Ahad, Disember 18

LOMPAT TIKAM??

Salam 1 Malaysia..

apa sejarahnya nama makanan ni yang diberi nama lompat tikam?? namanya agak pelik bukan.. tapi tu la realiti.. sejenis nama kuih.. LOMPAT TIKAM.. bagiku ianya seperti bubur sum sum.. cuma ianya punya 2 warna.. hijau dan putih.. bubur sum sum 1 warna.. putih.. biasanya bubur sum sum di buat selepas acara majlis perkahwinan..

benonya nak cite.. aku dah cube makan kuih ni.. rasanya lebih kurang bubur sum sum la.. aku beli kat kedai makan.. regenya RM2 je.. 1 bekas kat bawah ni.. kalau simpan dalam peti ais dan makan.. sedap!! pagi-pagi kedai makan tu dah jual lompat tikam ni.. masa aku beli.. dah nak abis dah kuih ni.. len kali nak beli lagi la.. sedap!


inilah dia.. kuih LOMPAT TIKAM

" Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung. "

sesiapa yang nak mencuba kuih lompat tikam ni.. sila KLIK DI SINI. selamat mencuba!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kuih paling kejam ni...kuih lompat tikam...hahhahahaa

AdaM Hawa berkata...

ko rasa dulu beb.. sedap ke tak sedap.. cari jangan tak cari erk.. :D