Selasa, Januari 17

BONDA : Selamat Ulang Tahun

Salam 1 Malaysia..

17 Januari 2012 genap usia bonda 63 tahun.. Selamat Ulang Tahun Bonda.. Adik berdoa semoga bonda panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t. di limpahi dengan kasih sayang.. di kurniakan kesihatan tubuh badan.. dan moga jiwamu tenang selalu.. tiada apa yang mampu adik berikan.. hanyalah sebuah ciuman dipagi hari dan doa.. 

17 Januari 2012 juga hari lahir arwah abah.. seandainya arwah abah ada.. usia arwah abah 66 tahun.. walaupun abah tiada lagi di dunia adik akan sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana.. adik RINDU abah!!

betapa beruntungnya bonda dan abah.. mereka mempunyai tarikh lahir yang sama.. menjadi suami isteri.. menjadi abah dan mak kepada kami.. sesungguhnya kami amat beruntung punya abah dan mak seperti ini.. KAMI SAYANG ABAH & MAK!!

LOVE U BONDA!
selamat ulang tahun bonda.. adik akan cube sedaya upaya menunaikan tanggungjawab adik sebagai seorang anak.. untuk arwah abah.. tanggungjawab dan amanah yang ada pada adik.. akan adik tunaikan sebaik mungkin.. damailah dirimu di sana abah..

7 ulasan:

Arjuna Sakura berkata...

Selamat Ulang Tahun juga diucapkan... semoga murah rezeki dan dan diberi kesihatan utk beribadah.. Insyaallah..

klik! klik! ceritaku! berkata...

TQ arjuna sakura.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

cheqna berkata...

salam
selamat hari lahir untuk bonda
moga berada dibawah lindungan Allah sentiasa

Masya berkata...

salam singgah.. selamat hari lahir bonda, semoga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezki aminn..... cpt2 tambah menantu opsss....

ieda berkata...

salam singgah sini dik
selamat ulangtahun buat bonda adik
semoga dia panjang umur dan dimurahkan rejeki selalu ... ;)

klik! klik! ceritaku! berkata...

Amin.. Amin.. Amin.. terima kasih semua kawan-kawan blog.. ^_^

klik! klik! ceritaku! berkata...

masya : menantu?? opss!! doakan saya selalu ya.. cepat-cepat bertemu empunya tulang rusuk..