Ahad, April 1

MARATHON..

Salam 1 Malaysia..

selamat pagi ahad kawan-kawan.. apa rancangan kawan-kawan hari ni?? ada jemputan kenduri kahwin? atau mau bersantai bersama keluarga tersayang? hari ni aku tiada rancangan nak kemana-mana.. nak duduk rumah je.. merehatkan badan.. badan terasa letih.. bahu pulak bengkak kene geget semut terbang.. tak perasan pun, tahu-tahu bengkak dan keras.. dah sapu minyak panas, harap ok la hendaknya..

hari ni mau marathon tengok filem online.. niat di hati mau tengok cerita CINTA KURA-KURA.. BUNOHAN..  & CHANTEK.. tu pun kalau berkesempatan.. semalam dah tengok cerita 7 PETALA CINTA.. ok la bagiku.. bukan selalu di Malaysia ada filem berunsurkan islamik.. kalau cerita hantu tu.. banyak la.. 7 Petala Cinta ni hari tu aku bercadang nak tengok kat panggung.. alih-alih musibah datang melanda.. adinda kemalangan.. tak de sape nak temankan.. maka, tengok online saje la gamaknya..


SINOPSIS 7 PETALA CINTA :
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA.
ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.
Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?



nota blog :apa nak masak tengahari ni erk?? ada cadangan untuk menu hari ini??

7 ulasan:

rieda_ffya berkata...

best ke citer tuh?

AdaM Hawa berkata...

@rieda_ffya boleh la.. sebab jarang tgk cite kite ke arah islamik.. kalau indonesia banyak juga kan.. online.. free.. hehehe

shahrazali berkata...

sume cite2 ni dah download,,,,tp 1 pun x tgok....xde rasa nk tgok lg..hehe...

Aine Ainun berkata...

Senangkan skrg, kkalo ketinggalan nk p wayang, tgk online je kan..jimat pn ye kan;)

cerita baru ni x dan lg nk tgk..x nyempat;)

AdaM Hawa berkata...

betul².. online je skrg ni..

Acik Erna berkata...

AH acik tak pernah lagi tengok movie online..sebab biasanya anak2 dah tengok dulu..

Masya berkata...

hamboii banyaknya....