Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Selasa, Mac 27

BILA tanda-tanda sudah ada..

Salam 1 Malaysia..

korang semua dah makan belum?? tengahari ni tak makan sebab pagi tadi dah makan nasi ayam.. 1 bungkus RM4.. penuh 1 polistren.. kenyang sampai ke petang kot.. rasa pun boleh tahan.. mantop! ayam dia yang sedap.. sambal cili ngan kicap biasa-biasa je la.. asal kenyang, sudah.. 

sejak hari ahad, kepala pening-pening lalat.. pas tu bersin-bersin je.. sekali pagi isnin.. selsema la pulak.. pakej sekali tekak ni cam nak batuk.. nasib la selsema tak bape nak teruk.. tapi biasa la.. kalau aku selsema memang lama gak la.. mau 1 minggu.. tadi keluar temankan member pegi MY MYDIN.. aku beli aiskrim sundae nestle, susu HL dan ada la barang-barang lain.. batuk-batuk kecil mula ada pulak.. tu yang beli aiskrim tu.. asal vanilla.. belasah je la.. orang kata kalau baru nak batuk, makan aiskrim vanilla.. betul ke petua ni?? ada sapa-sapa yang setuju dengan petua ni??

ada sape-sape tergoda dengan AISKRIM NESTLE SUNDAE??
sekiranya kawan-kawan ada petua nak halang batuk yang baru nak jadi tu.. meh la share dengan aku.. batuk kadangkala sampai sakit perut.. ada yang sampai ter ******* pun ada.. batuk kan ada pelbagai jenis.. meh la share kalau ada petua.. boleh di amalkan bersama-sama..


Sabtu, Mac 3

5 PETUA dapur

Salam 1 Malaysia..

selamat hari sabtu.. selamat mengemas.. memasak.. beridah untuk kawan-kawan maya ku.. hari ini banyak juga agenda.. nak ambik barang orang oder.. nak jalan-jalan cuci mata bersama adik.. kali ni.. 1st time aku buat entry PETUA.. untuk kongsi bersama kawan-kawan.. sumber dari Utusan Malaysia Mega hari jumaat..

alangkah indah andai istana takeshi ku punya dapur sebegini..
  1. SINKI TERSUMBAT :  Untuk membersihkan paip singki yang tersumbat, campurkan 1/2 cawan sodium bikarbonat dalam satu cawan cuka. kemudian tuangkan kandungan tersebut bersama 1 cawan air. selepas itu dalam satu jam paip tersebut boleh digunakan kembali.
  2. SUP TERLEBIH MASIN : Masukkan beberapa poyong kentang dalam mangkuk kerana ia akan menyerap garam tambahan dalam sup.
  3. SAYUR SENTIASA SEGAR : Untuk mengekalkan kesegaran sayuran dalam tempoh yang lama, balut sayur tersebut dengan surat khabar sebelum masukkan dalam peti sejuk.
  4. STOK SAYUR : Jangan membuang air sayuran yang direndam atau dimasak. Air tersebut boleh digunakan sebagai stok untuk sup atau kuah.
  5. KEKALKAN ZAT SAYUR : Potongkan sayur-sayuran jika bersedia untuk memasak. Sayuran dipotong dan tidak digunakan dalam jangka masa lama akan menyebabkan zat dalam sayuran berkurang.
semoga ianya dapat memberi bantuan kepada semua kawan-kawan.. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!