Rabu, Disember 14

TAHNIAH!! selesai sudah..


Salam 1 Malaysia..


alhamdulillah.. syukur padaMU Ya Allah.. masih diberikan kekuatan untuk berdiri dengan kaki sendiri.. masih ada sisa-sisa ketabahan dalam meneruskan kehidupan.. mengharapkan masih mampu untuk menempuh hari-hari yang mendatang..


tangan di tadah mengucap syukur padaMU.. adik bongsuku dapat keputusan yang agak memberangsangkan.. walaupun menurutnya ada sedikit drop dalam pointer.. dan dengan rasminya.. berakhirlah sudah sesi pembelajaran DIPLOMA ELEKTRIK ELEKTRONIK.. pahit getir yang aku.. bonda dan dia lalui.. segala kepayahan.. kesukaran.. aku telan untuk menunaikan tanggungjawab aku.. amanah yang diberikan padaku.. huh! sadis la plak.. tak moo sedey-sedey la.. ni kan berita gembira..

InsyaAllah mungkin dalam bulan 3 atau 4 adikku konvo.. sempat ke nak kuar kura-kura ni?? Ya Allah.. murahkanlah rezeki hambaMU ini.. benda yang aku idam-idamkan selama ini lepas istana takeshi.. kalau dah ada 2 benda ni.. mungkin dadaku dah lapang.. walaupun kecik.. tapi cukuplah buat masa ini.. 

selamat menempuh alam pekerjaan buat adikku.. kumpul duit banyak-banyak.. kan kamu nak bertunang nanti!! dan bawa aku dan bonda jalan-jalan erk!! (^_^)

Tiada ulasan: