Isnin, Mac 26

CINTA buat EMELDA..

Salam 1 Malaysia..

hari ni.. petang ni.. episod 1 buat CINTA BUAT EMELDA.. tapi 1 je aku cam tak bape nak tengok.. time cite tu.. 7.00malam hingga 8.00malam.. gamaknya memang tengok ulangan online la.. jarang tengok dari mula sampai habis.. para pelakon best gak la.. pelakon bonda aku suka.. FIZO.. ahaks!! moh la layan sinopsis cite ni sikit.. kot ada sape-sape berminat nak menonton..


Saksikan “Cinta Buat Emelda” menerusi slot Akasia, yang akan menayangkan pelakon hebat, Almy Nadia, Fizo Omar, adik Mia Sara Nasuha, Erry Putra, Rabecca Nur Al-Islam, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Diana Amir, Rykal Iskandar dan ramai, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Diadaptasi dari novel ‘Kasih Antara Kita’, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di benak fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, ‘Papa’. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril Fatah menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril Fatah mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

10 ulasan:

SYANI berkata...

Nak tengok tapi hasben OT la pulak petang ni sampai kul 7.30... Tengok kat tonton je la jawapannya..

cheqna berkata...

cheqna baca novelnya
nak try tngok r besh ke tak

Aine Ainun berkata...

Mcm menarik hati nk tengok..
Tp tu la sejak berubah masa, jrg tgk..time mgribkan...

rieda_ffya berkata...

kisah dari novel ke?

Cho Zila berkata...

tak larat nak ikut dahni... akakni sekarang memang cam tak cukup masajer....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

citer bsiri ke?? bahaya kalau dah ikut kena follow habis2..kiki

LYAfrina berkata...

itula..masa siaran sgt2 x sesuai kan,... citer mmg best2 belaka

Masya berkata...

terjebak tgk jugakkk... mcm bestt... waktu siaran kul bape yg sesuaii.. malam st pun x blh nak tdoo awai???

shahrazali berkata...

emmmm....dh dok umah sewa ni mmg x tgok la...klu kt kampung selalu tgok jek cite kol 7 ngn mak...hehehe..

AdaM Hawa berkata...

sape yang terjebak.. hehehe.. memang nak kene follow la..
smlm tgk cite tu cam menarik.. lagi2 ada si kecik comel tu.. lagi la orang nak tengok.. ;)