Rabu, Oktober 31

Wordless Wednesday : Happy Birthday ICHA!!

Salam 1 Malaysia..



ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan NURUL AQMAR KHALISHAH..
ALLAH selamatkan kamu..

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG UMMI..
YANG KE 3..
semoga panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t.. dilimpahi kasih sayang.. menjadi anak yang solehah dan mendengar kata mama & ayah..

tiada yang terindah bersama mu.. ummi sayang kamu!!
gelak sampai mata pun sepet.. gembira sungguh kakak & adik..

Selasa, Oktober 30

langkah KEDUA..

Salam 1 Malaysia..

lama betul la.. tak de entry baru kat blog ni.. kenapalah rasa malas sangat aku sekarang ni.. cerita 2 minggu lepas baru nak bersiaran hari ni.. oh! my jawa!! amat la malas.. nak kate keje terlalu banyak.. TIDAK.. tapi M aku tersangat la BESAR.. report pun tak buat lagi.. kenapa diri ni asik rasa nak cuti je memanjang??? haishh!! abis rosak dan sangat la teruk hasil kerja untuk bulan ini.. dan untuk kali pertamanya.. hah!! cuti tahun tahun ni dah nak abis.. fuhh!! selalu bulan oktober macam ni.. masih berbaki 10 hari.. tapi tahun ni?? @_@ tinggal 9 hari.. walaweiiii.. dahsat betul la.. 7 Nov. nak cuti lagi.. memang mood bekerja memang tak de ni.. apa nak jadi!!!!! wake up!!!!

TAHNIAH buat kawanku.. ELY.. langkah kedua telah di lalui selama seminggu ya.. menjadi tunangan orang.. Syukur.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. walaupun aku datang lepas zohor.. nasib berkesempatan tengok dia ber make up.. tapi.. amatlah lama.. mak andam nak touch up.. lama-lama.. aku kuar dari bilik dia.. lepak kat luar dengan kawan.. snap-snap pict sikit.. barang-barang hantaran.. jom la.. layan pict..


dari pihak perempuan
dari pihak lelaki
pelamin simple tapi menarik
cincin merisik & bertunang di jari
cantik kamu pada hari itu..

sebagai kenangan kita bersama..

sirih junjung siap dengan bunga kantan..

buah yang menggeramkan.. berkilat!!

tahun depan.. InsyaAllah.. bulan November.. janji terpatri.. mari sama-sama kita doakan ya kawan-kawan.. semoga semuanya dipermudahkan segala urusannya.. Amin..

nota blog: fuhh!! awatnya la hari ni.. agak tension.. dengan orang di sekeliling.. syuh!! syuh!! aku mau happy!!

Isnin, Oktober 22

Syukur.. Alhamdulillah..

Salam 1 Malaysia..


Syukur.. Alhamdulillah.. genap usiaku 31 tahun hari ini.. segala puji padaMU Ya Allah.. aku masih bernafas di bumiMU ini.. masih boleh beribadah.. masih boleh berbakti kepada bondaku.. segala rahmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku.. anugerah tak terhingga.. hanya kesyukuran ku panjatkan kepadaMU..  walaupun ada masanya.. aku mengeluh.. mengadu padaMU.. diriku masih belum cukup kuat untuk menghadapi ujianMU..


31.. perghh.. dah tua ye.. tapi.. apa ada pada nombor kan.. yang penting jiwa dan hati macam masih muda.. ahakss!! pasan la.. muda la konon.. Syukur.. dengan usia begini.. sudah mula mencari aset.. sebetulnya.. masih berhutang.. hutang sana.. hutang sini.. yang jumlahnya.. beratus ribu.. haishh!! seram je bila ingat.. tapi.. cam ne.. nak ada aset.. guna cash money.. memang aku tak mampu.. syukurlah.. walau masih hak bank.. ada si kura-kura dan istana takeshi.. banyak lagi benda yang nak ku cari.. tapi kenelah seiring dengan akhirat.. moga diriku sentiasa berada dalam landasan yang betul.. tegurlah aku.. andai aku leka.. tegurlah aku.. andai aku berbangga.. tegurlah aku.. andai aku tersasar.. supaya aku kembali ke jalan yang benar..

memandangkan kawan-kawan opis ada yang puasa.. ada yang berkursus.. maka.. acara makan-makan di opis di tangguhkan buat sementara.. tapi yang pasti rasanya.. sebelum cuti raya haji.. acara makan-makan di rumah.. rasanya.. masa raya haji la kot.. sekali je la.. penat nak masak banyak-banyak kali.. mohon kawan-kawan doakan kesejahteraan ku.. moga panjang umur.. murah rezeki.. dipermudahkan segala urusan.. banyakkan amal ibadah dan juga.. doakan moga cepat bertemu jodoh ya.. panjang betul permintaan ni.. mungkin panjang tu la jambatan ku untuk bertemu jodohku.. haishhh!! maaf ya.. melalut pulak.. moga diperkenankan Allah s.w.t.

nota blog : hari ni rasa nak berbuka puasa makan pizza la.. cam dah lama tak makan pizza kat rumah bonda.. nyummi!! 





Jumaat, Oktober 19

janjiNYA PASTI..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat penghulu segala hari.. dengan cuaca yang redup-redup.. tenang-tenang.. betapa nikmatnya.. pemberianMU ini Ya Allah.. segalanya indah bagiku.. esok?? hari cuti.. minggu ni terasa amat letih.. esok mau window shopping je.. SETIA CITY MALL.. tungguuuuuuu..

cuaca minggu ni.. boleh dikatakan setiap hari hujan.. Rahmat dariNYA.. pemberitahuan air pasang pun dah dapat.. jadi.. berjaga-jaga lah pada yang duduk di kawasan tanah rendah.. takut air naik.. jadi banjir.. maka.. bersiap sedia.. kawasan rumah aku setakat ni.. kalau banjir pun tak la teruk sangat.. dengan sistem peparitan sekarang.. Alhamdulillah.. 



betul tak kenyataan di atas?? tanpa di sedari.. itu lah hakikatnya kita sebagai hambaNYA.. segalanya telah tertulis seusia kita berusia 4 bulan dalam kandungan.. (kalau tak silap la..) jadi.. janjiNYA pasti.. kita hanya menanti.. apa yang berlaku dari setiap saat.. setiap minit.. setiap jam.. setiap hari.. setiap minggu dan seterusnya.. perbaiki diri dari masa ke semasa.. untuk bekalan ke SANA.. 

Wahai diri, ketika kau jadi harapan,
berusahalah semampu mungkin...
Jangan dikhuatiri apa yang bakal terjadi,
Teruslah berjuang sampai akhir nanti...
Kerna,
Kau berjuang dijalan Illahi,
InshaAllah syurga akan menanti..

Khamis, Oktober 18

hanya SEMENTARA..

Salam 1 Malaysia..

lewat ber entry hari ni.. boleh pakai perkataan "ber entry" ke?? belasah je la.. ampun ya kawan-kawan.. suka suki aku je nak menaip.. kejap dah tengahari.. rasa lapar pulak.. tapi nak makan apa ya tengahari ni?? 

semalam terpaksa EL.. walaupun ada sesetengah tempat tak wujud perkataan EL.. dah nak wat cam ne.. terpaksa cuti.. asal isi borang cuti pada esok harinya.. bukan saje-saje EL.. ada hal kematian.. pada entry terdahulu.. mengenai kelahiran Oktober.. aku ada cite kisah baby pramatang.. baby boy adik sepupu aku..

gamba cik google

08 Oktober 2012 - 16 Oktober 2012.. 9 hari di pinjamkan oleh Allah swt. kepada hambaNYA.. 9 hari duduk di nicu.. dari hari pertama kelahirannya.. setiap hari ada perkembangan positif.. syukur.. aku dan yang lain gembira bila ada berita perkembangan positif dari ayah baby.. tapi.. sapalah kita untuk menahan.. Ajal.. maut.. semua di tanganNYA.. 16 Oktober jam 2.30 petang.. Muhammad Ameer Firas pergi untuk selamanya kembali kepadaNYA.. puncanya.. doktor kate paru-paru pramatang.. ayah dan ibu sangat terpana dengan pemergianmu.. ayah paling terasa.. setiap hari ayah pasti melawat kamu.. baik time keje.. baik time ayah exam.. tak pernah ayah tak melawat kamu.. tunggu ayah & ibu di Syurga..

aku risau juga pada sepupu ku itu.. malam jenazah masih ada di rumah.. di kelihatan murung.. makan tak nak.. minum tak nak.. aku lihat ada titisan air mata di pipi.. tapi lepas makcik-makcik aku nasihatkan.. barulah dia nak makan & minum.. semalam petang.. dah nampak ceria sikit.. sedikit kelegaan bagiku.. moga ayah dan ibu tenang-tenang ya..dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali.. Al-Fatihah.. Muhammad Ameer Firas..tenanglah di sana..

Selasa, Oktober 16

9 TAHUN lamanya..

Salam 1 Malaysia..

moga tenang-tenang keadaanku dan kawan-kawan semua untuk hari ini.. emosi ada masanya agak kurang stabil.. cuba ceriakan diri walaupun keseorangan.. terasa cepat masa berlalu pulak hari ini.. tak perasan dah dekat jam 12 tengahari.. pantas betul! last day bulan Zulkaedah.. esok dah masuk bulan Zulhijjah.. maksudnya.. dah nak raya haji kan.. raya korban.. dah nak sampai ke penghujung 1433H..

ahad lepas bukan hari berehat-rehat untuk aku.. kuar rumah dari jam 10 pagi.. dan pulang ke rumah 6.15petang.. fuhh!! seharian di jalan raya.. memenuhi undangan majlis perkahwinan.. 2 buah rumah je.. tapi jarak yang agak jauh.. lokasi pertama.. Rantau Panjang, Klang.. tuan rumah.. bekas ustazah masa sekolah rendah agama.. yang seronoknya.. ustazah masih ingat kat aku.. ingat nama tu yang mahal.. sebab dulu time sekolah nakal sikit rasanya.. mana mungkin ustazah tak ingat kan.. tuan rumah jemput bonda.. tapi cam biasa la.. aku tolong anta.. hidangan katering dengan lauk yang sangat sedap.. macam-macam ada.. menu utama, pasti nasi minyak kan.. dengan lauk pauk dia.. goodies.. dalan biskut ikan-ikan dalam balang kaca dan air kotak..

destinasi kedua.. nun di Kuala Langat.. menuju ke Kg. Endah, Banting.. majlis perkahwinan anak kakak ipar pakcik.. kat sane lorong-lorong kecik.. payah nak parking.. so.. parking dekat rumah berhampiran masjid.. eh!! ini rumah tok imam filem SALAM CINTA.. sekali anak makcik bersuara.. "ada Kamal Adli tak??" gelak aku.. mana ada.. shooting dah abis la.. lama gak dok umah pengantin.. dan gerak balik lebih kurang 2.30 petang.. 

SELAMAT DATANG KE PANTAI MORIB..

sebelum balik.. kita singgah PANTAI MORIB.. lama betul tak datang sini.. 9 tahun lamanya.. last pergi.. kursus induksi umum.. tetibe terkenang pulak.. kene jawap exam.. haishhh!! semuanya indah.. padahal saat berada di situ.. agak pahit kelat.. tu la yang mendewasakan.. dan mematangkan fikiran.. meh kita layan pict pantai morib sekarang..

sejarah PANTAI MORIB
taman permainan yang menarik
arca erk??
dasar laut..
pilih!! pilih!! mane satu idaman hati..
arca lagi..
food court
kemas.. macam-macam ada..

nota blog : layankan je la hati yang suam-suam kuku ni.. moga tenang akhirnya..

Isnin, Oktober 15

kelahiran OKTOBER..

Salam 1 Malaysia..

dah petang bru nak bersiaran.. hari ni badan tak berapa nak sihat.. gagahkan diri juga ke opis.. gara-gara petang jumaat lepas ada keje tak setel lagi.. kalau tak.. mau aku MC.. sakit sangat rasa perut ni.. dah lama tak jadi cam ni.. ujian untuk ku.. 


bulan OKTOBER.. bulan yang aku nantikan.. pasal ape?? usiaku akan bertambah lagi.. haishh!! makin tua.. tapi orang kata.. apa ada pada nombor.. yang penting.. kehidupan perlu diteruskan selagi aku bernafas.. cube membahagiakan insan-insan yang bermakna pada diriku.. dan tahun ini.. ada 2 kelahiran baru.. bertambah geng la untuk meraikannya..

05 Oktober 2012 : Syukur Alhamdulillah.. ZAIRA RIZQA BT. ZAIDI selamat di lahirkan di Hospital Melaka.. Tahniah aku ucapkan kepada teman maya ku.. selama hampir 4 tahun kami berkawan secara maya.. tidak berkesempatan lagi untuk bertemu mata.. InsyaAllah.. sementara dia cuti berpantang.. niat di hati ingin bertemu sekali gus bersua muka dengan baby girl.. untuk Zaidi & Rozilawaty.. Tahniah atas kelahiran anak sulung anda berdua.. moga Zaira menjadi anak yang solehah.. sangat gebu.. ummi Zaira kecik je.. kurus tinggi.. Zaira lahir.. 3.2kg.. normal.. tak sangka aku.. ummi Zaira pun tak sangka.. kuasa Allah.. sape yang tahu.. ummi Zaira pun kelahiran Oktober.. senang la abah sambut nanti kan??


1st day Zaira Rizqa..
pipi yang kemerah-merahan..
sangat comel Zaira Rizqa..
ini ummi Zaira Rizqa.. kecik je kan..

08 Oktober 2012 : kelahiran MUHAMMAD AMEER FIRAS B. MOHD. NOR SHAHLAN melalui proses pembedahan.. Firas di lahirkan tak cukup bulan.. tapi Syukur.. Alhamdulillah.. sehingga hari ini.. berkembangan Firas sangat positif.. hanya beberapa hari bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan.. sejak hari sabtu dikhabarkan telah boleh bernafas sendiri.. Firas lahir dengan berat 1.2kg.. ayah Firas pun tak berani nak pegang lagi.. moga Firas cepat besar.. sihat.. kesian ibu Firas.. ada masanya menangis rindu Firas.. cepat besar ya Firas.. Tahniah untuk Lan & Azi.. Firas masih di nicu untuk pemantauan.. aku pun tak pernah tengok Firas.. harap sangat Firas cepat membesar dan sihat..

begitulah kebesaran Allah s.w.t. kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang.. segala perjalanan hidup kita telah di tentukan.. hanya padaMU aku memohon.. hanya padaMU aku meminta.. ku berserah padaMU YA ALLAH..

Selasa, Oktober 9

mohon padaMU..

Salam 1 Malaysia..

sudah 9 hari berada di bulan Oktober.. tik! tok! tik! tok!.. menghampiri masanya.. hari ni mood terganggu.. seperti gelombang yang tidak stabil.. mengapa?? oh!! aku agak stress pagi ni.. benda berlaku seperti spontan.. tak sengaja.. [maafkan saya.. tak sengaja..] tertinggi suara pada orang tua di opis.. sebab isu yang sama setiap tahun.. nak dokumen yang sama.. haishhh!! kan sama.. nape tak simpan.. mintak kat aku.. aku kene geledah bilik fail.. dalam ikut aku ke bilik fail.. aku termembebel.. dan dia.. "maaflah.. dah menyusahkan.." dan pergi meninggalkan aku bersendirian.. oh!! aku tak sengaja melukakan hatinya.. maafkan saya sekali lagi.. [sambil berzikir..]

time adinda bongsu konvo..

hari ini.. 09 Oktober 2012.. bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah.. (PMR).. berjuanglah sehabis baik adik-adik semua.. langkah kedua selepas UPSR.. walaupun ada yang mengatakan.. tak kemana PMR ni.. tapi bagi aku penting.. untuk mengorak langkah di masa depan.. GOOD LUCK NURUL ATIQAH.. moga kakak tenang-tenang menjawap exam hari ni ya.. harapan ayah ngan mak.. bagi contoh kat adik-adik ya.. aku nampak dia sentiasa berusaha.. lain dengan sikapnya semasa peperiksaan UPSR dulu.. sentiasa ada peningkatan dalam peperiksaan tahunan dan ujian bulanan.. moga berbaloi atas usahamu.. cuba yang terbaik ok!!

nota blog : kurang stabil mood hari ini.. mood bercuti untuk esok ada lah.. ;)


Isnin, Oktober 8

SYUKUR.. atas ingatan..

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! kawan-kawan.. suhu yang agak sejuk.. mendung je cuaca pagi ni.. jangan mood ala-ala mendung dah la ye.. dan seperti biasa.. MONDAY BLUES.. haishhh!! jangan!! jangan!! nanti keje tak kemana.. 

dari cik google..

entry yang patutnya dah lama aku publish.. tapi dek kerana mood berblog yang melayang-layang dan malas nak transfer gamba ke pc.. maka entry ala-ala dah basi.. tak pe kot ea.. sebagai kenangan.. bukan selalu pun dapat benda ni.. entry berkaitan COKLAT.. ada sape-sape yang tak suka atau tak makan coklat?? sila angkat tangan kanan.. macam la den nampak yo.. 

bila la nak jejak lagi ni..
dek kerana adik lelaki aku keje luar kawasan je sejak bulan 7.. merata negeri dia pergi.. dari Johor.. terus ke Penang.. lepas Penang.. ke Perlis pula.. ingat dah abis sebab dah raya time tu.. rupenya.. ke Langkawi pulak.. abis kat Langkawi.. ke Kedah pulak.. haishh!! sonok betul la kamu.. keje sambil berjalan.. dan last destinasi untuk tahun ni.. sekarang berada di Terengganu.. gamaknya sok balik sini.. jangan lupa beli kopok losong ngan kopok kering ya.. bonda dah pesan.. kalau di negeri-negeri sebelum ni.. 2 minggu sekali balik.. ada masanya, tiap-tiap minggu balik.. tapi bila di Terengganu.. siap mesej.. sebulan tak balik.. dan yang terkesan.. siapa lagi kalau bukan BONDA.. kalau berjauhan dengan abangchik ni.. bonda memang akan tanya je.. bila la abangchik nak balik.. jarang berjauhan.. tu la jadinya.. lagi 1.. anak lelaki bongsu.. sebab yang bongsu dalam adik beradik aku pempuan.. manjanya pun lain macam la..

cerita dia di Langkawi.. ni yang kami syok.. bile dia update status di FB berada di Langkawi.. hah! aku la express.. COKLAT!! COKLAT!! ahakss!! hujung minggu tu dia balik dan membawa 1 beg coklat.. yes!! dan sampai sekarang masih ada dalam peti ais.. macam-macam coklat dia beli.. sebab dia pun suka makan coklat.. benda free ni.. jangan membazir kan.. agih-agihkan sikit pada makcik.. merasa la juga kan.. coklat Langkawi.. tak sampai sana lagi pun.. dah makan coklat sana.. wah!! ayat.. tak menahan.. padahal sama je rasanya dengan coklat biasa.. zoom in coklat dari Pulau Langkawi..

mana 1 pilihan anda??
bajet coklat mahal.. 2 set dibelikan untuk kami..
suka yang dalam balang tu..
tapi kami berebut tin tu.. untuk simpan duit siling..
yang ni terlalu manis rasanya.. masih ada di peti ais..
coklat wajib jika ke LANGKAWI..

semua di atas yang utama.. banyak juga la kan?? bak kate angah.. "wah!! bangchik dah pandai shopping.. " hope sentiasa macam ni la.. ingat kat adik beradik di mana juga berada.. darah yang mengalir itu sama kan..

rasa mint-mint.. ape ntah namanya..
dark coklat ferrero..

nota blog : Al-Fatihah untuk Pak Long Mokhtar telah kembali ke Rahmatullah petang semalam.. semoga dalam golongan orang-orang yang beriman..

