Memaparkan catatan dengan label bonda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonda. Papar semua catatan

Selasa, Januari 29

BENAR apa yang di kata..

Salam 1 Malaysia..

selasa yang agak lemau.. bile bangun pagi.. tekak yang sangat perit.. mula terasa selsema.. oh!! ujian yang diberikan olehMU.. Ya Allah.. aku terima.. dengan hati yang terbuka.. selasa.. rabu.. kerja.. khamis cuti.. jumaat kerja.. yehaaa!! kerja 3 hari saje minggu ni.. aci tak ambik cuti jumaat.. sambung lagi.. ahakss!! tapi masih awal tahun.. takkan nak cuti-cuti lagi.. nanti cuti abis!!

entry yang simple je hari ini.. sebab tuan tanah LEMAU.. rasa nak tido je.. haishhh!! ni tak makan ubat selsema ni.. kalau makan.. kompom BOM!! lena.. korang suka tak lagu WANITA oleh KRU.. aku sangat tersangat la suka.. bile diamati liriknya.. sangatlah bermakna.. terasa menyentuh hati.. jiwa.. bukan sebab aku wanita.. perempuan.. tapi bile dengar.. automatik.. teringat BONDA.. mula la rasa rindu.. padahal hari-hari bersua muka.. mengusik Bonda.. memang aktiviti harianku.. bergurau manja kata orang.. sampai bila-bila.. adik sayang Bonda!! ♥ BONDA ♥

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus

Lindungilah dia seperti dia menyelimutmu

Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Itu saja
 

Selasa, Januari 22

ini yang TERMAMPU..

Salam 1 Malaysia..

menghitung hari Khamis.. cuti lagi.. yehaaa.. suka betul la cuti.. suka sebab.. tak menempuh jem.. tu je.. jem.. kini santapan pagi hari.. bertemankan radio era fm.. meredah jem.. dengan isu-isu yang ada masanya mencuit hati.. layankan je la.. habit sekarang.. tak dengar lagu SLEEQ di pagi hari macam kurang best.. ahhh!! jiwa apakah ini..

sabtu malam minggu lepas.. sekadar menghiburkan hati Bonda tersayang.. kami adik beradik kecuali along.. buat majlis kecil untuk Bonda sempena ulang tahun Bonda yang ke 64.. sedikit bacaan doa selamat untuk Bonda dan keluarga.. moga dipermudahkan segala urusan.. dianugerahkan kesihatan tubuh badan.. dimurahkan rezeki.. semoga termakbul doa kami..

menu simple je.. mee kari.. kuih karipap.. sate ayam dan daging.. buah-buahan.. opkos kek homemade dari anak buahku.. jemput pakcik & makcik.. jiran sebelah rumah.. adik-adik sepupu.. Syukur.. Alhamdulillah.. Bonda tersenyum dah cukup buat hatiku bahagia..

ragam orang sekarang.. tangan tak lepas memegang tab.. handphone.. 

kek khas untuk Bonda.. 
strawberry yang sangat menggeramkan..

menu kami.. zoom in!!

mee kari air tanganku.. ahakss!!
 




dan ini dia.. SELAMAT ULANG TAHUN BONDA..

always LOVE U..


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Khamis, Januari 17

KASIH sayangmu..

Salam 1 Malaysia..

17 Januari 2013 hari yang sangat indah pada diri ini.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih dilimpahi kasih sayang insan-insan tersayang.. dianugerahkan kesihatan tubuh badan.. dimurahkan rezeki.. moga dipermudahkan segala urusan hari ini.. Selamat Ulang Tahun yang ke 64 untuk BONDA tersayang.. ♥ LOVE U SO MUCH!! ♥ dan hari ini juga.. seandainya.. panjang usia ayahanda.. usia juga genap 67 tahun.. Allah lebih menyayanginya.. 11 tahun yang lalu pergi mengadapNYA.. moga tenang di sana.. Al-Fatihah..

di saat adinda konvokesyen tahun lepas di PSIS Sabak Bernam

WE LOVE U BONDA!! abangchik & along je tak de dalam pict ni..

untuk majlis kecil sempena ulang tahun bonda.. aku akan raikan pada hari sabtu malam ahad.. untuk gembirakan hati bonda.. sedikit bacaan doa selamat.. dan jamuan kecil.. moga bonda gembira di samping anak-anak yang tersangat nakal ini.. kasih sayangmu pada kami tiada tolok bandingan.. tiada istilah jemu dengan kerenah kami.. walaupun banyak dugaan yang di tempuhi.. YA Allah.. moga bonda sihat-sihat selalu.. 31/1/2013 ni bonda ada checkup.. doakan kesihatan bonda ku ya kawan-kawan..

nota blog : today.. best moment.. merasai baby girl bergerak-gerak dalam perut.. Subhanallah.. tak terucap dengan kata-kata.. INDAH!


Rabu, November 14

CUTI punya cerita..

Salam 1 Malaysia..

sedar tak sedar.. hari ni.. hari terakhir di tahun Hijrah.. 29 Zulhijjah 1433H.. esok.. 1 Muharram 1434H.. Ya Allah.. pantasnya masa berlalu.. sebulan setengah untuk tahun Masihi pula.. banyak mana amalan yang telah aku lakukan.. banyak mana dosa yang telah aku lakukan.. merenung kisah-kisah hari yang berlalu..

semalam.. CUTI.. Deepavali.. dan sepeti biasa.. bila cuti.. segala aktiviti di rumah.. cam biasa la.. orang pempuan kan.. kalau cuti.. ada je benda nak buat.. satu.. satu.. dan akhirnya tak sedar dah tengahari.. masuk dapur pulak.. masak menu tengahari.. semalam masak lauk simple je.. sup ayam.. nasi putih.. sambal kicap.. dah.. lagi pun.. BONDA tak sihat sejak isnin petang tu.. badan suam-suam je panasnya.. lepas maghrib bawa bonda ke klinik.. tinggi gak suhunya.. Alhamdulillah.. dah kebah sikit pagi tadi sebelum pegi keje.. kalau tak.. asik memikir je bonda cam ne.. ni lega la sikit.. sebab adinda cuti 1 minggu.. sakan company dia.. cuti Deepavali + Awal Muharram.. senang hati sikit.. ada orang kat rumah..

aktiviti semalam.. tak kemana pun.. lepas zohor.. dalam kul 2 petang.. bawa kura-kura mandi.. fuhhh!! dengan cuaca yang tak menentu.. sebulan lebih gak tak mandi ea..

kasi shampoo.. kasi mandi si kura-kura.. dah boleh tulis nama kat badan kura-kura..

sesi mengelap.. ala kadar je kat kedai ni.. tapi ok la dengan harga kan.. RM8.. cuci + vakum dalam..

dah kat rumah.. kasi wangi pulak.. spray dalam sikit.. 


si kura-kura dah berkilat.. syok!! senang hatiku.. 

tapi.. ermmm.. kita ni hanya merancangkan.. tapi semuanya Allah yang tentukan.. tak sampai setengah jam..

hujan di petang hari.. tapi apa pun.. Syukur.. Alhamdulillah.. tak la lebat sangat.. bonda senyum je bile hujan turun.. parking berbumbung tak siap lagi.. terimalah wahai hati.. si kura-kura mandi lagi.. lepas hujan rede.. tenung-tenung si kura-kura.. nasib tak kotor mane.. malas nak lap-lap.. biarlah dia.. asal tak comot macam sebelum mandi dah la..

petang tu.. sebelum maghrib.. pegi petik pula pelam epal.. dah banyak yang tua-tua.. kang tak perasan.. abis jatuh busuk je.. musim hujan ni tak bape nak rajin ke pokok pelam tu.. dapatlah 10 biji petang tu.. yang pagi.. adalah dalam 6 biji.. kat pokok ada la sikit-sikit lagi.. rezeki kawan-kawan opis hari ni.. bawa pagi tadi bagi kawan-kawan rasa.. masam manis..


geram tak?? bulat-bulat.. pokok ni kat tepi jalan.. asal orang lalu je.. singgah petik.. tak pe la.. sedekah buah.. nak sedekah duit.. tak bape nak ada kan.. sikit sama rasa la kan.. moga murah rezeki lagi lepas ni.. Amin..

nota blog : moga bonda makin sihat hari ni.. selagi tak kebah demam tu.. selagi tu la aku dalam kerisauan.. Ya Allah.. KAU berikanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku Ya Allah..

Khamis, September 20

sudah ada GENG!!

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! hari ni dah 04 Zulkaedah 1433H.. pantas je dah tuka bulan islam.. lagi 2 bulan menuju ke tahun baru hijrah.. cepatnya la hai.. apa perubahan aku tahun ni?? kene check balik ni.. ada perkembangan yang positif ke tak ni.. ishhh!! meningkatlah usia lagi kan.. kene jadi insan yang lebih baik.. ok!!


