Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 17

Corat Coret 12052013

Salam 1 Malaysia..

JUMAAT yang indah.. hujan di pagi hari.. elok berdoa.. moga Allah makbulkan doa yang di pohon..

Syukur Alhamdulillah.. Majlis Persandingan Abangku telah selamat berlangsung di teratak bonda ahad lepas.. 12.05.2013 Selamat Pengantin Baru Angah.. Semoga Berkekalan Hingga Ke Syurga.. suka duka di hari persandingan angah.. sentiasa tersemat di hati ini.. tanpa di sedari air mata mengalir di saat angah duduk di atas pelamin.. bukan aku seorang yang menangis rupanya.. bonda.. pakcik.. makcik.. adik sepupu.. adik beradik juga merasainya.. sebak.. syahdu.. hanya padaMU Ya Allah.. ku berserah..

 pelamin mempelai..

bertemakan merah putih.. majlis kenduri nampak ceria.. dalam kesederhanaan kami meraikan majlis perkahwinan angah.. ala kadar kata orang.. tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan juga saudara mara.. terima kasih atas kesudian mereka yang hadir..

bersiap sedia untuk bergerak.. secara kebetulan pengapit warna baju lebih kurang.. 
kalau tak.. mesti nampak janggal..

apalah yang makcik aku buat tu ea.. tabur bunga rampai ke apa ea?? lupa sudah..

pilihan warna daripada pengantin.. merah putih.. nampak berseri.. kedua mempelai..

beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan di hari bersejarah ini.. bersama family sabah dan family ku..
 bersama kedua ibu bapa pengantin perempuan..

bersama rombongan pengantin perempuan.. ada yang dari sabah ada yang dari sini.. 

inilah family ku.. abang ipar ngan 2 orang anak buah lelaki ntah kemana.. ini je yang sempat di snap time angah bersanding.. yang lain ada pada kamera abang ipar.. tak sempat nak colek.. gamaknya kene pegi Melaka la ambik.. 

doa kami untuk angah.. semoga dapat membimbing isteri dan berkekalan hingga ke Syurga.. Amin.. berbahagia bersama anak-anak tersayang..

terasa rindu sangat-sangat pada adik dan kakak.. harap mama bagi kakak ngan adik time cuti sekolah nanti.. ummi nak bawak adik ngan kakak jalan-jalan..





Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Khamis, November 22

KELU untuk berkata..

Salam 1 Malaysia..

petang yang agak suram di luar sane.. baru nak bersiaran.. dah lewat petang pun kan.. mood masih terumbang ambing.. debaran di dada makin berkurangan.. Syukur Alhamdulillah.. agak tersentak bile pensyarah komen di status FB menyatakan tanda-tanda sakit jantung.. kebelakangan ni aku perasan ada masanya jantung ni berdegup laju.. berdebar-debar.. Ya Allah.. InsyaAllah.. aku akan buat medical checkup.. cume sekarang masih tak punya kekuatan untuk buat medical checkup.. atau debaran ini tanda sekeping surat tiba semalam di rumah.. aku selalu cam tu.. kalau ada sesuatu yang akan terjadi.. pasti ada debaran yang tak menentu..

surat yang aku tunggu selama 2 minggu selamat tiba.. apakah?? ha.. cerita pegi cameron highland la ape lagi kan.. speed tak ingat kot sebab di waktu pagi yang tenang.. meluncur laju si kura-kura tanpa disedari melebihi had laju.. eh! bukan aku yang drive.. nak buat macamana kan.. dah buat salah.. terima la dendanya kan.. OH!! AES.. flash kamera dia kuat betul.. bayangkan dalam waktu 7 pagi tetibe kami terkena flash seperti ada petir di depan.. memang terkejut.. nasib la tak de kereta lain waktu tu.. terus si driver slow down tekan minyak.. masing-masing berpandangan.. lidah kelu untuk bersuara.. suasana yang sunyi di dalam kereta.. si driver sengih-sengih.. spontan aku bersuara.. "dah terkena".. 

surat cinta dari AES

bersiaplah simpan duit nak melayang ni.. bayar kat jpj atau mahkamah je.. balai polis tak boleh.. ada sedikit ketakutan di situ.. sebab.. seumur hidup ada lesen.. inilah kali pertama dapat surat saman.. nasib la bonda tak marah.. sebab dah terangkan awal-awal.. bukan aku yang drive.. fuhhh!! tapi kene kasi clear awal la.. roadtax menghampiri due.. kang haru biru pulak.. si kura-kura.. kepada kawan-kawan.. berhati-hati ya.. peringatan untuk diri sendiri sekali lagi..

nota blog : sorry awak.. saya terkasar bahasa sikit bila bincang hal saman ni petang ni dengan awak.. maafkan saya ya!! saya yang malas nak memikir hal ini.. nak selesai cepat je.. maaf ya awak..

Isnin, November 5

GOOD LUCK kembar..

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! pagi betul aku ber entry hari ini.. gaya cam semangat je ea.. harap dengan menghirup udara di tanah tinggi hujung minggu lepas melapang hati dan dada ini.. moga bersemangat untuk bekerja.. sudah cuci mata kan.. jadi.. jangan banyak alasan lagi untuk minggu ini.. senyum sokmo deh!

ingin mengucapkan GOOD LUCK kepada pasangan kembar adik sepupu.. Farhana & Farahin.. semoga tenang-tenang menjawab soalan SPM tahun ni ya.. kami di kampung sentiasa mendoakan semoga kamu berdua dapat menjawab soalan dengan mudah ya.. sorang di aliran agama.. sorang di aliran biasa.. satu di sabak bernam.. satu di petaling jaya.. mula-mula dulu.. sangat meragam.. asik menangis hari-hari.. masuk form 2.. semua dah stabil.. mak ngan abah la yang pada mulanya susah hati bile anak hari-hari menangis.. susah hati betul.. sampai abah cakap.. yang sabak bernam.. balik sini.. kesian mak ngan abah kamu berdua.. huru hara kejap.. tapi sekarang.. Alhamdulillah.. semuanya dah ok..


gambar raya 2 tahun sudah rasanya..

semoga lepas ni.. boleh sambung belajar seperti mana mak ngan abah harapkan ya.. walaupun dengar cerita.. nak sambung ke Mesir yang sorang tu.. pasti yang sorang lagi terasa.. sekarang.. 2 minggu sekali boleh berjumpa.. lepas ni kalau ada rezeki sambung belaja di Mesir.. entah berapa lama pula boleh berjumpa.. apa-apa pun.. aku mendoakan yang terbaik untuk kalian.. moga termakbul doa kami.. Amin..

Khamis, Oktober 18

hanya SEMENTARA..

Salam 1 Malaysia..

lewat ber entry hari ni.. boleh pakai perkataan "ber entry" ke?? belasah je la.. ampun ya kawan-kawan.. suka suki aku je nak menaip.. kejap dah tengahari.. rasa lapar pulak.. tapi nak makan apa ya tengahari ni?? 

semalam terpaksa EL.. walaupun ada sesetengah tempat tak wujud perkataan EL.. dah nak wat cam ne.. terpaksa cuti.. asal isi borang cuti pada esok harinya.. bukan saje-saje EL.. ada hal kematian.. pada entry terdahulu.. mengenai kelahiran Oktober.. aku ada cite kisah baby pramatang.. baby boy adik sepupu aku..

gamba cik google

08 Oktober 2012 - 16 Oktober 2012.. 9 hari di pinjamkan oleh Allah swt. kepada hambaNYA.. 9 hari duduk di nicu.. dari hari pertama kelahirannya.. setiap hari ada perkembangan positif.. syukur.. aku dan yang lain gembira bila ada berita perkembangan positif dari ayah baby.. tapi.. sapalah kita untuk menahan.. Ajal.. maut.. semua di tanganNYA.. 16 Oktober jam 2.30 petang.. Muhammad Ameer Firas pergi untuk selamanya kembali kepadaNYA.. puncanya.. doktor kate paru-paru pramatang.. ayah dan ibu sangat terpana dengan pemergianmu.. ayah paling terasa.. setiap hari ayah pasti melawat kamu.. baik time keje.. baik time ayah exam.. tak pernah ayah tak melawat kamu.. tunggu ayah & ibu di Syurga..

aku risau juga pada sepupu ku itu.. malam jenazah masih ada di rumah.. di kelihatan murung.. makan tak nak.. minum tak nak.. aku lihat ada titisan air mata di pipi.. tapi lepas makcik-makcik aku nasihatkan.. barulah dia nak makan & minum.. semalam petang.. dah nampak ceria sikit.. sedikit kelegaan bagiku.. moga ayah dan ibu tenang-tenang ya..dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali.. Al-Fatihah.. Muhammad Ameer Firas..tenanglah di sana..

Selasa, Oktober 9

mohon padaMU..

Salam 1 Malaysia..

sudah 9 hari berada di bulan Oktober.. tik! tok! tik! tok!.. menghampiri masanya.. hari ni mood terganggu.. seperti gelombang yang tidak stabil.. mengapa?? oh!! aku agak stress pagi ni.. benda berlaku seperti spontan.. tak sengaja.. [maafkan saya.. tak sengaja..] tertinggi suara pada orang tua di opis.. sebab isu yang sama setiap tahun.. nak dokumen yang sama.. haishhh!! kan sama.. nape tak simpan.. mintak kat aku.. aku kene geledah bilik fail.. dalam ikut aku ke bilik fail.. aku termembebel.. dan dia.. "maaflah.. dah menyusahkan.." dan pergi meninggalkan aku bersendirian.. oh!! aku tak sengaja melukakan hatinya.. maafkan saya sekali lagi.. [sambil berzikir..]

time adinda bongsu konvo..

hari ini.. 09 Oktober 2012.. bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah.. (PMR).. berjuanglah sehabis baik adik-adik semua.. langkah kedua selepas UPSR.. walaupun ada yang mengatakan.. tak kemana PMR ni.. tapi bagi aku penting.. untuk mengorak langkah di masa depan.. GOOD LUCK NURUL ATIQAH.. moga kakak tenang-tenang menjawap exam hari ni ya.. harapan ayah ngan mak.. bagi contoh kat adik-adik ya.. aku nampak dia sentiasa berusaha.. lain dengan sikapnya semasa peperiksaan UPSR dulu.. sentiasa ada peningkatan dalam peperiksaan tahunan dan ujian bulanan.. moga berbaloi atas usahamu.. cuba yang terbaik ok!!

nota blog : kurang stabil mood hari ini.. mood bercuti untuk esok ada lah.. ;)


Rabu, September 19

Wordless Wednesday : Klik! Klik! Raya Di Opis..

Salam 1 Malaysia..

berhari-hari tak update blog.. M yang sangat besar nampaknya.. Mak Aiii!!! apa nak jadi ni.. dah mula besawang blog.. memandangkan Wordless Wednesday.. meh layan pict Majlis Hari Raya di opis.. KLIK!! KLIK!!

bersama  JD.. bukan senang nak gamba bersama JD.. nasib dia nak..
TQ bos!
bersama JJ.. pulak..
bersama geng yang selalu kene wanted.. haishh!!
LOVE kecik untuk cik baby kat dalam perut..
si kacak kecik Ahmad Qasif Osman..
bile group atas bertemu group bawah.. ramai kan??
Mummy Rizqi with Nur Syasya Adriana..
ya.. itu dia.. Amir Hazim yang malu-malu.. Akid Nafiz yang suka menyakat..
jiran sebelah!!
melayan hero kecik Akid Nafiz..
banyak pict kan?? layan je la erk.. hope tak jemu.. TQ!! (^_^)

Selasa, September 11

TENANG-tenang ya..

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! wahh!! gaya macam semangat je erk.. harap hingga ke petang la mood yang ceria ni.. hari ni ramai ibu bapa.. agak gementar.. sebab?? hari ni.. peperiksaan UPSR akan di jalankan.. pakcik & makcik aku juga tak terkecuali.. anak kedua mereka akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.. tahun ni, 2 orang anak pakcik & makcik aku akan menduduki peperiksaan besar.. 1 UPSR.. 1 PMR.. harap mereka dapat buat yang terbaik!!

budak payah bergamba.. ni mood baik.. snap selagi boleh..
semoga tenang menjawab soalan peperiksaan ya kak chik.. ayah & mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kak chik.. GOOD LUCK NURUL ATHIRAH.. buat yang terbaik.. kak nani tau kak chik boleh buat.. 

gamba family kak chik.. yang tak de kakak yang sulung..
beraya dengan kawan-kawan..
kepada semua pelajar-pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada pagi ni.. GOOD LUCK!! tenang-tenang ya adik-adik bile menjawab peperiksaan.. jangan kalut-kalut..

Khamis, Mei 24

buat KALI ke 6..

Salam 1 Malaysia..

tanggal 20 Mei 2012.. untuk kali ke 6 anakanda bonda naik ke pentas untuk mengambil sekeping sijil.. tak tau ada atau tidak untuk kali ke 7.. dari sijil.. diploma.. dan ijazah.. alhamdulillah.. aku bersyukur.. bonda dapat melihat anakanda naik ke pentas di majlis konvokesyen.. namun ada sedikit rasa ralat di hati kecil ni.. jauh di dasar hati.. ayahanda tidak dapat menyaksikan.. arwah abah sempat melihat along naik ke pentas untuk mengambil sijil perguruan.. saat aku mengambil sijil di POLIMAS.. arwah abah baru beberapa bulan meninggal dunia.. di atas pentas juga air mata mengalir.. betapa sayu hati ini hajat di hati tidak dapat tertunai untuk menghadiahkan sekeping sijil kepada arwah abah.. moga tenang dirimu di sana.. adik sentiasa mendoakan agar arwah abah sentiasa dalam golongan insan-insan yang dikasihi Allah s.w.t.

mengalir air mata saat melihat adinda bongsu naik ke pentas.. pabila nama di sebut.. menyentuh dasar hati kecil.. tertunai amanah yang aku galas selama ini.. Ya Allah.. sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah s.w.t. apa yang aku beri.. kepada adik-adik.. aku tidak mengharap balasan.. cukup bagiku untuk melihat mereka gembira.. berjaya.. hanya ini yang mampu aku berikan.. ilmu.. menitik air mata di saat entry di taip..

andai ada rezeki.. sambung la pelajaran wahai adik-adik ku.. untuk kesenangan dirimu di masa yang mendatang.. susuri kehidupan dengan tenang.. InsyaAllah.. segalanya dipermudahkan dengan niat dan hati yang ikhlas.. sekalung tahniah untuk adindaku.. HASMIDAYU BINTI AWALUDDIN.. semoga maju jaya di masa akan datang.. keje rajin-rajin.. nanti boleh pergi Jepun.. tengok negara orang.. moh la layan gamba adinda konvo.. tak boleh nak menaip lagi.. air mata dah bercucuran.. badan je beso.. hati kecik cam semut.. mudah sangat menangis bile melibatkan keluarga.. insan yang tersayang.. zassss!!

untuk kali ke 2 dengan bunga-bunga..

bersama bonda dan angah..
abangchik & along tak ikut..

bersama bonda..
bersama mak teh & family.. yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan..
bersama tetttttt.. ahaksss!!




tersengih dengan bunga!!
bersama rakan-rakan seperjuangan..

rasa satu kepuasan melihat adinda gembira.. semua orang gembira.. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami.. Amin.. kenangan terindah sebagai seorang anak dan kakak..

Rabu, Mei 16

setiap tahun ADA!! GURU.. PENDIDIK..

Salam 1 Malaysia..

16 Mei 2012 
SELAMAT HARI GURU
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"






ada juga kawan-kawan blogger juga seorang guru.. Selamat Hari Guru!! ucapan ini juga untuk along.. semoga tak jemu menjadi seorang pendidik walaupun pada mulanya dirimu tak mahu menjadi seorang pendidik.. ahakss!! harap lepas ni along dapat sambung belaja lagi hingga ke master.. bonda berbangga dengan kejayaanmu.. adik mu mengucapkan SELAMAT HARI GURU!!

saat menggenggam segulung ijazah..
sejujurnya aku tak pernah bagi hadiah masa hari guru secara peribadi.. kalau bagi pun kutipan semua pelajar 1 kelas.. ntah kenapa masa zaman aku sekolah tak rasa nak bagi hadiah secara peribadi.. tapi tak bermaksud aku tak menghargai jasa guru.. TERIMA KASIH kepada semua guru-guru yang tak pernah mengenal erti jemu mengajar dan mendidik aku menjadi insan yang berguna.. kenangan yang tak boleh di lupakan masa zaman sekolah rendah, kene denda tulis SAYA TIDAK AKAN BISING LAGI DALAM KELAS sebanyak 1000 kali.. sampai bengkak jari.. masa tu darjah 3 biru.. bile sekolah menengah pula tak boleh lupa kene bebel dengan cikgu kelas sebab kelas tak di hias.. sekali kami buat transformasi.. stay back 1 hari.. terkejut cikgu kelas bile masuk kelas esok pagi.. warna warni kami hias.. dan terus menang berterusan kelas ceria.. ahaksss!! tu antara kenangan yang tak boleh aku lupakan di saat belaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.. korang mesti ada kan?? share la dengan aku pada ruangan komen ni.. boleh??