Isnin, Disember 31

LAST day..

Salam 1 Malaysia..

31 Disember 2012.. hari terakhir tahun 2012.. itu hanya kata-kata sahaja bagi ku.. setiap hari yang ku lalui indah.. mencabar.. di bibir ku menyatakan tutup buku lama.. buka buku baru menjelang 1 Januari 2013.. tapi bagiku sama je.. tak de yang lain.. setiap hari adalah hari yang berbeza.. ke sebab aku dah makin tua? AZAM?? ermm.. lama dah tak berazam.. cume ada impian dan harapan.. azam bagi aku HARUS buat.. ahakss!! lain orang lain cara kan?? kan?? tapi belum senaraikan lagi.. apa yang aku nak capai tahun 2013.. kewangan?? HARUS stabilkan.. setelah 2012 banyak ku laburkan untuk sesuatu yang bermakna.. AZAM.. oh!! AZAM.. nak kurus kot.. ahaksss!! 10 tahun yang lepas punya azam tak tertunai-tunai tu.. BASI..



bagiku.. tahun 2012.. banyak juga impian aku tercapai.. tak semua.. tapi aku rasa lebih 50% la.. Syukur.. Alhamdulillah.. kesihatan?? on.. off.. makanan tambahan ada juga ambik sejak usia 30-an ni.. tua sudah.. ahakss!! bab lain.. apa ya.. ermmm.. bagi aku.. yang melibat kewangan.. aku akan cube.. tapi kalau ianya melibatkan ketentuanNYA.. aku pasrah.. aku hanya mampu.. berdoa.. berusaha.. tawakal.. 

yang indah 2012.. bila adinda konvo diploma.. dapat beli kura-kura.. (tambah hutang sebenarnya..) dapat bercuti dengan family & kawan-kawan.. keadaan ekonomi adik-adik stabil.. Alhamdulillah.. target 2013 yang utama bagiku.. simpanan harus stabil.. baru boleh plan apa-apa.. banyak agenda juga la untuk perabis duit 2013 akan datang ni.. haishhh!! sekarang segalanya duit.. maka kene buat buku kira-kira baru la.. 2013..

yang pahit.. kelat 2012.. ada juga.. rasa terkilan.. rasa sedih.. kerenah manusia.. mana bisa aku penuhkan kehendak mereka.. aku hanya insan biasa.. cukup bagiku.. melihat mereka gembira.. aku tumpang gembira.. 



yang ku harapkan.. semoga 2013 memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga.. walau apa juga rintangan dan dugaan hidup.. akan ku cuba yang terbaik untuk mengatasinya.. dan yang penting.. SENYUM selalu.. ceriakan harimu dengan senyuman..

kehidupan bukan senang untuk dilalui.. dihadapi.. tidak semudah yang disangka.. tidak semudah yang dituturkan.. tidak semudah yang dibicarakan.. untuk melalui kehidupan hari-hari yang mendatang.. secantik mana yang kita aturkan perjalanan hidup kita.. Allah s.w.t. telah merancang yang lebih cantik.. yang lebih indah.. yang lebih sempurna.. masa depan kita.. rahsia Allah s.w.t.

Jumaat, Disember 28

walaupun tak CANGGIH..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat terakhir tahun 2012.. lewat petang baru bersiaran di pondok usang.. bertemankan bunyi-bunyi halwa telinga.. begitu mengusik hati ini.. apakah yang terindah.. bermakna dalam hidup tahun 2012?? Alhamdulillah.. rasanya target 2012 agak tercapai.. tahun 2013 apa pula target dalam hidup?? selagi ianya tidak melibatkan hati.. perasaan orang lain.. InsyaAllah.. akan ku cuba sebaik mungkin.. yeah.. tahun depan menginjak lagi usia ini.. makin lama.. makin berusia.. kehidupan atas bumiMU ini Ya Allah.. akan ku cuba harungi..

sambung entry percutian ke Port Dickson.. agak-agak dah basi sangat dah kalau makanan.. tapi nak letak juga la.. sebagai kenang-kenangan yang indah dalam hidup.. entah akan ke sana lagi entah tidak.. aku hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah s.w.t yang menentukan..

petang hari.. bile berada di tepi pantai.. mesti jiwa ni nak tengok matahari terbenam dengan cuaca yang indah.. lepas asar.. dalam jam 6 petang.. kami dah melepak di pondok cendawan.. bersantai dengan adik-adik sepupu.. usik mengusik.. itulah kami.. suka mengusik antara satu sama lain.. orang tak ramai.. jadi pondok cendawan.. kami yang punya.. ahaksss!! meh la layan gamba sebagai kenangan..


elok nak berposing pada walkway atas air.. gerimis la pulak.. naik atas balik.. baru nak layan perasaan.. cehh!! spoil kejap..


[dua gadis Harimau Malaya..]

sambung duduk di pondok cendawan.. menunggu matahari terbenam.. dengan kamera yang tak canggih.. berusia 2 tahun lebih.. inilah hasilnya.. 


dan.. ada pula insan-insan yang kunun ala-ala romantik di petang hari.. nak juga interprem.. di sebalik matahari terbenam.. layankan..


entry yang penuh dengan gambar.. betapa indahnya milikMU ini Ya Allah.. kejadian alam.. ku coretkan sebagai kenangan.. amboi!! ada sedikit rasa jiwang pula dalam entry ni.. haishhh!!! tekan X pada yang tak berminat.. next entry.. aktiviti pagi kami.. see ya!!


Khamis, Disember 27

sunyi.. SEPI..

Salam 1 Malaysia..

fuhhh!! 4 hari lagi menjelang tahun 2013.. hari ni baru masuk keje.. sunyi dan sepi blog ni.. setelah bercuti selama 3 hari.. termasuk public holiday.. masih teringat-ingat kegembiraan masa bercuti.. bertemu kawan lama.. 10 tahun tak berjumpa.. 3 hari terasa sekejap.. hari yang dipenuhi dengan agenda.. nanti bercerita lagi hal hari bercuti panjang..

entry bercuti ke Port Dickson pun tak abis lagi.. gamaknya aktiviti bercuti hujung tahun ni sambung next year.. untuk kenangan di hari muka.. entah bila dapat bersua muka.. kali ni merancang sebaik mungkin.. Alhamdulillah.. akhirnya kami dapat bersua muka.. dengan anak-anak dan suami mereka.. seronok tak terkata.. percutian di negeri jelapang padi penutup cerita tahun 2012.. entry.. nanti-nati dulu.. hari ni nak berBW ke blog kawan-kawan.. lama tak menjenggah.. sekeping gamba buat kenangan..


Khamis, Disember 20

mengorak LANGKAH..

Salam 1 Malaysia..

redup je cuaca hari ni.. tarikh pun cantik je.. 20.12.2012.. 20122012 cantik?? berganda pulak tarikhnya.. ramai tak orang nikah hari ni?? apa ada pada nombor.. yang penting.. pengisian hari dengan amalan yang penting.. kan?? maaf kalau silap..

TAHNIAH kakak a.k.a Nurul Atiqah Bt.Jufri.. akhirnya.. dapat juga buktikan anda mampu.. Syukur.. Alhamdulillah.. 5A 2B 1C.. aku dulu pun.. takat 2A je.. ahaksss!! yang lain tak yah sebut la.. (padahal dah tak ingat..) haishhh!! teruk betul.. apa yang A dalam 5 subjek pun.. aku tak ingat sangat.. Sains.. Matematik.. A.. tapi agak hairan.. Bahasa Melayu dia boleh dapat B.. hairan aku.. padahal suka membaca.. tak pe.. ni tak pergi tuisyen berbayar ni.. kalau pergi agaknya dapat 7A kot.. tak pe kakak.. SPM nanti buat sebaik mungkin.. ni langkah pertama.. moga terus berjaya ke masa hadapan.. mak & ayah mesti bangga walaupun kakak tak dapat 8A.. nak bagi hadiah apa ya??

[bergaya dengan topi baru..]

nota blog : pulun siapkan kerja sebelum cuti panjang.. rindunya kat kawan-kawan di utara..

Selasa, Disember 18

KAMI di sini..

Salam 1 Malaysia..

hujan turun dengan lebatnya sebentar tadi beserta guruh yang kuat berdentum.. sekarang kalau tak hujan di petang hari.. hujan akan turun di malam hari.. itu anugerah Allah s.w.t. beri kepada kita.. Syukur.. Alhamdulillah.. tapi bila ada guruh.. mula la aku ketakutan.. lagi-lagi bila naik motor atau kereta.. memang mulut ni tak berenti berkumat kamit.. bukan baca jampi serapah ya.. baca ayat-ayat suci Al-Quran..

entry hari ini.. perghh.. agak suram-suram.. sesuram gamba yang ada.. sambungan entry semalam.. check in di BOUGAINVILLA RESORT.. terlajak juga bila nak ke sini.. nasib ada simpang jalan yang boleh ke situ.. kalau tak mau U-turn jauh sikit.. biasa la.. jalan di Port Dickson bila hujung minggu agak sibuk dengan musim cuti sekolah kan.. aku ni.. pemandu yang baru berjinak-jinak dengan dunia memandu kereta.. selama ni.. aku adalah pemandu motor.. 

