Memaparkan catatan dengan label berjimba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berjimba. Papar semua catatan

Khamis, Jun 27

indahnya CIPTAANMU..

Salam 1 Malaysia..

Syukur.. Alhamdulillah.. hri ni baru nampak matahari menyinar.. cantik sangat.. terasa rindu dengan cahaya matahari.. Subhanallah.. cantiknya ciptaanMU Ya Allah..

aktiviti hujung minggu ku.. agak dinantikan kemunculannya.. tapi agak kuatir dengan cuaca yang berJEREBU.. tapi bila mengenangkan telah berjanji dengan baby.. tunaikan juga la.. atas keizinan ayah baby.. mak baby tak de.. rombongan cik kiah ke Kelantan & Terengganu.. memandangkan baby kene tinggal.. so.. hiburkan hati dia sikit setelah bermacam-macam status kuar kat FB dia.. sunyi kot.. mak tak de.. kalau tak, hari-hari bercakaran dengan mak.. bukan la bercakaran bergaduh.. biasa la budak-budak sekarang.. mak kate sepatah.. anak mula la buat perangai.. merajuk la.. menangis la.. ada je ragamnya.. lagi-lagi part angkat kain jemuran.. memang tidak pada baby..

kemana lokasi kami?? zoom innnnnnnnnnnnnn


kami disini.. setahun sekali.. tapi cuaca agak berjerebu.. kami pergi awal pagi.. untuk mudah parking.. tak yah jauh berjalan sangat.. 


bertemakan ORKID tahun ni.. sampai-sampai je.. dah teruja tengok bunga pelbagai warna.. hah! membuntang mata tu.. warna warni.. dari bunga pernah tengok.. sampai tengok bunga yang tak pernah tengok..


apa nama benda ni ea?? tapi yang pasti.. kalau malam sure lagi cantik.. ada lampu di dalamnya.. wah!! ceria betul la.. tapi siang hari mane nampak kan.. tapi aku suka.. benda alah ni.. cam nak buat kat rumah.. sesuai ke?? ahakss!!


taraaaa... cantik tak?? cantik tak?? aku suka betul la bunga orkid ni.. tapi tak reti jaga.. besar-besar pulak tu bunganya.. sangat terpegun dan terkesima.. bunga yang aku upload ni kebanyakkannya aku snap kat TAMAN DIRAJA.. cantik betul taman tu.. walaupun bunga-bunga tu baru letak bape hari.. siap si baby tanya.. "bunga plastik ea.." cam tak caya tu bunga hidup..


kasi can si baby layan perasaan posing manja.. pusing-pusing kat situ sejam.. dah mula penat katanya.. ni la ragam dia.. tak boleh jalan lama-lama.. mula buat perangai.. sakit kaki la.. haus la.. lapar la.. ada je.. tu signal-signal awal dia untuk balik.. penat la tu..


ramai juga budak-budak tadika.. rombongan sekolah rasanya.. ada ustazah yang guide.. snap curi budak-budak ni.. comel-comel.. sekolah PASTI kot.. semua berkopiah.. sopan je.. board yang ni sesuai untuk budak-budak ya.. orang dewasa dah tak sesuai.. lubang muka tu rendah je.. tapi teringin gak nak buat.. "anda tak layak" kata adik aku.. HAMPEH!

layan gamba jap ea..


balik rumah tengok balik kamera.. ya.. MINAH sorang ni punya gamba punya la banyak.. suka beno dia dengan bunga-bunga.. terkesima!


gadis sopan di abad ini.. ayu-ayu gitu semua gamba dia kat sini.. suka!


CAK!! tuan tanah perasan comel.. ahakss!! jangan muntah hijau!! tolong!! jangan muntah hijau!! 


nak juga layan gamba kat benda ni.. tengok si baby.. mendongak tengok atas.. kalau kamera DSLR kompom cun kan?? ni hanya kamera biasa.. zoom pun tak banyak.. boleh la dari tak de kan?? kan??


tu dia.. lambang negeri Selangor.. cantik juga taman MPK ni.. Majlis Perbandaran Klang.. kebanyakkannya hasil daripada barangan terbuang.. cantik!! kerusi daripada tayar.. tong minyak.. yang pasti.. CANTIK!


