Jumaat, Februari 17

keIMANan CINTA

Salam 1 Malaysia..

salam pagi Jumaat.. penghulu hari.. semoga hari ini peroleh keberkatan dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. pagi ni cam lemau je badan ni.. minggu ni terasa begitu pantas.. agaknya sebab kerja yang non stop.. sentiasa ada je.. makanya, nak berblog pun slow je.. BW pun dah tak menentu.. ahakss!! padan muka.. dah selamat tamat tempoh nak bersantai a.k.a honeymoon hokeyyy!! tak sabar nak tunggu 4.30 petang.. 2 hari cuti.. nak merehatkan badan.. dapat rehat ke?? opkos kerja di rumah menanti.. dah nama perempuan kan, weekend la hari nak buat kerja rumah yang agak heavy.. sabo je la.. Alhamdulillah.. masih diberikan kudrat.. Syukur..

korang penah tengok cite KEIMANAN CINTA tak kat tv9 satu masa dulu.. dalam bulan 9 hingga bulan 10 kalau tak silap.. setiap isnin dan selasa dari jam 8.30 malam hingga 9.30.. slot ape ntah, tak ingat.. aku suka tengok cite tu.. dan tangan ni cam gatal je nak tekan LIKE kat page keimanan cinta di FB Keimanan Cinta.. biasa la.. nak tau cite tu nak jadi ape episod akan datang.. tak finatik kot, cume tak sabo nak mengikut episod akan datang.. sekali page owner buat kuiz daaa... aku pun saje try la nak join.. kalau korang nak tau.. ini 1st TIME aku join peraduan dalam FB.. blog pun aku cube.. 2 hari lepas tu.. aku diumumkan menang.. gumbiranya rasa hati.. ahakss!! hanya menekan keyboard je dapat, walaupun terpaksa tengok cite tu.. rela ya.. bukan terpaksa.. sebab suka cite tu.. dan inilah hadiahnya..

kemas je dia orang balut..
 dan bila aku buka.. taraaaaaa..

KEIMANAN CINTA
Munie Asra
Alhamdulillah.. jom baca sinopsis buku ni..
“Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.”
Mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada Allah. Alan beristighfar, moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-Nya.

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati.
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama, menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya? "

10 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Wah....bestnya...:

itu namanya REZEKI;)

sy x pnah tgk la cite tu....

Mcm best sinopsisi dia

cheqna berkata...

alhamdulillah
rezeki namanya tu =)

SYANI berkata...

Cerita ni yang dia kawin dengan lelaki Cina tu kan?? Rasanya ada tengok kat TV9 tapi kadang2 tengok, kadang2 tak..

nana nera berkata...

nani...nnt nk pnjm novel2 collection hang...bole x?....heheheh.....

Masya berkata...

elok jer.. entry kat draf x sempat nak publishh.. tq yer.. bg pinjam buku ni dah baca habis pun.. best²...

AdaM Hawa berkata...

@Aine Ainun tgk kat mediaprima punya blog.. ada..

AdaM Hawa berkata...

@cheqna Alhamdulillah.. sape tau kan.. hehehe

AdaM Hawa berkata...

@SYANI betul.. betul.. cite tu la..

AdaM Hawa berkata...

@nana nera boleh sajo.. dtg umah ambik sendiri ok..

AdaM Hawa berkata...

@Masya same-same.. nnt kite nak pinjam novel awak plak erk..