Jumaat, Oktober 5

30.09.2012 punya CERITA..

Salam 1 Malaysia..

dah bulan Oktober dah.. kejapnya lahai.. dah masuk 3 bulan terakhir untuk tahun ni.. alamak!! usiaku akan berganjak untuk tahun ini juga.. opsss!! dah tua la gamaknya.. tinggal bape hari lagi.. dah ready ke?? yang perlu ready untuk pertanyaan.. "bile nak kawin.." hehehe.. tu soalan biasa la.. apa lagi yang mampu aku perkatakan.. hanya mampu tersenyum dan menjawap.. "tolong doakan untuk saya.. mungkin doa kamu termakbul dari doa saya.." tu je la yang mampu aku jawap.. kan?? nak wat cam ne lagi.. usaha.. tetap la kan.. belum lagi rasanya angkat bendera putih.. hehehe.. berdoa.. setakat ni.. tak penah putus lagi.. lagi.. nak buat cam ne?? sape ada petua.. meh share dengan ku.. 

kisah hari terakhir bulan September.. hari ahad yang agak meletihkan.. mane tak nya.. 3 kenduri kawin kene pegi.. rumah pertama.. opkos la.. rumah kakak sepupu.. anak buah aku kawin.. haishh!! anak buah dah kawin tu.. makcik tak kawin lagi.. ahakss!! tak pe.. jodoh mereka dah sampai.. aku ni.. benonya dah pangkat nenek.. opsss!! nenek u.. nenek muda la erk.. sebab masih muda.. muda ke?? ahakss!! muda la.. baru 3 siri.. kan?? kan??

cantik pelamin anak buah aku ni..
Selamat Pengantin Baru Shahril & Sofea..
tak dapat tunggu pengantin.. nak ke rumah kawan baik pulak..

rumah kedua.. kawan dari sekolah menengah.. sampai la sekarang.. kira kawan berjimba di hujung minggu setiap bulan.. sorang dah berkurang.. tinggal lah kami ber empat.. 3 dara.. 1 teruna.. 21 Oktober ni.. sorang bertunang.. moga dipermudahkan segala urusan kamu ely.. tak pe.. sape dah ready.. kami doakan yang terbaik.. kawan tetap kawan kan.. hope suami dia orang OK!! moga kekal hubungan sahabat hingga ke akhir hayat..

cantik tak??
Selamat Pengantin Baru.. Zahanim & Nazrul..
ambik berkat sikit!!

ely & pja.. di pelamin..
last post..
with AMMAR..

rumah ketiga.. majlis kenduri kawin anak kawan sekerja.. perghh... umah ni aku dah tak boleh makan.. dah full tank.. cuma minum.. dah letih pun iye.. mane tak nya.. kuar rumah dari jam 9 pagi.. perghh.. berlengas badan jangan cakap.. nasib la adinda tak buat muka monyok.. dan last destinasi aku dan adinda.. ahakss!! TUTTI FRUITY.. bodek adinda yang lepas gaji.. dapat la makan eskem.. sedap..sedap..sedap.. dan akhirnya.. pulang ke rumah dengan kepenatan.. minggu ni ada 2 jemputan.. minggu depan ada 2 jemputan.. banyak dah majlis kenduri kawin bila dah dekat-dekat cuti sekolah kan.. get ready je la.. asal hujung minggu.. tak masak.. :p

selamat berhujung minggu kawan-kawan..