Selasa, Februari 28

FUNNY fruity stick??

Salam 1 Malaysia..

kejap betul masa berlalu.. tik! tok! dah masuk tengahari kan.. ari ni baru dapat bernafas dalam lumpur.. nak clear apa yang patut.. kalau tak semak betul meja dengan kertas-kertas yang berlonggok..

korang penah makan tak gula-gula Funny Fruity Stick?? masa sekolah rendah dulu rajin makan la.. mula-mula jual 1 harganya 10sen.. pas tu naik 20 sen.. ni la rupenya..

biasanya ada 2 rasa.. coklat dan strawberi atau oren..

dapat gula-gula ni sebagai ole-ole dari majlis perkahwinan seorang anak kontraktor.. SELAMAT PENGANTIN BARU SHADATUL AKHMA & MOHD ADZLI.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. aku seperti biasa.. tak dapat menghadirkan diri.. ate nak wat cam ne.. kuda ku tak kuat berlari.. nak naik kura-kura, tuan punya kura-kura ada majlis kenduri kawin plak kat KL.. maka ku kirim je la kat kakak kat opis ni.. cantik tau kad undangan perkahwinan dia orang.. dengan beg goodies tu same.. mesti pekej yang mewah.. meh aku zoom in..

same kan?? kan?? kan??
dalam beg goodies tu ada cawan comel ngan 1 peket gula-gula.. tu yang ada gula-gula funny fruity stick tu.. lame tak makan.. ahakss!! cam budak kecik!!

taraaaaaaaa...
mesti mahal kan kad ni..
cantik tak?? sila abaikan pemandangan di belakang.. ahakss!!

[ nota : terasa rindu pada seseorang yang nun jauh di sana.. :( ]

6 ulasan:

cheqna berkata...

masa kecik2 dulu mmg suka sangat la coklat ni =)

ciksukaberangan berkata...

sedaplah gule2 tu tapi skgni dah tak nampak jual kat kedai. sob~ sob~ btw, kad tu memang lawa :)

AdaM Hawa berkata...

@cheqna skrg ni nipis je la cheqna.. dulu tebal..

AdaM Hawa berkata...

@ciksukaberangan tu la.. ada gak kat kedai borong.. tp x kan nk beli byk2 kan.. lawa kad tu.. tapi akhirnya org buang kan.. :(

SYANI berkata...

Tengok coklat tu teringat zaman kanak2. Dulu 10sen satu.

AdaM Hawa berkata...

@SYANI tu la.. mula² seposen.. pas tu naik 20 sen kan..