Jumaat, Disember 28

walaupun tak CANGGIH..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat terakhir tahun 2012.. lewat petang baru bersiaran di pondok usang.. bertemankan bunyi-bunyi halwa telinga.. begitu mengusik hati ini.. apakah yang terindah.. bermakna dalam hidup tahun 2012?? Alhamdulillah.. rasanya target 2012 agak tercapai.. tahun 2013 apa pula target dalam hidup?? selagi ianya tidak melibatkan hati.. perasaan orang lain.. InsyaAllah.. akan ku cuba sebaik mungkin.. yeah.. tahun depan menginjak lagi usia ini.. makin lama.. makin berusia.. kehidupan atas bumiMU ini Ya Allah.. akan ku cuba harungi..

sambung entry percutian ke Port Dickson.. agak-agak dah basi sangat dah kalau makanan.. tapi nak letak juga la.. sebagai kenang-kenangan yang indah dalam hidup.. entah akan ke sana lagi entah tidak.. aku hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah s.w.t yang menentukan..

petang hari.. bile berada di tepi pantai.. mesti jiwa ni nak tengok matahari terbenam dengan cuaca yang indah.. lepas asar.. dalam jam 6 petang.. kami dah melepak di pondok cendawan.. bersantai dengan adik-adik sepupu.. usik mengusik.. itulah kami.. suka mengusik antara satu sama lain.. orang tak ramai.. jadi pondok cendawan.. kami yang punya.. ahaksss!! meh la layan gamba sebagai kenangan..


elok nak berposing pada walkway atas air.. gerimis la pulak.. naik atas balik.. baru nak layan perasaan.. cehh!! spoil kejap..


[dua gadis Harimau Malaya..]

sambung duduk di pondok cendawan.. menunggu matahari terbenam.. dengan kamera yang tak canggih.. berusia 2 tahun lebih.. inilah hasilnya.. 


dan.. ada pula insan-insan yang kunun ala-ala romantik di petang hari.. nak juga interprem.. di sebalik matahari terbenam.. layankan..


entry yang penuh dengan gambar.. betapa indahnya milikMU ini Ya Allah.. kejadian alam.. ku coretkan sebagai kenangan.. amboi!! ada sedikit rasa jiwang pula dalam entry ni.. haishhh!!! tekan X pada yang tak berminat.. next entry.. aktiviti pagi kami.. see ya!!


3 ulasan:

cweet pinky berkata...

suke gambar yanglas , memg cantek , tringin la pulak , dah lama tak g pantai kan ?

yana halim berkata...

gambo last adalah sgt cantik! suke sgt.

Cho Zila berkata...

akak tak kisah basi tak basi janji ada kenangan yang ingin dikongsikan bersama... best gak sinikan...