GIYOMI?? tak menahan aksi ni.. layankan je la mereka ini.. buat aksi tanpa segan silu dengan orang lain.. giyomi la sangat kan..

last pict bunga yang seperti plastik.. walaupun realitinya.. BUNGA HIDUP.. yang warna kuning tu bunga apa ya?? selalu nampak yang plastik.. tapi yang ni.. betul punya ya.. hidup..


panjang umur.. ada rezeki.. kalau tahun depan ada lagi.. boleh la pergi lagi.. bukan selalu kan.. lagipun FREE.. tengok keindahan flora.. mulut tak lekang dari perkataan.. "WAHHHHH CANTIKNYA.." itulah anugerah dariNYA.. ciptaanNYA.. SUBHANALLAH..

InsyaAllah.. jumpa lagi FLORIA 2014..


Rabu, Mac 7

ARAB lagi??

Salam 1 Malaysia..

atas permintaan kawan bergaduh.. kawan berjimba.. kawan bujang a.k.a single mingle ku.. teringin makan NASI ARAB.. adehhh.. pulak tetibe nak makan nasi arab.. dek kerana kawan aku tak de sape nak masakkan dan dia pun malas nak masak sebab tinggal sorang-sorang.. ibu dia pegi umrah, maka aku bersetuju.. memandangkan cuaca yang agak panas pada hari ahad lepas, kami pergi makan nasi arab dekat-dekat kawasan sini je.. malas nak menerjah ke Shah Alam.. lagi pun tak penah makan kat tempat yang kami akan menerjah ni.. kami menerjah RESTORAN HANNOON AL ARAB.. kene pandai cakap arab la pas ni.. dah makan nasi arab.. ahaks!!!


masuk kedai ni nampak eksklusif je.. kawan aku dah bisik.. "oit! cam mahal je tempat ni dia caj".. aku sengih je la.. sebab aku pun tatau.. mahal ke murah kat sini.. makan kat Shah Alam tu, biasa je la regenya.. belek-belek menu.. akhirnya kami decide menu ni.. zassss!!!

menu dak 2 orang.. same.. sepinggan RM16 x 2
aku punya!! kambing lagi.. RM16 sepinggan
air yang same untuk kami bertiga.. RM5 1 gelas wooo x 3
bagi aku lagi sedap nasi arab kat Shah Alam.. nasi dia lagi lembut.. dah janji dengan dia orang.. next time nasi arab shah alam.. time budak-budak uitm ngan unisel cuti mid sem ke.. 3 orang makan RM63.. hambek kooo.. mahal!! sewa kedai tu kot yang menyebabkan mahal.. sesekali tak pe.. kerap?? kopak.. moh layan deco kedai tu serba sedikit.. ada SHISHA.. 

Khamis, Februari 2

yok mampir cafe

Salam 1 Malaysia..

korang tau tak maksud YOK MAMPIR?? sape tau sila angkat tangan!! ada tak?? cam orang dengar je kan.. ape daaa.. yok mampir tu dalam bahasa JAWA ya.. maksudnya.. JOM SINGGAH.. tapi aku tak tau la.. owner dia ni jawa ke ape.. lokasinya memang dalam kawasan perkampungan orang jawa.. perkampungan?? betul ke ayat aku ni.. masyarakat kat kampung tu majoritinya jawa.. ha.. tu la maksud aku.. aiyoo.. BM dapat bape la masa SPM erk.. teruk betui.. 

di 1 malam aku dan geng berjimba telah menuju ke YOK MAMPIR CAFE.. lokasi berjimba kami kali ini di jalan Shahpadu, Klang, Selangor..kat sini ada macam-macam menu makanan dan juga minuman.. ada makanan biasa.. yang goreng-goreng, panas-panas dan juga western food tau! ha.. jangan terkejut, walaupun nama kedainya bahasa jawa.. macam-macam ada.. tapi kami tak makan western food pada kali ni.. kami makan kuetiaw goreng kerang, soto dan kentang goreng.. air epal asam boi & air kedondong asam boi.. memang mabeles ar!! cukup serba serbinya.. masham manisnya.. KICK!!

soto.. kuetiaw kerang.. kentang goreng.. 
kedondong asam boi.. epal asam boi.. MABELES!!

