Jumaat, Februari 10

cicak KOBENG a.k.a Danial

Salam 1 Malaysia..


"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
 
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
 
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
 
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
 
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
 
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom,
bila cinta bertemu tuannya..
dari hati kecilku novel cinta kontrak ini kelaka.. dengan kate lain.. sweet.. mane taknya.. ayat-ayat yang digunakan memang simple amat.. santai je masa membaca.. aku boleh marathon baca buku ni sampai tak kuar bilik tau! ahakss!! hebat sangat ke?? nak tau sila la baca.. santai je.. 4 bintang untuk CINTA KONTRAK.. ayat yang menarik aku dapat dari novel ni..
"kehidupan tak semudah yang kita fikirkan. Tapi ia tak serumit yang kita fikirkan juga. Asalkan kita lalui kehidupan dengan baik & melakukan perintahNYA. InsyaAllah, semua akan berjalan lancar." 
dah macam ayat kat header aku plak.. aku tak ciplak tau.. yang kat header aku tu datang dari akal fikiran ku.. haishh!!

p/s : TQ Shida bagi pinjam novel ni..

10 ulasan:

eim berkata...

salam,

macam best je novel ni..
novel baru ke ...

LYAfrina berkata...

lya suka baca novel.. tp y ni x pnah baca lagi.. mcm best gak..

AdaM Hawa berkata...

@eim novel ni dari thn lepas rasanya.. best! kelaka..

AdaM Hawa berkata...

@LYAfrina best lya.. kelaka.. tersenyum sorg2 baca.. hehehe

Tanpa Nama berkata...

suka baca novel juga yek...samalah kita...hehehehe

AdaM Hawa berkata...

@Huzaina Hashim skrg ni pulak dtg angin rajin membaca.. dulu dah tinggalkan.. skrg kembali.. hehehe

Masya berkata...

boleh bagi pinjam hihihi.... yang rantaian ombak rindu pun baru habis...

AdaM Hawa berkata...

@Masya hehehe.. bukan sy punya.. adik tgh baca.. kang kita tnykan ownernya erk.. ;)

Kayna berkata...

tah tah... dari header awak.. dia copy.. hahahhaha

AdaM Hawa berkata...

@kayna hahahaa.. sy pun x tau.. kuikui