PART 1..
24 Oktober 2011.. tarikh yang tidak mungkin aku lupa.. penuh dengan debaran.. takut.. resah.. gelisah.. tidak ku sangka.. tidak ku duga.. dari demam biasa selama hampir seminggu.. bonda boleh masuk hospital dan masuk wad ICU.. wad HDW dan seterusnya wad biasa.. 5 hari 4 malam yang membuat jiwaku tak keruan..
pagi isnin 24 Oktober 2011.. bonda macam tak bagi aku pegi keje.. berulang kali dia tanya.. "nak pegi keje ke.." dan jawapan aku pasti "a'a.. nak pegi keje.. nape.." bonda hanya menjawab "badan tak selesa.. anta pegi hospital boleh?" dalam hati.. aik! kenapa lak nak minta anta pegi hospital ni.. dan aku menjawab.."kita pegi klinik kesihatan meru dulu ya.." akhirnya bonda setuju.. angah dan aku anta pegi klinik kesihatan meru..
lepas MA check.. dia kate demam biasa.. ambik darah.. air kencing.. semua ok.. tekanan darah tinggi sikit sebab demam.. dan MA suruh ambik umat kat unit farmasi.. angah dan aku pun cadang pegi keje.. bonda pun setuju.. bonda kami tinggalkan di rumah makcik..
dalam pukul 11 lebih.. makcik dah call kate bonda muntah.. time tu keje kat opis punyalah banyak.. dah dekat hujung tahun.. semua sebutharga nak cepat.. tak sampai setengah jam.. makcik call semula kate bonda dah biru.. pucat.. aduhai.. tak keruan di buatnya.. kemas meja ala kadar.. pesan kat adik kat sini.. bawa moto pun dah tak keruan.. kepala dok fikir nak cepat sampai rumah..
1 petang.. azan zohor berkumandang.. aku sampai kat rumah makcik.. Ya Allah.. terkejut aku tengok bonda saat tu.. biru.. menggigil.. tapi masih sedar dan bagi respon.. semua dah menangis.. nasib waktu tu budak-budak cuti sekolah.. anak-anak jagaan makcik aku tak de masa tu.. kalau ada.. mesti kalut.. dia orang pun mesti menangis.. Allah masih nak tolong aku.. saat itu.. abang sepupu sampai rumah makcik tepat pada masanya.. saat kami memerlukannya.. call ambulans.. dia orang tak nak datang.. alasan.. kes demam.. kami tak layan.. HUH! sakit hatiku.. abang sepupu call abangnya.. sampai je terus bawa bonda ke klinik an-nur.. doktor kate sebab bonda muntah yang menyebabkan bonda menggigil.. doktor kate bonda kurang air.. doktor suntik bonda.. doktor request admit hospital.. doktor buat surat.. dan aku decide anta bonda ke hospital sungai buloh..
dalam pukul 3 lebih.. kami sampai di hospital sungai buloh.. bahagian kecemasan.. masuk bilik MA.. ambik tekanan darah.. ambik darah.. pegi ke kaunter pendaftaran.. ambik nombor dan tunggu.. bonda masa tu.. dah lembik.. tak bermaya.. mata terpejam.. badan berpeluh.. berpeluh mungkin sebab suntikan doktor di klinik an-nur.. sesungguhnya saat tu.. aku mula berserah pada Allah.. berdoa.. moga Allah panjangkan umur bonda.. agak lama aku menunggu giliran bonda.. doktor semua pegi ke ZON KRITIKAL.. ada kes kecemasan.. aku makin risau bile bonda lemah.. kaki pun dah tak larat angkat masa kat kerusi roda.. dalam 1 jam lebih aku menunggu.. dan akhirnya.. turn bonda..
doktor perempuan di dalam.. bonda lemah.. mata terpejam.. puas aku kejutkan.. gerakkan badan.. tapi mata tetap tertutup.. jenuh doktor panggil.. alasannya.. mengantuk.. doktor check tekanan darah.. TURUN! doktor check 2 kali.. akhirnya doktor suruh kami pegi ke bilik mula-mula kami pergi.. ambik semula tekanan darah dan sample darah.. lepas tu masuk semula ke bilik doktor.. doktor wat pemeriksaan lagi.. doktor hairan.. tekanan darah turun mendadak.. dan doktor suspek bonda DEMAM DENGGI.. doktor terus call bahagian ZON KRITIKAL.. datang staff nurse.. tolak bonda masuk zon kritikal.. bila bonda di atas katil.. aku dan angah disuruh ke bilik waris.. aku dah resah gelisah.. selawat.. al-fatihah dan ayat kursi tak lepas dari mulut..
terus aku call along.. makcik.. apek.. angah terus call bangchik.. dah tak tau nak buat apa saat itu.. jiwa tak tenteram.. hati makin gelisah.. bile tengok doktor.. nurse.. MA kerumun kat bonda.. hanya yang kedengaran.. "makcik.. apa nama.." risau bukan kepalang.. Allah je yang tau saat itu.. hatiku bagai nak pecah.. sorang demi sorang doktor pakar turun.. aku makin risau.. risau yang tak pernah aku alami.. sangat-sangat risau.. dalam tak sedar.. bilik bersebelahan dengan bilik waris.. terpampang.. bilik mayat sementara.. Ya Allah.. kuatkanlah hati hambaMU ini.. janganlah benda buruk berlaku waktu ini.. aku masih belum bersedia..
sorang doktor datang dan beritahu aku dan angan.. "kami suspek mak kamu demam denggi.. dan agak kritikal.. tapi kita tak comfirmkan lagi sebab kene tengok tekanan darah.. buat sama sekarang.. tekanan darah mak kamu sangat rendah.. 75.. orang normal 120.. jadi fikirkan lah.. berdoa dan tawakal.. nasib baik darah kuning dia stabil.. dan dia masih sedar.. kami dah bagi ubat.. dan buat ape yang patut.. kita tengok setengah jam lagi.. apa respon dia.. banyak-banyak berdoa.." bagai hampir gugur jantung ku saat itu.. KRITIKAL..terus call makcik.. along.. apek.. then mintak tolong apek ambik ayu.. saat itu tatau nak cakap.. time maghrib.. azan sedang berkumandang.. Ya Allah.. panjangkanlah usia bondaku.. selamatkanlah bondaku..
setengah jam kemudian.. sorang doktor berketurunan india datang kepada kami.. dia bagi tau bonda stabil.. tapi masih kritikal.. doktor suspek bonda kene denggi.. doktor kate bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. perlu perhatian.. doktor suruh aku ke kaunter pendaftaran ambik borang bonda masuk wad.. lepas dah ambik dan anta form kat MA.. dalam jam 8.00 malam bonda di keluarkan dari zon kritikal..
jam 8.00 malam.. bonda di tolak ke lif.. aku dan angah ikut sama.. sorang MA dan sorang doktor pelatih ada bersama bonda.. bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. aku masih dalam tidak keruan.. call sana.. call sini.. kalut! orang yang terakhir aku bagi tau.. ayu.. adik bongsu ku.. sebab.. dia ada test esok hari.. dek kerana tak sampai hati memikirkannya.. harus bagi tau.. takut aku di salahkan nanti.. abangchik sampai dalam 8.15 malam.. along sampai dalam 8.30 malam.. lebih kurang 8.45 malam kami di benarkan masuk jumpa bonda.. berdua-dua.. dalam pukul 9 lebih.. makcik.. pakcik.. abang sepupu sampai.. berkampung kami depan wad ICU.. ayu orang paling last sampai.. dalam pukul 11.00 malam.. nasib mak guard bagi masuk.. lega.. dapatlah kami jumpa bonda.. Alhamdulillah.. bonda stabil.. nak makan roti ngan minum milo.. dalam lega masih dalam kerisauan.. malam tu kami tido di hospital.. cuma along yang balik.. sebab anak-anak.. kami tido di bilik waris.. agak selesa.. alhamdulillah..
untuk pertama kalinya.. |
sambung di entry part 2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan