Sabtu, Disember 31

OSBON: jawa pun jawalah.. janji rock!!

Salam 1 Malaysia..

MARI BERGEMBIRA.. BERSAMA-SAMA.. DI MAHARAJALAWAK MEGA.. nyanyian kumpulan bawel.. i like!

malam tadi Final Maharajalawak Mega.. di Stadium Malawati, Shah Alam.. peserta yang ke final.. SYOK.. SAEHU.. OSBON & BOBOI.. peserta membuat 2 persembahan.. yang aku nantikan.. seperti biasa.. OSBON & BOBOI.. persembahan yang santai dan sangat mencuit hati.. tu yang aku suka tengok.. dan keputusannya.. adalah.. JENG! JENG! JENG! no.4. SYOK.. no.3. SAEHU.. no.2. BOBOI dan JUARA OSBON..

OSBON!! TERBAIKKKK..
JAWA PUN JAWALAH.. JANJI ROCK!!
hadiah yang di menangi oleh OSBON wang tunai berjumlah RM350,000.00 dan trofi.. BOBOI pula membawa pulang RM250,000.00 berserta trofi.. kumpulan SAEHU pula membawa pulang RM150,00.00 bersama trofi dan SYOK wang tunai RM50,000.00 dan trofi..

juri yang ada malam tadi.. cam biasa.. chef wan.. zainal abidin.. dan siti nurhaliza.. ditambah pula juri jemputan.. sang ombak rindu.. aaron aziz.. wow!! hensem betui la mamat ni.. senyuman dia.. perghhh...

NEW YEAR : NEW MYKAD??

Salam 1 Malaysia..

berita malam tadi memaparkan mykad baru di tahun 2012.. menarik!! jadi.. kene la tukar.. ada pict lagi dalam mykad.. ciri-ciri pun dan di tambah untuk faktor-faktor tertentu.. info seterusnya sila baca di bawah..

sumber : Utusan Malaysia Online

Antara ciri-ciri baru MyKad struktur baru yang akan digunakan mulai Januari 2012



KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama

KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari.

sweet sour 2011

Salam 1 Malaysia..

diam tak diam.. pejam celik pejam celik.. begitu pantas masa berlalu.. 356 hari yang berlalu tidak di sedari.. 24 jam 1 hari.. 7 hari seminggu.. Ya Allah.. syukur padaMU.. aku masih bernafas di bumi MU.. 

begitu banyak dugaan.. ujian yang telah KAU berikan padaku.. untuk aku lebih dekat denganMU.. lebih kuat dan tabah mengharungi hidup ini.. mematangkan fikiran.. meningkatkan kepercayaan diri.. ujian demi ujian.. dugaan demi dugaan.. selama ku bernafas di bumiMU 30 tahun.. aku sentiasa berdoa.. agar sentiasa di berikan kesihatan tubuh badan.. tabah menghadapi kehidupan.. berdiri di kaki sendiri.. minimakan meminta pertolongan orang lain.. di berikan kekuatan hidup.. 

yang manis aku simpan buat kenangan.. yang pahit aku buang dan buat sempadan.. peritnya kehidupan 2011 mengajar aku erti kehidupan.. walau macamana susah sekali pun.. berdiri di kaki sendiri.. semoga aku terus kuat dan tabah menghadapi kehidupan yang mendatang.. teringat lagu spring.."pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran.. pahit getir yang pernah kulalui.. guruku sejati.."

Jumaat, Disember 30

K.L.I.K! K.L.I.K! 2011

Salam 1 Malaysia..

suka duka kehidupan 2011.. terlalu banyak untuk diceritakan.. entry ni nak publish pict yang H.A.P.P.Y je.. yang sedih.. duka.. dah buang jauh-jauh.. hanya sedikit coretan di saat aku gembira.. kalau nak letak semua kang penuh pict je.. makanya aku letak pict yang paling best je la.. harap tahun depan dapat la aku tunaikan hasrat hati.. melancong!
majlis konvokesyen adik bongsu ku..
14 Jun 2011 - majlis konvokesyen adik bongsu ku di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. kat sini adik ku ambik sijil je.. diploma InsyaAllah tahun depan di Politeknik Sultan Idris Shah (Sabak Bernam).. moga maju jaya dalam bidang yang dia ambil.. pas ni nak sambung ijazah.. sendiri tanggung ye.. kakak mu nak fokus tang lain.. =)
riang ria di majlis perkahwinan adik sepupu..
4 Jun 2011 - majlis perkahwinan adik sepupu.. a.k.a anak pakcik.. Nor Azirah & Mohd. Nor Shahlan.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. time macam ni la berkumpul sepupu sepapat.. kalau tak, memang payah nak jumpa melainkan kenduri kahwin dan hari raya..
hasil air tangan ku..
yang ni plak pict hasil air tangan ku.. hobi aku tahun 2011.. main masak-masak.. try & error.. banyak resepi aku cube dari tenet.. surf.. surf.. dan surf.. cube dan cube.. tukang makan.. sape lagi.. anak-anak makcik ku.. untung ada dia orang.. dan alhamdulillah.. kebanyakkan resepiku menjadi.. yang tak menjadi masa 1st time buat apam polkadot.. bantat.. cam dodol.. tapi anak makcik ku tetap kate sedap!! nampak beno nak jaga hatiku.. =)

acara penutup 2011
25 Disember 2011 - majlis terakhir 2011.. BBQ time! happy family!! harap berterusan majlis ini sampai bila-bila.. walaupun generasi baru.. =)

Khamis, Disember 29

sekadar coretan K.A.M.I

Salam 1 Malaysia..

2011 hampir melabuhkan tahun.. 2012 bakal menjelma.. pasti banyak kenangan pahit dan manis.. tidak terkecuali aku.. dalam pahit.. ada manis.. ada getir.. bagiku tahun 2011 amat mencabar aku sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah s.w.t.

entry kali ni nak cerita time berjimba dengan klik! klik! iaitu.. K A M I.. mungkin tahun depan sorang akan ke jinjang pelamin.. tinggal lah kami bertiga.. jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t kan.. selagi kita bersama.. kita cuba bergembira dan bersama ok!


K.A.M.I di JERAM






aktiviti yang pertama tahun ni.. berlokasi di Jeram.. Aroma Ikan Bakar.. ape lagi.. makan la kan.. dah popular tempat ni.. orang KL pun ada yang datang ke sini.. katenya murah.. kalau di bandingkan dengan tempat lain.. memang agak murah la.. KAMI suka bandingkan dengan Muara Ikan Bakar Port Klang.. sini lagi murah dan sedap! nak tau lebih lanjut FACEBOOK  dan KLIK DI SINI.




K.A.M.I di STEAMBOAT




destinasi ke 2 KAMI.. Flaming Steamboat Sunway.. sedap! sedap! sedap! (cam upin ipin..) murah pun iye.. dia kira per head.. 1 kepala.. RM26.90 bagi dewasa.. bagi kanak-kanak RM9.90 (4-10 tahun).. makan lah sampai tak mau-mau ya.. sampai kenyang.. jangan kenyang sangat.. kang muntah plak.. nak tau detail.. KLIK DI SINI kalau tak silap ada 3 branch.. shah alam.. sunway.. setapak.. di shah alam baru buka.. orang kate tak banyak pilihan..


K.A.M.I di ICT



dan destinasi ke 3.. ICT.. lawak je.. dekat shah alam.. tapi baru nak terjah.. ada aku kesah?? saje cuci mate tengok lampu warna warni.. masuk untuk parking RM10 sebuah kereta.. ramainya orang.. jangan cakap la.. dari jauh pun ada yang datang semata-mata nak tengok lampu warna warni.. kanak-kanak yang paling seronok.. yang terbaru ni siap ada rumah salji lagi.. sejuk cam negara omputih yang ada salji.. mahal kot nak masuk tu.. nak tau lebih lanjut.. KLIK DI SINI.

ada juga aktiviti lain KAMI.. santai-santai je.. wayang.. tutti frutti.. jalan-jalan.. harap tahun 2012 ke lokasi yang agak menarik lagi.. dan di permudahkan segalanya.. baik dari kesihatan.. kewangan.. kelapangan masa.. InsyaAllah..

Rabu, Disember 28

IMAN brutal yang comel!! oh! cinta 3 suku..

Salam 1 Malaysia..

dengan ini.. secara rasminya.. aku dah selamat selesai baca novel.. CINTA 3 SUKU.. kelakar.. love.. sweet.. ha! campur-campur aku taip ya.. best! best! best! ada can repeat baca balik.. santai-santai je novelnya.. sekarang tengah berjuang baca novel lain.. novel apa?? tungguuuu... meh layan sinopsis..


iman brutal yang comel! sweet!!





SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Selasa, Disember 27

BBQ time!! happy family..

Salam 1 Malaysia..

3 hari bercuti.. 1 nikmat yang tak terhingga.. destinasi yang di tuju.. sekitar kampung.. tak keluar dari kawasan lagi.. badan pun tak berapa nak sihat.. bahu dan tangan kiri sangat lenguh.. risau juga penyakit lama kembali semula.. silap-silap lau pegi klinik dapat MC.. tengok cam ne minggu ni.. kalau masih sakit.. memang nak kene pegi klinik juga..

ari sabtu gerimis sepanjang hari.. aktiviti luar terpaksa di batalkan.. berseorangan di rumah.. bergolek depan tv.. layan tenet.. kepala pulak sakit dari malam.. sampai ke sabtu.. lastly.. telan gak panadol tengah malam sabtu.. coz ahad ada aktiviti yang sangat best!

AHAD!! dari pagi dah berada di dapur.. siapkan barang-barang nak BBQ malam nanti.. 3 ekor ayam.. 10 ekor ikan cencaru.. 10 ekor ikan kembung.. 4 peket hotdog @ sosej.. pakat-pakat bawa juadah dengan sepupu-sepupu.. 1 family sepupu pergi ke temerloh.. makcik dia orang buat kenduri tahlil.. balik hari.. dalam pukul 7 malam dia orang dah sampai.. menu kami malam tu ayam.. ikan.. sosej.. udang.. dipanggang.. yang lain.. tauhu sumbat.. soto.. buah-buahan.. udang goreng..

majlis bermula lepas maghrib.. sepupu sepapat semua datang.. ada besday girl lagi.. meriah! 1 family makcik kat kg. medan tak dapat datang.. tu yang sedikit ralat.. kalau tak lagi meriah.. abang-abang sepupu pun semua datang.. yang ada anak kecik je tak datang.. coz anak-anak dah tido.. siang tu ada majlis kat umah kakak sepupu sorang lagi.. majlis berkhatan.. wat makan-makan.. jemput-jemput kenalan..

SELAMAT ULANG TAHUN NURUL ATHIRAH.. YANG KE 11.. SEMOGA PANJANG UMUR.. MURAH REZEKI.. DILIMPAHI KASIH SAYANG.. JADI ANAK YANG SOLEHAH.. DI LINDUNGI ALLAH S.W.T. walaupun tahun depan dah darjah 6.. tapi umo dia muda.. coz lahir hujung tahun.. =)

besday girl with family..
tema kami kali ni.. merah hitam.. walaupun malam.. diterangi bulan dan bintang.. syukur tak hujan.. lokasi cam biasa la.. court badminton.. bercahayakan lampu jalan.. memang sesuai.. jemputan luar dari sebelah pakcik aku.. dari batu belah.. ada la 3 biji kete.. nasib la nak parking kawasan umah ni lapang.. bersepah gak kete.. apa yang penting.. kami happy!!

menu-menu kali.. macam² ada!!
HAPPY FAMILY!!
mengharapkan.. mudah-mudahan tahun depan kita boleh adakan lagi majlis sebegini.. untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kita..

Isnin, Disember 26

agak keterlaluan tak??

Salam 1 Malaysia..

baru perasan dalam paper semalam.. ada SAMSUNG GALAXY-Y cam generasi Y pulak.. rasa-rasa cam keterlaluan tak kalau di izinkan nak bagi handphone ni kat adik bongsu aku.. dah lame beno dia nak ganti handphone lame dia.. kesian pun ada.. mana ada lagi orang pakai handphone yang dia pakai dalam golongan usia dia tu.. budak-budak sekarang kan handphone canggih manggih.. harga handphone ni dalam RM500..
ape macam?? cantik tak??



aku harap sangat-sangat boleh la aku beli dan baik dia sebelum dia konvo.. harap sempat la aku simpan duit tiap-tiap bulan untuk beli handphone ni.. dan mungkin time aku beli nanti harga dah murah sikit.. berUSAHA!!

Ahad, Disember 25

HO! HO! HO! krismas datang lagi..

Salam 1 Malaysia..







HO! HO! HO! Merry Krismas!! nak hadiah! nak hadiah! alooooo.. mane nak hadiah tu.. tak de ye.. ni perayaan orang kristian.. tapi kita 1 Malaysia.. tetap sambut.. kan negara kita berbilang bangsa.. agama.. kan! HAPPY MERRY KRISMAS kepada penganut agama kristian.. EX Jurutera Jalan.. En. Patrick.. yang sekarang dah kurus.. aku mintak petua.. tak di baginya.. huhuhu.. dekut ar JJ ni.. tettttttttt!!! meh kita baca sejarah krismas..

sumber : wikipedia


Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sabtu, Disember 24

23 feb 2012??

Salam 1 Malaysia..



sama cantik.. sama padan..
Lisa & Yusry..
hari ini telah di umumkan.. yusry & lisa secara rasminya akan berkahwin tahun depan.. alhamdulillah.. maka ramailah jejaka-jejaka di luar menggeget jari ya.. mau taknya.. si gadis comel cantik.. manis.. nak berkahwin.. dengan yusry.. majlis akan diadakah pada 23 Februari 2012..  sila bawa bertenang ya.. doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..





kau rasa apa yang ku rasa??

Salam 1 Malaysia..


malam yang dingin.. ku di buai mimpi.. yang mungkin hanya mainan tidur.. namun bagiku.. ianya seperti realiti.. dalam mimpi.. ku menangis.. tidak merelakan ianya terjadi.. jelas di mata ku.. jelas dalam ingatan ku.. satu permintaan yang amat sukar untuk ku terima.. kau pinta hubungan ini berakhir di sini.. dalam sendu.. berat ku lepaskanmu.. namun ego ku mengatasi segalanya.. bibir ku menyatakan ia.. namun hati ku menyatakan tidak.. ku terjaga.. ternyata ianya hanyalah mimpi..

mungkinkah aku terlalu rindu padanya..
mungkinkah aku terlalu sayang padanya..
mungkinkah aku terlalu kasih padanya..

apakah kau rasa apa yang ku rasa?
apakah kau juga sepertiku?
kerana ego kita berdiam?
kerana ego kita tersenyum?

ku mengharap kau dapat menerimaku kembali..
kembali seperti dulu..
ada kalanya ku teringat saat kita bergembira..
tawamu.. rajukmu.. senyummu.. usikkanmu..

Ya Allah.. mampukah aku membuang semuanya..
mampukah aku bertahan dengan keadaan ini..
mengapa payah untuk aku lupakan semua ini..
andai benar dia bukan jodohku.. lupakanlah.. lenyapkanlah dia dari ingatanku..
aku rindu dirinya..


ku tuju lagu ni padamu yang jauh di kota singa..

OMBAK RINDU
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


part 2.. 2 bulan lalu..

Salam 1 Malaysia..

sambung entry lepas.. part 1..

berkampung di Hospital Sungai Buloh..
5 Hari 4 Malam..

pagi 25 Oktober 2011.. kami semua bersarapan di sekitar hospital sungai buloh.. lepas tu.. kami pulang ke rumah.. ayu tinggal kat hospital.. takut apa-apa terjadi.. dia ada.. senang nak bagi tau kami.. aku call makcik-makcik aku yang masih tak tau bonda kat hospital.. dan seperti yang aku jangka.. kedengaran tangisan dari makcik-makcik ku.. aku hanya memohon mereka mendoakan bonda kembali sihat..

waktu melawat tengahari.. ayu call bagi tau bonda kene tukar wad.. ku sangka wad biasa.. rupanya masih dalam penjagaan rapi.. wad HDW.. ayu kate ni adik wad ICU.. alhamdulillah.. aku puji doktor dan nurse kat sini.. mesra alam.. terutama di ZON KRITIKAL.. WAD ICU dan WAD HDW.. sangat mesra.. tiada kekasaran ke atas bonda.. syukur sangat-sangat.. sangat friendly.. mereka melayan bonda sebaiknya.. nurse kate bonda dah ok.. stabil.. cuma doktor tak dapat kesan ape sebenar penyakit bonda.. aku makin risau.. bonda ku berikan minum air ECPI.. bonda kate air tu pahit sangat.. orang kate kalau orang sakit minum air tu memang akan rasa pahit.. tapi aku suh bonda minum juga.. 2 hari 1 malam bonda di wad HDW..
jejantas ni la yang selalu kami skodeng bonda dari luar..
yang atas sekali.. masa bonda kat wad HDW

26 Oktober 2011.. waktu melawat tengahari.. kami lewat sampai.. kami masuk.. terus nurse kate.. "tu.. anak makcik dah sampai.." aku hairan.. rupenya bonda tak nak makan lagi.. tunggu kami datang.. minta suap.. alahai bonda.. tak pe.. kami akan bagi layanan 5 star! banyak gak bonda makan.. ayu suap.. then nurse buka report.. aku menyebok tanya.. cam ne keadaan bonda.. alhamdulillah.. bonda akan tukar wad biasa.. wad 4D.. tunggu katil kosong.. dan doktor still tak dapat kesan ape sakit bonda..



26-27 Oktober 2011.. doktor masih tak dapat kesan apa penyakit bonda.. tapi keadaan bonda dah stabil.. dah tak pakai pampers.. dah tak pakai oksigen.. alhamdulillah.. tapi masih manje.. makan nak kene suap.. ayu tunggu bonda kat hospital.. 2 malam dia tido kat hospital.. bekalan novel dan majalah.. jangan cakap.. tak pe.. asal dia rela tunggu bonda.. jantung.. nadi.. tekanan darah.. semua ok.. alhamdulillah.. petang 27 Oktober 2011 kami ingat bonda boleh balik.. rupenya tak boleh lagi.. tunggu keputusan makmal dari darah dan kahak yang terakhir.. 

hari jumaat yang mulia.. 28 Oktober 2011.. dalam kul 9 pagi.. ayu call kate bonda dah boleh balik.. aku ingat kene tunggu time melawat.. so.. sempat la lipat kain semua.. alih-alih ayu call lagi.. cepat! dah boleh balik bila-bila masa.. aku ngan angah siap-siap.. nak ambik bonda ngan ayu.. jumpa doktor dan nurse.. tanya apa sebenar penyakit bonda.. dan doktor kata bonda ada jangkitan kuman pada paru-paru.. doktor bagi 2 appoiment.. 4 November 2011 datang ambik darah dan x-ray.. 11 November 2011 datang tengok keputusan.. alhamdulillah.. semua ok.. dan sekarang cume checkup kat klinik kesihatan meru.. aku mengharapkan semua kembali sihat seperti biasa..
ruang legar menunggu kereta time discharge..

Ya Allah.. Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku.. panjangkanlah usianya.. murahkanlah rezekinya.. limpahkanlah dengan kasih sayang.. dan sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah..

2 bulan lalu.. part 1

Salam 1 Malaysia..

PART 1..

24 Oktober 2011.. tarikh yang tidak mungkin aku lupa.. penuh dengan debaran.. takut.. resah.. gelisah.. tidak ku sangka.. tidak ku duga.. dari demam biasa selama hampir seminggu.. bonda boleh masuk hospital dan masuk wad ICU.. wad HDW dan seterusnya wad biasa.. 5 hari 4 malam yang membuat jiwaku tak keruan.. 

pagi isnin 24 Oktober 2011.. bonda macam tak bagi aku pegi keje.. berulang kali dia tanya.. "nak pegi keje ke.." dan jawapan aku pasti "a'a.. nak pegi keje.. nape.." bonda hanya menjawab "badan tak selesa.. anta pegi hospital boleh?" dalam hati.. aik! kenapa lak nak minta anta pegi hospital ni.. dan aku menjawab.."kita pegi klinik kesihatan meru dulu ya.." akhirnya bonda setuju.. angah dan aku anta pegi klinik kesihatan meru..

