Selasa, Januari 3

BICARA HATI @ Astro Prima

Salam 1 Malaysia..

malam nanti.. jangan lupe menyaksikan.. adaptasi dari sebuah novel.. BICARA HATI hasil karya DAMYA HANNA.. sekarang banyak betul cerita, tak kisah la drama ke filem ke.. dari adaptasi novel.. tapi benonya memang best pun.. mau taknya.. masa baca novel mula la nak bayangkan.. sape hero yang sesuai.. sape heroin yang sesuai dalam novel tu.. kih!kih!kih! dunia khayalan kejap kan..



Sinopsis
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


BICARA HATI akan di tayangkan pada malam ni.. Selasa 3 Januari 2012.. jam 9.00 malam di Astro Prima.. Hero dalam drama ini sape lagi.. salah sorang hero aku gak walau dia tak de six pack.. ahaksss!! Sharnaaz Ahmad dan heroin pula Cristina Suzanne Stockstill.. cerita mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia.. jangan ketinggalan!!!

Sharnaaz Ahmad : Tengku Syahran
Cristina Suzanne Stockstill : Zahlia
   

Tiada ulasan: