Selasa, April 10

PELANGI menemani..

Salam 1 Malaysia..

dingin terasa diri ini.. sejuk! hujan dari semalam petang hingga ke pagi ni.. pagi ni cuaca mendung beserta gerimis.. alhamdulillah.. syukur.. masih bernafas di bumiMU ini YA ALLAH.. minggu ni mungkin setiap hari akan pulang lewat.. kecuali ESOK.. esok kan cuti 1 Malaysia.. Hari Pertabalan Agong baru kita..

TQ cik google!!

semalam balik dari opis sekitar 6.30 petang.. cuaca saat itu gerimis halus.. sejuk terasa.. dengan badan yang terasa letih.. sepanjang perjalanan pulang ke rumah dengan hati yang tenang.. asal traffic light kaler merah, aku tengok jam.. alamak!! dah dekat kul 7.00 petang la.. kejap lagi cinta buat emelda mula.. ahakss!! sekali sampai area setia alam terpandang langit sebelah kanan.. SUBHANALLAH.. indahnya ciptaanMU.. pelangi petang.. pelangi selepas hujan.. PELANGI MENEMANI diriku pulang ke rumah.. dan terus teringat lagu..

Pelangi pelangi
Alangkah indahmu
Merah, kuning, hijau
Di langit yang biru

Pelukismu Agung
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi
Ciptaan Tuhan!

malam tadi aku pun tido awal.. sejuk kan.. tengok tv.. lastly.. tv tengok aku.. tersedar pukul 11 lebih tengok bonda ngan adik pun dah tertido.. tv terpasang.. tak de sape pun tengok.. memang nyenyak la tido bile cuaca sejuk di luar.. harap petang ni tak hujan.. nak pegi pasar malam.. esok nak buat makan-makan sedekah kat jiran-jiran..
nota blog : maaf kawan-kawan jika aku tak dapat menziarah rumah kamu.. InsyaAllah akan menziarah jika ada kelapangan.. agak sibuk minggu ini.. selamat menjalankan tugas!!

8 ulasan:

cheqna berkata...

teringat lagu pelangi petang =)

shahrazali berkata...

cantik kan pelangi...kecantikkannya bukti kekuasaanNya...

Saya Disini berkata...

yeyy...esk cuti..

LiNda berkata...

pelangi sgt cantik...sekrang ni musim ujan kan. Pagi ni pegi keje pun ujan..:)

Cho Zila berkata...

teringat kat sudirman dikau tiba bagaikan pelangi ... ehm.. syahdu...

LYAfrina berkata...

pelangi terlalu indah..s bb tu ssh kt nak melihatnya..

rieda_ffya berkata...

cantik tp sekejap je kan..pastu hilang.,.

AriF FaZDiLaH berkata...

i follow...cik pelangi..