catatan untuk hari ni.. berkisar kisah drama ADAM & HAWA.. kisahnya.. pasal drama ni gak aku tuka ke beyond.. dan seperti biasa.. bonda opkos akan bebel.. tuka-tuka astro ni.. sebab... mesti nanti haru biru nak aja bonda guna remote baru.. hehehe.. tu la bonda ku.. kalau kita tuka ke.. beli ke.. benda baru.. 1st.. kene tahan telinga.. sebab.. nanti mesti bonda akan tanya macam-macam.. get ready sebelum beli or tuka benda-benda kat rumah.. bonda kate.. ape yang lainnya beyond ni.. bonda tengok sama je.. dengan senyuman aku jawab.. orang nak tengok cite drama ADAM & HAWA kat mustika HD.. bonda kate "tu je?? ermm.. korang yang bayar bil.. suka hati la..".. YES!! bonda setuju.. 1st & 2nd episod tak dapat tengok.. 3rd episod baru dapat tengok.. dan seterusnya InsyaAllah.. penangan betul novel ADAM HAWA ni.. di tambah dengan.. pelakonnya.. haishhh!!! layan selagi boleh.. bukan fanatik sangat ye..

 hero yang ada daya tarikan tersendiri untuk penonton..
heroin yang agak keras hati dalam cerita ini..


dan malam tadi.. akhirnya.. (nak tergelak pun ada.. ) bile cite adam & hawa dah nak abis.. bonda bersuara.. "la.. nape dah nak abis.. nape la astro buat tayangan setengah jam je.. buat la sejam cam cite lain.." spontan aku memandang bonda.. " hah!! dah suka cite ni ke??" bonda tersengih je.. YES!! aku sudah ada geng kat rumah tu tengok cite ADAM & HAWA!!! maka senang la hati aku bile menonton.. tak la berebut remote alih cite lain.. sayang bonda!! cite ni dah makin tak sabar untuk di tonton.. wink! wink!


credit : FB ADAM & HAWA

Khamis, Julai 19

khas UNTUKMU..

Salam 1 Malaysia..

harap cuaca cerah di petang hari.. setelah hujan yang agak lebat di pagi hari.. Syukur.. Alhamdulillah.. walaupun ada sedikit rasa risau memandu dalam keadaan hujan.. entry di petang hari yang simple.. tapi bermakna bagiku.. mungkin tidak pada orang lain.. [sila tekan X jika tidak mahu membaca entry ini] :p

2 hari lepas balik keje singgah ke kedai handphone walaupun pada masa itu sebenarnya aku kebasahan.. tapi tak la lencun.. masih di cover dengan baju hujan.. singgah ke kedai handphone bukan untuk beli handphone untuk aku, tapi untuk bonda tersayang.. dah nak dekat puasa, maka handphone itu perlu untuk bonda walau hakikatnya, bonda tak nak.. telefon rumah dan setengah tahun rosak.. report dah berpuluh.. tapi tiada tindakan.. tapi tak pe la.. asal internet masih boleh guna.. layankan aje.. telefon rumah tu pun yang biasa guna bonda.. 

taraaaaaaaaa.....

simple je handphone ni..
tak perasan masa beli.. boleh dengar radio tu..
macam-macam siri dah nokia ni.. NOKIA 100
ni lah handphone bonda..
kegunaan utama handphone bagi bonda lebih pada bulan puasa.. kenapa?? opkos la.. senang aku call bonda.. mau buka makan apa.. nak masak or beli.. kan?? kan?? dan yang lain-lain tu.. senang untuk along call.. kalau tak kene tunggu malam baru boleh call.. sebab malam je aku ngan adindaku ada di rumah.. siang keje.. harap ianya memudahkan bonda.. sempat bonda berseloroh.. "nanti jangan lupa belikan bonda beg kecik untuk simpan handphone macam kamu punya.." sengih je aku.. dan menjawab.. "sabtu ni kita pegi tesco beli ya.." tergelak bonda.. aku happy bile tengok bonda happy.. moga kegembiraan ini sentiasa ada bersama kita bonda.. SAYANG BONDA SELALU!!

Khamis, Mei 24

buat KALI ke 6..

Salam 1 Malaysia..

tanggal 20 Mei 2012.. untuk kali ke 6 anakanda bonda naik ke pentas untuk mengambil sekeping sijil.. tak tau ada atau tidak untuk kali ke 7.. dari sijil.. diploma.. dan ijazah.. alhamdulillah.. aku bersyukur.. bonda dapat melihat anakanda naik ke pentas di majlis konvokesyen.. namun ada sedikit rasa ralat di hati kecil ni.. jauh di dasar hati.. ayahanda tidak dapat menyaksikan.. arwah abah sempat melihat along naik ke pentas untuk mengambil sijil perguruan.. saat aku mengambil sijil di POLIMAS.. arwah abah baru beberapa bulan meninggal dunia.. di atas pentas juga air mata mengalir.. betapa sayu hati ini hajat di hati tidak dapat tertunai untuk menghadiahkan sekeping sijil kepada arwah abah.. moga tenang dirimu di sana.. adik sentiasa mendoakan agar arwah abah sentiasa dalam golongan insan-insan yang dikasihi Allah s.w.t.

