hari sabtu yang indah.. sebab cuti.. ahakss!! cuti dari bekerja di pejabat.. tapi tetap bekerja di rumah.. kat rumah mane boleh cuti.. mesti buat keje.. mengemas.. menyapu.. mencuci kain.. haissshhhh!! banyak la.. tak larat nak menaip nanti.. cuti memasak.. kadangkala saje.. tu memang benar-benar "M" la.. kalau tak, memang memasak walaupun yang simple je..
UDA & DARA.. |
buku ni.. adehhh.. lama betul nak abiskan.. sebulan kot rasanya.. lemah betul.. weekend yang agak sibuk.. merayau.. cuci mate pegi shoping kompleks.. ahaksss!! tengok wayang.. makan-makan.. ishh.. banyak betul agenda.. makanya, lambat la abiskan baca buku ni.. penulis yang amat ku gemari.. lagi-lagi novel ADAM HAWA dan KAU UNTUKKU.. aku sangat suka dengan 2 novel ni.. sampai lunyai aku kerjakan.. membaca ya kawan-kawan.. dah baca, berangan-angan.. ahakss!! sesekali melayan perasaan.. tak gitu??
Sinopsis
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
dah beli novel baru.. tapi belum buka lagi pembalutnya.. yang tu ntah bape hari pulak aku nak abiskan bacaan.. tungguuuuuu...
[nota blog : tekak cam nak makan tutti frutti.. haissshhhh!!]
1 ulasan:
saya pon suka karya aisya sofea. novel kau untukku je saya penah baca...mmg best sgt!
wah...bestnya..rasa mcm nak beli je!
Catat Ulasan