di petang ahad dengan cuaca yang redup.. berangin.. maka bersantai-santai depan laptop.. mendegar lagu di youtube.. berBW rakan-rakan blogger.. lama betul tak berBW.. blog pun dah mula ada labah-labah.. haishhh!! minggu ni agak meletihkan.. stamina dah berkurangan ke dah makin tua.. cepat beno rasa letih dan lesu.. maka dengan itu.. ala-ala tersedar diri dah makin berusia.. macamana la agaknya nak bekerja hingga umur 60 tahun.. haipp!!! mampukah??
khamis malam jumaat.. tengah aku dan yang lain tido di depan tv.. sayup-sayup kedengaran orang memberi salam.. bermimpikah aku?? rupanya memang betul ada orang bagi salam.. pakcik aku rupanya.. memberi perkhabaran kepadaku.. abang sepupu meninggal.. aku punyalah terkejut.. sebab tak dengar sakit ke.. demam ke apa ajelah mengenai dirinya.. janji Allah pasti.. ajal akan tiba.. tidak akan awal sesaat.. tisak akan lewat sesaat.. hanya terjadi hanyalah penyebab.. kita.. masih tidak tahu bila masanya.. sentiasalah memperbaiki diri.. perbanyakkan amalan.. sentiasa berbuat baik..
arwah bagi aku sangat baik.. suka bergurau dengan sesiapa saja.. terakhir aku berborak dengan arwah hujung tahun lepas.. masa kami buat BBQ.. selalunya arwah jarang datang walaupun kami jemput.. arwah meninggal lepas main badminton.. lepas minum bersama adik lelakinya.. arwah muntah dan terus rebah.. terpaksa di bawa ke hospital untuk bedah siasat memandang usia arwah baru 48 tahun.. dan doktor mengesahkan serangan jantung menjadi punca arwah meninggal dunia.. tapi bagiku ianya hanya penyebab.. masanya telah tiba.. begitu senang arwah meninggal dunia.. bahagian arwah.. meninggal dunia di malam jumaat.. di bulan Rejab.. dalam tak sedar.. banyak juga petanda arwah akan pergi untuk selama-lamanya.. lepas arwah tiada baru adik beradik.. isteri dan anak-anak arwah perasan.. Allah s.w.t lebih menyayangimu.. buat ahli keluarga arwah.. moga tabah mengharungi kehidupan selepas ini.. tak sanggup melihat wajah anak perempuan arwah.. situasi sama yang aku hadapi semasa arwah abah meninggal dunia.. mujur saat ini masih cuti semester.. semoga arwah tenang di sana.. Al-Fatihah..
4 ulasan:
salam takziah tok nye sekeluarga..ajal maut ditgn tuhan..bersabarla..
al-fatihah..
sesungguhnya allah swt lbh myayanginya..
tak tau bila tiba masa kita pulak
takziah.alfatihah....smoga rohnya dicucuri rhmt,amin!
Catat Ulasan