hati tersentuh.. sayu.. sedih.. menangis dalam hati bila membacanya.. sebagai seorang anak, walaupun tidak sebaik mana.. tidak sehebat mana dengan bonda tersayang, namun aku masih punya hati dan perasaan dan juga masih punya rasa jutaan SAYANG pada bonda tercinta.. sehari tak menatap wajahnya terasa hidup ada kekurangan.. apa jua ku sanggup lakukan demimu bonda..
bagaimana anak insan ini TERGAMAK melakukan ibu sendiri sebegini rupa?? mungkin dia ada jawapan dan sebab tersendiri.. siapa aku untuk menilai serta menghukum insan itu.. aku sekadar berkongsi dengan teman-teman kisah seorang ibu yang di tinggalkan anak di hotel bajet di Kuala Lumpur..
sumber : Harian Metro 08/03/2012
Buang ibu di hotel bajet
Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..
5 ulasan:
sy syg ibu saya
adooiiiiiiiiiii.....sakit hati btol dgn anak lelaki dia ni...geram nih..
tergamak dia tinggalkan cmtu jek mak dia...tabik kepada kakitangan hotel yg bertanggungjawab....
tadi dengar dalam kereta berita ne.. mm.. entahla tak tau nak cakap aap sekarang ne..
tatau nak cakap ape.. :(
selalu berdoa pada Allah moga cheqna dijauhkan dari melakukan perkara sebegini..
bagi anak makcik ni..tak kemananya hidup dia tanpa restu doa dari ibu..
allah maha kaya
Catat Ulasan