Memaparkan catatan dengan label main masak-masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label main masak-masak. Papar semua catatan

Khamis, September 19

TESTING.. testing.. 1..2..3..

Salam 1 Malaysia..

Zulkaedah hampir ke pertengahan.. sekarang ni tak tau dah penerbangan yang ke berapa.. panggilan Haji telah tiba lagi.. bila dekat tarikh raya haji.. hati tertingat pada arwah abah.. ini bermakna hampir 12 tahun pemergiannya mengikut kalender Islam.. seminggu selepas hari raya haji arwah abah pergi menyahut panggilan Illahi.. Ya Allah.. KAU cucuri rahmat buat abahku.. Tempat dia bersama orang-orang yang beriman..


sesi uji kaji sedang di jalan dengan benda alah ni..  ini dia alatnya.. taraaaaaaaa


dah lama teringin nak ada benda ni.. kalau tengok kat FB.. banyak betul la makanan boleh masak guna benda ni.. PEMANGGANG AJAIB.. nama tak menahan!!




pemanggang ajaib ni bukan aku beli pun.. selamat duit! ahakss!! time balik hari raya ari tu along bawa benda ni.. hadiah katanya.. aku siap tanya.. hadiah untuk bonda ke untuk kita.. bonda pun potong Q along nak jawab.. bonda cakap.. "kalau bagi kat bonda.. bukan reti nak masak guna benda ni.. kamu la punya.." siap tanya.. suh bayar ke ni.. hahaha.. along kata.. FOC je la.. hadiah raya.. YESSS!! free..


eksperimen pertama.. ikan cencaru sumbat bakar.. tu dia.. buat yang simple je dulu.. kek ke.. nasi ke.. kemudian la.. kita buat yang simple.. nak tengok hasilnya..

bahan-bahan simple je..

ikan cencaru (belah belakang)
bawang besar
cili merah
garam & gula
asam jawa

semuanya agak-agak ya kuantitinya.. aku tak reti nak bagi detail.. semuanya di tumbuk.. asam jawa last sekali.. pastu sumbat dalam ikan.. dan ini hasilnya..



dah ready.. kita masukkan ikan dalam pemanggang ajaib.. opsss!! lupa la nak snap.. tapi ini hasilnya bila dah siap.. bape lama.. agak-agak je la.. asal nampak dah garing.. dah masak.. ok la kan.. boleh angkat.. ready untuk di makan..


hasilnya.. tidak mengecewakan.. so.. pas ni.. boleh buat eksperimen lagi.. (^_^) untuk makanan berkhasiat..



Rabu, Julai 17

MULA buntu..

Salam 1 Malaysia..

sejuk pulak tengahari ni kat opis.. aircond kat tempat aku ni kadang pelik.. cam ikut cuaca kat luar.. kalau cuaca kat luar tu panas.. memang tak terasa sangat la aircond ni.. macam bersauna pun ya.. kalau hujan kat luar.. automatik.. aircond ni punya la sejuk.. sekarang ni kat luar tak de la hujan ke apa.. mendung sikit je.. tapi terasa sangat sejuknya.. mungkin sebab berpuasa kot.. jadi terasa sejuk semacam.. 

hari ni masuk 8 Ramadhan 1434H.. baru 8 hari berpuasa.. tapi hari ni aku dah mula buntu.. serabut.. memikir.. nak masak apa untuk buka.. sahur tak pe.. apa yang terdetik boleh masak.. bab menu berbuka.. ermmm.. mula buntu.. 

menu berbuka kami tak makan nasi berlauk.. kami makan cam mee goreng ke.. nasi goreng ke.. nasi ayam ke.. lain-lain.. kuih ke.. buah ke.. air.. dah cukup.. sahur.. simple je.. telo goreng ke.. sayur sikit.. dah.. bersahur 4 orang.. berbuka 4 orang.. hujung minggu.. baru 6 orang.. dah besar-besar tak berkisah sangat nak makan apa.. kalau ada adik-adik masih kecik, mesti ikut menu dia orang.. nak ambik hati untuk berpuasa.. 

