Jumaat, Disember 16

Y.E.S!! berjaya habiskan.. AKHIRNYA AKU KAHWIN!

Salam 1 Malaysia..

semalam petang.. dengan jayanya aku selesai membaca novel AKHIRNYA AKU KAHWIN! semenjak adik bongsu abis study.. aku kembali membaca novel.. huh! penangan dia la ni.. minggu lepas time tengok ombak rindu.. melayang RM50 beli 2 buah novel.. 1 keluaran Alaf 21 - Akhirnya Aku Kahwin.. 1 lagi keluaran Kaki Novel - Pergilah Air Mata.. 






cite dalam novel akhirnya aku kahwin boleh tahan la.. ada kisah gembira.. sedih.. santai.. dan bahagia.. kira cam tak rugi gak la beli.. boleh gelak dan senyum sorang-sorang baca novel ni.. meh layan sinopsis novel ni..

" Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu? "

misi cuti 2 hari akan datang.. nak selesaikan baca novel PERGILAH AIR MATA.. lepas ni kene spend duit gaji RM50 sebulan untuk novel.. kang start la bondaku bersuara.. tak de sape nak layan bonda tengok tv.. kalau dah aku dan adik mengadap novel.. senyap je.. hik! hik! hik! makin banyaklah koleksi novel pas ni.. YES!!

Tiada ulasan: