suka duka kehidupan 2011.. terlalu banyak untuk diceritakan.. entry ni nak publish pict yang H.A.P.P.Y je.. yang sedih.. duka.. dah buang jauh-jauh.. hanya sedikit coretan di saat aku gembira.. kalau nak letak semua kang penuh pict je.. makanya aku letak pict yang paling best je la.. harap tahun depan dapat la aku tunaikan hasrat hati.. melancong!
majlis konvokesyen adik bongsu ku.. |
14 Jun 2011 - majlis konvokesyen adik bongsu ku di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. kat sini adik ku ambik sijil je.. diploma InsyaAllah tahun depan di Politeknik Sultan Idris Shah (Sabak Bernam).. moga maju jaya dalam bidang yang dia ambil.. pas ni nak sambung ijazah.. sendiri tanggung ye.. kakak mu nak fokus tang lain.. =)
riang ria di majlis perkahwinan adik sepupu.. |
4 Jun 2011 - majlis perkahwinan adik sepupu.. a.k.a anak pakcik.. Nor Azirah & Mohd. Nor Shahlan.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. time macam ni la berkumpul sepupu sepapat.. kalau tak, memang payah nak jumpa melainkan kenduri kahwin dan hari raya..
hasil air tangan ku.. |
yang ni plak pict hasil air tangan ku.. hobi aku tahun 2011.. main masak-masak.. try & error.. banyak resepi aku cube dari tenet.. surf.. surf.. dan surf.. cube dan cube.. tukang makan.. sape lagi.. anak-anak makcik ku.. untung ada dia orang.. dan alhamdulillah.. kebanyakkan resepiku menjadi.. yang tak menjadi masa 1st time buat apam polkadot.. bantat.. cam dodol.. tapi anak makcik ku tetap kate sedap!! nampak beno nak jaga hatiku.. =)
acara penutup 2011 |
25 Disember 2011 - majlis terakhir 2011.. BBQ time! happy family!! harap berterusan majlis ini sampai bila-bila.. walaupun generasi baru.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan