Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 7

untuk IBU mengandung

Salam 1 Malaysia..

entry khas untuk ibu-ibu.. bakal ibu.. untuk wanita.. entry yang simple.. cuma nak share saje..


AYAT-AYAT AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

# Surah Al-Fatihah
Merupakan penawar mujarab bagi segala penyakit dan terpelihara dari keguguran. Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan bayi yang dilahirkan serta memudahkan perjalanan kehidupannya sentiasa dirahmati Allah SWT.

# Surah Al-Baqarah
Mendapat yang terbaik serta menghindari bala, terutama di saat-saat melahirkan. Bayi yang dilahirkan akan mempunyai hati yang terang, berkeyakinan tinggi dan patuh kepada Allah SWT.

#Surah Al-Buruj
Terhindar dari kebimbangan dan was-was, serta untuk ketenangan ibu semasa melahirkan anak.

#Surah Al Raaf
Memudahkan ketika bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, serta patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

#Surat Taubah
Untuk membersihkan jiwa anak yang dilahirkan dan terpelihara daripada maksiat, serta dilindungi daripada menghadapi bala.

#Surah Yunus
Mujarab untuk selusuh supaya senang melahirkan anak, menghilangkan darah gemuruh dan menghindari sihir ketika hamil,. Anak yang bakal dilahirkan juga akan menjadi penyabar, bersopan santun dan cerdik pemikirannya.

#Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin dan memudahkan bersalin dengan selamat.

#Surah Al-Israa
Supaya memperolehi anak yang soleh, terpelihara dari gangguan jin, rajin beribadat serta sentiada di dalam kegembiraan.

#Surah As-Syu'ara
Menghilangkan ketakutan dan keletihan serta menjadi penawar bisa.

#Surah Fusilat
Anak dan ibu sentiasa terpelihara keimanannya dan takwa kepada Allah SWT.

#Surah Ankabut
Penawar demam, malas serta boleh mengubati sihir.

#Asma Ul-Husna
Untuk mendapat anak yang soleh/solehah serta sentiasa mentaati kedua ibu bapa.


yang baik datangnya dari Allah SWT.. yang buruk datangnya dari diri ini..

Khamis, Mei 23

SUSU IBU..

Salam 1 Malaysia..

yeahhhhhhhh!!! last day bekerja minggu ni.. esok cuti!! esok hari Jumaat.. boleh la ke pasar pagi kat pekan.. lama betul la tak ke sana.. saje jalan-jalan cuci mata.. beli lauk dan sayur.. stok pun dah tak berapa nak ada.. esok buat bubur nasi berlauk pun sedap ni.. lama juga tak makan.. time sakit tekak ari tu.. badan sangat letih.. memang tak masak bubur nasi la.. lepas kenduri ari tu ada juga bonda menyuarakan teringin makan bubur nasi.. esok boleh la buat..

entry hari ni nak share khasiat susu ibu.. agak panjang artikelnya.. aku copy dari Harian Metro hari ni.. sangat berguna.. patutlah aku suka menyusu bonda.. kalau nak tau.. aku menyusu bonda sampai umo 4 tahun tau!! lepas 4 tahun.. jenuh bonda usaha tak moo bagi aku menyusu badan.. ahakss!! maybe sebab jarak aku ngan adik lelaki aku jauh kot.. sebab tu sedap je menyusu bonda selagi ada.. jarak kami 6 tahun.. tapi walaupun jarak tu jauh.. aku ngan adik-adik bawah aku agak rapat keakraban kami di banding dengan aku dan angah dan along..



KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN

Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin

Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.

Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.

Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu ibu di samping beberapa unsur zat lain.

Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.

Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.

Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.

Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.

Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.

Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang gejala penyakit obesiti.

Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.

Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).

Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.

Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.

Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".

Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan. Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua tahun ataupun lebih".

Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri. Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan moden.

Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.


InsyaAllah.. sekiranya Allah berikan aku peluang berkahwin dan mempunyai anak.. ingin ku berikan susu ibu secara berterusan selama 2 tahun dan lebih.. semoga Allah makbulkan doaku.. Amin..

Jumaat, April 5

meNANGIS lah..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang barakah.. penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga peroleh keberkatan.. entry yang tak seberapa hari ni.. memandangkan hari Jumaat.. kita share benda yang elok dan yang tak tau je la.. tak nak merepek hari ni.. keja waktu.. agak sibuk bape hari ni.. kerja!! kerja!! Jumaat waktu yang pendek.. 

tahukah anda menangis punya kebaikan?? meh nak share..

Kelebihan Selepas Menangis..



Membantu Penglihatan
# air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan manusia kabur.

Meningkatkan Mood
# seseorang yang menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yang lebih baik.

Mengeluarkan Racun
# ahli biokimis Willian Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. tetapi keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.

Mengurangkan Tekanan Perasaan
# air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.

Mengeratkan Hubungan Silaturahim
# selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yang menjadi pendengar setia.

Melegakan Perasaan
# Semua orang akan berasa lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.



Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Selasa, November 20

aduhai.. anak MAK..

Salam 1 Malaysia..

sudah masuk waktu tengahari dan sebentar lagi waktu rehat a.k.a waktu makan tengahari.. hari ni tak makan tengahari sebab pagi tadi dah makan mehun sup.. masih kenyang rasanya.. kalau lapa.. makan la biskut jacob.. 

ada sapa-sapa tengok SELAMI JIWA bersama Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan artis jemputan Fizo Omar dan seorang tetamu perempuan.. sory.. tak ingat nama tetamu tu.. yang teringat namanya Nurul Hana.. tajuknya.. ADUHAI.. ANAK MAK.. yang best tu.. Fizo Omar memang mengaku dirinya anak mak.. program selami jiwa ni memang aku suka tengok.. walaupun setengah jam.. tapi kali ni.. musim kedua ni.. memang seronok la topik-topiknya.. masa awal muharram pun terbaik.. tetamu yang di jemput oleh Dato' semuanya ada kisah tersendiri dengan tajuk pada musim ini..


macam-macam kerenah juga sape merasakan dirinya anak mak.. dan yang utama mesti orang akan kate.. MANJA.. tu salah satu la.. bagi Fizo.. banyak kepada tanggungjawab.. suka la cara dia bercakap pasal isu ni.. dengan usikan Dato' buat kami yang menonton di rumah pun tergelak.. lagi-lagi bab JODOH.. Dato' ada juga menyelitkan doa untuk melembutkan hati anak mak.. "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir " baca dan hembus pada orang yang berkenaan.. gamba kat handphone pun boleh.. dengan niat yang betul ya.. jangan niat lain pulak.. banyak ilmu yang aku dapat dalam menonton program SELAMI JIWA ni.. terbaik!! 

nota blog : TAHNIAH!! kak cik.. dapat 1A 2B 2C.. Syukur.. Alhamdulillah.. harap lepas ni belajar rajin-rajin lagi ya.. target PMR pulak 3 tahun akan datang..

Isnin, Mei 28

sedikit TIPS..

Salam 1 Malaysia..

minggu terakhir bulan Mei.. pantas betul masa berlalu..dah nak masuk pertengahan tahun.. macam-macam berlaku dalam tempoh masa 5 bulan.. pahit.. manis.. masham.. masin.. ahakss!! tu la namanya kehidupan.. mana ada kehidupan tu sentiasa indah.. kan?? kan?? entry hari ni nak share TIPS menjaga buah pinggang.. info dari FB kawan aku.. sama-sama belaja di POLIMAS.. 1 rumah.. 1 bilik.. dia nak share tips ni sebab abang dia meninggal dunia menghidap sakit buah pinggang.. jadi aku nak share info ni untuk kita bersama..





Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Selasa, Mei 22

PANTAS masa berlalu..

Salam 1 Malaysia..

22052012 bersamaan 1 Rejab 1433H.. pantas masa berlalu.. lepas Rejab, masuk bulan Syaaban.. lepas tu Ramadhan.. bulan kita berpuasa.. 2 bulan je lagi.. puasa ganti pun belum abis.. haishhh!!! next week marathon la gamaknya.. 4 hari lagi.. chayok!! chayok!! 


banyak kelebihan bulan Rejab ni.. dan bulan Rejab juga ramai orang mula berpuasa.. tak dapat puasa berterusan pun, puasa isnin khamis pun ok kan?? berlatih untuk persediaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.. harap aku dapat bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak..  sekadar mahu berkongsi kelebihan bulan Rejab.. 

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Jumaat, Mei 4

indahnya JUMAAT..

Salam 1 Malaysia..

JUMAAT penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan.. diampunkan dosa-dosaku.. dosa kedua ibu bapaku.. dosa adik beradik ku.. serta dosa muslimin dan muslimat.. lindungilah kami semua Ya Allah.. entry hari ni nak share dengan kawan-kawan keberkatan dan kelebihan hari Jumaat.. moga ianya dapat memberi manafaat kepada diri ku serta kawan-kawan semua.. maaf sekiranya ada kekurangan dari entry ini..

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011

lama dah tak pegi taman metropolitan..
tetibe teringin pegi bile tengok cite Cinta Buat Emelda.. ahaks!!