[pintu masuk yang klasik..]

sampai dalam pukul 2.30 petang.. terus pegi ke kaunter resort.. agak mesra rakyat.. bayar apa yang patut.. di berikan kunci bilik.. aku ambik 2 family room.. 1 bilik RM220.. dua bilik RM440 + RM50 deposit.. opsss!! lupa la nak snap pict bilik.. ada 2 katil queen.. ada tv.. ada petia ais comel.. air cond.. bilik air yang cam kat rumah saiz sedang-sedang.. almari.. kira ok la.. bukan nak melepak sangat dalam bilik pun.. banyak aktiviti di pantai dan kolam je..

[persekitaran resort.. agak santai..]

dan inilah bilik yang aku menginap..

[nampak cam dah lama kan.. tapi.. Alhamdulillah.. ok..]

masuk bilik.. ape lagi.. masing-masing dah lapa.. makan!! kami dah siap bawa bekal.. nasi putih.. ayam masak kicap.. sayur kobis.. naget.. air.. simple-simple je.. asal kenyang.. lepas solat dan rehat.. ape lagi kanak-kanak riang lakukan.. BERKUBANG!! zoom in sikit!!

[kolam kanak-kanak.. tapi ape kes.. dua orang anak dara tu ada??]

di sini ada 2 kolam.. 1 tak dalam sangat.. sesuai untuk kanak-kanak.. gamba di atas.. bukan airnya hijau ya.. tapi dasar kolam di cat hijau.. ala-ala cam berlumut.. kolam dewasa time kami sampai tengah isi air.. time mereka berkubang.. dah penuh.. dan mereka berpindah ke sana.. zoom sikit!!

[naik turun keje minah sorang ni..]

[ni insan-insan yang perasan dirinya COMEL..]

lepas puas berkubang.. kami ronda-ronda ke persisiran pantai.. skodeng lokasi untuk esok pagi.. persekitaran yang menarik.. boleh datang lagi.. layan gamba sikit lagi apa yang ada di sini..


pondok ini la kami melepak di petang hari menyaksikan matahari terbenam.. InsyaAllah.. next entry.. layan gamba je dulu.. haishh!! banyak gamba la bile berjalan ni.. kalau tak.. entry tak menarik.. harap kawan-kawan tak jemu.. maaf kalau aku terlebih letak gamba.. peace yaw!!




Isnin, Disember 17

apa yang ADA??

Salam 1 Malaysia..

17 Disember 2012 Bersamaan 3 Safar 1434H..

perjalanan yang pagi menuju ke opis sangat berjalan lancar.. tapi spoil la mood pagi ni.. bile isi minyak kat Shell NKVE.. geram kat bangla tu.. tak bagi tau pam yang aku yang dah parking tu tak leh guna.. tak pasal-pasal kene undur kete.. nasib la tak de kete kat belakang tadi.. fuhhh!!!

entry patut update last week.. tapi update this week.. sebab.. biasa la.. bab transfer gamba aku sangat slow.. melainkan yang ada dalam handphone.. tu boleh la cepat.. lokasi pertama cuti-cuti malaysia 9 Disember 2012.. MUZIUM TENTERA DARAT, PORT DICKSON.. bile nak ke situ.. bangchik tanya.. apa yang ada?? dengan selambe aku menjawab.. kete kebal..

perjalanan kami bermula jam 9.30pagi.. Syukur.. Alhamdulillah.. semuanya ok.. sampai di muzium lebih kurang jam 11.15pagi.. cari parking pun agak mudah.. tapi bonda awal-awal lagi aku dah turunkan kat tempat yang paling dekat dengan tangga naik ke muzium.. tak nak bonda letih berjalan.. nanti kami semua risaukan bonda.. layan je la aksi-aksi kami di muzium..

[sila abaikan helmet di atas tu.. sape punya helmet daaaa..]

[bersemangat mendaki bondaku.. walaupun nanti parking kat tepi monumen je..]

[tarik napas dulu.. lepas mendaki.. kat sini la bonda parking & mak teh.. kami berjalan menjelajah muzium..]

[excited naik kete ni kakak & baby.. time aku nak posing.. ramai pulak orang datang nak bergamba..]

[dalam keterpaksaan pegi holiday.. dia yang bergamba sakan.. bangchik!! kemain lagi kunun nak tarik kete kebal.. berlakun je lebih!]

[yang belakang tu paling ceria pegi muzium ni.. semua tempat dia nak jelajah..]

[aksi santai dari kami bersama kete kebal..]

[kami lagi..]

[bangchik di apit 2 anak dara..]

[KAMI.. anak dara lagi.. ahakss!!]

[bodyguard holiday.. TQ apek & bangchik..]

[aksi tak boleh blah dari bangchik & baby.. berlakon je lebih!]

[dalam terowong plak.. berpeluh abis muka masing-masing..]


[bonda & mak teh setia menanti di sini.. kami menjelajah abis kawasan muzium..]

hampir 2 jam lebih kami di Muzium ni.. dalam 1.30 petang kami bergerak meninggalkan muzium menuju ke resort.. check in jam 2.00 petang.. Alhamdulillah.. dugaan yang timbul sebelum pergi bercuti dalam di selesaikan.. TQ apek.. menjadi pemandu kereta kedua.. kalau tak.. kompom anak-anak dara mak teh menangis kene tinggal..

[menuruni bukit.. menuju kereta..]

1st time jejak kaki di sini.. banyak kereta kebal, moto klasik, kapal terbang sewaktu zaman peperangan ada di sini.. banyak gambar kami di sini.. sampai tak perasan memory camera full.. entry yang penuh dengan gamba.. sape tak nak tengok.. sila tekan X di atas sebelah kanan ya.. next episod kami di resort.. see ya!

nota blog : bertahanlah selagi terdaya.. jika tak mampu.. lepaskanlah dengan rasa hormatnya.. usah disakiti hati insan kerdil ini..





Jumaat, Disember 14

dia sudah DATANG!!

Salam 1 Malaysia..

pagi Jumaat yang redup.. mendung rasanya.. semalam petang hujan kan.. pagi ni semangat bekerja tu ada.. sebab esok cuti.. fuhh!! nak merehatkan badan betul-betul.. cuti minggu lepas dan berjalan sakan.. nampak tak.. daya ketahanan badanku ini dah kurang.. dah tua?? oh!! apa ada pada angka.. tahun depan masuk usia 32 tau! terbeliak mata.. 32?? ayoooooo... makin tua.. makin tua..

konpius kejap.. tengok status Hafiz Hamidun hari bagi tau bulan Islam hari 1/2/1434H : 1 Safar 1434H.. tapi kat kalender pulak ngan surat khabar.. 30 Muharram 1434H.. mane satu yang betul ea?? ada sape boleh bantu aku..

selasa lepas dengan jayanya.. mengembalikan mood baking.. setelah lama tidak membaking.. sampai adik sepupu teruja.. ahaksss!!! nampak tak.. ada orang rindu aku membaking.. memang dah lama gile.. last baking time hari raya ari tu.. harap sangat-sangat.. mood tu akan berterusan.. selasa lepas masak kek coklat kukus.. senang je.. tak payah.. campur-campur.. gaul-gaul.. kukus.. dan hasilnya..

[agak tak cantik di tengah kan.. sebab tak balut penutup pengukus.. basah lagi tu.. dah kering jadi cam kat bawah tu.. ni masih panas lagi tau! lepas angkat..]

[taraaaaaa... kira ok la kan.. dah kering yang basah tu.. malas nak toping-toping.. makan cam tu je.. pun sodap!!]

minggu ni kalau rajin.. nak buat kek batik pulak.. lama tak makan.. nyum! nyum!

nota blog : semoga keputusan yang telah aku lakukan semalam dan malam tadi adalah yang terbaik untuk diri ini.. bukan tamak.. bukan mengejar dunia.. tapi aku ingin yang terbaik untuk diri ini demi masa depan.. Ya Allah.. KAU permudahkanlah urusan ku.. tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. Amin..



Khamis, Disember 13

selasa yang LETIH..

Salam 1 Malaysia..

cahaya matahari yang sangat cantik.. pagi hari bekerja, aku akan melihat cahaya matahari yang cantik di kala menyusuri highway Setia Alam.. memang clear la.. sebelum sampai Sekolah Tenby.. lepas tol Setia Alam pun masih kelihatan sinaran mentari yang cantik.. dek kerana ralit menyaksikan keindahan ciptaan Allah s.w.t sampai berlaki insiden yang buat aku gelak sorang-sorang dalam kereta.. 

kereta menyusur ke laluan SMARTAG.. aik! awat tak berbunyi.. sekali terpampang di skrin.. "TIADA SMARTAG" tengok smartag.. TERBALIK DAAAA.. adehhh.. undur.. betulkan smartag.. jalan.. sambil gelak sorang-sorang.. sempat lagi memerhati kete belakang.. fuhh!! lega.. ada 1 je.. kalau tak, mesti dah kene sesumpah dengan pemandu kete belakang.. awat tetibe jadi BLUR!!

selasa lepas cuti umum bagi penduduk negeri Selangor dan pekerja yang bekerja di negeri Selangor.. sempena Keputeraan Sultan Selangor.. tapi.. hari yang sangat meletihkan bagi aku.. isnin petang baru sampai rumah.. banyak kain baju kotor.. tu belum lagi kain baju yang basah.. rendam dulu dalam besen.. bagi buang pasir-pasir halus.. mandi pantai kali ni sangat best.. pasirnya yang halur.. air yang jernih.. trip yang best ke Port Dickson kali ni walaupun hanya 2 hari 1 malam.. boleh repeat balik resort tu.. sebab pantainya yang cantik dan tak ramai orang.. dari pagi sampai ke petang.. mesin basuh beroperasi.. kesian dia.. tapi aku terpaksa.. nasib la ampaian banyak.. cuaca elok di pagi hari.. kering juga separuh kain baju.. 


gambar dari google..
 
masak pun simple je hari tu.. ikan kembung goreng.. sayur taugeh dengan udang dan daun kucai.. nasi putih.. letih sangat tak larat rasanya tengahari tu nak masak macam-macam.. lepas zohor.. tetibe cam ada mood nak buat kek kukus coklat.. petang lepas Asar, adinda bongsu pegi kait buah mangga muda pulak.. ha.. ape lagi.. cicah dengan kuah rojak pulak.. ha!! lama tak makan, belasah lagi.. haishhh!!! macam-macam makan hari tu.. malam.. meragam la perut ni.. ambik!! 


makan tak ingat.. sangat sedap.. masam manis pedas.. sampai menjilat jari.. mabeles!! pada kawan-kawan yang dah request suh bawa ke opis.. kene hujung minggu ya.. nak kait buah mangga muda ni, pokoknya sangat tinggi.. kene pujuk adinda aku suh petik kan.. sabar ya kawan-kawan opis..

Rabu, Disember 12

Wordless Wednesday : 12.12.12

Salam 1 Malaysia..

Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. tarikh yang menarik hari ini.. 12.12.12. sangat la senang untuk di ingati.. ye dak?? memandangkan hari rabu.. dan dah lame tak ber entry.. maka.. inilah hasilnya..

sumber : FB

nota blog : syukur.. Alhamdulillah.. percutian 2 hari 1 malam yang indah dan happening.. entry percutian.. nanti² la ye.. gamba tak transfer lagi.. jumpa lagi!!

Khamis, Disember 6

DUGAAN yang tiba..

Salam 1 Malaysia..

minggu pertama di bulan Disember.. bape hari je lagi melangkah ke tahun 2013.. masa berlalu.. ada masanya cepat.. ada masanya lambat di rasai.. kalau kat opis.. cepat bile time busy.. lambat bile time free.. bulan ni.. bulan perabis duit yang tak berapa nak ado..

hujung minggu ni akan menuju ke Port Dickson.. InsyaAllah.. harap semuanya berjalan lancar.. merancang percutian kali ni sejak bulan Oktober.. booking bilik.. congak-congak bape orang nak join.. last-last.. ermm.. ramai yang tarik diri disebabkan.. baru tau ada exam.. dapat sambung belaja.. ada kem.. tak pe la.. yang bape kerat ni tetap teruskan.. terpaksa cancelkan 1 bilik.. nasib la pihak resort tiada halangan.. dan minggu lepas.. 1 lagi dugaan.. pakcik last minit tak dapat cuti.. adehhh.. anak-anak dah bersemangat nak bercuti.. walaupun percutian hanya 1 malam di sana.. dah lama kami tak bercuti beramai-ramai.. ni la ragamnya.. mencari pemandu.. dan sampai sekarang pemandu tersebut masih tiada kata putus.. Ya Allah.. harap sangat la pemandu dapat cuti Isnin depan.. kalau tak.. ada juga yang syahdu ni.. bilik dah booking.. susun atur perjalan dan siap.. tinggal pemandu je yang tiada kepastian..  DUGAAN.. kita hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah yang menentukan.. semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang..



nota blog : hujung bulan ada lagi 1 trip.. harap semua berjalan lancar..