mengalir air mata saat melihat adinda bongsu naik ke pentas.. pabila nama di sebut.. menyentuh dasar hati kecil.. tertunai amanah yang aku galas selama ini.. Ya Allah.. sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah s.w.t. apa yang aku beri.. kepada adik-adik.. aku tidak mengharap balasan.. cukup bagiku untuk melihat mereka gembira.. berjaya.. hanya ini yang mampu aku berikan.. ilmu.. menitik air mata di saat entry di taip..

andai ada rezeki.. sambung la pelajaran wahai adik-adik ku.. untuk kesenangan dirimu di masa yang mendatang.. susuri kehidupan dengan tenang.. InsyaAllah.. segalanya dipermudahkan dengan niat dan hati yang ikhlas.. sekalung tahniah untuk adindaku.. HASMIDAYU BINTI AWALUDDIN.. semoga maju jaya di masa akan datang.. keje rajin-rajin.. nanti boleh pergi Jepun.. tengok negara orang.. moh la layan gamba adinda konvo.. tak boleh nak menaip lagi.. air mata dah bercucuran.. badan je beso.. hati kecik cam semut.. mudah sangat menangis bile melibatkan keluarga.. insan yang tersayang.. zassss!!

untuk kali ke 2 dengan bunga-bunga..

bersama bonda dan angah..
abangchik & along tak ikut..

bersama bonda..
bersama mak teh & family.. yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan..
bersama tetttttt.. ahaksss!!




tersengih dengan bunga!!
bersama rakan-rakan seperjuangan..

rasa satu kepuasan melihat adinda gembira.. semua orang gembira.. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami.. Amin.. kenangan terindah sebagai seorang anak dan kakak..

Isnin, Mac 5

tak tahu mana nak di TUJU..

Salam 1 Malaysia..

rabu lepas kan aku cuti.. bawa bonda pegi checkup.. rezeki kami mungkin.. sampai klinik dalam jam 7.45am.. dalam kul 8.15am bonda dah di panggil untuk ambik tekanan darah.. tinggi sikit.. mungkin sebab angah masih sakit.. tapi hari ini, alhamdulillah.. makin sihat.. semalam pun angah dah boleh bawa motor pegi ambik duit BR1M.. aku punya turn bile?? huwaaaa!!! sama-sama anta, tapi masih tak dapat lagi.. adoyaiii.. sadis ni.. kalau ada rezeki ku.. dapatlah 1 hari nanti kan.. kawan-kawan dah dapat ke?? dalam kul 8.30am pegi jumpa doktor @ MA.. tak pasti.. tapi gaya cam MA je.. pas checkup dan ambik ubat, kami pulang ke rumah dalam kul 8.50am..

balik rumah masih awal.. siapkan apa-apa yang patut.. siap masak bagai.. tengok jam masih kul 11.00am.. fuh!! awal lagi.. mane hala nak di tuju.. pas anta bonda pegi umah makcik, aku pegi bank.. bank in duit rumah.. kang terlewat bank anta surat reminder plak.. fuhhh!! tak moo!! pegi giant cari gula-gula udang.. dapat!! then tengok jam lagi.. haisshhh!! awal lagi.. call member.. free ke tak lunch hour nanti coz lame gak tak jumpa dia.. lame tak lame la.. dalam 3 minggu.. pas tu deal jumpa kat burger king.. coz dekat ngan tempat keje dia.. kang tak la dia kalut nak masuk keje sebelah petang..

nampak tak.. tak ramai orang kan.. ;-)
kami borak-borak kosong je.. banyak borak pasal plan bercuti.. tapi lau borak kene la ada kudapan or makan-makan kan.. lagi-lagi time lunch hour.. opkos dia lapa.. aku pun same.. tadi masak je.. tak makan pun.. ini pilihan kami di BURGER KING..

berdua sesekali..
kami makan benda yang sama.. cume aku terlebih makan.. ambik desert.. zoom in!!

set BK doubles black pepper..
strawberry sundae
lebih kurang cam mc'd..

harap segala perancangan percutian kami berjalan lancar.. InsyaAllah.. bak kate kawan ku.. tahun 2012.. jalan-jalan.. makan-makan.. duit pun habis!! yang penting.. KEPUASAN.. 



Khamis, Mac 1

dah MODEN la..

Salam 1 Malaysia..

akibat terpengaruh dengan cite PELANGI KASIH.. bonda dok sebut-sebut gula-gula udang.. adehh.. jenuh aku ngan adik bongsu cari.. mane plak nak cari gula-gula udang ni.. lau time tak nak.. ada je.. bile bonda teringin, tak jumpa la plak.. adoyaiii.. lokasi yang pertama di terjah, TESCO.. pusing punya pusing, tak de.. alahai.. mesti bonda kecewa.. dari 1 lokasi ke 1 lokasi mencari gula-gula udang ni, dan akhirnya.. dapat gak.. tu pun cam dah putus asa..

main timbang rupenya sekarang ni.. dulu peket..
akhirnya aku dapat beli di GIANT.. puas meronda, nasib tak ramai orang kat giant semalam.. lepas balik rumah anta bonda ke klinik untuk checkup, awal lagi.. dalam kul 11 lebih baru gerak pegi giant.. alang-alang cuti kan.. cuci mata saje.. dan cube mencari gula-gula udang bonda.. banyak ni RM6.44.. tak pe la.. demi bonda, aku beli gak.. tapi bungkusan dia dah MODEN la.. tak cam dulu.. sekarang cam ni.. zoom in!!

di MODEN kan.. dulu lain..
mula-mula tengok ingat bukan gula-gula udang.. tapi bile tengok tang belang-belang.. YES!! ini gula-gula udang.. di tambah dengan tulisan ni.. 

nampak tak?? Gula Udang Merah @ Red Prawn Candy
tapi kan.. kalau bungkusan yang dulu tu ada plastik nipis dalam tu yang boleh makan kan.. sekarang dah tak de.. memang betul-betul di moden kan.. tak pe la.. asal dapat memenuhi keinginan bonda.. puas hati aku bila dah tunaikan keinginan bonda.. Alhamdulillah..
belang-belang gula-gula udang..

Sabtu, Januari 28

makanan ARAB pula..

Salam 1 Malaysia..

Ya Habibi.. Ya Maulana.. cakap arab pulak?? dengan bermurah hati.. kami.. (aku..bonda & ayu) dibelanja makan tengahari oleh apek (bakal adik ipar.. InsyaAllah..) makan tengahari ditaja sempena ulang tahun kelahiran bonda.. sonok kan.. banyak majlis kesyukuran untuk ulang tahun bonda.. kemana destinasi makan tengahari kami?? jom! TERJAH!!


D'Arab Cafe
Seksyen 7 Shah Alam..
1st time makan nasi arab.. sedap!! tiada pedas.. tapi yang penting nasi dia sangat lembut.. panjanggg (cam iklan beras..) macam-macam pilihan ada kat sini.. ada yang set 3 orang.. ada set 5 orang.. ada juga set 1 orang.. harga pun berpatutan.. nak tau lebih lanjut.. D'Arab Cafe.. kami memilih set 3 orang makan dan set 1 orang makan.. set 3 orang makan kami ambik Lamb + Roasted Chicken dan Kabsah Chicken Roasted untuk set 1 orang makan.. air pula sirap.. sesuai la.. berselera bonda makan.. sampai bertambah.. Alhamdulillah.. moga murah rezeki kamu ya Nafis a.k.a apek..

sajian kami.. tapi tak minum air botol tu..
licin!! kami makan..

Rabu, Januari 25

khas untukmu..

Salam 1 Malaysia..

mata dah layu.. time begini sememangnya mata mengantuk.. lepas lunch hour.. lepas solat.. mata pun kuyu je.. nak salahkan sape.. makan sampai kenyang atau memang normal begini?? 

entry petang ni nak share apakah yang telah aku hadiahkan kepada bonda sempena ulang tahun kelahirannya.. mungkin bagi kawan-kawan tidak seberapa.. tapi bagiku ianya bermakna.. terharu bila bonda menyatakan ucapan terima kasih.. tanda ingatanku padanya.. taraa..

terimalah.. Khas Untumu.. Bonda..

meraikan BONDA..

Salam 1 Malaysia..

mood pagi ni macamana?? setelah bercuti 4 hari.. 1st day keje untuk minggu ni.. adakah dengan semangat baru?? jeng!jeng!jeng!.. lupakan kisah mood.. nak cite meraikan ulang tahun kelahiran bonda..

entry minggu lepas telah ku ceritakan ulang tahun kelahiran bonda.. entry kali ni nak cite kami meraikan ulang tahun kelahiran bonda.. sedikit bacaan doa selamat dan juga jamuan ringkas untuk bonda.. bacaan doa selamat dibacakan oleh Nafis a.k.a apek (kawan lelaki adik ku..) & selepas itu.. makan!!

SELAMAT ULANG TAHUN BONDA 63..

kali ni bonda request nak kek coklat tapi tak nak beli kat secret recipe.. maka aku dan ayu decide beli kat kedai kek king di tesco.. dalam RM47 hengget je rasanya.. sedap gak kek ni.. tak muak..

Bonda & Iqa..
Baby jual mahal tak moo potong kek..

menu jamuan ringkas kali ni.. KFC.. nugget.. kentang goreng dan pastinya buah limau (mood CNY lagi kan..) meh la layan pict je.. aksi adik dan sepupu-sepupu..

corat coret jamuan ringkas doa selamat..

Selasa, Januari 17

BONDA : Selamat Ulang Tahun

Salam 1 Malaysia..

17 Januari 2012 genap usia bonda 63 tahun.. Selamat Ulang Tahun Bonda.. Adik berdoa semoga bonda panjang umur.. murah rezeki.. dilindungi Allah s.w.t. di limpahi dengan kasih sayang.. di kurniakan kesihatan tubuh badan.. dan moga jiwamu tenang selalu.. tiada apa yang mampu adik berikan.. hanyalah sebuah ciuman dipagi hari dan doa.. 

17 Januari 2012 juga hari lahir arwah abah.. seandainya arwah abah ada.. usia arwah abah 66 tahun.. walaupun abah tiada lagi di dunia adik akan sentiasa doakan kesejahteraan abah di sana.. adik RINDU abah!!

betapa beruntungnya bonda dan abah.. mereka mempunyai tarikh lahir yang sama.. menjadi suami isteri.. menjadi abah dan mak kepada kami.. sesungguhnya kami amat beruntung punya abah dan mak seperti ini.. KAMI SAYANG ABAH & MAK!!

LOVE U BONDA!
selamat ulang tahun bonda.. adik akan cube sedaya upaya menunaikan tanggungjawab adik sebagai seorang anak.. untuk arwah abah.. tanggungjawab dan amanah yang ada pada adik.. akan adik tunaikan sebaik mungkin.. damailah dirimu di sana abah..

Sabtu, Disember 24

part 2.. 2 bulan lalu..

Salam 1 Malaysia..

sambung entry lepas.. part 1..

berkampung di Hospital Sungai Buloh..
5 Hari 4 Malam..

pagi 25 Oktober 2011.. kami semua bersarapan di sekitar hospital sungai buloh.. lepas tu.. kami pulang ke rumah.. ayu tinggal kat hospital.. takut apa-apa terjadi.. dia ada.. senang nak bagi tau kami.. aku call makcik-makcik aku yang masih tak tau bonda kat hospital.. dan seperti yang aku jangka.. kedengaran tangisan dari makcik-makcik ku.. aku hanya memohon mereka mendoakan bonda kembali sihat..

waktu melawat tengahari.. ayu call bagi tau bonda kene tukar wad.. ku sangka wad biasa.. rupanya masih dalam penjagaan rapi.. wad HDW.. ayu kate ni adik wad ICU.. alhamdulillah.. aku puji doktor dan nurse kat sini.. mesra alam.. terutama di ZON KRITIKAL.. WAD ICU dan WAD HDW.. sangat mesra.. tiada kekasaran ke atas bonda.. syukur sangat-sangat.. sangat friendly.. mereka melayan bonda sebaiknya.. nurse kate bonda dah ok.. stabil.. cuma doktor tak dapat kesan ape sebenar penyakit bonda.. aku makin risau.. bonda ku berikan minum air ECPI.. bonda kate air tu pahit sangat.. orang kate kalau orang sakit minum air tu memang akan rasa pahit.. tapi aku suh bonda minum juga.. 2 hari 1 malam bonda di wad HDW..
jejantas ni la yang selalu kami skodeng bonda dari luar..
yang atas sekali.. masa bonda kat wad HDW

26 Oktober 2011.. waktu melawat tengahari.. kami lewat sampai.. kami masuk.. terus nurse kate.. "tu.. anak makcik dah sampai.." aku hairan.. rupenya bonda tak nak makan lagi.. tunggu kami datang.. minta suap.. alahai bonda.. tak pe.. kami akan bagi layanan 5 star! banyak gak bonda makan.. ayu suap.. then nurse buka report.. aku menyebok tanya.. cam ne keadaan bonda.. alhamdulillah.. bonda akan tukar wad biasa.. wad 4D.. tunggu katil kosong.. dan doktor still tak dapat kesan ape sakit bonda..



26-27 Oktober 2011.. doktor masih tak dapat kesan apa penyakit bonda.. tapi keadaan bonda dah stabil.. dah tak pakai pampers.. dah tak pakai oksigen.. alhamdulillah.. tapi masih manje.. makan nak kene suap.. ayu tunggu bonda kat hospital.. 2 malam dia tido kat hospital.. bekalan novel dan majalah.. jangan cakap.. tak pe.. asal dia rela tunggu bonda.. jantung.. nadi.. tekanan darah.. semua ok.. alhamdulillah.. petang 27 Oktober 2011 kami ingat bonda boleh balik.. rupenya tak boleh lagi.. tunggu keputusan makmal dari darah dan kahak yang terakhir.. 

hari jumaat yang mulia.. 28 Oktober 2011.. dalam kul 9 pagi.. ayu call kate bonda dah boleh balik.. aku ingat kene tunggu time melawat.. so.. sempat la lipat kain semua.. alih-alih ayu call lagi.. cepat! dah boleh balik bila-bila masa.. aku ngan angah siap-siap.. nak ambik bonda ngan ayu.. jumpa doktor dan nurse.. tanya apa sebenar penyakit bonda.. dan doktor kata bonda ada jangkitan kuman pada paru-paru.. doktor bagi 2 appoiment.. 4 November 2011 datang ambik darah dan x-ray.. 11 November 2011 datang tengok keputusan.. alhamdulillah.. semua ok.. dan sekarang cume checkup kat klinik kesihatan meru.. aku mengharapkan semua kembali sihat seperti biasa..
ruang legar menunggu kereta time discharge..

Ya Allah.. Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku.. panjangkanlah usianya.. murahkanlah rezekinya.. limpahkanlah dengan kasih sayang.. dan sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah..

2 bulan lalu.. part 1

Salam 1 Malaysia..

PART 1..

24 Oktober 2011.. tarikh yang tidak mungkin aku lupa.. penuh dengan debaran.. takut.. resah.. gelisah.. tidak ku sangka.. tidak ku duga.. dari demam biasa selama hampir seminggu.. bonda boleh masuk hospital dan masuk wad ICU.. wad HDW dan seterusnya wad biasa.. 5 hari 4 malam yang membuat jiwaku tak keruan.. 

pagi isnin 24 Oktober 2011.. bonda macam tak bagi aku pegi keje.. berulang kali dia tanya.. "nak pegi keje ke.." dan jawapan aku pasti "a'a.. nak pegi keje.. nape.." bonda hanya menjawab "badan tak selesa.. anta pegi hospital boleh?" dalam hati.. aik! kenapa lak nak minta anta pegi hospital ni.. dan aku menjawab.."kita pegi klinik kesihatan meru dulu ya.." akhirnya bonda setuju.. angah dan aku anta pegi klinik kesihatan meru..

lepas MA check.. dia kate demam biasa.. ambik darah.. air kencing.. semua ok.. tekanan darah tinggi sikit sebab demam.. dan MA suruh ambik umat kat unit farmasi.. angah dan aku pun cadang pegi keje.. bonda pun setuju.. bonda kami tinggalkan di rumah makcik..

dalam pukul 11 lebih.. makcik dah call kate bonda muntah.. time tu keje kat opis punyalah banyak.. dah dekat hujung tahun.. semua sebutharga nak cepat.. tak sampai setengah jam.. makcik call semula kate bonda dah biru.. pucat.. aduhai.. tak keruan di buatnya.. kemas meja ala kadar.. pesan kat adik kat sini.. bawa moto pun dah tak keruan.. kepala dok fikir nak cepat sampai rumah..

1 petang.. azan zohor berkumandang.. aku sampai kat rumah makcik.. Ya Allah.. terkejut aku tengok bonda saat tu.. biru.. menggigil.. tapi masih sedar dan bagi respon.. semua dah menangis.. nasib waktu tu budak-budak cuti sekolah.. anak-anak jagaan makcik aku tak de masa tu.. kalau ada.. mesti kalut.. dia orang pun mesti menangis.. Allah masih nak tolong aku.. saat itu.. abang sepupu sampai rumah makcik tepat pada masanya.. saat kami memerlukannya.. call ambulans.. dia orang tak nak datang.. alasan.. kes demam.. kami tak layan.. HUH! sakit hatiku.. abang sepupu call abangnya.. sampai je terus bawa bonda ke klinik an-nur.. doktor kate sebab bonda muntah yang menyebabkan bonda menggigil.. doktor kate bonda kurang air.. doktor suntik bonda.. doktor request admit hospital.. doktor buat surat.. dan aku decide anta bonda ke hospital sungai buloh..

dalam pukul 3 lebih.. kami sampai di hospital sungai buloh.. bahagian kecemasan.. masuk bilik MA.. ambik tekanan darah.. ambik darah.. pegi ke kaunter pendaftaran.. ambik nombor dan tunggu.. bonda masa tu.. dah lembik.. tak bermaya.. mata terpejam.. badan berpeluh.. berpeluh mungkin sebab suntikan doktor di klinik an-nur.. sesungguhnya saat tu.. aku mula berserah pada Allah.. berdoa.. moga Allah panjangkan umur bonda.. agak lama aku menunggu giliran bonda.. doktor semua pegi ke ZON KRITIKAL.. ada kes kecemasan.. aku makin risau bile bonda lemah.. kaki pun dah tak larat angkat masa kat kerusi roda.. dalam 1 jam lebih aku menunggu.. dan akhirnya.. turn bonda..