teringat dulu masa belaja berpuasa.. arwah abah kate.. 1 hari nanti abah bagi RM1.. sonok kemain.. bersungguh puasa.. nak duit.. tapi bila ustaz kat sekolah cakap.. berpuasa kene ikhlas.. niat kerana Allah.. terus cakap dengan abah.. adik tak nak duit untuk puasa.. adik puasa kerana Allah.. ohh!! rindunya suasana itu.. rindu arwah abah.. Al-Fatihah..

menu utama selalu masak.. kuih je beli.. yang biasa.. roti john.. dah 3 kali beli 7 hari berpuasa.. dahsat! sebatang je pun.. tak yah beli banyak-banyak.. kang tak abis.. takat 7 hari berpuasa ni.. Alhamdulillah.. tak de la membazir sangat.. ada baki seketul dua je.. ok la kan?



 semalam memang tak masak apa.. beli je.. pasar malam mari.. makan kuih sajo.. popia basah yang aku suka.. putu bambu.. semalam buka bertiga.. hari ni rasanya juga bertiga.. apa nak masak??? ohh!!! BUNTU!!

hasil tuaian di bazar ramadhan.. popia tu tak sedap.. kulitnya tebal.. dah beli.. kene makan gak.. kang membazir.. roti bungkus tu sedap!! ada daging cincang dalamnya.. next week leh repeat..

dan yang ini.. homemade ok.. nasi lemak sambal kerang.. ni menu ahad.. saje nak letak kat sini.. gedik!! boleh meniaga tak agak-agak dengan gaya plating cam tu? ahak!! perasan sungguh tuan tanah.. 


cukup merepek meraban.. nak google cari menu buka petang ni.. fuhhh!! main masak-masak petang dan awal pagi.. 4.30pagi dah berasap dapur.. moh menggoogle!!

Jumaat, Disember 14

dia sudah DATANG!!

Salam 1 Malaysia..

pagi Jumaat yang redup.. mendung rasanya.. semalam petang hujan kan.. pagi ni semangat bekerja tu ada.. sebab esok cuti.. fuhh!! nak merehatkan badan betul-betul.. cuti minggu lepas dan berjalan sakan.. nampak tak.. daya ketahanan badanku ini dah kurang.. dah tua?? oh!! apa ada pada angka.. tahun depan masuk usia 32 tau! terbeliak mata.. 32?? ayoooooo... makin tua.. makin tua..

konpius kejap.. tengok status Hafiz Hamidun hari bagi tau bulan Islam hari 1/2/1434H : 1 Safar 1434H.. tapi kat kalender pulak ngan surat khabar.. 30 Muharram 1434H.. mane satu yang betul ea?? ada sape boleh bantu aku..

selasa lepas dengan jayanya.. mengembalikan mood baking.. setelah lama tidak membaking.. sampai adik sepupu teruja.. ahaksss!!! nampak tak.. ada orang rindu aku membaking.. memang dah lama gile.. last baking time hari raya ari tu.. harap sangat-sangat.. mood tu akan berterusan.. selasa lepas masak kek coklat kukus.. senang je.. tak payah.. campur-campur.. gaul-gaul.. kukus.. dan hasilnya..

[agak tak cantik di tengah kan.. sebab tak balut penutup pengukus.. basah lagi tu.. dah kering jadi cam kat bawah tu.. ni masih panas lagi tau! lepas angkat..]

[taraaaaaa... kira ok la kan.. dah kering yang basah tu.. malas nak toping-toping.. makan cam tu je.. pun sodap!!]

minggu ni kalau rajin.. nak buat kek batik pulak.. lama tak makan.. nyum! nyum!

nota blog : semoga keputusan yang telah aku lakukan semalam dan malam tadi adalah yang terbaik untuk diri ini.. bukan tamak.. bukan mengejar dunia.. tapi aku ingin yang terbaik untuk diri ini demi masa depan.. Ya Allah.. KAU permudahkanlah urusan ku.. tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. Amin..