Khamis, Oktober 18

hanya SEMENTARA..

Salam 1 Malaysia..

lewat ber entry hari ni.. boleh pakai perkataan "ber entry" ke?? belasah je la.. ampun ya kawan-kawan.. suka suki aku je nak menaip.. kejap dah tengahari.. rasa lapar pulak.. tapi nak makan apa ya tengahari ni?? 

semalam terpaksa EL.. walaupun ada sesetengah tempat tak wujud perkataan EL.. dah nak wat cam ne.. terpaksa cuti.. asal isi borang cuti pada esok harinya.. bukan saje-saje EL.. ada hal kematian.. pada entry terdahulu.. mengenai kelahiran Oktober.. aku ada cite kisah baby pramatang.. baby boy adik sepupu aku..

gamba cik google

08 Oktober 2012 - 16 Oktober 2012.. 9 hari di pinjamkan oleh Allah swt. kepada hambaNYA.. 9 hari duduk di nicu.. dari hari pertama kelahirannya.. setiap hari ada perkembangan positif.. syukur.. aku dan yang lain gembira bila ada berita perkembangan positif dari ayah baby.. tapi.. sapalah kita untuk menahan.. Ajal.. maut.. semua di tanganNYA.. 16 Oktober jam 2.30 petang.. Muhammad Ameer Firas pergi untuk selamanya kembali kepadaNYA.. puncanya.. doktor kate paru-paru pramatang.. ayah dan ibu sangat terpana dengan pemergianmu.. ayah paling terasa.. setiap hari ayah pasti melawat kamu.. baik time keje.. baik time ayah exam.. tak pernah ayah tak melawat kamu.. tunggu ayah & ibu di Syurga..

aku risau juga pada sepupu ku itu.. malam jenazah masih ada di rumah.. di kelihatan murung.. makan tak nak.. minum tak nak.. aku lihat ada titisan air mata di pipi.. tapi lepas makcik-makcik aku nasihatkan.. barulah dia nak makan & minum.. semalam petang.. dah nampak ceria sikit.. sedikit kelegaan bagiku.. moga ayah dan ibu tenang-tenang ya..dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali.. Al-Fatihah.. Muhammad Ameer Firas..tenanglah di sana..

7 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

tabahkan hati terima dugaan. anak kecil menunggu di pintu syurga

Afasz berkata...

tabahkan hati... al fatihah

cheqna berkata...

al fatihah

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

bidadara syurga....insyaallah... semoga parents tu sabar dan tabah...

yana halim berkata...

kehilangan anak kecil ni, lain macam sedihnya nani....akak dah laluinya.. al-Fatihah. semoga ibubapanya tabah hati.

Mia Liana berkata...

al-fatihah....

LiNda berkata...

Al-fatihah..semoga ibu bape dia tabah, insyaallah semoga dkurniakan rezeki lg lepas ni.