lepas MA check.. dia kate demam biasa.. ambik darah.. air kencing.. semua ok.. tekanan darah tinggi sikit sebab demam.. dan MA suruh ambik umat kat unit farmasi.. angah dan aku pun cadang pegi keje.. bonda pun setuju.. bonda kami tinggalkan di rumah makcik..

dalam pukul 11 lebih.. makcik dah call kate bonda muntah.. time tu keje kat opis punyalah banyak.. dah dekat hujung tahun.. semua sebutharga nak cepat.. tak sampai setengah jam.. makcik call semula kate bonda dah biru.. pucat.. aduhai.. tak keruan di buatnya.. kemas meja ala kadar.. pesan kat adik kat sini.. bawa moto pun dah tak keruan.. kepala dok fikir nak cepat sampai rumah..

1 petang.. azan zohor berkumandang.. aku sampai kat rumah makcik.. Ya Allah.. terkejut aku tengok bonda saat tu.. biru.. menggigil.. tapi masih sedar dan bagi respon.. semua dah menangis.. nasib waktu tu budak-budak cuti sekolah.. anak-anak jagaan makcik aku tak de masa tu.. kalau ada.. mesti kalut.. dia orang pun mesti menangis.. Allah masih nak tolong aku.. saat itu.. abang sepupu sampai rumah makcik tepat pada masanya.. saat kami memerlukannya.. call ambulans.. dia orang tak nak datang.. alasan.. kes demam.. kami tak layan.. HUH! sakit hatiku.. abang sepupu call abangnya.. sampai je terus bawa bonda ke klinik an-nur.. doktor kate sebab bonda muntah yang menyebabkan bonda menggigil.. doktor kate bonda kurang air.. doktor suntik bonda.. doktor request admit hospital.. doktor buat surat.. dan aku decide anta bonda ke hospital sungai buloh..

dalam pukul 3 lebih.. kami sampai di hospital sungai buloh.. bahagian kecemasan.. masuk bilik MA.. ambik tekanan darah.. ambik darah.. pegi ke kaunter pendaftaran.. ambik nombor dan tunggu.. bonda masa tu.. dah lembik.. tak bermaya.. mata terpejam.. badan berpeluh.. berpeluh mungkin sebab suntikan doktor di klinik an-nur.. sesungguhnya saat tu.. aku mula berserah pada Allah.. berdoa.. moga Allah panjangkan umur bonda.. agak lama aku menunggu giliran bonda.. doktor semua pegi ke ZON KRITIKAL.. ada kes kecemasan.. aku makin risau bile bonda lemah.. kaki pun dah tak larat angkat masa kat kerusi roda.. dalam 1 jam lebih aku menunggu.. dan akhirnya.. turn bonda..

doktor perempuan di dalam.. bonda lemah.. mata terpejam.. puas aku kejutkan.. gerakkan badan.. tapi mata tetap tertutup.. jenuh doktor panggil.. alasannya.. mengantuk.. doktor check tekanan darah.. TURUN! doktor check 2 kali.. akhirnya doktor suruh kami pegi ke bilik mula-mula kami pergi.. ambik semula tekanan darah dan sample darah.. lepas tu masuk semula ke bilik doktor.. doktor wat pemeriksaan lagi.. doktor hairan.. tekanan darah turun mendadak.. dan doktor suspek bonda DEMAM DENGGI.. doktor terus call bahagian ZON KRITIKAL.. datang staff nurse.. tolak bonda masuk zon kritikal.. bila bonda di atas katil.. aku dan angah disuruh ke bilik waris.. aku dah resah gelisah.. selawat.. al-fatihah dan ayat kursi tak lepas dari mulut..

terus aku call along.. makcik.. apek.. angah terus call bangchik.. dah tak tau nak buat apa saat itu.. jiwa tak tenteram.. hati makin gelisah.. bile tengok doktor.. nurse.. MA kerumun kat bonda.. hanya yang kedengaran.. "makcik.. apa nama.." risau bukan kepalang.. Allah je yang tau saat itu.. hatiku bagai nak pecah.. sorang demi sorang doktor pakar turun.. aku makin risau.. risau yang tak pernah aku alami.. sangat-sangat risau.. dalam tak sedar.. bilik bersebelahan dengan bilik waris.. terpampang.. bilik mayat sementara.. Ya Allah.. kuatkanlah hati hambaMU ini.. janganlah benda buruk berlaku waktu ini.. aku masih belum bersedia..

sorang doktor datang dan beritahu aku dan angan.. "kami suspek mak kamu demam denggi.. dan agak kritikal.. tapi kita tak comfirmkan lagi sebab kene tengok tekanan darah.. buat sama sekarang.. tekanan darah mak kamu sangat rendah.. 75.. orang normal 120.. jadi fikirkan lah.. berdoa dan tawakal.. nasib baik darah kuning dia stabil.. dan dia masih sedar.. kami dah bagi ubat.. dan buat ape yang patut.. kita tengok setengah jam lagi.. apa respon dia.. banyak-banyak berdoa.." bagai hampir gugur jantung ku saat itu.. KRITIKAL..terus call makcik.. along.. apek.. then mintak tolong apek ambik ayu.. saat itu tatau nak cakap.. time maghrib.. azan sedang berkumandang.. Ya Allah.. panjangkanlah usia bondaku.. selamatkanlah bondaku..

setengah jam kemudian.. sorang doktor berketurunan india datang kepada kami.. dia bagi tau bonda stabil.. tapi masih kritikal.. doktor suspek bonda kene denggi.. doktor kate bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. perlu perhatian.. doktor suruh aku ke kaunter pendaftaran ambik borang bonda masuk wad.. lepas dah ambik dan anta form kat MA.. dalam jam 8.00 malam bonda di keluarkan dari zon kritikal..

jam 8.00 malam.. bonda di tolak ke lif.. aku dan angah ikut sama.. sorang MA dan sorang doktor pelatih ada bersama bonda.. bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. aku masih dalam tidak keruan.. call sana.. call sini.. kalut! orang yang terakhir aku bagi tau.. ayu.. adik bongsu ku.. sebab.. dia ada test esok hari.. dek kerana tak sampai hati memikirkannya.. harus bagi tau.. takut aku di salahkan nanti.. abangchik sampai dalam 8.15 malam.. along sampai dalam 8.30 malam.. lebih kurang 8.45 malam kami di benarkan masuk jumpa bonda.. berdua-dua.. dalam pukul 9 lebih.. makcik.. pakcik.. abang sepupu sampai.. berkampung kami depan wad ICU.. ayu orang paling last sampai.. dalam pukul 11.00 malam.. nasib mak guard bagi masuk.. lega.. dapatlah kami jumpa bonda.. Alhamdulillah.. bonda stabil.. nak makan roti ngan minum milo.. dalam lega masih dalam kerisauan.. malam tu kami tido di hospital.. cuma along yang balik.. sebab anak-anak.. kami tido di bilik waris.. agak selesa.. alhamdulillah..

untuk pertama kalinya..
sambung di entry part 2..



Jumaat, Disember 23

FINISH! pergilah air mata..

Salam 1 Malaysia..

PERGILAH AIR MATA.. selesai juga aku membacanya.. bak kate bonda.. mengaji.. ahaksss.. mane taknya.. aku pegang 1 novel.. adik aku pegang 1 novel.. bonda layan tv sorang-sorang.. =)
novel ni bagi aku cam berat gak jalan ceritanya.. banyak mood sedih dari happy.. tapi aku menten tak kuarkan air mata.. mimik muka je kot yang terpamer.. beremosi sungguh! kisah badrul dan sabrina yang terpaksa nikah secara paksa.. puncanya.. tangkap basah.. tersilap masuk bilik di chalet.. nak tau seterusnya.. sila la baca PERGILAH AIR MATA..

PERGILAH AIR MATA : HANNI RAMSUL






Siponsis :
 
" Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL "

sumber : pergilah air mata

Khamis, Disember 22

NADIA : selamat ulang tahun..

Salam 1 Malaysia..

22 Disember 2011.. genap usiamu 26 tahun.. Selamat ulang Tahun.. Semoga Panjang Umur.. Murah Rezeki.. Dipermudahkan Segala Urusan.. Di Limpahi Kasih Sayang.. Sentiasa Dalam LindunganNYA.. Nur Nadia Mohd Syukur.. 
inilah dia.. besday girl.. ngan dak akid bam! bam!

sempena besday dia ari ni.. dia dah belanja kami dengan kek secret recepi.. sedap! sedap! sedap! TIRAMISU CAKE.. 1st time aku makan.. sedap! tak manis.. dan tak banyak krim.. leh la beli time besday bonda nanti..



taraaaaaaaaaa.. ini lah kek nya.. ape macam??

snap dari atas.. simple.. tapi cun!!
baru aku perasan.. aku dan kawan-kawan rapat di opis punya persamaan.. apakah?? tarikh lahir kami.. tapi berbeza bulan..  aku dan nadia.. 22hb.. yana, alina dan  kak kam.. 23hb.. see! hehehe.. patutlah kami boleh bersama.. dalam tak sedar.. segalanya ketentuan Allah s.w.t. semoga hubungan persahabatan kita berkekalan.. Amin..

taklimat PLUS ujian darah..

Salam 1 Malaysia..

rentetan dari entry semalam.. SBPA semalam petang selesai sudah mendengar taklimat SBPA.. dengan kata lain.. kene juga tandatangan surat pilihan.. sebab.. pilihan yang di berikan.. menunjukkan harus juga tandatangan.. kalau tidak.. resign.. oh!! aku masih muda untuk itu.. hutang piutang masih banyak.. bagaimana harus resign.. SSM oh! SBPA.. redah je la.. ape lagi nak bikin.. demi mencari rezeki yang halal.. harap nasib menyebelahi diriku ini..

SSM atau SBPA??


selain taklimat SBPA.. pihak pentadbiran opis buat ujian darah.. apa kene mengena, taklimat dan darah? ujian darah di buat untuk sistem HRMIS.. nak tau jenis darah.. kalau nak dapat info dari staff.. alamat tak terisi la ruang jenis darah dalam HRMIS.. biasa la.. kalau yang memang tau.. ok.. yang tak penah tau dan tak nak ambik tau.. (aku la tu..) kang tak pasal-pasal salah masuk darah kalau jadi apa-apa kan.. pas ni.. just klik HRMIS je kalau masuk hospital.. segala kuar.. GL.. maklumat peribadi.. macam-macam..

nampak tak.. kene beratur..
nasib sambutan menggalakkan..




macam-macam reaksi wajah masa nak ambik darah.. bukan banyak pun.. sikit je.. ada yang pucat.. siap ada yang menangis lagi tau! jangan ketawa.. ingat dah beso-beso.. tak de yang menangis.. tapi tengok kawan aku ni.. steady je.. siap tengok jarum di cucuk lagi.. steady la bro..

taraaaaaaa... tengok lengan aku.. ngam-ngam kat pelipat dia ambik..
nasib tak berdarah.. dah le awak lasak..

apa juga keputusannya.. tandatangan atau tidak.. kita tunggu cuepacs punya keputusan.. masih punya masa untuk berfikir.. SSM atau SBPA.. renung dan fikir sejenak..

MARI! MARI! not baru.. syiling baru..

Salam 1 Malaysia..

mari! mari! tengok.. not baru.. syiling baru.. cantik kan?? menarik warna dan corak dia.. yang paling menarik.. RM20.. warna kuning woo.. sangat cantik! tak sabo nak ada duit ni.. duit syiling pun design baru.. cantik! cantik! cantik!

SUMBER : HARIAN METRO
inilah dia.. Not & Syiling Baru..

BNM perkenal not, syiling baru

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.


Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.


Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.


Rabu, Disember 21

SBPA oh! SBPA

Salam 1 Malaysia..

minggu ni.. ramai yang keliru dengan sistem baru untuk Penjawat Awam.. tak lain tak bukan SBPA.. aduhai.. ramai penjawat awam keliru.. serba salah.. serba tak kene dengan SBPA.. mane tak nya.. ada PRO dan KONTRA.. SBPA = Saraan Baru Perkhidmatan Awam..

Jabatan Perkhidmatan Awam








Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam






Cuepacs
sekarang ni rata-rata penjawat awam tersepit di tengah-tengah.. mane tak nya.. Cuepacs kate jangan tandatangan surat pilihan.. KPPA suruh tandatangan.. sebab tempoh untuk buat pilihan sehingga hujung tahun 2011.. tapi kami penjawat awam yang nak tandatangan pilihan ni haruslah paham.. isi kandungannya.. tak kan nak tandatangan dan setuju buta-butakan.. petang ni.. kat opis aku ada taklimat mengenai SBPA ni.. harap aku paham dan boleh buat pilihan.. sama ada perlu tandatangan ataupun tidak.. jangka hayat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam masih lama masih jauh untuk ke arah pencen.. 60 tahun ke?? oh!! mampukah aku?? SBPA oh! SBPA..

Selasa, Disember 20

masih dapat ke?

Salam 1 Malaysia..

selak-selak paper hari ni.. tetibe terpandang ruangan bisnes yang cam menarik.. selalu tang bisnes.. terus je skip.. tapi hari ni.. dua kali pandang.. tahun ni tak excited la gamaknya.. sebabnya.. aku dah tutup saham.. tapi ada gak kebaikkannya.. dulu aku buat saham asb-maybank.. dek kerana keadaan agak terdesak nak siapkan istana takeshi.. aku jual semua saham aku.. banyak bagi aku.. mungkin sikit pada korang.. lebih kurang 30K.. sedih..sedih..sedih.. (cam upin ipin..)

Pengagihan Pendapatan 2011  : 7.65 sen seunit : bonus 1.15 sen seunit

tengok pengagihan pendapatan 2011 ni.. pendapatan seunit 7.65 sen.. bonus 1.15 sen.. hasilnya.. 8.80 sen.. seunit ya kawan-kawan.. lebih kurang je rasanya cam tahun lepas.. tahun lepas 7.5 sen seunit untuk pendapatan dan bonus 1.15 sen seunit.. kira ada untung tahun ni la ye.. agak-agak tahun ni aku masih ada dividen ke erk?? jeng! jeng! jeng! kene update buku la bulan 1 nanti.. ada rezeki.. ada la.. aku stop dari saham lebih kurang bulan 3.. kot la ada dalam RM200 ke.. jadi la.. keh! keh! mood masih mengharap.. 


BERITA HARIAN METRO :
KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.

“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit.


“Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.

“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.


Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.

Isnin, Disember 19

cerita sekeping gamba..

Salam 1 Malaysia..







cerita sekeping gamba.. terserlah keceriaan.. kegembiraan.. seperti hatiku hari ini.. YES!! aku berjaya mencari sesuatu yang menarik di masa ini.. rasanya cam puas hati.. 2 minggu meng explore.. ape yang aku nak.. dan aku dapat.. kira puas hati.. pas ni.. tak yah nak edit ke ape.. cukup bagiku di saat ini..

aku.. coklat & perut..

Salam 1 Malaysia..

hujung minggu yang penuh dengan aktiviti.. ape macam?? happy ke tak happy? hujung minggu di musim cuti sekolah penuh dengan jemputan kenduri kahwin.. majlis berkhatan.. dan macam-macam lagi.. minggu ni 1 jemputan kenduri kahwin.. 1 jemputan majlis berkhatan.. memandangkan majlis berkhatan anak sedara kakak sepupu... maka majlis kenduri kahwin aku pergi malam minggu.. 

majlis perkahwinan adik kawan rapatku.. SELAMAT PENGANTIN BARU IMAAN & INA.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
opss!! terlupa.. 1 jemputan majlis perkahwinan di Melaka.. tapi maaf.. aku tak dapat pergi.. majlis perkahwinan kawan maya ku.. SELAMAT PENGANTIN BARU ROZILAWATY & ZAIDI.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

majlsi berkhatan pula di bukit kerayong.. pegi pagi ahad.. makan-makan dan pulang.. ole-ole tetap ada.. menjadi kebiasaan.. setiap majlis tak kira cukur jambul.. berkhatan.. majlis perkahwinan.. mesti ada buah tangan.. "orang berbudi kita berbahasa.. orang memberi kita merasa.."

2 hari juga aku makan coklat.. muahaha.. kenduri coklat.. angah balik keje bawa 1 kotak coklat..tu.. tu.. coklat yang kat bawah ni.. CADBURY.. sedapppp!!! pelik la juga.. awatnya dia bawa coklat 1 kotak ni.. murah hati betul.. rupenya.. lagi 3 bulan nak expired.. lambat lagi la juga.. untuk di pasarkan di pasaraya dah tak boleh.. tu pasal angah bawa balik.. kami la yang makan.. 

see.. CADBURY CHOCETTES DAIRY MILK..















tatau la bile coklat ni boleh abis.. ada lagi setengah kotak tu.. yang paling happy opkos adik bongsuku.. hari-hari makan.. kang sembelit baru tau.. febret betul dia ngan coklat.. tiada istilah jemu.. lagi-lagi FREE.. jangan jeles tau!

berseni tak aku snap pict? hehehe.. perasan!

patut ke macam ni??

Salam 1 Malaysia..

pagi-pagi dah baca paper.. terbaca 1 artikel yang tatau nak cakap ape.. terkedu pun iye.. mane taknya.. seorang bapa dipercayai merekrut 2 orang anak mencuri kereta.. bijak tak bertempat nampaknya.. Ya Allah.. minta di jauhkan keturunanku cam ni.. 

sumber : Harian Metro
" KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.
Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

“Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri.
 “Polis juga menjumpai geran Proton Wira daripada suspek,” katanya pada sidang media di IPK, semalam.  "
 sumber : Harian Metro

Ahad, Disember 18

LOMPAT TIKAM??

Salam 1 Malaysia..

apa sejarahnya nama makanan ni yang diberi nama lompat tikam?? namanya agak pelik bukan.. tapi tu la realiti.. sejenis nama kuih.. LOMPAT TIKAM.. bagiku ianya seperti bubur sum sum.. cuma ianya punya 2 warna.. hijau dan putih.. bubur sum sum 1 warna.. putih.. biasanya bubur sum sum di buat selepas acara majlis perkahwinan..

benonya nak cite.. aku dah cube makan kuih ni.. rasanya lebih kurang bubur sum sum la.. aku beli kat kedai makan.. regenya RM2 je.. 1 bekas kat bawah ni.. kalau simpan dalam peti ais dan makan.. sedap!! pagi-pagi kedai makan tu dah jual lompat tikam ni.. masa aku beli.. dah nak abis dah kuih ni.. len kali nak beli lagi la.. sedap!


inilah dia.. kuih LOMPAT TIKAM

" Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung. "

sesiapa yang nak mencuba kuih lompat tikam ni.. sila KLIK DI SINI. selamat mencuba!

Sabtu, Disember 17

tahukah anda??

Salam 1 Malaysia..

tahukah anda?? kaabah sebenarnya dicuci dengan menggunakan air zam zam.. betapa sucinya.. bangunan paling suci itu.. aku nak kongsi dengan korang info mengenai hal ini..


Kaabah Yang Suci
reka bentuk Kaabah




" MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.
Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.

Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.
Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun - pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.
Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.
Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.
Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji. "

Jumaat, Disember 16

iPhone 4s!!

Salam 1 Malaysia..

malam tadi siap ada lintas langsung lagi.. majlis pelancaran iphone 4s.. dahsat kan.. punyalah ramai orang yang datang untuk majlis pelancaran iphone 4s di Malaysia.. ada yang dapat FREE lagi.. syok nya.. sape la yang nak bagi aku iphone 4s ni.. muahahaha.. untung benar kalau dapat free.. mahai betul!! idak le mampu nak beli semata-mata iphone 4s ni.. tapi lau orang bagi.. aku ambik!! (^_^)

ni le rupenya iPhone 4s tu.. amatlah cantik.. elegan gitu..
harga iphone 4s ni.. pelbagai.. ikut bape GB.. paling kecik kalau tak silap 16GB.. paling beso kalau tak silap 64GB.. perghhh.. dahsat betul la.. dah tu.. ikut warna plak.. warna putih lain.. warna hitam lain.. tapi kalau citarasa aku.. opkos warna hitam kan.. nampak elegan gitu.. kalau nak tau terperinci.. KLIK DI SINI.