Sabtu, Januari 21

farisya VS farish hakimi @ CINTA KAU DAN AKU

Salam 1 Malaysia..

2 minggu lamanya terpaksa aku ambil untuk menghabiskan novel CINTA KAU DAN AKU.. lama betul.. mane tak nya.. minggu lepas anak dara ada kat rumah.. aku tak cukup masa nak membaca novel ni.. balik kerja dah di sambut oleh si manis icha.. dengan senyuman.. sweet! pas mandi, nak jalan-jalan plak.. nak makan lagi.. malam pas solat melayan si manis 2 orang plak kat atas toto.. sampai dia orang tido.. pas tu.. ummi pun tido.. =)

CINTA KAU DAN AKU
Farish Hakimi & Nur Farisya Iman

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

bagiku jalan cerita yang simple dan menarik.. 3 1/2 bintang kuberikan.. dari 5 bintang.. ending yang menarik.. banyak karya Siti Rosmizah.. ANDAI ITU TAKDIRNYA juga yang menggugurkan air mataku.. 

2 ulasan:

Arjuna Sakura berkata...

Wah hampir setiap minggu bertukar tukar membaca novel? ada peningkatan dari segi hobi membaca. Semoga lebih maju jaya.

AdaM Hawa berkata...

1 novel 1 minggu.. hehehehe.. maybe aktiviti 2012.. InsyaAllah..