doktor perempuan di dalam.. bonda lemah.. mata terpejam.. puas aku kejutkan.. gerakkan badan.. tapi mata tetap tertutup.. jenuh doktor panggil.. alasannya.. mengantuk.. doktor check tekanan darah.. TURUN! doktor check 2 kali.. akhirnya doktor suruh kami pegi ke bilik mula-mula kami pergi.. ambik semula tekanan darah dan sample darah.. lepas tu masuk semula ke bilik doktor.. doktor wat pemeriksaan lagi.. doktor hairan.. tekanan darah turun mendadak.. dan doktor suspek bonda DEMAM DENGGI.. doktor terus call bahagian ZON KRITIKAL.. datang staff nurse.. tolak bonda masuk zon kritikal.. bila bonda di atas katil.. aku dan angah disuruh ke bilik waris.. aku dah resah gelisah.. selawat.. al-fatihah dan ayat kursi tak lepas dari mulut..

terus aku call along.. makcik.. apek.. angah terus call bangchik.. dah tak tau nak buat apa saat itu.. jiwa tak tenteram.. hati makin gelisah.. bile tengok doktor.. nurse.. MA kerumun kat bonda.. hanya yang kedengaran.. "makcik.. apa nama.." risau bukan kepalang.. Allah je yang tau saat itu.. hatiku bagai nak pecah.. sorang demi sorang doktor pakar turun.. aku makin risau.. risau yang tak pernah aku alami.. sangat-sangat risau.. dalam tak sedar.. bilik bersebelahan dengan bilik waris.. terpampang.. bilik mayat sementara.. Ya Allah.. kuatkanlah hati hambaMU ini.. janganlah benda buruk berlaku waktu ini.. aku masih belum bersedia..

sorang doktor datang dan beritahu aku dan angan.. "kami suspek mak kamu demam denggi.. dan agak kritikal.. tapi kita tak comfirmkan lagi sebab kene tengok tekanan darah.. buat sama sekarang.. tekanan darah mak kamu sangat rendah.. 75.. orang normal 120.. jadi fikirkan lah.. berdoa dan tawakal.. nasib baik darah kuning dia stabil.. dan dia masih sedar.. kami dah bagi ubat.. dan buat ape yang patut.. kita tengok setengah jam lagi.. apa respon dia.. banyak-banyak berdoa.." bagai hampir gugur jantung ku saat itu.. KRITIKAL..terus call makcik.. along.. apek.. then mintak tolong apek ambik ayu.. saat itu tatau nak cakap.. time maghrib.. azan sedang berkumandang.. Ya Allah.. panjangkanlah usia bondaku.. selamatkanlah bondaku..

setengah jam kemudian.. sorang doktor berketurunan india datang kepada kami.. dia bagi tau bonda stabil.. tapi masih kritikal.. doktor suspek bonda kene denggi.. doktor kate bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. perlu perhatian.. doktor suruh aku ke kaunter pendaftaran ambik borang bonda masuk wad.. lepas dah ambik dan anta form kat MA.. dalam jam 8.00 malam bonda di keluarkan dari zon kritikal..

jam 8.00 malam.. bonda di tolak ke lif.. aku dan angah ikut sama.. sorang MA dan sorang doktor pelatih ada bersama bonda.. bonda akan di masukkan dalam wad ICU.. aku masih dalam tidak keruan.. call sana.. call sini.. kalut! orang yang terakhir aku bagi tau.. ayu.. adik bongsu ku.. sebab.. dia ada test esok hari.. dek kerana tak sampai hati memikirkannya.. harus bagi tau.. takut aku di salahkan nanti.. abangchik sampai dalam 8.15 malam.. along sampai dalam 8.30 malam.. lebih kurang 8.45 malam kami di benarkan masuk jumpa bonda.. berdua-dua.. dalam pukul 9 lebih.. makcik.. pakcik.. abang sepupu sampai.. berkampung kami depan wad ICU.. ayu orang paling last sampai.. dalam pukul 11.00 malam.. nasib mak guard bagi masuk.. lega.. dapatlah kami jumpa bonda.. Alhamdulillah.. bonda stabil.. nak makan roti ngan minum milo.. dalam lega masih dalam kerisauan.. malam tu kami tido di hospital.. cuma along yang balik.. sebab anak-anak.. kami tido di bilik waris.. agak selesa.. alhamdulillah..

untuk pertama kalinya..
sambung di entry part 2..