. semoga persahabatan kita berkekalan selamanya.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!

TAHUN NAGA : gong xi fa cai

Salam 1 Malaysia..


GONG XI FA CAI 2012! tahun ni tahun naga.. KLIK!KLIK!CERITAKU! mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina.. semoga tahun ini lebih bermakna untuk kalian.. pasti malam tadi bunyi mercun yang kedengaran kan?? itulah semangat 1 Malaysia.. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahun baru cina sila KLIK DI SINI

MARI! MARI! makan limau..
tapi jangan banyak-banyak.. takut sakit tekak!

Ahad, Januari 22

JOM! cocoa collagen

Salam 1 Malaysia..

dah masuk seminggu.. bekpes ku bertemankan coca collagen.. rasa cam ada koko.. kopi.. (kopi arab kot..) lemak-lemak sikit.. SEDAP! dan yang penting.. perutku tak meragam.. perut aku sangat sensitif ketika ini.. mau tak nya.. GASTRIK yang dah teruk kot.. nak checkup betul-betul takut.. kang tak pasal-pasal kuar penyakit yang aku gerun mendengarnya.. mungkin 1 hari nanti aku punya kekuatan untuk wat medical checkup secara detail..

Cocoa Collagen ni kawan aku bagi.. dia suruh cuba.. dia jual.. ada sape-sape nak beli?? kalau nak beli.. sila hubungi Niza : 0123296154.. 1 kotak RM17 : 3 kotak RM48 (sekiranya tiada pindaan harga) boleh tahan 1 bulan.. ni la rupenya..
Cocoa Collagen Power Plus
KEMBALIKAN KEREMAJAAN WANITA
ahaks!

Kebaikan dan khasiat:

  • Membantu mengimbangi hormon
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mengimbangi berat badan
  • Meningkatkan daya penghadaman
  • Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

JOM! kita cuba.. tak cuba tak tau kan..

Sabtu, Januari 21

farisya VS farish hakimi @ CINTA KAU DAN AKU

Salam 1 Malaysia..

2 minggu lamanya terpaksa aku ambil untuk menghabiskan novel CINTA KAU DAN AKU.. lama betul.. mane tak nya.. minggu lepas anak dara ada kat rumah.. aku tak cukup masa nak membaca novel ni.. balik kerja dah di sambut oleh si manis icha.. dengan senyuman.. sweet! pas mandi, nak jalan-jalan plak.. nak makan lagi.. malam pas solat melayan si manis 2 orang plak kat atas toto.. sampai dia orang tido.. pas tu.. ummi pun tido.. =)

CINTA KAU DAN AKU
Farish Hakimi & Nur Farisya Iman

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

bagiku jalan cerita yang simple dan menarik.. 3 1/2 bintang kuberikan.. dari 5 bintang.. ending yang menarik.. banyak karya Siti Rosmizah.. ANDAI ITU TAKDIRNYA juga yang menggugurkan air mataku.. 

Jumaat, Januari 20

TAHNIAH!! Ally & Farah..

Salam 1 Malaysia..

sama cantik sama padan.. Farah & Ally..
di pagi hari Jumaat majlis pernikahan personaliti tv3 Ally Iskandar Mohd Marzi & Nurfarahin Romli telah diadakan di Majsid Kristal, Kuala Terengganu.. Alhamdulillah.. Tahniah Ally & Farah.. dengan 2 kali lafaz Ally sah menjadi suami Farah.. SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT.. Amin.. nak tau lebih cite pasal Ally & Farah.. jom baca di OH! BULAN & beautifulnara..

FAREWELL : Jurutera Daerah & Jurutera Bangunan

Salam 1 Malaysia..

setelah hampir 3 tahun bersama.. kini tiba masanya kita berpisah.. suka duka.. gurau senda.. pahit manis.. akhirnya kita berpisah jua.. lumrah dalam kehidupan.. bertemu dan berpisah.. panjang umur.. kita jumpa lagi.. Jurutera Daerah En. Saleh b. Ismail.. sepanjang berada di sini.. banyak jasa dan tunjuk ajar darinya.. aku sangat menghargai.. akan aku amalkan dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan tugas hakiki mahupun mengikut arahan semasa.. 1 pekara yang aku tak akan lupakan.. bulan pertama beliau ada di sini, berlaku sedikit salah faham antara aku dan beliau mengenai tatacara tugas seharian ku.. abis di rombaknya 1 bahagian ku.. biasalah.. manusia.. mane boleh usik kalau dah biasa buat kerja tu.. terus MELATAH!! ambil masa juga nak sesuaikan.. banyak perubahan yang terpaksa bahagian aku harus terima sepanjang beliau berada di sini.. MEKASIH BOSS!! selamat bersara BOSS!

majlis perpisahan & serah tugas
berbaju putih JD baru.. berkot JD lama..

mood saat itu : aku sedih
setelah hampir 4 tahun.. kita berpisah juga.. walaupun kita banyak berurusan di saat membuka sebutharga yang menimbun.. menggunung.. sampai lenguh jari dan tangan.. tapi beliau masih mampu memberikan senyuman.. yang ada kalanya.. aku kene marah.. sebab.. terlalu banyak sebutharga.. "apa nak buat JB, kerja ni banyak sangat.. kalau boleh saya pun tak nak dera JB.. " ayat staff dan bos kecik.. =) itulah Jurutera Bangunan En. Mohamad Ashrulnizam b. Abdul Rahim.. masih muda dan banyak lagi peluang untuk beliau bertukar ke tempat-tempat lain.. sekarang beliau ada di PROKOM (betul ke eja cam ni?) semoga maju jaya ya di sana..

inilah dia..
JB yang dah bertukar di PROKOM.. muda kan??

Khamis, Januari 19

pelangi kasih.. JANGAN KETINGGALAN!!

Salam 1 Malaysia..

berakhir sudah BUNGA APRIL.. tak berapa nak mengikuti cerita ni.. yang selalu tengok kat rumah tidak lain tidak bukan.. bonda.. kadang-kadang siap bergaduh (gaduh-gaduh manje) dengan adik lelaki.. adik lelaki nak tengok bola, cite omputih.. bonda nak tengok bunga april.. aku cam biasa la.. lau dah solat isyak memang tak kuar bilik dah.. =) sebagai memenuhi slot samarinda tv3 menggantikan bunga april, bermula malam ini akan ditayangkan dram PELANGI KASIH.. 

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan. JOM! baca sinopsis cite ni..

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.


Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan. 

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus. 


Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea. 

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat. 

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih jam 10.30 malam di slot samarinda!!

sumber : tv3gua.com.my

ole-ole : Nurul & Afiq

Salam 1 Malaysia..

tema UNGU..
Selamat Pengantin Baru Nurul & Afiq.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. majlis di pihak perempuan 15 Januari 2012.. majlis di pihak lelaki 22 Januari 2012.. ni majlis sape?? ahaks!! majlis perkahwinan anak kawan pejabatku.. tapi aku tak dapat datang.. kirim dekat kakak kat opis ni.. tapi dapat ole-ole darinya.. taraaaaa....

ni la ole-olenya.. NYUM!nyum!

Rabu, Januari 18

SI MANIS kuda belang!!

Salam 1 Malaysia..

taraaa.. bile anak dara ummi pakai suar belang-belang.. bonda terus panggil.. si kuda belang.. yang ummi hairan.. kakak suka sangat pakai suar cam ni.. "best la ummi.." selesa.. ni la hasil pembelian dari Superb Mommy's Collections .. kainnya lembut.. walaupun cam getah.. sekarang koleksi dari superb mommy's collections dah ada 7 pasang.. kalau ada yang cantik dan sesuai untuk anak dara ummi.. ummi belikan lagi..

SI MANIS kuda belang ummi!!
 dan yang ni.. taraaaaa AYRA AFRINA.. anak kawan ummi.. comel!! rambut dia yang mahal tau.. cam pegi saloon.. cantik.. bergulung-gulung rambut dia.. TQ kawanku.. mms pict padaku..

muka AYRA cam mama..

Selasa, Januari 17

BONDA : Selamat Ulang Tahun

Salam 1 Malaysia..

17 Januari 2012 genap usia bonda 63 tahun.. Selamat Ulang Tahun Bonda.. Adik berdoa semoga bonda panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t. di limpahi dengan kasih sayang.. di kurniakan kesihatan tubuh badan.. dan moga jiwamu tenang selalu.. tiada apa yang mampu adik berikan.. hanyalah sebuah ciuman dipagi hari dan doa.. 

17 Januari 2012 juga hari lahir arwah abah.. seandainya arwah abah ada.. usia arwah abah 66 tahun.. walaupun abah tiada lagi di dunia adik akan sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana.. adik RINDU abah!!

betapa beruntungnya bonda dan abah.. mereka mempunyai tarikh lahir yang sama.. menjadi suami isteri.. menjadi abah dan mak kepada kami.. sesungguhnya kami amat beruntung punya abah dan mak seperti ini.. KAMI SAYANG ABAH & MAK!!

LOVE U BONDA!
selamat ulang tahun bonda.. adik akan cube sedaya upaya menunaikan tanggungjawab adik sebagai seorang anak.. untuk arwah abah.. tanggungjawab dan amanah yang ada pada adik.. akan adik tunaikan sebaik mungkin.. damailah dirimu di sana abah..

Isnin, Januari 16

PERHATIAN: bank susu ibu HARAM!!

Salam 1 Malaysia..

susu ibu.. ANUGERAH yang tak terhingga..




BANK SUSU IBU HARAM


Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

sumber : berita harian online

TAHNIAH! Datuk Lee Chong Wei

Salam 1 Malaysia..

hujung minggu kali ni aku tak kemana-mana.. gara-gara badminton.. dari hari jumaat lagi bonda penonton setia di depan TV.. bonda sangat suka sukan badminton dan bola.. pada mulanya semalam nak pegi derma darah, tapi cancel saat akhir memandangkan kesihatan diri yang tak berapa nak sihat plak semalam.. bekpes semalam pun bonda yang buat bersama adik bongsu.. tapi memasak hidangan tengahari tetap aku.. simple je.. nasi putih + sambal sotong + tauhu goreng.. =)

perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Juara, Bukit Jalil untuk single lelaki tak la sangat mendebarkan bagiku.. final single lelaki bagi aku yang mendebarkan masa sabtu malam ahad.. tak sanggup rasanya aku nak menonton saat itu.. Datuk Lee Chong Wei VS Chen Long.. sengit betul.. berdebar gile.. dengan bantal di sisi.. ;)

semalam Datuk Lee Chong Wei VS Kenichi Tago.. sekejap je perlawanan tu.. cam kesian plak tengok Kenichi Tago.. nasib la Lee Chong Wei tu tak macam Lin Dan.. dengan gaya dia yang menggeramkan.. ahaks!! apa-apa pun.. TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!

senyuman seorang pemenang..
KUALA LUMPUR - Selepas menutup tirai 2011 dengan tiga kekalahan berderet, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkahnya pada tahun Olimpik 2012 dengan memahat dua kemenangan berturut-turut apabila merangkul kejuaraan kelapan Terbuka Malaysia di Stadium Juara, Bukit Jalil semalam.

Kemenangan mudah 21-6, 21-13 ke atas bintang muda Jepun, Kenichi Tago membolehkan jaguh No. 1 dunia itu menyamai rekod kejohanan milik legenda badminton negara, Wong Peng Soon iaitu muncul juara sebanyak lapan kali. 

Malah, Chong Wei bukan saja berjaya menumbangkan dua musuh terbesarnya dari China, Lin Dan dan Chen Long dalam tempoh seminggu tetapi juga bakal meraikan Tahun Baru Cina dengan angpau paling besar selepas mengumpul AS$105,000 (RM329,000) hasil daripada dua gelaran yang diraih, Terbuka Malaysia dan Korea, dua minggu lalu. 

Dia menambah hadiah kemenangan kepada AS$30,000 (RM94,000), iaitu seminggu selepas membawa pulang AS$75,000 (RM235,000) dari Seoul hasil kejayaan menumbangkan seteru ketat, Lin Dan di final. 

"Ini adalah kemenangan paling mudah yang pernah saya harungi daripada lapan perlawanan akhir yang saya sertai tetapi yang lebih penting saya gembira dapat menerima penghormatan menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda Malaysia.

"Mungkin ia adalah kemenangan yang amat banyak tetapi saya rasa saya masih mahukan satu lagi gelaran sebelum bersara, saya akan mencari kejuaraan kesembilan tahun depan," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan yang hanya berlangsung selama 37 minit.

Biarpun di atas kertas Tago, 22, bukanlah pemain yang terlalu lemah; menghuni ranking ke-12 dunia dan pernah bergelar naib juara All England, namun di atas gelanggang, jaguh muda Jepun itu jelas bukan tandingan Chong Wei, yang terlalu jauh meninggalkannya dalam semua aspek permainan.

Turut menyaksikan perlawanan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pengurusan tertinggi Maybank dan BAM. Sementara itu, Tago sendiri mengakui, bahawa faktor penonton sebenarnya tidak terlalu memainkan peranan, sebaliknya dia akur pemain Malaysia itu memang jauh lebih unggul.

"Memang dia memiliki kelebihan penonton tetapi saya sudah bersedia dengan semua itu kerana saya telah melihat keadaan di stadium ketika dia menentang Chen Long malam tadi. Pada saya, kekalahan saya hari ini adalah kerana dia jauh lebih hebat daripada saya setiap kali kami bertemu.

"Selepas kalah dalam semua 11 pertemuan kami, saya perlu bekerja lebih keras dan akan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana saya dapat mengalahkan dia dan Lin Dan, satu hari nanti," kata Tago.

Bagi Chong Wei, membuka tahun baru dengan dua kemenangan besar dan mengalahkan dua pencabar paling sukar telah melonjakkan motivasinya untuk menghadapi musim 2012 yang amat genting, terutama dengan Sukan Olimpik bakal menanti, Julai ini.

Bagaimanapun akui Chong Wei, selepas dua kemenangan ke atas Lin Dan dan Chen Long dia harus lebih berhati-hati terhadap pemain-pemain China itu kerana mereka mungkin akan bangkit dengan lebih kuat.

Sementara itu, Terbuka Malaysia 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat beregu wanita Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam karier mereka dengan mengejutkan pilihan kedua Korea, Ha Jung Eun-Kim Ming Jung 21-19, 21-18.

Beregu lelaki juga menampilkan pemenang tidak diduga, pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu yang menundukkan Cho Gun Woo-Shin Baek Choel 16-21, 21-16, 21-16, manakala juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei menumpaskan rakan senegara, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-9 untuk muncul juara beregu campuran.

Gelaran kedua China pada Terbuka Malaysia menjadi milik pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dalam perseorangan wanita selepas menumpaskan Wang Xin 21-19, 21-11.

sumber : Utusan Malaysia Online

Ahad, Januari 15

makcik KARIPAP!!

Salam 1 Malaysia..

sempena cuti hari khamis.. dan kebetulan khamis malam jumaat.. majlis tahlil di kariah masjid akan diadakan.. menu mengikut giliran.. 1 kumpulan ada 15 buah rumah.. jadi pelbagai menu.. rumahku.. syurgaku.. menunya.. KARIPAP.. makanan kegemaran ahli keluarga dan juga cam menu wajib ada setiap kali kenduri.. tak kira kenduri kahwin atau kenduri doa selamat.. mesti ada.. WAJIB kata abang sepupu.. sebab tak jemu makan..

bonda pikir nak beli buah limau je.. memandangkan dekat perayaan raya cina mesti banyak gerai jual limau berkotak-kotak kat tepi jalan.. tapi cancel sebab nak kirim je kat jiran sebelah rumah.. abang ngan adik lelaki keje sampai malam.. terpaksa OT.. nasib jiran sebelah sudi bawakan.. kalau tak.. adakah aku kene bawa ke masjid?? toing! toing! toing! kalau dah terpaksa.. lakukan saja.. dan akhirnya.. kami buat KARIPAP!!

meh layan pict.. satu per satu..



  1. inti karipap yang telah di masak oleh bonda.. nyum!nyum!
  2. tepung yang telah siap di uli dan di doh kan.. (psstt: bukan bodoh ok!)
  3. tepung yang telah siap di canai..
  4. karipap yang telah siap di kelim..
  5. karipap di dalam kuali yang sedang di goreng dalam keadaan suhu minyak yang sederhana..
  6. taraaaaaaaa karipap dah siap!! sedap di makan begitu saja..

cam mari belaja masak plak erk.. apa-apa pun.. selamat berhujung minggu!!

Sabtu, Januari 14

bile terasa LAPAR

Salam 1 Malaysia..

selamat berhujung minggu!! sempena cuti rehat 1 hari.. terasa letih cam hari bekerja.. disebabkan banyak destinasi.. destinasi pertama.. BANK! hati tetibe membuak nak buka akaun baru.. apa tak cukup lagi ke akaun sedia ada.. sedangkan isinya agak suam-suam kuku.. adakah kamu saje nak tambah koleksi kad atm dalam wallet kamu?? jawapannya.. bank ini berdekatan dengan aku.. sebab bank ni dah di upgred.. dah ada mesin CDM ngan cek.. tu yang hati membuak-buak nak buka akaun BANK RHB.. ambik islamic lagi.. pejam mata.. destinasi seterusnya.. JJ.. mau tengok wayang.. ape cite?? taraa

Mission Imposible : Ghost Protocol
jalan cite yang menarik gak bagiku.. lakonan tom criuse plak kan.. tapi dah nampak tua ar.. kureng kacaknya.. tayangan selama 133 minit.. aksi yang mendebarkan juga.. wat orang terkujat time dia panjat memanjat.. bape bintang nak bagi?? 3 setengah bintang kot.. (ampun kepada peminat tom cruise..)

destinasi seterusnya.. makan!! sebab dah lapo.. pikir punya pikir.. yang di terjah pizza hut.. rasa dah lame tak makan pizza.. tak moo cite banyak-banyak.. layan pict je la ye.. =)


sedap mata memandang..
CNY punya resepi..
SEDAP!! tropical fizz
yang ni pun SODAP!! sunny fizz
menu lunch di pizza hut!
today : suka kaler pink!