Sabtu, Disember 24

part 2.. 2 bulan lalu..

Salam 1 Malaysia..

sambung entry lepas.. part 1..

berkampung di Hospital Sungai Buloh..
5 Hari 4 Malam..

pagi 25 Oktober 2011.. kami semua bersarapan di sekitar hospital sungai buloh.. lepas tu.. kami pulang ke rumah.. ayu tinggal kat hospital.. takut apa-apa terjadi.. dia ada.. senang nak bagi tau kami.. aku call makcik-makcik aku yang masih tak tau bonda kat hospital.. dan seperti yang aku jangka.. kedengaran tangisan dari makcik-makcik ku.. aku hanya memohon mereka mendoakan bonda kembali sihat..

waktu melawat tengahari.. ayu call bagi tau bonda kene tukar wad.. ku sangka wad biasa.. rupanya masih dalam penjagaan rapi.. wad HDW.. ayu kate ni adik wad ICU.. alhamdulillah.. aku puji doktor dan nurse kat sini.. mesra alam.. terutama di ZON KRITIKAL.. WAD ICU dan WAD HDW.. sangat mesra.. tiada kekasaran ke atas bonda.. syukur sangat-sangat.. sangat friendly.. mereka melayan bonda sebaiknya.. nurse kate bonda dah ok.. stabil.. cuma doktor tak dapat kesan ape sebenar penyakit bonda.. aku makin risau.. bonda ku berikan minum air ECPI.. bonda kate air tu pahit sangat.. orang kate kalau orang sakit minum air tu memang akan rasa pahit.. tapi aku suh bonda minum juga.. 2 hari 1 malam bonda di wad HDW..
jejantas ni la yang selalu kami skodeng bonda dari luar..
yang atas sekali.. masa bonda kat wad HDW

26 Oktober 2011.. waktu melawat tengahari.. kami lewat sampai.. kami masuk.. terus nurse kate.. "tu.. anak makcik dah sampai.." aku hairan.. rupenya bonda tak nak makan lagi.. tunggu kami datang.. minta suap.. alahai bonda.. tak pe.. kami akan bagi layanan 5 star! banyak gak bonda makan.. ayu suap.. then nurse buka report.. aku menyebok tanya.. cam ne keadaan bonda.. alhamdulillah.. bonda akan tukar wad biasa.. wad 4D.. tunggu katil kosong.. dan doktor still tak dapat kesan ape sakit bonda..



26-27 Oktober 2011.. doktor masih tak dapat kesan apa penyakit bonda.. tapi keadaan bonda dah stabil.. dah tak pakai pampers.. dah tak pakai oksigen.. alhamdulillah.. tapi masih manje.. makan nak kene suap.. ayu tunggu bonda kat hospital.. 2 malam dia tido kat hospital.. bekalan novel dan majalah.. jangan cakap.. tak pe.. asal dia rela tunggu bonda.. jantung.. nadi.. tekanan darah.. semua ok.. alhamdulillah.. petang 27 Oktober 2011 kami ingat bonda boleh balik.. rupenya tak boleh lagi.. tunggu keputusan makmal dari darah dan kahak yang terakhir.. 

hari jumaat yang mulia.. 28 Oktober 2011.. dalam kul 9 pagi.. ayu call kate bonda dah boleh balik.. aku ingat kene tunggu time melawat.. so.. sempat la lipat kain semua.. alih-alih ayu call lagi.. cepat! dah boleh balik bila-bila masa.. aku ngan angah siap-siap.. nak ambik bonda ngan ayu.. jumpa doktor dan nurse.. tanya apa sebenar penyakit bonda.. dan doktor kata bonda ada jangkitan kuman pada paru-paru.. doktor bagi 2 appoiment.. 4 November 2011 datang ambik darah dan x-ray.. 11 November 2011 datang tengok keputusan.. alhamdulillah.. semua ok.. dan sekarang cume checkup kat klinik kesihatan meru.. aku mengharapkan semua kembali sihat seperti biasa..
ruang legar menunggu kereta time discharge..

Ya Allah.. Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku.. panjangkanlah usianya.. murahkanlah rezekinya.. limpahkanlah dengan kasih sayang.. dan sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah..

Tiada ulasan: