Selasa, Mac 27

RIUH di pagi SABTU..

Salam 1 Malaysia..

hari sabtu kalau di rumah aku memang sunyi.. bangchik & angah keje.. yang tinggal hanya aku.. ayu (adindaku) dan bonda saje yang ada di rumah.. tapi sabtu lepas agak riuh dengan adanya anak-anak kecil yang dijaga oleh makcik aku.. makcik aku ada menjaga 3 orang anak kecil.. nak kata kecil tak juga.. mereka 3 beradik.. adik beradik dia orang ada 4.. tapi makcik aku jaga 3 orang je.. yang sulung dah sekolah darjah 2, time hari sabtu duduk kat rumah dengan nenek.. yang 3 orang ni makcik aku yang jaga dan kesemuanya perempuan.. yang darjah 2 tu je yang lelaki..


sabtu lepas makcik aku pagi-pagi dah datang rumah aku.. sebab nak tunggu lori tanah.. makcik aku nak buat rumah kat sebelah rumah aku.. sonok la aku.. makin meriah dan riuh la rumah aku.. bukan selama ni tak de jiran, ada.. tapi tak riuh sangat.. anak-anak makcik aku semua masih bersekolah.. jadi adalah penghibur lara di petang hari.. makcik aku datang rumah aku bawa 2 orang anak jagaannya.. yang kecik tinggal di rumahnya dengan anak sulungnya.. 2 orang yang datang ni berusia 6 tahun dan 3 tahun.. riuhnya YA RABBI.. mulut sangat becok.. semua dia nak tau..

si kakak : Nur Alina Nadia..

dari satu cite ke satu cite.. budak berdua ni berborak.. siap main "mak-mak" kat buaian depan rumah.. dapat main anak patung anak abang aku, makin riuh suara dia orang.. bile tanya dah sarapan ke belum, jawapannya belum.. padahal makcik aku cakap dah makan mehun.. aku bakar roti letak tuna.. sorang abis 2 keping siap minum teh o..

si adik : Nur Aina Nabihah..

bile dah dekat pukul 11.00 pagi, yang kecik dah bising nak balik.. dah bosan dan nak minum susu botol.. makcik aku lupa nak bawa susu botol dia.. jenuh aku nak layan biar jangan menangis.. hari sabtu tu aku malas nak masak.. beli lauk je.. beli lauk ayam gulai kuning, paru sambal & kerabu pucuk ubi.. kat rumah masak nasi dan rebus telur.. pukul 12.30 tengahari kita orang makan ramai-ramai.. seronok dan riuh bile ramai-ramai berkumpul di rumah.. elok je lepas makan, hujan turun dengan lebatnya.. dan elok sangat masa untuk bersantai..

mereka berdua.. bikin RIUH rumahku..

11 ulasan:

:: Mrs.Eady :: berkata...

ragam yg menerbitkan senyuman!hehehe..

rieda_ffya berkata...

mmg best kalo ade bebudak ni..hilang stress tau..

cheqna berkata...

btul kata rieda ffya tu

LiNda berkata...

memang seronok kalo de budak2 kat umah, tambah2 yang tengah banyak cakap tu..leh pening kadang2..hehe

Saya Disini berkata...

mcam kembar plak tngk

shahrazali berkata...

comel2 adik beradik ni..

riuh budak2 ni kadang2 seronok layan,,kadang2 geram jgk...hehe...

sy ada anak buah 8 org...klu kena time raya semua balik umah mak,,,mmg dah macam taska tanpa penjaga dah...hehe...

tp diorg x lebih2 sgt sbb diorg takut dgn pak usu diorang..hehe..

AdaM Hawa berkata...

@:: Mrs.Eady :: betul tu.. usik mengusik..

AdaM Hawa berkata...

@rieda_ffya yup! tenang je hati tgk keletah dia orang..

AdaM Hawa berkata...

@LiNda becakap sampai tak terlayan.. hehehe

AdaM Hawa berkata...

@Saya Disini si adik tu agak kuat merajuk..

AdaM Hawa berkata...

@shahrazali hehehe.. geram jgn cakap la.. bile bab menyepah..
ada 5 org ank buah pun dah cam 10 orang..

kemas ruang tamu.. dapur sepah.. macam2 ragam..

opsss!! pak su garang ye.. nnt ada ank x moo garang² ya pak su.. ;)