kisah Jumaat 16 Mac 2012.. seminggu telah berlalu.. hari ni baru nak publish.. terlewat sudaaaaaa.. tapi tak pe la.. untuk simpanan ummi.. kejadian berlaku selepas asar.. adik icha bile dengan ayah, mula la dia nak tunjuk hebat.. melompat-lompat tak ingat.. naik turun sofa.. ke hulu ke hilir dengan beg baru hadiah ayah.. terjadinya kejadian yang tidak di ingini bile adik icha melompat dari meja sofa ke bawah.. dah melompat mestilah ke bawah, mane de melompat ke atas.. ape la ummi ni.. sekali ayah terdengar dia melalak semahu hati.. masa kejadian ayah tengok tv.. lokasi masih 1 kawasan.. di ruang tamu.. sekali ayah pandang.. darah dah penuh kat mulut.. kat lantai pun ada.. cuak ayah!! masa tu adik icha isap puting di mulut.. ayah pun ape lagi.. buka puting dia.. sekali lagi ayah cuak.. 1 batang gigi jongang adik icha ke belakang.. bonda masa tu kat dapur lintang pukang lari tengok ape yang berlaku.. bonda tak terkata apa-apa.. lap mulut adik icha dengan tisu.. menangis semahu hati.. SAKIT.. menangis sedu sedan sampai tertidur.. susu tak nak.. minum tak nak.. darah tetap mengalir ke bantal.. abis penuh 1 bantal dengan darah..
adik icha & puting piringnya.. |
masih kelihatan bengkak di mulutnya.. kakak cakap mulut adik cam mulut burung.. ke depan.. ada je anak dara ni.. |
petang time aku balik keje, tak sempat aku buka helmet.. bonda dah buka cerita adik icha.. terus pegi tengok dia kat ruang tamu.. time tu dia masih tidur.. ternganga mulut dia.. tapi peliknya, puting dalam mulut.. sure mata pejam tangan mencari puting.. dan mesti dia lupe mulut dia sakit.. dalam pukul 6.30petang dia bangun.. tak menangis.. masa tu kakak chia.. aku.. dan adik aku tengah makan aiskrim.. dia pun nak.. aku risau je dia menangis masa makan aiskrim.. sekali tengok.. relaks je.. reti pulak gigit aiskrim guna gigi tepi.. tak guna gigi depan.. habis juga 1 batang aiskrim.. dan dalam pemikiran aku memikir mesti lepas ni dia tak nak isap puting & minum susu botol.. rupenya sangkaanku silap belaka.. selamba je dia isap puting & minum susu.. tapi ada masanya darah kuar dari mulut dia.. cume dia tak berani nak gigit makanan guna gigi depan dia.. sakit lagi.. gusi bengkak.. dan 1 hal mengenai adik icha ni.. kalau dia demam or selsema.. mesti bawah mata dia nampak lebam or merah.. dari baby cam tu.. harap adik icha makin sihat.. aktif dan bijak.. ummi sayang kamu!!
asik nak melaram dengan beg baru dia tu.. gaya peace tak lepas dari jari.. |
8 ulasan:
ciannyer dier...aduh!sakitnye tuh...
kesian......semoga luka adik icha cepat baik.....
gaya baru peace 3 jari tu...hehe..
Alahai ciannya...
Mujur x apa2 kan..
Skrgni kdg2 hal keccik je ble jd besarkan..luka sikit pun kdg2 bahaya
@YaYaNsMuM a.k.a YM sakit-sakit pun puting tetap nak isap.. huhuhu..
@shahrazali tu pesen icha tu uncle shah.. hehehe..
@Aine Ainun tu la.. kita seriau.. dia relaks je.. bile cakap nak bw g klinik.. cepat je dia cakap x sakit..
assalam AH..dah tentu sakit tu..sian dia..nasib tak tercabut terus gigi dia kan..kalau tak lama jugak nak menunggu gigi kekal dia tumbuh
@Acik Erna betul tu achik.. usia dia baru 2 thn lebih.. harap boleh bertahan sampai umo 6 thn.. risau juga..
Catat Ulasan