Memaparkan catatan dengan label Faris Nur Daniel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faris Nur Daniel. Papar semua catatan

Khamis, Februari 23

Al-Fatihah.. Adik Faris Nur Daniel..

Salam 1 Malaysia..

setiap yang hidup pasti akan mati.. itulah hakikat yang harus kita terima ianya sebagai kenyataan.. pagi ni 1 perkhabaran telah ku terima.. adik Faris Nur Daniel telah pergi buat selama-lamanya.. semoga arwah dalam golongan orang yang beriman & dikasihi Allah s.w.t. Syurga tempatmu Faris.. hanya iringan Al-Fatihah yang mampu aku berikan untukmu anak kecil yang suci.. moga abah dan ibu tabah menghadapi ujian ini.. janji Allah pasti.. kita yang hidup pasti akan mati.. Al-Fatihah.. 

tiada lagi senyuman.. keletahmu.. moga aman dirimu di sana wahai anak kecil
FARIS NUR DANIEL

klik di sini untuk info lagi..


[nota : tak boleh nak teruskan menaip.. air mata dah bergenang.. sebak di dada ni.. hanya iringan Al-Fatihah yang mampu achik sedekahkan untuk Faris.. tenanglah dirimu di sana.. FARIS NUR DANIEL..]



Isnin, Februari 20

menyentuh HATI KECIL KU..

Salam 1 Malaysia..

dari pagi tadi.. mood aku agak tak stabil.. cam ada je yang tak kene.. senang kate, serba tak kene la.. pagi tadi cam biasa aktiviti ku.. buka pc.. buka fb.. buka blog.. menjengah ape yang patut.. haishhh!! bile la nak berubah erk.. patutnya lepas thumbprint tu.. tengok jadual kerja.. ni idak.. ish.. ish.. ish..

terpandang aku 1 post kat FB dari teman.. mengenai adik FARIS NUR DANIEL.. sangat-sangat sedih dan sayu hati kecik ku.. tanpa aku sedari, air mata mengalir dengan sendirinya.. Ya Allah.. kuatkanlah semangat adik Faris Nur Daniel ini.. berikanlah kekuatan dan ketabahan hidup untuk adik Faris Nur Daniel & keluarganya Ya Allah.. adik Faris sekarang sedang dirawat di SJMC.. adik Faris sakit barah darah.. nak tau lebih lanjut.. klik sini tak terkata dengan kata-kata membaca dan melihat gamba adik Faris..

Faris Nur Daniel ketika sihat.. sangat comel..
marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan adik Faris Nur Daniel.. semoga cepat sembuh dan kuat melawan penyakitnya.. untuk keluarga adik Faris Nur Daniel semoga sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian ini.. 

aku juga penah di uji situasi kritikal.. tapi tidak sehebat keluarga ini.. hanya padaMU YA ALLAH aku menadah tangan memohon dimakbulkan doaku.. "YA ALLAH.. KAU BERIKANLAH KEKUATAN DAN KETABAHAN HATI UNTUK FARIS NUR DANIEL DAN KELUARGANYA.. BERIKANLAH KESIHATAN TUBUH BADAN KEPADA FARIS NUR DANIEL SEPERTI SEDIA KALA YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH YA ALLAH.."

kawan-kawan boleh menderma untuk meringan keluarga adik Faris Nur Daniel.. info klik sini..

[mood :  sedih dan sayu hati.. mengalir air mata..]