Khamis, Mei 23

SUSU IBU..

Salam 1 Malaysia..

yeahhhhhhhh!!! last day bekerja minggu ni.. esok cuti!! esok hari Jumaat.. boleh la ke pasar pagi kat pekan.. lama betul la tak ke sana.. saje jalan-jalan cuci mata.. beli lauk dan sayur.. stok pun dah tak berapa nak ada.. esok buat bubur nasi berlauk pun sedap ni.. lama juga tak makan.. time sakit tekak ari tu.. badan sangat letih.. memang tak masak bubur nasi la.. lepas kenduri ari tu ada juga bonda menyuarakan teringin makan bubur nasi.. esok boleh la buat..

entry hari ni nak share khasiat susu ibu.. agak panjang artikelnya.. aku copy dari Harian Metro hari ni.. sangat berguna.. patutlah aku suka menyusu bonda.. kalau nak tau.. aku menyusu bonda sampai umo 4 tahun tau!! lepas 4 tahun.. jenuh bonda usaha tak moo bagi aku menyusu badan.. ahakss!! maybe sebab jarak aku ngan adik lelaki aku jauh kot.. sebab tu sedap je menyusu bonda selagi ada.. jarak kami 6 tahun.. tapi walaupun jarak tu jauh.. aku ngan adik-adik bawah aku agak rapat keakraban kami di banding dengan aku dan angah dan along..



KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN

Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin

Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.

Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.

Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu ibu di samping beberapa unsur zat lain.

Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.

Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.

Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.

Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.

Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.

Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang gejala penyakit obesiti.

Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.

Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).

Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.

Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.

Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".

Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan. Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua tahun ataupun lebih".

Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri. Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan moden.

Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.


InsyaAllah.. sekiranya Allah berikan aku peluang berkahwin dan mempunyai anak.. ingin ku berikan susu ibu secara berterusan selama 2 tahun dan lebih.. semoga Allah makbulkan doaku.. Amin..

5 ulasan:

PinKy MoMMa berkata...

impian setiap ibu utk menyusukan anaknyer selama mungkin kan..minta mintakan niat ini dapat tercapai hehehe

Aine Ainun berkata...

Amin...

Betapa istewanya wanita boleh mengeluarkan susu, dan sangat rugi jika kita tak berikan anak dengan susu ibu, melainkan ada sebab2 tertentu....

Tihara berkata...

susu ibu sangat berharga, banyaknya jasa ibu di saat anaknya yang belum ada akal kehausan..dah beso dah ada akal macam2 yang jadi..moga kita tergolong dlm anak solehin

Riedaffya ibrahim berkata...

mmg susu ibu yg terbaik..

Masya berkata...

SUSU IBU MMG BANYAK KHASIATNYA, TP SYG AMIR MINUM 4 BULAN JER...