Khamis, Januari 26

sepetang di TANJUNG HARAPAN

Salam 1 Malaysia..

destinasi di petang hari tanpa di rancang.. TANJUNG HARAPAN.. apa aktiviti di sana?? melihat kapal yang membawa kontena.. burung yang bebas berterbangan.. kanak-kanak bermain di gigi air.. aktiviti memancing.. kami?? bersantai dengan tiupan angin laut dan menyaksikan matahari terbenam..

pelbagai aktiviti di Tanjung Harapan..
sambil menanti matahari terbenam.. perut terasa lapar.. tak sah dalam aktiviti berjimba kami tidak dipenuhi dengan acara MAKAN!! apa pun tak boleh!! kami order.. tauhu bakar.. (kangkung plus sotong) dan air buah-buahan.. laici.. tembikai laici.. 3 orang makan tauhu bakar.. 3 gelas air buah.. RM23 ya kawan-kawan.. leh tahan gak erk.. 3 1/2 bintang sajo.. JOM!!

Menu & aksi kami..
dan tidak dilupakan.. saat yang indah di waktu itu.. matahari terbenam.. tapi kami tak tengok hingga matahari melabuhkan cahaya.. jam 7.00 malam kami bergerak pulang..

Matahari mula berlabuh.. bersama burung yang bebas berterbangan..

Selasa, Januari 10

BIG!! big!! BIG TASTE..

Salam 1 Malaysia..

korang semua dah makan?? kalau belum.. get ready telan air liur erk.. ahaks!! bukan ape.. sebab nak publish pict makanan.. aktiviti di kira malam minggu ke kalau Jumaat malam Sabtu? dah kira waktu berjimba la bagiku yang single mingle ni dek kerana sabtu dan ahad cuti weekend.. tiada perancangan detail bersama geng berjimba.. spontan pot pet pot pet di YM.. dah ok! set! jadi!

lokasi berjimba malam tu.. lokasi baru.. (baru bagiku.. sebab 1st time..) cadangan Bun-D Restaurant, Seksyen 7.. sekali menterjah.. tutup la plak.. selambe kawan aku cakap.. "aiii!! dah kaya ke.. dah tutup ke.. tutup ari ni je.." ape lagi.. aku dan kawan aku sorang lagi gelak tak mau la dalam kete.. so.. kami pusing-pusing pulak ke area jakel.. 2 kali pusing.. last-last.. maka berhentilah kereta di BIG TASTE.. nak makan western punya pasal.. kat seksyen 7 gak..

belek-belek menu.. last-last tanya budak tu.. "ape yang glamer kat sini.." dengan muka tak bersalah je kawan aku sorang.. budak tu hanya senyum.. lastly kami decide.. nak makan chicken chop.. 3 set chicken chop.. 2 gelas air longan.. 1 gelas air lime.. 1 sausage pizza.. 1 potato wedges.. sambil tunggu.. kami borak-borak.. gelak-gelak.. tengok ragam orang.. sekali hidangan pun sampai.. hambek kaw.. air tu besa.. jenuh nak abiskan.. chicken chop dia pun besa.. larat ke nak perabis ni.. tu belum pizza ngan wedges.. hambek kaw.. makan sampai tak larat.. tak caya?? meh la tengok..

puas minum ayo longan ni..
masham!! elok kot untuk orang nak berdiet..


chicken chop yang BIG!
ni pun.. leh tarik la cheese dia..
ni la hidangan kami..
ni pun sodap!

murah ke mahal?? 3 orang makan..
acara makan-makan selesai jam 11.30 malam.. wedges tak abis.. siap tapau.. lokasi seterusnya.. berjimba seterusnya.. wait n see!!