Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 1

si UNGU yang menggeramkan..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat.. Penghulu segala hari.. semoga kita memperoleh keberkatan pada hari ini dah juga hari-hari yang mendatang.. Ya Allah.. aku masih diuji dengan sedikit kesakitan.. demam yang masih belum pulih.. mungkin demam ini menghapus dosa kecilku.. demam kali ni.. asik mengantuk.. apa puncanya.. aku sendiri tak tau.. mungkin dadah dalam ubat tu kuat sangat kot.. mata ni.. layu memanjang..

good news minggu ni.. dapat anak buah baru lagi.. baby girl selamat lahir ke dunia.. ini bermakna.. anak buah bertambah.. pelaburan di bulan Syawal juga bertambah.. ahakss!! 2 lelaki.. 4 perempuan.. jumlah anak buah yang aku ada.. next!! sapa ya.. angah?? aku?? bangchik?? atau ayu?? haaaa!! wait and see..

cerita yang dah basi.. sebulan yang lalu sepatutnya aku letak di entry.. tapi kemalasan untuk mengedit gamba.. bukan apa.. just letak watermark.. tapi aku sangat la malas.. nak buka gamba 1 per 1.. M yang beso.. so.. hari ni agak berkesempatan.. tak kira.. nak letak juga.. jom layan kisahnya..

23 Disember 2012.. dari jam 9.30pagi.. kami bergerak ke Tasik Beris.. yang di tuju Ladang Anggur Tasik Beris.. dari Sungai Petani.. aku rasa ada juga dalam sejam lebih.. jauh nun ke dalam.. ini adalah kali pertama aku ke sana.. terasa sangat lah jauh.. sampai jumpa nama kampung yang tak pernah dengar.. redah je la.. asal sampai.. dengan cuaca yang agak terik.. si kura-kura menyusur jalan kampung.. mencari lokasi.. akhirnya.. kami tiba dengan selamat..

dengan angin sepoi-sepoi dari Tasik Beris.. sangatlah nyaman.. terpesona aku sebenarnya.. dengan keindahan di situ.. 

naik tangga.. jumpa ini.. tengok dari luar pokok anggur.. dah buat hati tak sabar nak masuk.. tak ramai sangat orang yang ada sewaktu kami sampai.. mungkin masih awal..

nak masuk dalam ladang.. kene bayar ok.. dewasa RM4.. kanak-kanak 7 -12 tahun RM2.. boleh ulang-ulang masuk ladang yang sedia ada asal tak keluar dari pintu utama masuk ke ladang..

masuk je dalam kawasan ladang anggur.. akan ternampak signboard ni.. so.. berhati-hati.. tapi.. baby Ilman Hazim dah terpetik sebiji.. nasib la penjaga ladang tak perasan..

kami yang sangat teruja melihat pokok anggur dan buah anggur.. moh le layan gamba kami yang posing tak hingat dunia.. melopong tengok buah anggur yang sangat menggeramkan.. rasa nak petik dah makan.. tapi.. mahal sangat kalau petik sendiri.. tak silap RM50 sekilo.. uh!! baik tak yah.. beli yang dah siap di petik je la.. 

nampak menggeramkan.. tapi ku tahan nafsu..

posing bersama teman serumah semasa di poli.. yang sudi membawa aku ke mari.. pemandu pelangcongku semasa di kedah.. 2 cahayamata yang sangat comel.. baby Ilman & abg Izzat..

menjaga nafsu memetik anggur.. ahakss!! teruja!!


Shima juga beraksi dengan buah anggur.. teman berborak di dalam kereta.. dari Klang ke SP.. dari SP ke Klang.. berjaya buat aku tak mengantuk..

baby Ilman dah mula tengok-tengok buah anggur.. dah geram dah.. 
sekali dia berjaya petik sebiji.. tanpa di sedari si ibu..

sebagai kenangan kami di sini.. di abadikan dalam sekeping gambar kami bersama..

waktu ni.. ladang anggur warna ungu je yang di buka untuk orang ramai.. ladang anggur hijau di tutup sebab buat tak ranum lagi.. tapi dok ushar-ushar dari jauh je la.. geram gak.. sebelum balik.. kami merehatkan diri di tepi Tasik Beris.. angin yang kuat.. membuatkan kami seronok berada di situ.. pemandangan yang cantik..

nak balik.. opkos la.. soping sikit.. sebagai ole-ole bonda di rumah.. sedikit buah anggur ungu dan hijau.. kordial anggur.. dan semestinya FM untuk kenang-kenangan.. posing lagi sebelum meninggalkan Ladang Anggur Tasik Beris..

TQ abg Izzat snap pict ni.. 

destinasi seterusnya.. next entry.. jumpa teman serumah.. sebantal.. setoto.. RINDU sangat dengan dia..

nota blog : esok pagi menuju ke Selatan tanah air.. melawat cik bibi yang tembam.. Ya Allah.. KAU permudahkanlah perjalanan dan urusanku.. Amin..










Selasa, Januari 15

KEDAH.. kami datang..

Salam 1 Malaysia..

sudah setengah bulan berada di bulan JANUARI.. Ya Allah.. pantasnya masa berlalu.. 1 bulan lagi audit perolehan.. fuhh!! fail tak kemaskini lagi.. 2 hari lagi hari lahir Bonda tersayang.. masih tak tau nak belikan hadiah ape.. HANDBAG?? KASUT?? KAIN ELA?? aduhai.. si anak yang masih memikir.. apa yang sesuai untuk bonda tersayang..

hari ni.. walaupun mungkin agak dah basi.. tapi ianya sangat bermakna buatku.. setelah 10 tahun menanti.. akhirnya.. aku dan teman seperjuangan di poli.. Shima.. dapat juga menjejakkan kaki ke KEDAH.. 10 tahun lamanya menyimpan angan-angan.. akhirnya.. dengan izinNYA.. dapat juga menjejakkan kaki ke sana.. dengan semangat berkobar-kobar menaiki si kura-kura comel ku.. dengan agak berat hati bonda izinkan.. kami berdua menaiki kura-kura bergerak 8.30 pagi 22 Disember 2012 menuju ke Utara.. percutian 4 hari 3 malam..

singgah berhenti di perhentian tapah.. mengisi perut kami yang lapar.. hantar pesanan penaja pada insan-insan tersayang, kami berada di mana.. kalau tak nanti.. fuh!! jenuh gak menjawab.. update sikit kat FB.. untuk insan yang ada sentiasa beri kata semangat.. cewah!! jiwang la pulak.. tapi tu la adanya padaku.. Sahabat.. suka dan duka..

bergerak meneruskan perjalanan non stop.. Alhamdulillah.. lancar.. sampai ke Perak.. masuk ke Pulau Pinang.. fuh!! jalan dah mula sesak sebelum tol Juru.. menguji kaki kanan ku.. untuk bermain break dan minyak.. test power betul.. nasib la co-pilot cool.. asal berkumandang suara-suara dari radio kura-kura.. 1 jam berada di kesesakan Pulau Pinang di tambah dengan hujan selebat-lebatnya di Seberang Prai.. Ujian untuk kami.. Syukur.. Alhamdulillah.. kami selamat tiba di Cinta Sayang Resort Homes lebih kurang 4.30 petang.. dan Syukur sangat-sangat.. penginapan kami di taja.. teman seperjuangan offer duduk rumah dia je.. memandangkan suaminya berlayar.. kecik tapak tangan.. nyiru kami tadahkan..

sawah padi.. ku rindu memandangmu..

petang tu.. lepas solat dan berehat ala kadar.. kami bergerak ke rumah seorang teman.. kami di jamu pelbagai juadah.. menu utama.. nasi berlauk.. dari jauh kami datang.. kami di hidangkan dengan pelbagai makanan.. sebelum maghrib.. kami bergerak pulang.. malam tu.. kami berborak-borak hingga lewat malam.. nasib la anak-anak teman memberi kerjasama.. tido awal mereka.. boleh la kami berborak sakan.. mengimbau kenangan lalu.. zaman belaja mengenal susah dan senang berada di perantauan.. Ya Allah.. sangat indah bile di kenang.. sampai mengalir air mata kami ketika berborak.. sangat indah pertemuan ini.. esoknya.. kami dah plan nak kemana.. entry berikutnya akan muncul.. daaaaaa!!

Jumaat, Januari 11

cuci MATA..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat menjelma.. last day bekerja minggu ni.. yehaaaaaaa!! syok!! pagi ni ada cermah agama.. santapan rohani untuk diri ini.. Alhamdulillah.. moga beroleh ilmu dari majlis ini.. Amin.. minggu depan hari khamis besday bonda.. nak bagi apa ya sebagai hadiah?? boleh kawan-kawan bantu diri ini.. plss...

last entry percutian ke Port Dickson.. bergerak ke teluk kemang.. kasi cuci mata lah!! bak kate Sathia.. bukan nak beli apa sangat pun.. saje tengok-tengok barang kat situ.. kot ada yang berkenan.. walaupaun kami ke situ hari bekerja.. tapi tetap ramai orang yang berkunjung ke situ.. zoom in gamba yang menarik di situ..


macam-macam ada.. yang menarik perhatianku.. katak tu.. comel!! nak beli tapi untuk sapa?? aku hanya mampu memandang si comel tu.. kalau datang sini.. yang aku beli.. t-shirt je.. benda lain tak de la.. saje la buat kenangan..

satu lagi benda yang menarik di sini.. KUDA.. selain kuda.. ada lah permainan untuk budak-budak.. yang roda tiga boleh kayuh kawal guna tangan.. ntah apa namanya.. aku pun tak tau.. ingat ada snap gamba.. tak de pulak.. tapi kuda ni.. membuang merata-rata.. tuan kuda la kutip.. cuci laluan jalan kuda.. bayaran dikenakan.. RM15 ke RM10 untuk dewasa.. tak ingat sangat sebab tak de rasa nak naik.. gayat kot.. last naik kuda di taman buaya.. kuda padi.. zaman sekolah menengah la dulu..


jalan-jalan.. pusing-pusing.. dari satu kedai ke satu kedai.. mencari baju yang sesuai.. warna yang menarik.. dan yang pasti.. nak yang murah dengan kualiti yang ok.. hah! teruk betul.. dah la kedainya sempit.. main celah-celah je masuk.. 






dan yang tak menahan.. dalam membeli dari satu kedai ke satu kedai.. akulah rupanya yang paling banyak beli t-shirt.. tak perasan aku beli 4 helai.. ahakss!! pilih punya pilih.. dan ada sorang tukang paw.. dalam diam dia ada strategik sendiri.. dia paw aku sehelai.. dia paw adik pempuan aku sehelai.. semua t-shirt PD.. tapi dia beli sendiri beli baju jersi Malaysia.. huh! kurang asam!! dalam diam kamu ya.. nilah budaknya..





sengih lebo kamu ya.. dapat t-shirt free..
 
dalam menunggu budak-budak beli key chain.. makcik sakan pulak beli topi.. aku test pakai.. nampak comel.. dia pun beli.. beli 2.. harga ok la.. RM15 setiap 1.. tak la mahal gile.. zoom in budak tak interprem juga..


tuan blog yang jarang interprem.. sekali pasan comel nak interprem.. ahakss!!

ni la 2 jenis topi yang berbeza.. berlakon je lebih budak berdua ni.. pasan comel la tu..

sekian saje entry-entry percutian kami di Port Dickson.. 9-10 Disember 2012.. satu kenangan yang terindah.. InsyaAllah.. tahun 2013 niat di hati nak bawa mereka ke LUMUT.. mudah-mudahan murah rezeki ku.. Amin..









Jumaat, Januari 4

aktiviti PAGI kami..

Salam 1 Malaysia..

4 hari di tahun baru.. macam-macam cerita suka dan duka untuk aku dan keluarga.. semua itu anugerah dan ujian dari Allah s.w.t.  sebagai hambanya.. harus terima dengan hati yang rela.. redha.. dengan apa juga yang diberikan pada kita.. terus menerus muhasabah diri..

sambung entry percutian ke PD yang dah basi sangat-sangat.. tapi aku nak letak gak kat sini.. sebagai kenangan untuk yang terakhir kali.. mungkin.. semuanya telah di susun atur.. kita je yang tak tau..

pagi hari yang sejuk dan berangin.. opkos la kan.. duduk tepi pantai.. mestilah angin sepoi-sepoi je.. ikut hati.. nak je sambung tido.. tapi suara budak-budak yang riuh bersiap mandi pantai.. rezeki kami.. tak hujan.. dua hari 1 malam kami di situ.. tak hujan.. gerimis halus pun sekejap je.. Syukur.. moh layan gamba..

nampak tenang kan.. dengan cuaca yang tak terucap dengan kata-kata betapa indahnya ciptaanNYA.. 

menuruni bukit untuk ke pantai yang airnya jernih.. 1st time pegi PD dapat mandi air laut yang airnya jernih.. siap nampak sekumpulan anak ikan berenang-renang dalam air.. siap tangkap masuk dalam baldi.. tapi kami lepaskan.. saje main-main.. cantik sangat.. nampak anak ketam dalam air.. jernih..


siap bawa bekal lagi baby.. tapi ermmm.. tak makan pun kat bawah.. bawa balik naik atas balik.. makan kat bilik.. buat penat bawa turun..



dari jauh kelihatan anak-anak ketam membuat rumah.. rumah ke ape ea?? kat pasir tu.. tatau la namanya.. aku kate rumah.. yang bulat-bulat kecik-kecik tu..

sempat bawa peralatan main pasir.. kunun nak buat castle.. tapi hampeh.. main kejap je.. pas tu semua nak berendam.. 

budak tak suka bergamba.. baju belang-belang harimau malaya.. payah sangat suh bergamba.. cam retis!!

dan akhirnya.. kami..

sangat happy berendam air laut.. 2 jam juga berendam pagi tu.. lagi seronok bile pantai ni tak ramai orang.. sebab ni kawasan resort.. orang tak ramai la kot yang tau tempat ni.. adik kate.. boleh datang lagi.. best! yang tak menahan ayat baby.. "nanti tiap-tiap cuti sekolah kita datang sini nak??" amboi.. sedap kemain cakap ye.. suka kemain dia main air laut tu.. kejap naik.. kejap turun.. macam-macam ragam..

tengah leka bermandi manda.. ada orang datang naik bot offer naik banana boat.. mula kami tak nak naik.. tapi tanya-tanya kat abang tu.. dia janji tak bawa laju-laju.. kira ok la.. bukan apa.. sebab baby ni ada semput.. risau kami kang di jatuhkan dalam air yang agak dalam.. dia tercungap-cungap pulak nanti.. untuk pertama kalinya.. kami ber tujuh naik banana boat.. bak kate orang.. "rasa sekali nak lagi.." memang pun.. sekali naik.. macam tak puas.. tapi sayang.. tak de gamba pun.. semua naik.. sape yang nak snap gamba kan.. redha je la.. ahakss!! lenkali datang.. nak naik banana boat lagi.. rasa cam naik speed boat pun ada.. sebelum balik naik bilik.. adik jumpa anak ketam yang hidup.. dan sempat bersalin kulit di tapak tangannya..


aku tak pasti yang mane satu kulit lama yang mane satu yang ada isi.. terlupa..

jam 11.30 pagi kami siap-siap untuk pulang.. lokasi seterusnya.. teluk kemang.. mau soping sikit.. biasa la.. pegi tempat orang mesti beli sesuatu untuk kenangan kan.. next entry InsyaAllah..

menunggu selesaikan pemulangan kunci dan ambil deposit.. pas tu terus menuju ke teluk kemang.. zasssss.. next entry..




Jumaat, Disember 28

walaupun tak CANGGIH..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat terakhir tahun 2012.. lewat petang baru bersiaran di pondok usang.. bertemankan bunyi-bunyi halwa telinga.. begitu mengusik hati ini.. apakah yang terindah.. bermakna dalam hidup tahun 2012?? Alhamdulillah.. rasanya target 2012 agak tercapai.. tahun 2013 apa pula target dalam hidup?? selagi ianya tidak melibatkan hati.. perasaan orang lain.. InsyaAllah.. akan ku cuba sebaik mungkin.. yeah.. tahun depan menginjak lagi usia ini.. makin lama.. makin berusia.. kehidupan atas bumiMU ini Ya Allah.. akan ku cuba harungi..

sambung entry percutian ke Port Dickson.. agak-agak dah basi sangat dah kalau makanan.. tapi nak letak juga la.. sebagai kenang-kenangan yang indah dalam hidup.. entah akan ke sana lagi entah tidak.. aku hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah s.w.t yang menentukan..

petang hari.. bile berada di tepi pantai.. mesti jiwa ni nak tengok matahari terbenam dengan cuaca yang indah.. lepas asar.. dalam jam 6 petang.. kami dah melepak di pondok cendawan.. bersantai dengan adik-adik sepupu.. usik mengusik.. itulah kami.. suka mengusik antara satu sama lain.. orang tak ramai.. jadi pondok cendawan.. kami yang punya.. ahaksss!! meh la layan gamba sebagai kenangan..


elok nak berposing pada walkway atas air.. gerimis la pulak.. naik atas balik.. baru nak layan perasaan.. cehh!! spoil kejap..


[dua gadis Harimau Malaya..]

sambung duduk di pondok cendawan.. menunggu matahari terbenam.. dengan kamera yang tak canggih.. berusia 2 tahun lebih.. inilah hasilnya.. 


dan.. ada pula insan-insan yang kunun ala-ala romantik di petang hari.. nak juga interprem.. di sebalik matahari terbenam.. layankan..


entry yang penuh dengan gambar.. betapa indahnya milikMU ini Ya Allah.. kejadian alam.. ku coretkan sebagai kenangan.. amboi!! ada sedikit rasa jiwang pula dalam entry ni.. haishhh!!! tekan X pada yang tak berminat.. next entry.. aktiviti pagi kami.. see ya!!


Selasa, Disember 18

KAMI di sini..

Salam 1 Malaysia..

hujan turun dengan lebatnya sebentar tadi beserta guruh yang kuat berdentum.. sekarang kalau tak hujan di petang hari.. hujan akan turun di malam hari.. itu anugerah Allah s.w.t. beri kepada kita.. Syukur.. Alhamdulillah.. tapi bila ada guruh.. mula la aku ketakutan.. lagi-lagi bila naik motor atau kereta.. memang mulut ni tak berenti berkumat kamit.. bukan baca jampi serapah ya.. baca ayat-ayat suci Al-Quran..

entry hari ini.. perghh.. agak suram-suram.. sesuram gamba yang ada.. sambungan entry semalam.. check in di BOUGAINVILLA RESORT.. terlajak juga bila nak ke sini.. nasib ada simpang jalan yang boleh ke situ.. kalau tak mau U-turn jauh sikit.. biasa la.. jalan di Port Dickson bila hujung minggu agak sibuk dengan musim cuti sekolah kan.. aku ni.. pemandu yang baru berjinak-jinak dengan dunia memandu kereta.. selama ni.. aku adalah pemandu motor.. 

[pintu masuk yang klasik..]

sampai dalam pukul 2.30 petang.. terus pegi ke kaunter resort.. agak mesra rakyat.. bayar apa yang patut.. di berikan kunci bilik.. aku ambik 2 family room.. 1 bilik RM220.. dua bilik RM440 + RM50 deposit.. opsss!! lupa la nak snap pict bilik.. ada 2 katil queen.. ada tv.. ada petia ais comel.. air cond.. bilik air yang cam kat rumah saiz sedang-sedang.. almari.. kira ok la.. bukan nak melepak sangat dalam bilik pun.. banyak aktiviti di pantai dan kolam je..

[persekitaran resort.. agak santai..]

dan inilah bilik yang aku menginap..

[nampak cam dah lama kan.. tapi.. Alhamdulillah.. ok..]

masuk bilik.. ape lagi.. masing-masing dah lapa.. makan!! kami dah siap bawa bekal.. nasi putih.. ayam masak kicap.. sayur kobis.. naget.. air.. simple-simple je.. asal kenyang.. lepas solat dan rehat.. ape lagi kanak-kanak riang lakukan.. BERKUBANG!! zoom in sikit!!

[kolam kanak-kanak.. tapi ape kes.. dua orang anak dara tu ada??]

di sini ada 2 kolam.. 1 tak dalam sangat.. sesuai untuk kanak-kanak.. gamba di atas.. bukan airnya hijau ya.. tapi dasar kolam di cat hijau.. ala-ala cam berlumut.. kolam dewasa time kami sampai tengah isi air.. time mereka berkubang.. dah penuh.. dan mereka berpindah ke sana.. zoom sikit!!

[naik turun keje minah sorang ni..]

[ni insan-insan yang perasan dirinya COMEL..]

lepas puas berkubang.. kami ronda-ronda ke persisiran pantai.. skodeng lokasi untuk esok pagi.. persekitaran yang menarik.. boleh datang lagi.. layan gamba sikit lagi apa yang ada di sini..


pondok ini la kami melepak di petang hari menyaksikan matahari terbenam.. InsyaAllah.. next entry.. layan gamba je dulu.. haishh!! banyak gamba la bile berjalan ni.. kalau tak.. entry tak menarik.. harap kawan-kawan tak jemu.. maaf kalau aku terlebih letak gamba.. peace yaw!!